P. 1
nota TEORI PENGELUARAN

nota TEORI PENGELUARAN

5.0

|Views: 3,239|Likes:
Published by kojai71

More info:

Published by: kojai71 on Feb 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2015

pdf

text

original

TEORI PENGELUARAN Istilah Penting Dalam Teori Pengeluaran Pengeluaran – merupakan proses transformasi faktor-faktor pengeluaran kepada

barang siap, menghasilkan output atau keluaran. Dengan kata lain, pengeluaran boleh juga dimaksudkan sebagai satu proses menukar input (faktor-faktor pengeluaran) kepada output (barangan atau perkhidmatan) menggunakan satu tingkat teknologi tertentu. Jika terdapat peningkatan dalam teknologi, maka kadar output yang dapat dikeluarkan akan meningkat pada kadar yang lebih tinggi. Fungsi Pengeluaran – menunjukkan hubungan di antara kombinasi input yang digunakan dan kadar output yang dapat dihasilkan. Q = f (input) Di mana, Q adalah output, dan f (input) termasuklah buruh, modal, tanah dan usahawan. Firma – sebuah organisasi atau satu unit pengeluaran yang merancang bagaimana faktor pengeluaran yang terhad digunakan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Setiap firma mempunyai objektif yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan. Industri – merupakan gabungan semua firma yang terdapat dalam satu-satu pasaran yang mengeluarkan output yang sama. Pasaran – tempat berlakunya pertukaran barang dan perkhidmatan melalui proses pembelian dan penjualan antara pembeli dan penjual. Input – sumber / bahan-bahan untuk menghasilkan keluaran. Terbahagi kepada 2 iaitu: i. input berubah - boleh ditambah dan dikurang - jumlah output atau keluaran bergantung kepada input berubah - semakin banyak keluaran dihasilkan maka semakin banyak penggunaan input berubah ii. input tetap - tidak boleh ditambah dan dikurangkan dalam jangka masa pendek - keluaran atau output tidak bergantung kepada input tetap - walaupun keluaran atau output belum diperolehi, input tetap masih diperlukan Jangkamasa – tempoh waktu pengeluaran sesuatu keluaran dihasilkan. Terbahagi kepada 2 yang popular i. jangkamasa pendek - terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan satu input berubah - jumlah output boleh ditambah dan dikurang dengan menambah atau mengurangkan input berubah sahaja ii. jangkamasa panjang - semua input yang digunakan di dalam pengeluaran boleh berubah

6

Konsep Keluaran / Output Jumlah Keluaran (Total Product – TP) – jumlah keluaran maksimum yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan semua input yang ada. Penambahan input berubah akan meningkatkan keluaran dengan kadar yang cepat, kemudian meningkat dengan kadar yang berkurangan sehingga mencapai tahap maksimum. Selepas mencapai tahap maksimum, penambahan input berubah hanya akan menyebabkan jumlah keluaran berkurangan. Keluaran Marginal (Marginal Product – MP) – tambahan kepada jumlah keluaran apabila seunit input berubah ditambah / digunakan. Secara formula, MP = ∆ TP / ∆ input berubah. Penambahan input berubah akan menyebabkan MP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila penambahan seunit input berubah menyebabkan TP bertambah tetapi dengan kadar yang kecil – MP menurun dan seterusnya negatif selepas bersilang dengan paksi input berubah. Keluaran Purata (Average Product – AP) – keluaran yang dihasilkan daripada setiap unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran. Penambahan input berubah menyebabkan AP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila ia bersilang dengan MP. Selepas maksimum, penambahan input berubah menyebabkan AP menurun. Hubungan Antara TP dan MP • Apabila MP meningkat, TP bertambah pada kadar yang cepat. • Apabila MP menurun, TP masih bertambah tetapi pada kadar yang semakin berkurangan. • TP maksimum apabila MP = 0. Hubungan Antara MP dan AP • Semasa MP > AP, AP sedang meningkat. • Apabila MP < AP, AP sedang menurun. • AP mencapai maksimum apabila MP = AP Fungsi Pengeluaran Jangkamasa Pendek Andaian: • Sekurang-kurangnya satu input adalah input tetap • Cuma terdapat dua faktor pengeluaran sahaja iaitu modal (K)-input tetap dan buruh (L)-input berubah • Kos tetap (fixed cost-FC) iaitu sewa tanah seluas 10 ekar ialah RM5,000.00 • Peternak hanya dapat menambah bilangan lembu yang diternak dengan meningkatkan bilangan buruh Q = Jumlah Keluaran = TP = f (K,L) Jadual berikut menunjukkan kuantiti lembu yang dikeluarkan bergantung kepada bilangan buruh yang digunakan.

7

1 Buruh (L) 0 1 2 3 4 5 6 7

2 Tanah (K) 10 10 10 10 10 10 10 10

3 Jumlah Keluaran (lembu sebulan) TP 0 100 250 350 400 420 430 430

4 = 3/1 Keluaran Purata Buruh APL 0/0 = 0 100/1 = 100 250/2 = 125 350/3 = 116.67 400/4 = 100 420/5 = 84 430/6 = 71.67 430/7 = 61.43

5=∆ 3/∆ 1 Keluaran Marginal Buruh MPL 0 (100-0)/(1-0)=100 (250-100)/(2-1)=150 100 50 20 10 0

8

Hukum Pulangan Berkurangan Hukum ini menyatakan bahawa apabila penggunaan input berubah ditambah terus menerus, akan menyebabkan pertambahan output/keluaran akan meningkat pada mulanya tetapi pada suatu tingkat tertentu ia bertambah pada kadar yang semakin berkurangan dan akhirnya menjadi negatif. Ia berlaku selepas MP mencapai maksimum dan mula menurun sehinggalah negatif. Hukum ini hanya berlaku dalam tempoh jangkamasa pendek sahaja kerana dalam jangkamasa pendek terdapat input berubah dan input tetap. Tahap-tahap Pengeluaran Tahap-tahap pengeluaran ini berkait rapat dengan kombinasi input yang optimum dalam proses pengeluaran. Tahap I • Bermula dari titik origin (asalan) sehingga AP maksimum • MP pada mulanya meningkat lebih cepat daripada AP tetapi kemudian menurun sehingga AP dan MP bersilang • Tahap di mana pengeluaran tidak cekap • Pengeluar yang rasional tidak akan berhenti mengeluarkan output di tahap ini kerana penambahan input berubah akan meningkatkan outputnya • Tahap ini berakhir apabila AP maksimum iaitu di mana AP = MP Tahap II • Bermula titik persilangan MP=AP sehingga MP = 0 • Pada tahap ini nilai AP > MP, keluk AP di atas MP • Pada tahap ini kedua-dua AP dan MP sedang menurun, TP tidak menurun tetapi meningkat dengan kadar yang berkurangan • Di tahap ini, gabungan antara input berubah dan input tetap adalah yang paling cekap • Tahap ini adalah tahap yang paling rasional dan cekap bagi mengeluarkan output • Berakhir apabila MP = 0 Tahap III • Tahap pengeluaran yang tidak cekap kerana penambahan penggunaan input berubah hanya akan menyebabkan TP berkurangan • Pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan barangan di tahap ini kerana berlaku pembaziran penggunaan buruh • Bermula ketika MP = 0 iaitu pada tahap TP maksimum Penggunaan Input Berubah yang Optimum Apakah kombinasi input berubah yang paling optimum untuk memaksimumkan untung? Tambahan unit input berubah harus dibuat sehingga Keluaran Hasil Marginal (Marginal Revenue Product- MRP) dari penggunaan input berubah terakhir yang digunakan menyamai kos input tersebut.

9

MRPL = w (wages = kadar upah) Atau MRPK = r (rent = kadar sewa) Contoh 1 Jika MRPL ialah RM4,000.00 dan kadar upah (w) seorang buruh ialah RM3,000 setahun. Keputusan yang patut dibuat oleh Pengeluar ialah meningkatkan penggunaan buruh sehingga MRPL bersamaan dengan kadar upah. Contoh 2 Jika MRPL ialah RM4,000.00 dan kadar upah (w) seorang buruh ialah RM4,000 setahun. Keputusan yang patut dibuat oleh Pengeluar ialah tidak menambah lagi penggunaan buruh kerana MRPL telah bersamaan dengan kadar upah. Menggunakan contoh pengeluaran lembu, andaikan harga seekor lembu adalah RM1,000 sekiranya kadar upah seorang buruh ialah RM10,000 setahun, maka bilangan buruh yang patut digunakan ialah seramai 6 orang kerana MRPL bersamaan dengan kadar upah tersebut. 1 Buruh (L) 2 Jumlah Keluaran (lembu sebulan) TPL 0 100 250 350 400 420 430 3 Jumlah Hasil (Harga X Kuantiti) TR 0 100,000 250,000 350,000 400,000 420,000 430,000 4=∆ 2/∆ 1 Keluaran Marginal Buruh MPL 100 150 100 50 20 10 5 = 4 X Harga Keluaran Hasil Marginal Buruh MRPL 100,000 150,000 100,000 50,000 20,000 10,000

0 1 2 3 4 5 6

10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->