You are on page 1of 8

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Nota KEANJALAN

Definisi

Perkataan keanjalan mempunyai maksud yang sama dengan tindakbalas akibat daripada
suatu keadaan. Dengan demikian, keanjalan permintaan bermakna mengukur tindakbalas
permintaan akibat perubahan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan.

Jenis-jenis Keanjalan Permintaan

Terdapat tiga jenis keanjalan permintaan iaitu:


1. Keanjalan Permintaan Harga
2. Keanjalan Permintaan Silang
3. Keanjalan Permintaan Pendapatan

Keanjalan Permintaan Harga

Ia mengukur tindakbalas permintaan akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri.
Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga meningkat, kuantiti permintaan
akan jatuh. Dengan demikian keanjalan permintaan harga cuba mengukur berapa banyak
permintaan telah merosot apabila harga meningkat.

Keanjalan permintaan harga dikira dengan menggunakan formula berikut:


%∆Qd Peratus Perubahan kuantiti yang diminta
Ed = =
%∆P Peratus Perubahan Harga
 
%∆Qd [Q1-Q0 / Q0] X 100%
 Ed = =
%∆P [P1-P0 / P0] X 100%

Ed = Keanjalan Permintaan Harga


 
 = Perubahan
 
Qd = Kuantiti yang diminta
 
P = Harga

(Ingatan: Hasil pengiraan akan memberi jawapan bertanda negatif, walau bagaimanapun
tanda negatif tersebut diabaikan dalam membuat kesimpulan kerana ianya cuma
menunjukkan sifat keluk permintaan yang bercerun negatif)

Contoh:
Pada harga timun RM2.00 sekilogram, kuantiti permintaan timun adalah sebanyak 10
kilogram. Berlaku kenaikan harga sekilogram timun kepada RM3.00, didapati kuantiti
permintaan timun merosot kepada 5 kilogram. Kirakan keanjalan permintaan harga apabila
harga timun meningkat daripada RM2.00 kepada RM3.00.

Semester Ogos 2006/2007 1


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

P0 = RM2 Q0 = 10kg
P1 = RM3 Q1 = 5kg

%∆Qd [Q1-Q0 / Q0] X 100%


 Ed = =
%∆P [P1-P0 / P0] X 100%
%∆Qd [5-10 / 10] X 100%
 Ed = =
%∆P [3-2 / 2] X 100%
- 50
 Ed = = -1
50

Contoh:
Harga CrispyChoc Bar telah meningkat daripada RM25 kepada RM30 sekotak. Akibat
kenaikan harga ini permintaannya telah merosot daripada 80 kotak kepada 40 kotak. Sila
kirakan keanjalan permintaan harga CrispyChoc Bar.
P0 = RM25 Q0 = 80
P1 = RM30 Q1 = 40

%∆Qd [Q1-Q0 / Q0] X 100%


 Ed = =
%∆P [P1-P0 / P0] X 100%
%∆Qd [40-80 / 80] X 100%
 Ed = =
%∆P [30-25 / 25] X 100%
%∆Qd -50 -5
Ed = = = = - 2.5
%∆P 20 2

Contoh:
Penjual sayur dan buah-buahan di Pasar Borang Serdang telah memutuskan untuk
menurunkan harga sekotak epal daripada RM50 kepada RM45 sekotak. Akibat penurunan
harga ini, didapati jualan harian epal tersebut telah meningkat daripada 40 sekotak sehari
kepada 45 kotak sehari. Apakah keanjalan permintaan harga epal?
P0 = RM50 Q0 = 40
P1 = RM45 Q1 = 45

%∆Qd [Q1-Q0 / Q0] X 100%


 Ed = =
%∆P [P1-P0 / P0] X 100%
%∆Qd [45-40 / 40] X 100%
 Ed = =
%∆P [45-50 / 50] X 100%
%∆Qd 12.5
Ed = = = - 1.25
%∆P -10

Contoh:
Harga setong petrol tanpa plumbum telah meningkat daripada RM80 kepada RM84.
Akibatnya, kuantiti permintaan telah jatuh daripada 4000 tong kepada 3880 tong sahaja
sehari. Apakah keanjalan permintaan harga petrol tanpa plumbum?

P0 = RM80 Q0 = 4000
P1 = RM84 Q1 = 3880

Semester Ogos 2006/2007 2


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

%∆Qd [Q1-Q0 / Q0] X 100%


 Ed = =
%∆P [P1-P0 / P0] X 100%
%∆Qd [3880-4000 / 4000] X 100%
 Ed = =
%∆P [84-80 / 80] X 100%
%∆Qd -3
Ed = = = - 0.6
%∆P 5

Cara Mengira Perubahan Permintaan dan Harga dengan nilai keanjalan permintaan
harga yang diberikan

Penjual sayur dan buah-buahan telah memutuskan untuk mengurangkan harga pisang
daripada RM40 sekotak kepada RM32 sekotak. Nilai keanjalan permintaan harga untuk
pisang adalah 2. Pada masa ini penjual menjual 80 kotak sehari. Berapa banyakkah yang
penjual akan jual akibat penurunan harga ini?

%∆Qd
 Ed =
%∆P

%∆Qd
-2 =
[ 32-40/40 ] X 100%

%∆Qd
-2 =
-20

Kesimpulannya, % Qd = -2 X –20 = 40, bermakna kuantiti diminta akan meningkat


sebanyak 40% daripada jualan semasa. 40% daripada 80 kotak ialah 32 kotak. Maka,
jumlah jualan sehari selepas harga dikurangkan ialah 112 kotak ( 80 kotak + 32 kotak).

Darjah-darjah Keanjalan Permintaan Harga

a) Anjal (Elastic) – Keluk Permintaan dianggap sebagai anjal apabila nilai keanjalannya
adalah lebih dari satu tetapi kurang daripada infiniti. Makna kepada pernyataan ini
adalah peratus perubahan kuantiti yang diminta adalah lebih besar daripada peratus
perubahan harga barang berkenaan.
b) Tak anjal (inelastic) – nilai keanjalannya adalah kurang daripada satu tetapi lebih
daripada kosong di mana peratus kuantiti yang diminta adalah kurang daripada peratus
perubahan harga barang berkenaan.
c) Keanjalan satu (unitary elastic) – nilai keanjalannya sama dengan satu di mana peratus
perubahan kuantiti yang diminta adalah sama dengan peratus perubahan harga barang
tersebut.
d) Anjal Sempurna (perfectly elastic) – nilai keanjalan adalah infiniti menunjukkan pada
suatu tingkat harga yang tetap, pengguna akan membeli sebarang kuantiti barangan
tersebut yang dijual dipasaran. Kenaikan harga barangan tersebut menyebabkan tidak
ada barang yang akan dibeli (diminta) oleh pengguna.

Semester Ogos 2006/2007 3


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

e) Tidak Anjal Sempurna (perfectly inelastic) – nilai keanjalannya adalah sifar


menunjukkan sebarang perubahan harga sesuatu barang tidak akan menyebabkan
sebarang perubahan kuantiti yang diminta.
 
Secara ringkasnya:
Darjah Keanjalan Nilai Keanjalan Sifatnya
Anjal 1 < Ed < ∞ %∆Qd > %∆P
Tak anjal 0 < Ed < 1 %∆Qd < %∆P
Keanjalan Satu Ed = 1 %∆Qd = %∆P
Anjal Sempurna Ed = ∞ %∆Qd = ∞
Tidak anjal sempurna Ed = 0 %∆Qd = 0

Hubungan antara Keanjalan Permintaan Harga dengan Jumlah Hasil (Total


Revenue)
 
Jumlah wang yang dibelanjakan oleh pengguna ke atas suatu barangan merupakan jumlah
hasil yang diperolehi oleh penjual. Jumlah hasil diperolehi dengan mendarabkan harga
dengan kuantiti barangan yang dibeki oleh pengguna. Jadi satu perubahan tingkat harga
akan menyebabkan perubahan dalam jumlah hasil.
 
Hubungan di antara perubahan harga dengan jumlah hasil adalah bergantung kepada
keanjalan permintaan harga. Secara ringkas kesan perubahan harga sesuatu barangan ke
atas jumlah hasil dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Keluk permintaan sesuatu barangan anjal – kenaikan harga akan mengakibatkan
penurunan jumlah hasil dan sebaliknya.
2. Keluk permintaan sesuatu barangan tidak anjal – kenaikan harga barangan akan
menyebabkab kenaikan jumlah hasil dan sebaliknya.
3. Keluk permintaan sesuatu barangan anjal sama dengan satu – kenaikan atau
penurunan harga barangan tersebut tidak akan mengubah jumlah hasil.

Keanjalan Permintaan Silang


 
Keanjalan Permintaan Silang mengukur darjah tindakbalas perubahan dalam kuantiti suatu
barangan akibat daripada perubahan harga barang lain.
 
%∆QdA Peratus perubahan kuantiti barang A yang diminta
Ex = =
%∆PB Peratus perubahan harga barang B
 

di mana EX = Keanjalan permintaan silang


 
∆= ‘perubahan dalam’
 
QdA = Kuantiti barang A yang diminta

Semester Ogos 2006/2007 4


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

 
PB = Harga Barang B
 
Umumnya, hubungan di antara harga sesuatu barang dengan kuantiti barang lain yang
diminta boleh dibezakan kepada 3 kategori iaitu:
1. Barang Penggenap – mempunyai nilai keanjalan permintaan silang yang negative.
Ini bererti bahawa permintaan sesuatu barang dan harga barang penggenapnya
berubah ke arah yang bertentangan. Contoh barang penggenap ialah kereta dan
minyak petrol. Bila harga kereta jatuh, kuantiti petrol yang diminta akan bertambah
disebabkan lebih ramai pengguna membeli kereta disebabkan harga yang lebih
murah.
2. Barang pengganti – mempunyai nilai keanjalan permintaan silang yang positive.
Ini bererti bahawa permintaan sesuatu barang dan harga barang penggantinya
berubah ke arah yang sama. Contoh barang pengganti ialah kopi dan teh. Bila
harga kopi jatuh, kuantiti teh yang diminta akan berkurangan disebabkan pengguna
membeli kopi yang lebih murah berbanding teh.
3. Barang neutral – mempunyai nilai keanjalan silang yang kosong. Ini bermakna
bahawa perubahan harga sesuatu barang tidak akan menyebabkan perubahan
permintaan ke atas barang yang lain.

Keanjalan Permintaan Pendapatan


 
Formula:
%∆Qd Peratus perubahan kuantiti yang diminta
EY = =
%∆Y Peratus perubahan pendapatan
 
 

di mana EY = Keanjalan permintaan pendapatan


 
∆= ‘perubahan dalam’
 
Qd = Kuantiti yang diminta
 
Y = Pendapatan
 
Pada umumnya, hubungan di antara pendapatan dengan barang yang diminta boleh
dibezakan kepada 3 kategori utama:
1. Barang biasa – kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti sesuatu
barang yang diminta bertambah.
2. Barang mesti – perubahan pendapatan pengguna tidak akan mempengaruhi kuantiti
barang yang diminta.
3. Barang bawahan – kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti barang
yang diminta berkurangan.
 

Semester Ogos 2006/2007 5


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Darjah-darjah Keanjalan Permintaan Pendapatan


 
Darjah Nilai Keanjalan Sifatnya
Keanjalan negative EY < 0 Permintaan menurun bila
pendapatan meningkat
Tidak anjal sempurna EY = 0 Permintaan tetap bila
pendapatan berubah
Tak anjal 0 < EY < 1 Peratus kenaikan
permintaan adalah kurang
daripada peratus kenaikan
pendapatan
Keanjalan Satu EY = 1 Peratus kenaikan
permintaan adalah sama
dengan peratus kenaikan
pendapatan
Anjal 1 < EY < ∞ Peratus kenaikan
permintaan adalah lebih
besar daripada peratus
kenaikan pendapatan

Penentu-penentu Keanjalan Permintaan


 
1. Barang-barang pengganti
Ada pengganti, maka permintaannya adalah lebih anjal. Tiada pengganti – tidak
anjal. Rumusannya, semakin banyak sesuatu barang mempunyai pengganti,
semakin anjal sifat permintaannya.
 
2. Bilangan kegunaan sesuatu barang
Banyak kegunaan, maka permintaannya adalah lebih anjal.
 
3. besarnya bahagian pendapatan yang dibelanjakan ke atas sesuatu barang
besar bahagian pendapatan dibelanjakan semakin anjal permintaan sesuatu barang
dan sebaliknya.
 
4. Jangka masa
Jangkamasa pendek – kurang anjal. Pada jangkamasa pendek, pengguna sukar
untuk mencari barang pengganti.
 
5. Keperluan sesuatu barang
Bagi barang mesti seperti beras maka permintaannya adalah tidak anjal. Walaupun
terdapat peningkatan harga beras, pengguna tetap membelinya dengan kuantiti
yang sama.
 
6. Tabiat penggunaan
Barang yang selalu dan kerap digunakan tidak anjal permintaannya. Contohnya
rokok, bagi perokok walaupun harga rokok naik mereka masih membelinya tanpa
mengurangkan kuantiti yang diminta.

Semester Ogos 2006/2007 6


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Keanjalan Penawaran Harga

Keanjalan penawaran harga mengukur darjah tindakbalas perubahan di dalam kuantiti


sesuatu barang yang ditawarkan akibat daripada perubahan dalam harga barang tersebut.
 
%∆Qs Peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan
Es = =
%∆P Peratus perubahan harga
 

Di mana: Es = Keanjalan penawaran harga


 
∆= ‘perubahan dalam’
 
Qs = Kuantiti yang ditawarkan
 
P= Harga
 
Darjah-darjah keanjalan penawaran harga
 
Darjah Nilai Keanjalan Sifatnya
Tidak anjal sempurna Es < 0 Perubahan harga sesuatu
barang tidak akan
menyebabkan perubahan
kuantiti yang ditawar
Anjal sempurna ES = ∞ Pada harga yang tetap,
pengeluar akan
menawarkan sebarang
barang yang ada dipasaran
tetapi tiada kuantiti barang
yang ditawarkan jika harga
kurang daripada harga
tetap
Tak anjal 0 < ES < 1 Peratus perubahan kuantiti
ditawarkan adalah lebih
kecil daripada peratus
perubahan harga barang
tersebut
Keanjalan Satu ES = 1 Peratus perubahan kuantiti
yang ditawarkan adalah
sama dengan peratus
perubahan harga barang
tersebut.
Anjal 1 < ES < ∞ Peratus perubahan kuantiti
yang ditawarkan adalah
lebih besar daripada
peratus perubahan harga
barang tersebut.

Semester Ogos 2006/2007 7


DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

 
 
 
Penentu-penentu Keanjalan Penawaran
 
1. Faktor masa
Keanjalan penawaran sesuatu barangan akan bertambah melalui masa. Semakin
pendek jangka masa semakin tidak anjal penawaran dan semakin panjang jangka
masa semakin anjal penawaran sesuatu barang.
 
2. Tambahan kos pengeluaran
Jika tambahan kos kecil menyebabkan penawaran meningkat maka keanjalan
penawaran adalah anjal. Sebaliknya jika kenaikan penawaran sesuatu barang
memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar maka penawaran barang
tersebut adalah bersifat tidak anjal.
 
3. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
Faktor-faktor pengeluaran, jika dapat dipindahkan dengan mudah dari sebuah
firma ke firma lain dan dari satu jenis keluaran ke keluaran yang lain, maka
penawaran sesuatu barang akan cenderung menjadi lebih anjal dan sebaliknya.
 
4. Bilangan firma yang ada dalam sesuatu industri
Semakin banyak firma dalam sesuatu industri, semakin banyak keluaran industri
tersebut yang dapat dikeluarkan, maka semakin anjal penawaran bagi keluaran
industri tersebut dan sebaliknya.
 
5. tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barangan/keluaran
Semakin panjang jangka masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang
maka semakin tidak anjal penawaran barang tersebut dan sebaliknya.

Semester Ogos 2006/2007 8

You might also like