You are on page 1of 5

KOS PENGELUARAN

Kos Ekonomi: Kos Eksplisit dan Implisit

Kos Eksplisit - perbelanjaan untuk mendapatkan segala input untuk mengeluarkan output. (kos
boleh direkod). Kos ini adalah termasuk berbagai-bagai bayaran yang dibuat oleh firma untuk
menggunakan faktor-faktor pengeluaran. Contoh, bayaran upah kepada buruh, bayaran sewa
kepada kilang atau bangunan, bayaran kepada bahan mentah yang diperlukan untuk proses
pengeluaran dsb.

Kos implisit - adalah kos lepas, kos tidak direkodkan. Kos ini adalah kos-kos yang ditanggung
oleh firma apabila menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki sendiri. Contoh, tanah
sendiri yang digunakan untuk membina kilang, bangunan sendiri yang digunakan sebagai pejabat
dsb.

Kos ekonomi - kos bagi firma dalam menggunakan sumber-sumber ekonomi dan termasuk kos
lepas.

Kos Pengeluaran pada Jangkamasa Pendek

Pada jangkamasa pendek firma menggunakan dua jenis input – input tetap dan input berubah.
Oleh itu, terdapat dua jenis kos iaitu kos tetap dan kos berubah.

Kos Tetap – jumlah perbelanjaan firma bagi input tetap pada jangkamasa tertentu. Jumlahnya
adalah harga seunit input tetap dikali dengan kuantiti input tetap. Kos tetap wujud sebelum apa-
apa jua pengeluaran atau perniagaan bermula.

Kos Tetap = Harga seunit input tetap X kuantiti input tetap

Bilangan poster per Kos Tetap Kos Berubah Jumlah Kos


minggu Fixed Cost (FC) Variable Cost (VC) Total Cost (TC)
0 1000 0 1000
1 1000 50 1050
2 1000 90 1090
3 1000 130 1130
4 1000 160 1160
5 1000 210 1210
6 1000 300 1300
7 1000 440 1440
8 1000 630 1630
9 1000 970 1970

Kos Berubah – jumlah perbelanjaan firma bagi input berubah pada jangkamasa tertentu. Oleh
kerana semakin banyak output dikeluarkan memerlukan semakin banyak input berubah seperti
bahan mentah, buruh, bekalan elektrik dan air. Kos berubah secara langsung berkaitan dengan
bilangan output. Apabila tiada pengeluaran, maka tiada kos berubah.

Kos berubah = harga seunit kos berubah X kuantiti input berubah

11
Jumlah Kos – adalah semua kos pengeluaran yang dibayar ke atas faktor-faktor tetap dan faktor
berubah. Kesimpulannya, jumlah kos dapat diperoleh dengan mencampurkan jumlah kos tetap
dan jumlah kos berubah seperti berikut:

Jumlah Kos (TC) = Kos Tetap (FC) + Kos Berubah (VC)

Keluk Kos Purata Jangkamasa Pendek

Kos Tetap Purata – jumlah kos tetap dibahagikan dengan output. Kos tetap purata berkurangan
apabila berlaku penambahan di dalam output. Kenapa? Sebab kos tetap adalah tetap dan tidak
berubah walaupun tingkat keluaran meningkat, maka kos tetap purata menjadi semakin kecil
apabila tingkat keluaran meningkat.

Kos Tetap Purata (AFC) = Kos Tetap (FC) / Jumlah Keluaran (Output=Q)

Kos Berubah Purata – jumlah kos berubah dibahagikan dengan output. Kos berubah purata pada
mulanya jatuh dan kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah keluaran (output). Ini
adalah kerana hukum pulangan bertambah kurang di dalam operasi. Semakin banyak input
berubah digunakan, tambahan jumlah keluaran yang dihasilkan semakin kurang. Maka jumlah
yang dibelanjakan ke atas input berubah per unit output akan semakin bertambah.

Kos Berubah Purata (AVC) = Kos Berubah (VC) / Jumlah Keluaran (Q)

Kos Purata – memberitahu kita berapa kos per unit barangan yang dihasilkan, di mana jumlah
kos dibahagikan dengan output. Kos purata akan menurun pada mulanya apabila tingkat keluaran
meningkat, kemudiannya akan meningkat apabila tingkat keluaran mencapai tahap tertentu.

Kos Purata = Jumlah Kos / Output

Kesimpulannya,

Kos Purata (AC) = (Kos Tetap + Kos Berubah) / Output


Atau
Kos Purata (AC) = Kos tetap purata (AFC) + Kos Beubah Purata (AVC)

Keluk Kos Purata boleh dibahagikan kepada 3 tahap:

Tahap 1
Kos tetap purata (AFC) dan Kos berubah purata (AVC) semakin berkurangan. Ini sejajar dengan
hukum berkurangan keluaran marginal. Terdapat juga pulangan yang semakin bertambah kepada
faktor berubah. Oleh kerana AFC dan AVC semakin berkurangan, maka pada jangkamasa
pendek kos purata (AC) juga berkurangan.

Tahap 2
AFC berkurangan dan AVC mula meningkat secara perlahan. Oleh kerana kejatuhan AFC lebih
besar daripada peningkatan di dalam AVC, kos purata (AC) terus menerus berkurangan tetapi
pada kadar yang lebih perlahan berbanding pada tahap 1.

12
Tahap 3
AFC berkurangan secara sangat perlahan malah menjadi semakin mendatar. AVC bertambah
secara cepat disebabkan pulangan yang semakin menurun kepada faktor berubah. Oleh kerana
peningkatan AVC lebih besar daripada kejatuhan AFC, maka kos purata (AC) mula meningkat
semula pada tahap ini.

Kos Marginal / Kos Sut – tambahan kepada jumlah kos akibat daripada tambahan seunit output /
keluaran. Untuk melihat bagaimana kos marginal dikira, sila lihat jadual di bawah.

Bilangan poster seminggu Jumlah Kos Kos Marginal


0 1000 -
1 1050 1050 – 1000 = 50
2 1090 1090 – 1050 = 40
3 1130 40
4 1160 30
5 1210 50
6 1300 90
7 1440 140
8 1630 190
9 1970 340

Bila jumlah keluaran (output-bilangan poster) antara 0 – 1, kos marginal adalah RM 50, kerana
ini adalah kos tambahan untuk mengeluarkan 1 poster seminggu. Dengan lain perkataan, RM50
sama dengan kos marginal di dalam situasi ini kerana perbezaan antara jumlah kos menghasilkan
1 poster seminggu dan jumlah kos menghasilkan kosong poster seminggu. Jadual di atas
menunjukkan semakin meningkat jumlah keluaran, kos marginal pada mulanya akan
berkurangan tetapi apabila melepasi sesuatu titik, ia akan meningkat.Dalam perkataan lain,
selepas sesuatu titik, semakin tinggi kos kepada firma untuk mengeluarkan unit lain output /
keluaran. Maka. Kesimpulannya:

Perubahan dalam jumlah kos


Kos Sut / Kos Marginal (MC) =
perubahan dalam jumlah keluaran

ΔTC
MC =
ΔQ
atau

ΔVC (perubahan dlm jumlah kos berubah)


MC =
ΔQ

Kos Pengeluaran pada Jangkamasa Panjang

Pada jangkamasa panjang tiada input tetap, tetapi hanyalah input berubah. Oleh kerana firma
mempunyai masa yang baik untuk merancang sumber-sumber dan pengeluarannya, maka secara
rasionalnya, firma akan memilih perancangan kombinasi input yang memberi kos purata yang
rendah untuk menghasilkan barangan pada tahap keluaran. Jangkamasa panjang juga dikenali
sebagai jangkamasa perancangan.

Keluk Kos Purata Jangkamasa Panjang (Long Run Average Cost Curve) – keluk LRAC

13
Jangkamasa panjang adalah masa di mana semua input boleh dikembangkan / ditambah.
Kesannya, skil pengeluaran dan saiz firma bertambah. Pada masa ini juga, firma akan merancang
bagaimana untuk meminimumkan kos purata.

GRAF

SRAC1, SRAC2 dan SRAC3 mewakili 3 saiz kilang atau mesin yang berlainan. Diandaikan
pada tahun 1, firma mengeluarkan Q1 unit of output menggunakan SRAC1 mesin. Maka, SRAC-
kos purata jangkamasa pendek, adalah OC.

Kini, diandaikan permintaan untuk barangan berkenaan meningkat kepada Q2. Pada jangkamasa
pendek, firma mestilah mengeluarkan barangan menggunakan mesin SRAC1. Ini bukanlah titik
optimum output, maka kos purata meningkat kepada OD. Walau bagaimanapun, OD bukanlah
kos yang minimum. Oleh yang demikian, firma perlu merancang bagaimana untuk
mengurangkan kos ini.

Untuk mengurangkan kos, firma memilih untuk membeli mesin yang lebih besar yang diwakili
oleh SRAC2. Maka mesin yang lebih besar ditempah. Apabila mesin tiba dan digunakan untuk
mengeluarkan sejumlah barangan, Q2, kos purata kini berkurangan kepada OE.

Sekarang, diandaikan permintaan bertambah kepada Q3. Sekali lagi pada jangkamasa pendek,
firma perlu menggunakan mesin saiz SRAC2 untuk mengeluarkan Q3. Oleh kerana ia bukanlah
keluaran yang optimum maka kos purata meningkat. Sekali lagi pada jangkamasa panjang, firma
akan merancang untuk mengurangkan kos. Langkah yang sama, kos boleh dikurangkan dengan
mendapatkan mesin yang lebih besar seperti SRAC3 yang membolehkan kos dikurangkan
daripada OF kepada OG.

Proses ini akan berterusan sepanjang tahun firma beroperasi.

Keluk LRAC juga berbentuk “U”. Ini adalah kerana hukum pulangan mengikut skala.

Ekonomi Bidangan (Economies of Scale) dan Disekonomi Bidangan (Diseconomies of scale)

Hukum pulangan mengikut skala menyatakan bahawa semakin firma membesarkan saiz atau
skala pengeluarannya, maka LRAC-kos purata jangkamasa panjang akan mula berkurangan
tetapi akhirnya meningkat. Hubungan antara Pulangan mengikut skala dan LRAC adalah seperti
berikut:

GRAF

Kenapa keluk kos purata jangkamasa panjang-LRAC berbentuk “U”? Ini adalah kerana ekonomi
bidangan dan disekonomi bidangan. Ekonomi bidangan adalah kelebihan dan manfaat yang
firma akan perolehi apabila pengeluaran mereka semakin besar. Disekonomi bidangan adalah
masalah yang firma akan hadapi apabila pengeluarannya terlalu besar. Ekonomi bidangan akan
mengurangkan kos purata jangkamasa panjang sesebuah firma dan Disekonomi bidangan akan
meningkatkan kos purata jangkamasa panjang.

Beberapa bentuk / jenis Ekonomi Bidangan


1. Pengkhususan Ekonomi (Economies of Specialization – Labor Economies)
Firma-firma yang besar boleh mengkhusus proses pengeluaran mereka di mana pekerja-
pekerja dikhaskan kepada tugas-tugas tertentu sahaja. Membuat sesuatu kerja / tugas

14
dengan berulangkali akan meningkatkan kecekapan dan keefisien, serta menajamkan
kemahiran pekerja tersebut. Ini dapat menjimatkan masa sesuatu barang itu diproses.
Maka, hasil keluaran dapat dipertingkatkan tanpa meningkat upah / gaji pekerja tersebut.
Situasi ini akan menyebabkan kos purata (AC) jatuh.

2. Ekonomi Pemasaran (Marketing Economies)


Firma-firma yang besar membeli input secara pukal (jumlah yang banyak). Maka, mereka
boleh mendapatkan diskaun harga atas pembelian input tersebut. Diskaun ini dapat
mengurangkan kos. Sama juga jika mereka mengiklankan barangan tersebut di media
massa. Semakin besar jumlah jualan akan menyebabkan kos purata pengiklanan menjadi
semakin kecil.

3. Ekonomi Teknikal (Technical Economies)


Peralatan dan mesin-mesin yang besar selalunya digunakan untuk mengeluarkan
barangan pada jumlah yang banyak. Penggunaannya membolehkan pengeluar mencapai
tingkat keluaran yang maksimum. Kos purata keluaran mesin berkenaan akan
berkurangan jika pengeluar dapat mencapai tahap paling maksimum pengeluarannya.

4. Ekonomi Kewangan (Financial Economies)


Firma-firma besar yang sudah berjaya dan dikenali kebiasaannya mudah mendapat
kepercayaan apabila mereka meminjam wang daripada bank-bank perdagangan,
contohnya memperolehi kadar bungan yang rendah dan tempoh bayaran balik yang lebih
panjang. Mereka juga boleh menawarkan saham baru yang dijual kepada umum untuk
mendapatkan dana tambahan bagi pelaburan perniagaan mereka.

5. Ekonomi Pengurusan (Managerial Economies)


Seseorang pengurus yang cekap dan efisien boleh menguruskan keluaran yang besar
secara cekap dengan menerima jumlah upah / gaji yang sama. Oleh yang demikian, kos
pengurusan seunit adalah semakin kecil jika keluaran / output semakin besar.

Beberapa bentuk Disekonomi Bidangan


1. Disekonomi Buruh
Pengkhususan tugas dan kerja boleh menyebabkan seseorang pekerja menjadi bosan
(sebab buat perkara yang sama setiap hari), kurang berminat, dan mengalami keletihan
mental. Ini akan menyebabkan produktiviti seseorang pekerja berkurangan. Maka, kos
purata akan meningkat.

2. Masalah Pengurusan
Apabila firma menjadi terlalu besar, masalah komunikasi mungkin timbul, koordinasi
kerja menjadi tidak teratur dan mungkin bertindih, kelemahan di dalam semangat
bekerjasama, kelemahan di dalam mengawal pekerja, akan menyebabkan firma
menghadapi masalah. Akibatnya firma mungkin tidak dapat menguruskan kos dan dana
dengan lebih baik. Di dalam organisasi yang besar juga, terdapat jurang yang besar di
antara pihak pengurusan atasan dan pekerja am. Pekerja merasakan pandangan mereka
tidak diambilkira oleh pihak pengurusan atasan dan ini akan menyebabkan semangat,
motivasi bekerja mereka jatuh dan boleh mengakibatkan kesetiaan kepada syarikat mulai
menurun.

15

You might also like