You are on page 1of 19

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

TEKANAN :
 Definisi : daya yang bertindak ke atas seunit luas
 Formula :

P=




 SI unit : Nm-2 / Pa
Cth soalan :
1. Satu bongkah mempunyai jisim 260kg. jika blok itu mempunyai dimensi 0.5m 1.0m
2.0m, tentukan tekanan maksimum yang dapat dikenakan pada tanah? ( g = 10N kg-1 )
Daya = 260 10

1.0m

= 2600N
P=


( . .
) 

2.0m

P = 5200Nm-2
0.5m

Untuk
mengenakan
tekanan
maksimum, daya
harus disebarkan
pada luas yang
minimum

2. Angina bertiup mengenakan satu tekanan 150Pa ke atas sebuah dinding. Jika dinding itu
mempunyai luas permukaan 8m-2, tentukan daya yang dikenakan pada dinding itu.
Daya = tekanan luas
= 150Nm-2 8m-2
= 1200N
 Cara untuk menambahkan tekanan adalah dengan mengurangkan luas, contohnya:
a) Paku dan tapak kasut bola sepak
Kedua-duanya mempunyai luas permukaan yang kecil. Daya yang
dikenakan pada paku dan tapak kasut memudahkan ianya terbenam
untuk mendapat pegangan yang kuat tanpa tergelincir.
b) Mata pisau
Luas di bawah mata pisau yang kecil akan menghasilkan tekanan yang
besar apabila daya dikenakan dan memudahkan ianya untuk
memotong bahan.
c) Tapak kasut peluncur ais
Tapaknya terdiri daripada kepingan logam yang nipis supaya dapat
mengenakan satu tekanan yang besar pada permukaan ais. Oleh itu,
ais dapat dilebur dan senang diluncur
1|www.sagadbl.com
Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


 Cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menambah luas, contohnya;
a) Traktor
Menggunakan tayar yang besar dan lebar untuk mengurangkan
tekanan supaya dapat bergerak di atas tanah yang lembut tanpa
terbenam di dalamnya.
b) Papan peluncur di atas salji
Mempunyai permukaan yang besar untuk mengurangkan permukaan
tekanan pada salji supaya tidak terbenam ke dalamnya.
c) Tapak bangunan
Luas permukaan sentuhan yang besar supaya tekanan dapat
dikurangkan agar bangunan tidak mudah terbenam ke dalam tanah
dan tahan lama.

Latihan merangka eksperimen


Dalam sebuah pertandingan bola tampar di pantai, terdapat dua orang pengadil yang sedang
mengadili pertandingan. Seorang daripadanya mendapati bahawa kaki kerusinya tenggelam di dalam
pasir. Manakala dia mendapati kaki kerusi kawannya tidak tenggelam kerana dilapik oleh sekeping
papan.
Rangla satu eksperimen bagi mengkaji perubahan tersebut.

2|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

TEKANAN DALAM CECAIR:

1. Tekanan dalam cecair bertindak dalam semua arah


2. Tekanan tidak bergantung kepada saiz atau bentuk bekas
3. Tidak dipengaruhi oleh luas permukaan


Dipengaruhi oleh kedalaman dan ketumpatan

P = 
  
g = gravity
h = kedalaman
.7 Tekanan dalam cecair

Hubung kait tekanan dengan ketumpatan cecair dan kedalaman

tekanan dalam cecair = hg


1. Daya yang bertindak ke atas luas A sama dengan berat turus cecair
2. Isi padu turus cecair = Ah m3
Jisim turus cecair = Ah kg
3|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


Berat turus cecair
Tekanan cecair, P =
P=

= Ahg N
+,-, ,.,/ 012,.
3/,4
5678
5

P = hg

pecutan graviti
Ketumpatan cecair

Kedalaman
Cecair

 Ciri-ciri tekanan dalam cecair:


a) Tekanan bertambah apabila ketumpatannya bertambah
- pancutan minyak kurang kuat berbanding air walaupun pada kedudukan yang sama.
- Hal ini kerana, air lebih tumpat daripada minyak.

b) Tekanan
bertambah apabila
kedalaman bertambah
- tekanan air paling tinggi pada lubang yang paling bawah kerana air terpancut keluar
daripada jarak yang paling jauh.
- Hal ini kerana, kedalamannya paling besar.

4|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


c) Tekanan tidak dipengaruhi oleh saiz dan bentuk bekas
- Magnitud tekanan dalam cecair adalah sama pada aras cecair yang sama.

Kegunaan tekanan dalam bendalir


1. Tangki air besar yang digunakan untuk menyimpan bekalan air di kawasan perumahan selalu
dibina tinggi. Tujuannya adalah untuk memastikan untuk memastikan bahawa tekanan air
adalah cukup tinggi untuk bekalan air ke setiap rumah.
2. Di rumah, tangki air terletak di bahagian atas rumah. Tangki air pemanas solar yang terletak
di atas bumbung rumah menggunakan tekanan dalam bendalir untuk berfungsi.
3. Balang mineral menggunakan tekanan dalam bendalir untuk membekalkan minuman air.
4. Pemindahan cecair ke badan pesakit menggunakan tekanan cecair yang digantung pada
kedudukan tinggi.

a) Pembinaan empangan:
Air yang bertakung di bahagian bawah empangan adalah bertekanan tinggi. Oleh itu,
empangan dibina dengan bahagian bawahnya lebih tebal berbanding dengan
bahagian atas bagi menahan tekanan.

empangan

5|www.sagadbl.com

Tekanan tinggi

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

b) Sistem bekalan air awam:


Takungan air yang terletak di satu tempat yang tinggi memastikan tekanan air adalah
cukup tinggiuntuk mengalir kepada pengguna-pengguna yang berada di paras
rendah.

c) pemindahan ubat ke badan pesakit melalui cara IV:


botol IV digantung pada kedudukan yang tinggi supaya larutan ubat pada tekanan
tinggi dapat mengalir ke vena pesakit yang berada pada kedudukan yang rendah.

6|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

 cth soalan:
1. sebuah kapal selam yang mempunyai luas permukaan 300m2 berada di dalam laut. Jika
ketumpatan air laut ialah 1050kgm-3, hitungkan:
a) kedalaman air laut yang mempunyai tekanan tambahan yang sama dengan 5104 Pa.
p = 9:;
h=

h=




<

 

h = 4.76m
b) sekiranya kapal selam berada pada kedalaman ini, kira daya yang dikenakan oleh air
laut pada permukaan kapal selam itu.
P =




F = P A
F = ( 5 104 ) 300
F = 15 106
TEKANAN ATMOSFERA
Definisi : tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan bumi dan
semua jasad di bumi. Zarah dalam atmosfera sentiasa bergerak bebas. Perlanggaran
yang berlaku akan menghasilkan tekanan.
Ciri ciri tekanan atmosfera:
Tekanan atmosfera bergantung kepada ketinggian jasad dari aras
laut(altitud). Semakin tinggi altitud,ketumpatan dan suhu udara semakin
berkurang. Oleh itu, kekerapan perlanggaran antara zarah adalah rendah dan
menghasilkan tekanan yang rendah.
Aplikasi tekanan atmosfera:

a) Penyedut minuman
- Apabila satu penyedut minuman disedut, tekanan udara di dalanya akan
berkurang.
- Tekanan atmosfer yang tinggi di luar akan bertindak kr atas permukaan air
dalam gelas dan memaksa minuman untuk mengalir naik ke dalam penyedut
minuman.

7|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


b) Penyedut getah:
- apabila penyedut getah itu ditekan pada permukaan
yang licin,udara di dalam mangkuk getah akan dipaksa
keluar dan menghasilkan kawasan yang bertekanan
rendah di dalamnya.
- Tekanan atmosfera yang tinggi di bahagian luar akan
Menekan penyedut itubagi menetapkan kedudukannya.

c) Pembersih vakum:
- Apabila suis dihidupkan, kipas akan berpusing bagi mengeluarkan udara di
dalamya agar menjadi ruang yang bertekanan rendah.
- Oleh itu, udara bersama kekotoran akan disedut masuk ke dalam vakum
kerana tekanan luarya adalah lebih tinggi.

d) Picagari:
- Apabila omboh ditolak ke bawah, uadra dalam picagari akan dipaksa keluar.
- Apabila omboh ditarik ke atas, tekanan udara dalam ruang silinder picagari
akan berkurang.
- Tekanan atmosfera di luar akan bertidak pada permukaan cecair dan
menolaknya masuk melalui muncung ka dalam silinder.

Alat untuk mengukur tekanan atmosfera:


a)
Borometer merkuri
- merkuri dalam takungan tiub adalah kurang daripada 76cm. ruang di atasnya
adalah vakum. Tekanan atmosfera akan bertindak ke atas permukaan merkuri
di dalam tiub.
- Pada aras laut, tekanan atmosfera adalah
bersamaan dengan ketinggin turus merkuri
iaitu 76cm
- tekanan atm pada aras laut:
= 76cm Hg( 760mm Hg )
= h=g
= 0.76 ( 1.36 104 ) 10
= 1.03 105 Pa
8|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


b) Barometer fortin:
- Barometer ini mengandungi satu scalar venier
untuk memberi bacaan tekanan atmosfera yang
lebih tepat.
- Aras merkuri dalam takungan boleh
diselaraskan supaya penunjuk gading
menyentuh permukaan merkuri untuk
mengurangkan ralat sifar.
- Tekanan atmosfera diukur dalam mm Hg.

PRINSIP BERNOULI
 Mengatakan bahawa satu bendalir yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi akan
menghasilkan tekanan yang rendah.
 Fenomena yang berasaskan prinsip bernouli:
Udara dihembus - hembusan udara akan menghasilkan satu aliran yang
laju seterusnya menghasilkan kawasan yang bertekanan
Bola ping pong
rendah.
- Udara di bawah bola ping pong yang bertekanan tinggi
akan menolak bola ke atas menyebabkannya tidak
jatuh ke bawah.

Udara hembusan

- bola ping pong akan saling berlanggar apabila udara


ditiup di antaranya.
- Tekanan udara di antara bola adalah rendah kerana
aliran udara yang laju.
- Tekanan atmosfera yang tinggi menolak bola
menyebabkannya saling berlanggar.

Hembusan udara
- apabila udara ditiup dengan kuat merentasi sebelah
atas kertas, ianya akan terangkat ke atas.
- Aliran udara dengan halaju tinggi mengurangkan
tekanan udara di sebelah atas kertas.
- Tekanan atmosfera yang tinggi di sebelah bawah
kertas akan menolak kertas ke atas.

9|www.sagadbl.com

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


Contoh experiment prinsip bernouli melibatkan tiub:
P

Dari pili

gabus

Sebelum

C ke singki

selepas

Keadaan air
Sebelum (tidak mengalir)

pemerhatian
Aras di P, Q ,R adalah sama

inferens
Tekanan di PQR sama

Selepas ( mengalir dengan


Seragam )

Aras di P> di Q> di R

Tekanan di P> Q> R

pemerhatian
Aras air di DEF adalah sama
Aras air di D > F
Aras air di E < F

inferens
Tekanan air di XYZ adalah sama
Tekanan di X >Z
Tekanan di Y < Z

Keadaan air
Sebelum(pegun)
Selepas( mengalir dengan
seragam)

Apabila air mengalir dari bahagian tub yang lebar ke sempit, laju aliran bertambah
dan tekanan berkurang.
Apabila air mengalir dari tiub yang sempit ke lebar, laju aliran berkurang dan tekanan
bertambah.

10 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


 Kegunaan prinsip bernouli:

a) Penunu Bunsen:

Apabila penunu Bunsen disambungkan kepada
satu bekalan gas, aliran gas yang laju melalui
satu lubang kecil menhasilkan kawasan
bertekanan rendah.

Tekanan atmosfera yang tinggi di bahagian luar
penunu Bunsen menyebabkan udara disedut
masuk melalui lubang udara dan bercampur
dengan gas.

Campuran gas dan udara menghasilkan pembakaran yang lengkap.

b) Aerofoil:

Prinsip penerbangan kapal terbang bergantung
kepada bentuk aerofoil yang didapati pada sayap
dan ekor kapal terbang.

Apabila sayap berbentuk aerofoil bergerak dalam
udara, pergerakkan udara adalah laju di bahagian
atasnya dan menghasilkan tekanan rendah.
Pengaliran udara yang perlahan di bahagian bawah akan menghasilkan kawasan
bertekanan rendah.

Perbezaan tekanan ini menghasilkan satu daya angkat yang membantu kapal terbang
naik ke atas.
c) Penyembur racun serangga:

Apabila omboh ditolak masuk, udara mengalir dengan pantas menerusi satu muncung
yang sempit dan menghasilkan tekanan rendah di sekitar tiub logam.

Tekanan atmosfera yang tinggi menolak pada permukaan cecair racun dan
menyebabkanya naik ke atas tiub logam.

Apabila racun tiba di atas tiub, ia dibawa bersama oleh pancutan udara untuk menjadi
satu semburan aerosoil.

11 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


PRINSIP ARCHIMEDES
 Daya tujah( N ) = berat air tersesar
= kehilangan berat
= > ,9(ketumpatan), v(isipadu), g(gravity)

Air tersesar

1) Daya tujah > berat jasad = jasad akan bergerak ke atas permukaan air
2) Daya tujah < berat jasad = jasad akan tenggelam
3) Daya tujah = berat jasad ( jasad akan terapung )

 Aplikasi prinsip archimedes:


a)

Kapal selam:

- Untuk menyelam, air dibenarkan masuk ke dalam


tangki ballast yang terdapat di dinding kapal.
Apabila berat kapal melebihi daya tujah ke atas,
kapal itu menyelam.

- Untuk naik semula ke permukaan lautan, air


dikeluarkan dari tangki ballast dengan
menggunakan udara termampat. Oleh itu, daya
tujah yang bertindak ke atasnya melebihi berat
kapal.

12 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


b) Belon udara panas :

Sebelum berlepas, udara di dalam belon


dipanaskan. ini menyebabkan udara di dalam
mengembang dan sebahagian daripadanya keluar
melalui lubang dan berat belon berkurang.

Apabila berat berkurang, daya tujah lebih besar


daripada belon dan menyebabkanya naik ke atas.

c) Kapal laut :
-

Sebuah kapal adalah sangat berat, tetapi masih


boleh terapung di permukaan air. Ini kerana, isipadu
air yang disesarkan oleh kapal adalah besar
sehingga daya tujah mencukupi untuk menyokong
berat kapal.
Ia juga dibina daripada logam yang berketumpatan
lebih tinggi daripada air

Oleh sebab ketumpatan air berubah mengikut kedudukan dan musim, garis plimsoll
ditandakan pada badan kapal bagi memastikan muatan yang diangkut adalah pada
tahap yang selamat.

 Contoh soalan :
1) Sebiji belon dengan isi padu 5m3 berada di dalam udara dengan ketumpatan 1.2kg m-3.
Berapakah daya tujah yang bertindak ke atas belon itu?
Daya tujah = 9vg
= 1.2 (5)(10)
= 60N

13 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


Latihan merangka eksperimen
Seorang nelayan menarik keluar jala yang penuh dengan ikan dari dalam laut. Pada awalnya jala
itu mudah ditarik kemudian dia mendapati semakin sukar menarik jala itu apabila jala itu
semakin keluar dari permukaan air.
Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan tersebut.

PRINSIP PASCAL
 Prinsip pascal mengatakan bahawa apabila satu daya dikenakan pada satu permukaan ,
tekanan terhasil. Tekanan itu akan bertindak pada cecair dan dipindahkan secara seragam
dengan magnitud yang sama.

Omboh ditolak







F1 = daya input F2 = daya output


A1 = luas keratin rentas input
A2 = luas keratin rentas output

 Kegunaan prinsip pascal :


a) Brek hidraulik
-

satu tekanan dikenakan pada minyak


Hidraulik dan dipindahansecara seragam
Kepada omboh besar.

Satu daya yag lebih besar dikenakan oleh


Kasut brek pada cakera supaya putaran
Roda diperlahankan

Apabila pedal brek dilepaskan, spring akan menggerakkan kasut brek ke kedudukan asal

14 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


b) Jek hiidraulik

Apabila tuas ditolak ke bawah, injap a menutup manakala injap b membuka. Tekanan
dipindahkan ke silinder besar dan menghasilkan daya yang besar bagi menaikkan kereta ke
atas.
Apabila tuas ditarik ke atas, injap a maebuka manakala injap b menutup.minyak hidraulik
mengalir dari tangki ke silinder kecil. Omboh besar perlu ditolak dan ditarik berulang kali
sehingga kereta iti dapat dinaikkan pada ketingguan yang dikehendaki,
Kereta iti boleh diturunkan semula dengan membuka injap pelepas.

c) Pam hidraulik
pam hidraulik memindahkan cecair dari takungan ke dalam silinder besar bagi
menggerakkan lengan kren.

Daya pada
omboh kecil
Tarik ke atas

Injap A

Injap B

Injap C

buka

tutup

tutup

Tolak ke bawah

tutup

buka

buka

15 | w w w . s a g a d b l . c o m

Kesan
Cecair mengalir dari takungan ke
dalam silinder kecil
Cecair ditolak ke dalam silinder
besar dengan kren digerakkan

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


contoh soalan :
1) seorang pemandu menekan pedal brek hidraulik keretanya apabila terlihat lampu isyarat
bertukar ke warna merah. Tekanan yang digunakan untuk menghentikan roda ialah 200 cm-2.
Berapakah daya yang dikenakan ke atas pedal brek sekiranya luasnya ialah 20cm-2?
P=




F = PA
F = 200 20
F = 4000N
2) dalam satu pemampat sampah hidraulik, jejari bagi ombih input ialah 0.64 cm manakala
jejari bagi omboh output ialah 5.1 cm. jika daya output 20000 N perlu dihasilkan, berapakah
daya input yang perlu dikenakan?














. <

. 

F1 =

.< 

.

F1 = 315 N

16 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


SIFAT KEKENYALAN BAHAN



kekenyalan bahan ialah kebolehan bahan itu kembali kepada bentuk asal apabila daya
dikenakan.
Hukum hooke mengatakan bahawa pemanjangan spring berkadar terus dengan daya
yang dikenakan, dengan syarat had kenyalnya tidak dilampaui.

daya

F = kx
Pemanjangan / mampatan
Pemalar spring

Faktor-faktor mempengaruhi kekenyalan bahan:


a) Jenis bahan
- Spring yang diperbuat daripada bahan yang berlainan mempunyai kekerasan
yang berlainan.
b) Diameter dawai spring
- Diameter yang lebih tebal adalah lebih keras daripada spring yang berdawai
yang halus.
c) Diameter lilitan spring
- Semakin besar diameter lilitan spring, semakin lembut spring itu
d) Panjang sprig
- Semakin panjang sesuatu spring, semakin lembut spring itu
e) Susunan spring
bersiri

Apabila 2 spring disambungkan secara


bersiri, kesannya sama dengan
menggunakan spring yang panjang. Oleh
itu, ianya lebih lembut. Pemanjangan
spring nx

17 | w w w . s a g a d b l . c o m

selari

Apabila 2 spring disambungkan secara


selari, kekerasan spring akan menjadi
lebih keras. Pemanjangan spring

?
@

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5


F(N)

(a)

(b)

X ( cm )
( a ) kecerunan besar = spring keras
( b ) kecerunan kecil = spring lembut


Kegunaan kekenyalan bahan:

a) Spring buaian:
- Ayunan spring buaian membolehkan bayi tidur dalam keadaan tenteram
dan selesa
b) Tilam dan kusyen:
- Spring dipasang dalam tilam dan kusyen untuk menyokong berat badan dan
meningkatkan keselesaan
c) Papan terjun:
- Papan terjun yang kenyal membolehkan peserta lompat air mencapai
lompatan yang lebih tinggi.
d) Rod lompat galah:
- Ianya diperbuat daripada bahan komposit yang kenyal dan akan kembali
kepada bentuk asal selepas digunakan.
e) Meter:
- Ammeter, voltmeter dan galvanometer menggunakan spring untuk
membolehkan jarum penunjuk kembali kepada sifar selepas pengukuran.

Latihan merangka eksperimen:


Puan seri mendapati pemanjangan spring buaian anaknya yang berjisim 6kg lebih rendah
Berbanding anak jirannya yang berjisim 10kg.
Rangka satu eksperimen bagi menkaji perubahan tersebut.

18 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

NOTA FIZIK TINGKATAN 4 DAN 5

19 | w w w . s a g a d b l . c o m

Cikgu Irwan

You might also like