P. 1
Ruang Lingkup Ajaran Islam

Ruang Lingkup Ajaran Islam

|Views: 9,296|Likes:
Published by ahmiez
folio ringkas berkenaan dengan ruang lingkup ajaran islam untuk subjek CTU101 (fundamental of islamic religion, UiTM)
folio ringkas berkenaan dengan ruang lingkup ajaran islam untuk subjek CTU101 (fundamental of islamic religion, UiTM)

More info:

Published by: ahmiez on Feb 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2013

pdf

text

original

Ruang Lingkup Ajaran Islam

CTU 101 Fundamental of Islamic religion








Abdul Hilmi Bin Mohd Sarnudin 2009537121
Muhammad Imaduddin 2009985085
Noor Adam Bin Noor Azmishah 2009969247
Ruang Lingkup Ajaran Islam

Apakah itu Islam?

Dalam konteks pemahaman masyarakat zaman kini, agama islam hanya dipandang
sebagai ritual peribadatan sahaja. „Agama‟ sebenarnya berasal daripada istilah hindu, bukan
istilah Islam. Dalam Al-quran Alla telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat ke 3 “… Pada
hari ini, Aku sempurnakan untuk kamu Deen-mu”. Islam itu Deen. Oleh sebab itu oran yang
menganuti deen disebut sebagai muslim “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu
kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya)
katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi
ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam". (Al-Baqarah
ayat 132).

Agama yang kita pegang memanglah islam, tetapi islam itu bukan agama sahaja. Ianya
boleh dianalogikan seperti; durian itu buah, akan tetapi buah bukan durian sahaja. Pengertian
buah lebih lebih luas daripada durian. Selain daripada agama, ada unsure lain yang menjadi
isinya.

Jadi tidak dinafikan bahawa deen Islam mengandungi agama sahaja tetapi deen Islam
tidak mungkin diterjemahkan dengan agama Islam. Apa salahnya jika Islam itu disebut agama?
Kalau Islam itu agama, bererti Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan tuhan. Apakah
Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Allah sahaja? Tidak ada yang berkuasa untuk
menjawab pertanyaan ini selain daripada Allah sendiri dan UtusanNya. Jawapan Allah kita
temukan dalam al-Quran dan jawapan Nabi dalam Sunnah-Hadisnya. wallahualam
1








1
Buku Manusia dan Islam, Dr. Harun Din, 1985, M/s: 615
Islam sebagai agama yang Syumul

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208
!±¯.!.. _·¦ ¦.`..¦´ . ¦.l>:¦ _· .l.l¦ «·!é N´. ¦.`-.. . ´.L> .L.:l¦ .«.| ¯.÷l ´..s _..¯. '¸¯
208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam Agama Islam (dengan
mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

Merujuk kepada ayat diatas, Syed Qutub telah mentafsirkan ayat ini dengan panjang lebar
bagaimana agama Islam itu adalah satu agama yang syumul bukan hanya mengcangkupi skop
peribadatan sahaja, malah agama Islam itu merangkumi seluruh system kehidupan seseorang
manusia.

“Di sana tidak ada banyak sistem hidup yang harus dipilih salah satunya oleh seorang Mu‟min, atau
mencampurkan salah satunya dengan yang lain. Tidak sekali-kali begitu! Sesiapa yang tidak masuk ke
dalam kedamaian dengan semesta jiwanya dan tidak menyerahkan dirinya sematamata kepada
kepimpinan Allah dan syari‟at-Nya, sesiapa yang tidak membuang segala kepercayaan yang lain, segala
sistem hidup yang lain dari segala undang-undang yang lain, maka bererti dia berada di jalan syaitan dan
berjalan mengikut jejak-jejak syaitan. Di sana tidak ada penyelesaian jalan tengah, di sana tidak ada
system hidup separuh-separuhan, tidak ada peraturan separuh di sana dan separuh di sini, malah pilihan
yang ada di sana hanya salah satu dari dua, iaitu yang hak dan yang batil, hidayat dan kesesatan, Islam
dan jahiliyah, sistem Allah atau penyesatan syaitan.

Dalam bahagian ayat yang pertama Allah menyeru para Mu‟minin supaya masuk ke dalam kedamaian
dengan keseluruhan jiwa mereka dan dalam bahagian ayat yang kedua ia mengingatkan mereka dari
mengikut jalan syaitan. Ia menggerakkan hati nurani dan perasaan mereka di samping menimbulkan
perasaan takut di dalam hati mereka, iaitu dengan mengingatkan dendam kesumat dan permusuhan
syaitan yang ketat terhadap mereka. Permusuhan itu amat jelas dan tiada siapa yang melupakannya
melainkan manusia yang lalai dan kelalaian tidak wujud bersama iman.”
2



2
Tafsir fil zilalil Quran (penafsiran ayat 208 dan 209)
Skop
Ajaran
Islam
Akidah
Syariah
Akhlaq
Ruang lingkup agama Islam secara kasarnya terbahagi kepada 3 skop utama iaitu Aqidah,
Syariah dan Akhlaq.











Aqidah

Kata aqidah berasal dari bahasa Arab,aqada-ya'qidu-'aqdan yaitu yang berarti
(menghimpun atau mempertemukan dua buah ujung atau sudut/ mengikat).
3
Secara istilah aqidah
berarti keyakinan keagamaan yang dianut oleh seseorang dan menjadi landasan segala bentuk
aktiviti, sikap, pandangan dan pegangan hidupnya. Istilah ini boleh lah disamakan dengan iman
yang berarti kepercayaan atau keyakinan
4


Sekiranya digabungkan antara makna lughawi dan istilah dari kata aqidah di atas dapat
digambarkan bahwa aqidah adalah suatu bentuk keterikatan atau keterkaitan antara seorang
hamba dengan Tuhannya, sehingga kondisi ini selalu mempengaruhi hamba dalam seluruh
perilaku, aktiviti dan pekerjaan yang ia lakukan. Dengan kata lain keterikatan tersebut akan
mempengaruhi dan mengawal serta mengarahkan semua tindak-tanduknya kepada nilai-nilai
ketuhanan.


3
Al-Râghib al-Ashfahâniy, op.cit, h. 344
4
Abdul Aziz Dahlan (ed.), Eksiklopedi Islam, (Jakarta: Ikhtiar Baru Vanhope, 2000), jilid I, h. 78
Masalah-masalah aqidah selalu dikaitkan dengan keyakinan terhadap Allah, Rasul dan
hal-hal yang ghaib yang lebih dikenal dengan istilah rukun iman. Di samping itu juga
menyangkut dengan masalah eskatologi, yaitu masalah akhirat dan kehidupan setelah berbangkit
kelak. Keterkaitan dengan keyakinan dan keimanan, maka muncul arkanul iman, yakni, iman
kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari akhirat, qadha dan qadar
5


Di dunia Islam, permasalahan aqidah telah terbawa pada berbagai pemahaman, sehingga
menimbulkan kelompok-kelompok di mana masing-masing kelompok memiliki metode dan
keyakinan masing-masing dalam pemahamannya. Di antara kelompok-kelompok tersebut adalah
Muktazilah, Asy‟ariyah, Mathuridiyah, Khawarij dan Murjiah.

Menurut Harun Nasution
6
, timbulnya berbagai kelompok dalam masalah aqidah atau
teologi berawal ketika terjadinya peristiwa arbitrase (tahkim) ketika menyelesaikan sengketa
antara kelompok Mu‟awiyah dan Ali ibn Abi Thalib. Kaum Khawarij memandang bahwa hal
tersebut bertentangan dengan QS al-Maidah ayat 44 [5: 44] yang berbunyi; “..Yang tidak
menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka
mereka itulah orang-orang kafir”. Namu begitu, tidak perlulah ianya diterangkan secara
terperinci berkenaan dengan permasalahan itu disini.
Kesejahteraan aqidah kepada Allah adalah hasil daripada mengenal hakikat Rububiyyah,
Mulkiyyah dan Uluhiyyah Allah. Kesan kesejahteraan ini menyelamatkan manusia daripada
kepercayaan khurafat, tahyul dan ketergantungan kepada makhluk dan asbab. Sebaliknya
menjadikan manusia rasa hina diri, lemah dan tidak bedaya menghadapi Qudrat dan Iradahnya.
Perasaan halus ini melahirkan rasa pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah disetiap
ketika. Tanda pengharapan ini lahir melalui amal-amal perhambaan dan ketaatan. Amal-amal
yang dibenci Allah akan dijauhi dan amal-amal ketaatan dan perhambaan yang lebih disukai
Allah menjadi amal-amalnya.

5
Nazaruddin Razak, Dinul Islam, (Bandung: al-Ma’arif, 1993), h. 119-176. Penjelasan tentang iman
6
Harun Nasution, op.cit., h. 31
Mereka akan mengotakan janji-janji mereka, syahadah mereka, ikrar mereka yang telah
mereka ucapkan kepada Allah kerena mereka takut kebencian Allah yang amat murka kepada
manusia yang memungkiri kata-janjinya.
“Wahai orang-oangyang beriman, kenapa kamu berkata apa yang tidak kamu kotakan,
amat besar kemurkaan Allah bahawa kamu berkata-kata apa yang tidak kamu kotakan,
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalannya dalam satu saf yang
mantap dan mereka seumpama binaan-binaan yang tersusun rapi”.
7

Allah membenci manusia yang berpaling dan menjauhi ajarannya. Allah mengasihi
manusia yang mencintai dirinya dan agamanya. Mereka merendah diri sesama muslimin, bersifat
bangga diri dengan keIslaman mereka kepada orang-orang kafir, mereka berjihad dijalan Allah
dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri dan orang-orang yang bertaubat.
Allah mengasihi orang-orang yang bersabar dan berbuat baik. Allah mengasihi orang yang
bertakwa dan menegakkan keadilan.
Allah membenci orang-orang yang zalim, khianat, takabbur, berbuat dosa, menzahirkan
keburukan, ingkar perintahnya, melampau, membuat kerosakan dan kufur. Memiliki sifat-sifat
manusia yang dikasihi Allah dan menjauhi sifat-sifat yang dimurkai Allah adalah kesan
kesejahteraan aqidah.
Allah menggambarkan watak manusia yang memiliki kesejahteraan aqidah melalui
pujiannya kepada generasi sahabat r.a. Gementar hati mereka bila diperingatkan kepada Allah,
bertambah iman denga membaca ayat-ayat Allah
8
, sentiasa bertawakkal kepada Allah,
mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredai.
Mereka sentiasa menghidupkan malam-malam hari mereka dengan berdoa, beristighfar,
membaca al-quran, bertasbih dan tahmid dengan perasaan takut dan harap kepada Allah. Hati
mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan; berdiri, duduk mahupun berbaring
9
.

7
Surah As-Saff ayat 2-4
8
Surah Al-Anfal ayat 2
9
Surah Ali-Imran ayat 190-191
Mereka berfikir tentang kehebatan penciptaan makluk dilangit dan dibumi sehingga mereka
menyedari kesemua ciptaan Allah ini mempunyai fungsi dan tujuan lantas mereka memuji Allah.
Mereka mengutamakan saudara seagama, menunaikan hajat-hajat saudaranya, bertolong
menolong dan saling menjadi jaminan kepada kesejahteraan sahabat-sahabat mereka, menasihati
saudaranya dan menerima teguran dengan dada yang terbuka. Mereka berkasih sayang
seumpama satu jasad.
Kesejahteraan aqidah adalah hasil proses ta‟lim dan tarbiyyah yang berterusan malah
surah Makkiah yang diturunkan Allah berasur-ansur selama 13 tahun di Mekah membuktikan
keutamaan tarbiyyah, tazkiyyah dan membina aqidah yang sejahtera.
Imam Al-Syahid Hassa Al-Banna ada menggariskan berkenaan dengan usul 20 (Usul
Ishryin) yang menjelaskan berkenaan dengan keikhlasan beramal, berjihd, berkorban,
beristiqomah, berukhuwwah, saling mentaati dan mempercayaai dan tajarrud iaitu antara asas-
asas tassawur Aqidah islam
10

















10
Usul 20, Hassan Al-Banna
Akhlaq
Pengertian Akhlak Menurut Sarjana lslam
a) Imam Al-Ghazali menyebut akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa .
Daripada jiwa itu ,timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa melakukan
pertimbangan fikiran.
b) Prof. Dr. Ahmad Amin mendefinasikan akhlak sebagai kehendak yang
dibiasakan. Maksudnya, sesuatu yang mencirikan akhlak itu ialah kehendak yang
dibiasakan. Ertinya, kehendak itu apabila membiasakan sesuatu, maka kebiasaan
itu dinamakan akhlak. Ahmad Amin menjelaskan erti kehendak itu ialah
ketentuan daripada beberapa keinginan manusia. Manakala kebiasaan pula ialah
perbuatan yang diulang-ulang sehingga mudah melakukanya. Daripada kehendak
dan kebiasaan ini mempunyai kekuatan ke arah menimbulkan apa yang disebut
sebagai akhlak.
c) Ibnu Maskawayh mengatakan akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang
mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa
didahului oleh daya pemikiran kerana sudah menjadi kebiasaan.

Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang merupakan jama‟ dari “khulqu” dari bahasa Arab
yang artinya perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak itu terbagi dua yaitu Akhlak yang Mulia
atau Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah) dan Akhlak yang Buruk atau Akhlak yang
Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah).

Akhlak yang mulia yaitu akhlak yang diridai oleh Allah SWT , akhlak yang baik itu dapat
diwujudkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah yaitu dengan mematuhi segala
perintahnya dan meninggalkan semua larangannya, mengikuti ajaran-ajaran dari sunnah
Rasulullah, mencegah diri kita untuk mendekati yang ma‟ruf dan menjauhi yang munkar, seperti
firman Allah “Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan
mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah”
11




11
Surah Ali-Imran ayat 110

Akhlak yang buruk itu berasal dari penyakit hati yang keji seperti iri hati, ujub, dengki,
sombong, nifaq (munafik), hasud, suudzaan (berprasangka buruk), dan penyakit-penyakit hati
yang lainnya, akhlak yang buruk dapat mengakibatkan berbagai macam kerusakan baik bagi
orang itu sendiri, orang lain yang di sekitarnya maupun kerusakan lingkungan sekitarnya sebagai
contohnya yakni kegagalan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti
mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, sebagai mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam
Surat Ar-Ruum ayat 41 yang berarti: "Telah timbul pelbagai kerusakan dan bencana alam di
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang
demikian) karena Allah hendak merusakan mereka sebagai dari balasan perbuatan-perbuatan
buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Islam Mengutamakan Akhlaq

Mungkin banyak diantara kita kurang memperhatikan masalah akhlak. Di satu sisi
kita mengutamakan tauhid yang memang merupakan perkara pokok/inti agama ini, berupaya
menelaah dan mempelajarinya, namun disisi lain dalam masalah akhlak kurang diperhatikan.
Islam bukanlah agama yang mengabaikan akhlak, bahkan islam mementingkan akhlak. Yang
perlu diingat bahwa tauhid sebagai sisi pokok/inti islam yang memang seharusnya kita
utamakan, namun tidak berarti mengabaikan perkara penyempurnaannya. Tauhid merupakan
realisasi akhlak seorang hamba terhadap Allah dan ini merupakan pokok inti akhlak seorang
hamba. Seorang yang bertauhid dan baik akhlaknya berarti ia adalah sebaik-baik manusia.
Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin baik akhlaknya, dan sebaliknya bila seorang
muwahhid memiliki akhlak yang buruk berarti lemah tauhidnya.

Rasullulah diutuskan untuk menyempurnakan Akhlaq

Muhammad shalallahu „alaihi wa salam, rasul kita yang mulia mendapat pujian Allah.
Karena ketinggian akhlak beliau sebagaimana firmanNya dalam surat Al Qalam ayat 4. bahkan
beliau shalallahu „alaihi wa sallam sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk
menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk
menyempurnakan akhlak.”
12


Anas bin Malik radhiallahu „anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan: “Rasulullah
shalallahu „alaihi wa sallam adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.” (HR.Bukhari dan
Muslim).

Dalam hadits lain Anas memuji beliau shalallahu „alahi wasallam : “Belum pernah saya
menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan Rasulullah shalallahu „alaihi
wasallam. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah
shalallahu „alaihi wasallam. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah shalallahu „alahi wa
sallam, belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini ?
atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Bukhari dan Muslim).

Akhlak merupakan tolak ukur kesempurnaan iman seorang hamba sebagaimana telah
disabdakan oleh Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam : “Orang mukmin yang paling sempurna
imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi, dari abu Hurairah radhiallahu „anhu,
diriwayatkan juga oleh Ahmad. Disahihkan Al Bani dalam Ash Shahihah No.284 dan 751).
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al „Ash radhiallahu „anhuma
disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.”

Keutamaan Akhlaq

Abu Hurairah radhiallahu „anhu mengabarkan bahwa suatu saat Rasulullah pernah
ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Beliau shalallahu „alaihi
wasallam menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (Hadits Shahih Riwayat
Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lihat Riyadus Sholihin no.627, tahqiq Rabbah
dan Daqqaq).



12
HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau menshahihkannya
Tatkala Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam menasehati sahabatnya, beliau shalallahu
„alahi wasallam menggandengkan antara nasehat untuk bertaqwa dengan nasehat untuk
bergaul/berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadits dari abi dzar, ia berkata bahwa
Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau
berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi
kejelekan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi, ia berkata:
hadits hasan, dan dishahihkan oleh syaikh Al Salim Al Hilali).

Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada
akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu „alaihi wa sallam : “ Sesuatu
yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu
Daud dan Ahmad, dishahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535).
Dari Jabir r.a berkata: Rasulullah shalallahu „alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang
yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku majelisnya di hari kiamat ialah yang
terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan
dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419).

Dari hadits-hadits di atas dapat dipahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki
keutamaan yang tinggi. Karena itu sudah sepantasnya setiap muslimah mengambil akhlak yang
baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahwa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan
ditimbang menurut selera individu, bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang
dibuat manusia. Karena boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat bernilai jelek menurut
timbangan syari‟at atau sebaliknya.

Jelas bagi kita bahwa semuanya berpatokan pada syari‟at, dalam semua masalah termasuk
akhlak. Allah sebagai Pembuat syari‟at ini, Maha Tahu dengan keluasan ilmu-Nya apa yang
mendatangkan kemashlahatan/kebaikan bagi hamba-hamba-Nya. Wallahu Ta‟ala a‟lam.




Syariah
Sumber Hukum Islam
Al-Qur'an
Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama
kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak
semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun
tidak ada yang saling bertentangan.
Hadis
Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian
dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain:
Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an
Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an
Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an
Ijma'
Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan
suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang
terjadi.
Qiyas
Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang
diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru
yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan
dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.
Ijtihad
Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan
Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung
menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan.
Beberapa macam ijtihad adalah:
Ijma', kesepakatan para ulama
Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya
Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat
'Urf, kebiasaan
Ibadat
Ihsan
Melakukan perkara atau pekerjaan seolah-olah kita melihat Allah
Fungsi ibadat dalam kehidupan
Pengertian Ibadat – merupakan pelan induk yang mengikat hamba dengan tuhan
mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya
Sebagai hubungan langsung Antara Hamba dengan Allah – merupakan pertalian terus
menerus antara hamba dengan Allah tanpa ada pengantaraan sama ada orang biasa dan
golongan ulama
Konsep ibadat – merangkumi semua kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah
Sembahyang membentuk peribadi Mukmin- Islam telah meyebut kepentingan
sembahyang dalam berbagai segi seperti firmannya;

Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak wasangka padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-
orang yang (hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara
yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sebahyang serta membelanjakan sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada
kitab al-Quran yang diturunkan kepada mu ( wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang
diturunkan dahulu daripadamu yang mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan
sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan
merekalah orang-orang yang berjaya
Al-Baqarah. 1-5
Sembahyang Ibadat kemasyarakatan
Kefarduan Sembahyang dalam Islam
Perkahwinan
13

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut
istilah syarak pula ialah ijab dan qabul („aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki
dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam
[1]
. Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan
dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia
itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina
Hukum
 Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke
lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu
bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah
kepada bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari
naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka
ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan
dalam segala aspek.
 Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
 Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan
ini merupakan hukum asal perkahwinan

13
www.wikipedia.com
 Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi
sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang
kuat
 Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan
ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan
menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
 cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran
sebagainya dpat dielakan.
 Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
 Memelihara kesucian diri
 Melaksanakan tuntutan syariat
 Menjaga keturunan
Rukun nikah
 Pengantin lelaki
 Pengantin perempuan
 Wali
 Dua orang saksi
 Ijab dan kabul (akad nikah)
Perceraian dalam Islam
Wajib a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata
sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
Haram a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada
menuntut harta pusakanya
Sunat a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan
mempunyai pengetahuan agama
Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau
telah putus haidnya
Contoh lafaz talak
 Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau
“Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
 Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak
awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya.
Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak
tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Zihar
 Menyamakan mana-mana anggota aurat isteri dengan anggota mahramnya spt punggung,
pusat, atau sebagainya
 Dikhendaki membayar kifarat atau berpuasa atau membebaskan hamba
Rukun rujuk
Perkara Syarat
Suami Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
Isteri Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj‟i
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah
Lafaz Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan

Muamalah
Hukum Jual Beli
 Orang yang terjun dalam bidang usaha jual beli harus mengetahui hukum jual beli agar
dalam jual beli tersebut tidak ada yang dirugikan, baik dari pihak penjual maupun pihak
pembeli. Jual beli hukumnya mubah. ertinya, hal tersebut diperbolehkan sepanjang suka
sama suka. Allah berfirman.
 ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku
dengan suka sama suka diantara kamu.”(QS An Nisa : 29

Rukun dan syarat Jual Beli
 Penjual dan Pembeli haruslah sihat dan waras
 Syarat Ijab dan Qabul
 Barang yang hendak diniagakan
Perilaku atau sikap yang harus dimiliki oleh penjual
 Jujur
 Amanah
 Khiar
Riba
Riba fadal
 Riba fadal yaitu tukar menukar dua buah barang yang sama jenisnya, namun tidak sama
ukurannya yang disyaratkan oleh orang yang menukarnya. Contohnya tukar menukar
emas dengan emas atau beras dengan beras, dan ada kelebihan yang disyaratkan oleh
yang menukarkan. Supaya tukar menukar seperti ini tidak termasuk riba harus memenuhi
tiga syarat sebagai berikut.
 Barang yang ditukarkan harus sama
 Timbangan atau takarannya harus sama
 Serah terima harus pada saat itu juga.
Riba nasiah
 Riba nasiah yaitu tukar menukar barang yang sejenis maupun yang tidak sejenis atau jual
beli yang pembayarannya disyaratkan lebih oleh penjual dengan waktu yang
dilambatkan. Contohnya, salim membeli Laptop berharga RM500 secara hutang, tapi
dbeliau dikhendaki membayar sebanyak RM525
Riba yad
 Riba yad yaitu berpisah dari tempat akad jual beli sebelum serah terima. Misalnya, orang
yang membeli suatu barang sebelum ia menerima barang tersebut dari penjual, penjual
dan pembeli tersebut telah berpisah sebelum serah terima barang itu. Jual beli ini
dinamakan riba yad
syarat-syarat jual beli agar tidak menjadi riba
 serupa timbangan dan banyaknya
 tunai
 timbang terima dalam akad (ijab kabul) sebelum meninggalkan majlis akad.
Undang-Undang Jenayah
 Hudud
 Qisas
 Takzir
Hudud
 Hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan sebagai
menunaikan hak Allah S.W.T
 Kebanyakan disebut dalam Al-Quran dan Allah sendiri mengancam dengan azab yang
pedih. Cth berzina, minum arak, murtad dan sebagainya
Qisas
 Hukuman dijatuhi adalah seimbang atau sama
 Hak manusia
 Tidak disebut dalam al-quran spt mencuri, merompak, menyamun

Diat
 Denda sebagai menggantikan qisas yang tidak dilaksanakan
Takzir
 Hukuman-hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya yang wajib dilaksanakan
 Kebanyakannya adalah melalui budi bicara pemimpin
Jihad
14

Dari sudut bahasa berasal dari kalimah “al-juhd” yg bererti keberatan dan kesusahan.
Dari segi isltilah bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai matlamat
atau cita-cita.
Ciri-ciri jihad
Adanya daya dan tenaga yang tepaksa dicurahkan
Adanya matlamat dan cita-cita yg kudus dan ideal serta tinggi untuk dicapai
Adanya unsure „musuh‟ yang menghalangi dan menentang usaha dan perjuangan
tersebut
Jenis-Jenis jihad
Jihad nafsu – merupakan jihad agung sehingga boleh difahami dengan melaksanakan
jihad ini maka dengan sendirinya jihad-jihad lain telaksana. Jihad ini memerlukan ilmu,
sabar dan iman yang tinggi
Jihad Lahir – Jihad secara fizikal seperti berperang, berdakwah dan sebagainya
Bahagian-bahagian Jihad
Jihad dengan hati – berjihad dengan hati dianggap jihad paling lemah. Berjihad dengan
tidak mengakui atau merelai apa jua benar dan sesat
Jihad dengan lisan atau kalam – dengan menjelaskan atau menyampaikan mengenai
ajaran Islam. Boleh juga melalui menakutkan mereka terhadap Allah dengan berita

14
Manusia dan Islam,PDRM, Harun Din (1985)
Jihad dengan ilmu – memberikan ilmu pelajaran kpd Muslim megenai ajaran dan
kebudayaan Islam
Hukum Jihad
Fardu kifayah bagi semua umat Islam
Fardu Ain kepada sesiapa yg telah diberi tanggungjawab spt askar dan sesiapa yang
bernazar untuk berjihad
Sunat















Rujukan
Aqidah:
1. www.bicaramuslim.com
2. www.maqdis.com
3. E-Book usul 20, Hassan Al-Banna
4. Manusia Dan Islam (PDRM) – Dr Haron Din, Ustaz Sulaiman Yassin, Ustaz Hasan
Salleh, Drs Sidi Ghazalba(1985)
5. www.ismaweb.net
6. E-Book Tafsir fil zillalil Quran, Syed Qutb

Akhlaq
1. www.halaqah-online.com
2. www.noradila.tripod.com
3. www.slideshare.net
4. E-book berkaitan akhlaq

Syariah
1. H. Idris Ahmad, 1983; jil. 2, 54
2. Abdul Kadir, 1983: 114
3. Abdul Ghani Azmi, 1994:18
4. Kamus Munawwir, 1984: 576
5. H.OK. Rahmat, 1979:255
6. Russell Bertand, 1993:494
7. http://www.ikim.gov.my/isu43.htm
8. http://www.wikipedia.com
9. Manusia Dan Islam (PDRM) – Dr Haron Din, Ustaz Sulaiman Yassin, Ustaz Hasan
Salleh, Drs Sidi Ghazalba(1985)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->