You are on page 1of 12

1.

Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu


dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan
mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Terdapat pelbagai aktiviti dan
medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan
kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti berikut:

Kurikulum di Sekolah

Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan
pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama
menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan
Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan
pelajaran, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April


2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651)
pada 29 Jun 2006. Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat
dalam kehidupan di samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi
memperbaiki taraf kesihatan masyarakat. Lembaga berperanan memberi geran atau
bantuan kewangan untuk melakukan sebarang jenis penyelidikan, aktiviti sukan, riadah
atau kebudayaan yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

1
Radio dan Televisyen

Pendidikan kesihatan disampaikan dengan utamanya melalui radio dan televisyen.


Ini adalah kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau
televisyen di rumah mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah medium yang paling
utama dalam menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh
yang paling nyata dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang
telah melanda Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan
radio dan televisyen, sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat
disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami.

Selain daripada itu, televisyen kabel juga boleh memainkan peranan. Ini yang
berlaku kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai televisyen
kabel mereka sendiri yang dinamakan MediTV.

Surat Khabar dan Majalah

Selain daridapa radio dan televisyen, surat khabar dan majalah menjadi medium
yang kedua terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan.
Antara contoh pendidikan kesihatan di dalam surat khabar adalah seperti ruangan
kesihatan yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Malaysia setiap minggu.
Sememangnya ruangan pendidikan kesihatan seperti ini amat berguna kepada
masyarakat. Selain itu, majalah-majalah tempatan juga sering memaparkan maklumat
mengenai pendidikan kesihatan. Contoh adalah seperti yang terkandung dalam majalah
Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-majalah yang diterbitkan akan menyelitkan satu
atau dua ruang yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Ruangan ini sedikit
sebanyak akan melariskan lagi jualan majalah mereka.

Buku dan Buletin

Buku dan bulletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan
kepada masyarakat. Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak
2
Kementerian Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang
kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara murah dan
mudah. Terdapat juga bulletin yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia yang berbentuk topikal. Selain itu, bulletin mingguan atau bulanan juga banyak
diterbitkan oleh hospital, klinik dan agensi-agensi kerajaan terutamanya dalam
Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh buku dan bulletin adalah seperti di bawah.

VCD / DVD

Penjualan vcd/dvd mengenai pendidikan kesihatan juga ada dilaksanakan terutamanya


oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan vcd/dvd ini dihasilkan oleh
hospital, klinik dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

3
Brosur dan Poster

Brosur dan poster juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi
memberi maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Contoh brosur
adalah seperti brosur mengenai topik-topik tertentu seperti “Otak Saya Rosak Akibat
Rokok” dan poster seperti tajuk “Langkah Mencapai Berat Badan Unggul”.

4
Internet

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, internet memainkan peranan yang
begitu penting. Laman-laman web tumbuh seperti cendawan bagi memberi maklumat
kepada masyarakat mengenai pendidikan kesihatan. Antara contoh laman web yang
menyediakan maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti mysenam.com.

Kempen Kesihatan

Kempen-kempen kesiahatan juga banyak dianjurkan aoleh pihak Kementerian Kesihatan


Malaysia. Antaranya ialah seperti Kempen Tak Nak yang dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Kempen ini menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak
nak kepada merokok. Pihak kerajaan berharap yang kempen sebegini akan dapat
meningkatkan lagi mutu kesihatan masyarakat.

Pameran Kesihatan

Pameran kesihatan uga adalah salah satu cara lagi memberi pendidikan kesihatan kepada
masyarakat. Pameran ini buka hanya di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
malah juga sekolah dan badan-badan kerajaan mahu pun bukan kerajaan yang lain.
5
Dengan mengadakan Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas
lagi tentang sesuatu topik seperti Pameran Anti Dadah yang sering dilakukan oleh Agensi
Anti Dadah Kebangsaan yang memberi maklumat kepada masyarakat tentang perkara-
perkara yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Kursus / Seminar / Kolokium Kesihatan

Kursus, Seminar dan Kolokium Kesihatan juga adalah sebahagian daripada bentuk
penyampaian maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya diadakan
dengan menjemput penceramah untuk menyampaikan pendidikan kesihatan tetapi jangka
masa antara ketiga-tiga medium ini berbeza. Seminar kesihatan hanya mengambil masa
beberapa jam tetapi kursus atau kolokium akan mengambil masa yang lebih panjang.

Program Kesihatan
6
Antara Progam Kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah
seperti Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda. Dua program ini adalah dua
program yang berbeza target audiennya. Walau bagaimanapun, keduanya bertujuan
menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan yang berguna. Semoga program
seumpama ini dapat dijalankan oleh agensi-agensi lain yang berkaitan demi kebaikan kita
semua.

2.

Pencemaran ialah perbuatan mencemarkan atau mengotorkan. Pencemaran alam


ialah perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dan
sebagainya. Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh
mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Selain itu, pencemaran merupakan kehadiran
atau penambahan sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam alam
persekitaran, sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem. Pencemaran
ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia, dan biologi pada mana-mana
alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Terdapat beberapa jenis
pencemaran alam sekitar yang terjadi di Malaysia. Antaranya ialah:

Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada


kepekatan yang dapat mengganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Contoh
bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap dan gas-gas beracun. Bahan pencemar
7
udara berbentuk gas beracun adalah seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida, dan hidrokarbon.

Pencemaran Air

Pencemaran air termasuklah pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh kilang-
kilang, pembuangan sisa pertanian seperti najis haiwan dan racun makhluk perosak ke
dalam sungai dan tasik. Selain daripada itu, tumpahan minyak dari kapal juga boleh
menyebabkan pencemaran air. Bahan buangan seperti ammonia, sianida dan sisa-sisa
asid akan menyebabkan keracunan kepada hidupan sungai dan laut. Ianya mengancam
kehidupan di air yang boleh menyebabkan kematian.

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB mengganggu


keselesaan. Kenyaringan bunyi yang disyorkan oleh WHO adalah kurang daripada 55
dB. Pencemaran bunyi berlaku daripada bunyi enjin kenderaan, tempat hiburan atau
pasar malam, pengorek jalan, pemotong rumput dan sebagainya.

Pencemaran Tanah

Tumpahan minyak dan sisa kimia boleh menyebabkan tanah menjadi tidak sesuai
untuk tumbuhan hidup di kawasan tersebut. Pencemaran tanah juga boleh terjadi akibat
aktiviti penggondolan bukit, pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat,
penyemburan racun serangga serta aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan.

Pencemaran Cahaya atau Sinaran

Pembakaran terbuka menyebabkan sinaran terjejas akibat jerebu, jarak


penglihatan rendah dan fotosintesis kurang berkesan. Pembinaan bangunan yang tinggi
juga boleh menyebabkan cahaya tidak dapat sampai ke tanah. Seterusnya, ia akan
menyebabkan pokok kurang mendapat cahaya dan ini menyebabkan permasalahan bagi
tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis. Pencemaran radiokatif juga
amat merbahaya.

Pencemaran Haba atau Terma


8
  Pencemaran haba atau terma merupakan pencemaran yang diakibatkan oleh
peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran haba atau
terma akan mengubah suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif
terhadap organisma akuatik.

Pencemaran Alam Marin

Pencemaran alam marin adalah satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Ianya
baru sahaja diketengahkan. Seharusnya kita semua sedar bahawa alam marin juga
merupakan sebahagian daripada alam sekitar kita. Pencemaran alam marin lebih
tertumpu kepada kemusnahan terumbu karang.

Pencemaran alam sekitar boleh memudaratkan kesihatan kita. Terdapat pelbagai


punca pecemaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Antaranya punca-punca
pencemaran adalah seperti dibawah:

Kenderaan dan Janakuasa

Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna
menghasilkan gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum
atau asap. Biasanya asap yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang
paling ketara. Asap mengandungi zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan
api. Apabila karbon ini terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap
air terkondensasi di sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut.

Bahan pencemar yang lain ialah gas berasid seperti oksida sulfur dan oksida
nitrogen. Gas-gas ini bertindak dengan oksigen dan wap air untuk membentuk asid yang
turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Hujan asid ini serta bahan pencemar yang
lain memberi beberapa kesan yang buruk ke atas kesihatan manusia serta haiwan yang
lain, tanaman, bangunan dan iklim.

Industri Perkilangan

9
Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan
sisa toksik ke dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat dilihat ialah
pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya.
Kilang-kilang perindustrian seperti kilang melebur bijih, kilang kertas, kilang papan,
kilang kimia (baja, insektisid dan herbisid) perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif
juga menghasilkan banyak gas-gas beracun dan bahan-bahan lain ke udara. Bahan
pencemar yang terhasil termasuklah gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida serta debu-debu. Bahan-bahan ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran
udara dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit mata
dan paru-paru serta kanser respirasi.

Industri Pertanian

Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil buangan


cecair atau pepejal secara tidak terancang. Bahan buangan seperti aliran air yang
bercampur dengan racun makhluk perosak, baja, sisa makanan dan najis haiwan dialirkan
ke dalam sungai atau sesuatu kawasan. Kebiasaanya ia berlaku di tempat-tempat yang
jauh dari pandangan masyarakat sekeliling. Ianya boleh menyebabkan pencemaran air
dan tanah. Penghasilan debu yang berlebihan daripada pembajakan dan asap daripada
proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Pembalakan Tidak Terancang

Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita kehilangan


banyak kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan berlakunya banjir kilat seperti yang
kerap berlaku di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga
menyebabkan berlakunya hakisan yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh.
Peristiwa tanah runtuh seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan
ini.

Industri Perkapalan

Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna di


kawasan persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran. Ianya akan menyebabkan
kemusnahan kepada hidupan laut seperti ikan dan karangan laut. Keadaan ini
10
menyumbang kepada kekurangan sumber makanan khususnya makanan laut dan juga
menjejaskan ekonomi penduduk setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan.
Seperkara lagi, apabila pantai negara kita kotor ini akan menjejaskan industri
pelancongan negara.

Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan


pembangunan. Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan gas karbon
dioksida dan karbon monoksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Selain itu, asap
yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu yang mengakibatkan penduduk di kawasan
itu mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat. Ia
membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) ialah kesan pemanasan atmosfera terhadap
bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya
memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara,
terutamanya oleh karbon dioksida. Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca
di dalam rumah hijau dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang memasuki
rumah kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah kaca dan
memerangkap haba tersebut.

11
BIBLIOGRAFI

“MediTV HUKM”. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp

“Program Doktor Muda”. http://www.drmuda.gov.my/drmuda

http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan/ud980212

http://cloud.prohosting.com/zaim87/biologi bab ekosistem terancam

http://members.fortunecity.com/prias 98/

http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar

http://www.mysenam.com/MySENAM.asp

12

You might also like