P. 1
Bab 1- Pengenalan Accounting 1

Bab 1- Pengenalan Accounting 1

3.25

|Views: 71,748|Likes:

More info:

Published by: mohd firdaus muhamad hanafi on Feb 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2015

pdf

text

original

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Bab 1 ( Pengenalan ) 1.

Pendedahan kepada Penyata kewangan. Jenis jenis Penyata kewangan Penyata kewangan terdiri daripada Penyata pendapatan dan Kunci Kira Kira. . Tujuan Penyata kewangan Penyata kewangan disediakan pada hujung satu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan dan mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan. Tajuk Penyata kewangan Tajuk bagi penyata kewangan: Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember ____ Kunci kira kira pada 31 Disember _____ Komponen setiap jenis Penyata Kewangan Bagi Penyata pendapatan:i)Belanja ii)Hasil iii) Untung bersih atau rugi bersih Bagi Kunci kira kira:i)Aset Bukan Semasa ii)Aset semasa iii)Ekuiti Pemilik iv)Liabilti bukan semasa v) Liabiliti semasa Pihak yang bertanggungjawab diatas penyediaan Penyata Kewangan Akauntan i) Tugas akaun adalah merancang, melaksanakan dasar , memastikan system bekanjawan dan kawalan akaun dipraktikan dengan betul, dan juga memberi nasihat berkaitan dengan perakaunan. Pengurus Kewangan ii) Merupakan pengurus dalam bidang perakaunan supaya lancer dan teratur. Menyediakan akaun bulanan dan laporan bulanan kepada pihak atasan. Pengurus Akaun iii)

1

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan rekod yang lengkap bagi semua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang betul di Bantu oleh Akauntan. Mengesahkan tentang dokumen dan rekod yang berkaitan penerimaan, pembayaran dan transaksi kewangan yang lain. Beliau juga mnyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu. Menyediakan akaun dengan menggunakan pakej perisian yang standard

Pengguna Penyata kewangan Peniaga i) Untuk mengetahui secara khusus berkenaan dengan perniagaan yang diceburi iaitu potensi syarikat dapat diketahui melalui kunci kira kira. Hasid an belanja dapat diketahui melalui Penyata pendapatan dan lain lain. Pelabur ii) Untuk mengetahui kedudukan kewangan satu satu syarikat maka pelaboran dapat dilakukan. Bank iii) Untuk memberi pinjaman kepada organisasi melalui maklumat yang terdapat didalam penyata kewangan. Pelanggan iv) Untuk membuat keputusan meneruskan aktiviti jual beli dengan syarikat melalui maklumat kewangan yang diperolehi daripada penyata kewangan. Kerajaan v) Untuk tujuan percukaiaan. Cukai merupakan hasil pendapatan Negara yang akan membantu Negara membangun dengan lebih pesat lagi. • Kepentingan Penyata kewangan dalam perniagaan Kepentingan penyata pendapatan adalah untuk menunjukan samada perniagaan mengalami keuntungan ataupun kerugian bagi satu tempoh masa perakaunan. Biasanya dalam tempoh masa satu tahun. Manakala kunci kira kira akan menunjukan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan bagi satu tempoh masa. Kedudukan kewangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan asset, liabiliti. dan Ekuiti pemilik. Adakah asset syarikat dapat menampung liability yang

2

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

ditanggung oleh syarikat melui pengiraan ratio ratio tertentu. JAdi dengan mengetahui kedudukan kewangan syarikat maka dapatlah syarikat membuat perancangan perancangan kewangan. 2. Sejarah Perakaunan • Permulaan menyimpan rekod - Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun 3500 SM. -2300 M dibuat atas kepingan tanah liat -400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen). -Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM. -Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.

Permulaan catatan bergu -Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai Kaedah Venice -Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang digunapakai sehingga hari ini. Perkembangan sistem Perakaunan -Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan diperkenalkan. -Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan. Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua syarikat yang terlibat. -Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum -Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan untuk: menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional i) membentuk kod etika akauntan ii)

3

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

iii)

memastikan kod ini dipatuhi.

-Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan( Acounting Standard Steering Committee) ditubuhkan pada tahun 1969 menerbitka penyata Amalan Perakaunan Piawaian( Standard of Statement Accounting Practice –SSAP) -Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa ( International Accounting Standard Committee atau IASC menerbitkan Piawaiana Perakaunan Antarabangsa ( International Accounting Standards) untuk membentuk dan menggalakan penggunaan piawaian perakaunan asas dalam penyediaan akaun dan penyata kewangan. -Persatuan profesion perakauanan Malaysia telah menubuhkan Malaysia Institute of Accountants (MIA) untuk mengawal profesion perakaunan dan mengadakan peperiksaan untuk menentukan taraf profesion itu. Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional Sistem kewangan yang berasaskan syariah islam telah berkembang dengan pesat dan menjadi sebahagian daripada system kewangan antarabangsa. Tetapi system kewangan islam masih bergantung kepada sistem perakaunan konvensional. Sumber parakaunan islam berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah .Semua aktiviti perakaunan adalah mengikut amalan aktiviti yang dibenarkan dalam islam dan mengikut syarak.Larangan amalan ria adalah salah satu contoh sistem perakaunan islam. - Konsep Pendedahan Vs Konsep Penemuan - Falsafah pelaporan kos Sejarah dan nilai Saksama - Proses Perakaunan (Manual dan Berkomputer)

Perakaunan sebagai Profesion: - Maksud professional Merujuk kepada sesuatu pekerjaan ikhtisas ataupun profession yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran yang kuat dan betul betul terlatih di dalam sesuatu bidang yang diceburi atau yang dipelajari dan dipraktiknya.

4

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

-

Akauntan sebagai pemimpin Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan . Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagai penasihat kepada sesuatu perniagaan.Akauntan juga mesti seorang yang tahu membuat keputusan dengan memikirkan kesan setiap keputusan yang dibuat bukan hanya untuk kepentingan individu atau syarikat tetapi juga kesan kepada persekitaran dan masyarakat setempat. Perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman perniagaan dan pihak awam. Oleh itu seorang akauntan perlu mempunyai ciri ciri sebagai seorang pemimpin seperti akauntabiliti,jujur, amanah, komited dan berintegriti. Keperluan Kod etika Profession Perakaunan. Seorang akauntan haruslah mematuhi beberapa kod etika yang berkaitan dengan professionnya ketika menjalankan tugasnya. Etika yang dipatuhi adalah berdasarkan kod etika untuk Akauntan Professional ( Code of ethics of professional Accaontants) yang dikeluarkan oleh International Federation of Accountants ( IFAC). Etika adalah mengenai prinsip nilai dan kepercayaan yang memberi kesan pada pengaruh , pertimbangan dan tingkahlaku.

-

3.

Bentuk Organisasi Pengenalan kepada Milikan tunggal, Perkongsian, Syarikat Berhad dan koperasi.

Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh seorang sahaja yang melaburkan modal didalam perniagaan. Berhak keatas semua keuntungan dan menangung semua kerugian. Liabiliti tidak terhad iaitu semua asset peribadi boleh digunakan untuk melangsaikan hutang perniagaan. Contoh perniagaan tunggal: perniagaan berjaja, bergerai,dan perniagaan runcit i) Peguam, doctor, arkitek dan akauntan ii) Kedai jahit, salun kecantikan, kafe internet, dll. iii) • Perkongsian merupakan satu unit perniagaan yang dimiliki oleh beberapa orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan. Bilangan ahli pekongsi maksimum adalah 20 orang manakala perkongsian ikhtisas tiada had. Perkongsian

5

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

didaftarkan mengikut akta perkongsian 1961. Mestilah mempunyai ikatan perjanjian diantara pekongsi. Jika tidak sebarang permasalahan akan diselesaikan menggunakan akta perkongsian 1961. Liabiliti tidak terhad bermaksud segala asset peribadi boleh digunakan untuk melangsaikan hutang perniagaan. • Syarikat berhad ialah perniagaan yang didaftarkan dibawah akta Syarikat 1965. Terdapat 2 jenis syarikat iaitu: Syarikat Sendirian Berhad. 2 – 50 ahli i) Syarikat awam berhad- tiada had ii) Modal disumbangkan melalui pelaburan saham. Liabiliti adalah terhad kepada pelaburan yang disumbangkan. Dasar syarikat ditentukan oleh lembaga pengarah. • Koperasi -satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta koperasi 1993. berdasarkan prinsip prinsip yang berikut: i) Keanggotaan sukarela dan terbuka ii) Pengurusan yang demokratik Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota iii) Pembahagian keuntungan dengan saksama iv) Galakkan pendidikan koperasi v) Kerjasama aktif dikalangan koperasi koperasi berdaftar. vi) - Liabiliti adalah terhad. - Mesti menggunakan perkataan Berhad di belakang nama koperasi yang didaftarkan. - Modal adalah melalui sumbangan saham oleh setiap anggota. Harga saham adalah tetap seperti yang telah dinyatakan dalam undang undang kecil koperasi. - Setiap pekongsi mempunyai kuasa mengundi sekali seorang tidak kira berapa jumlah saham yang dimiliknya. 4. Perakaunan dan simpan Kira -Takrif Perakaunan dan Simpan Kira. • Simpan kira ialah cara merekod urusniaga dengan tepat dan sistematik dengan menggunakan sistem catatan bergu. • Perakaunan meliputi simpan kira iaitu satu proses dimana melibatkan merekod, melapor, dan mentafsir maklumat kewangan untuk membantu

6

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

pihak pengurusan membuat keputusan. Perakuanan juga merancang dan mengawal aktiviti perniagaan.

Sub bidang perakaunan - Perakaunan kewangan Ialah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses maklumat kewangan perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir, dan dihubungkan. Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan pelaporan prestasi perniagaan ( untung atau rugi) dalam satu satu tempoh perakaunan. Objektif utama perakaunan kewangan adalah untuk menyediakan maklumat maklumat perakaunan kepada pengguna yang berkepentingan.
-

Perakaunan Pengurusan Mengkhusus kepada penyediaan maklumat maklumat untuk kegunaan dalaman perniagaan seperti pihak pengurusan dan kakitangan. Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan pengurusan syarikat. Audit Adalah satu proses secara sistematik untuk memperolehi dan menilai bukti secara objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan. Melibatkan aktiviti pemeriksaan dokumen dokumen bagi mengesahkan urusniaga yang direkod itu sebenarnya telah berlaku. Mengesahkan rekod perakaunan yang telah disediakan adalah mengikut piawaian dan peraturan perakaunanyang diterima umum. Percukaian Seseorang yang terlibat di dalam bidang percukaian mestilah seseorang yang mempunyai kemahiran di dalam bidang perakaunan. Iaitu seseorang yang boleh menjadi perunding percukaian, perancangan percukaian, dan menyediakan penyata cukai individu, syarikat dan organisasi secara keseluruhannya . sistem maklumat perakaunan ialah satu system yang digunakan untuk menjana maklumat perakaunan sebagai sebahagian daripada system maklumat keseluruhan. Segala maklumat perakaunan , dan maklumat

-

-

-

7

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

pengurusan perakaunan serta maklumat percukaian dapat disatukan di dalam satu sistem yang membolehkan seseorang di dalam organisasi membuat keputusan untuk organisasi secara keseluruhannya. 5. Persekitaran Perakaunan di Malaysia • Sejarah perakaunan di Malaysia - Permulaan menyimpan rekod - Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun 3500 SM. -2300 M dibuat atas kepingan tanah liat -400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen). -Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM. -Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India. - Permulaan catatan bergu -Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai Kaedah Venice -Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang digunapakai sehingga hari ini. - Perkembangan sistem Perakaunan -Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan diperkenalkan. -Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan. Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua syarikat yang terlibat. -Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum -Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan untuk: menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional iv) membentuk kod etika akauntan v)

8

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

vi)

memastikan kod ini dipatuhi.

Badan Badan Perakaunan di Malaysia - Badan Penggubal Piawaian( MASB) -Pengenalan kepada MASB ( Malaysia Accounting Standard Board) -Ditubuhkan dibawah akta Laporan Kewangan 1997 ( Financial reporting Act 1997)- sebuah badan bebas untuk membentuk dan menerbitkan piawaian laporan kewangan di Malaysia. -Antara tugas dan kuasa MASB menerbitkan penyata penyata prinsip ( Statement of i) Principles)bagi kegunaan dalam penyediaan laporan kewangan menaja atau membentuk piawaian yang mungkin. ii) -Menerbikan piawaian perakaunan yang baru. -Badan Professional -Khidmat nasihat awam. -Mengenalpasti skop dan aplikasi piawaian Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas. i) Usaha Berterusan Perniagaan mempunyai hayat yang berterusan dan akan terus beroperasi untuk satu masa yang berlanjutan. Pemadanan( Asas perakaunan akruan) ii) Jumlah hasil bagi tempoh itu mesti dipadankan dengan jumlah perbelanjaan dalam tempoh yang sama untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan. Ketekalan iii) Kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam akaun akaun secara konsisten atau tetap bagi setiap tempoh perakaunan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan atau pemesongan dalam laporan laporan kewangan. Materialiti iv) Perbelanjaan perniagaan yang bukan satu butiran kebendaan akan dicatatkan sebagai belanja dalam tempoh perakaunan ia dibeli walaupun boleh digunakan untuk jangkamasa yang lebih daripada satu tempoh perakaunan. Contoh: Calculator( boleh digunakan beberapa tahun) Entiti berasingan v)

6..

9

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

vi)

vii)

viii)

ix)

x)

Entiti perniagaan wujud sebagai satu entiti atau unit yang berasingan daripada pemiliknya. Rekod perakaunan hanaya hanya merekod urusan perniagaan pemilik dan bukan urusan peribadi pemilik. Wang sebagai ukuran Rekod perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang (RM-malaysia) Tempoh Perakaunan Jangkamasa perakaunan atau jangkamasa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui hasil aytau keuntungan syarikat pada satu satu masa. Kos Sejarah Urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar iaitu pada kos belian pada tarikh belian dilakukan. Catatan Bergu Setiap urusniaga direkodkan mestilah dalam dua akaun yang berbeza dengan jumlah atau amaun yang sama, satu disebelah debit dan satu lagi disebelah kredit. Pelaporan berasaskan nilai saksama Mengikut konvensyen ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira pada kos sejarah (kos asal) atau pada nilai yang berasaskan kos sejarah. Nilai pasaran semasa aset diabaikan untuk tujuan pelaporan luar. Walaupun penggunaan kos sejarah akan meningkatkan lagi objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya kebolehpercayaan/reliabiliti) tetapi ia mungkin dianggap kurang relevan bagi kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai semasa. Perkembangan semasa pelaporan perakaunan memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair value reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang menggantikan MASB 1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan maklumat kepada pengguna.

10

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001 Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

xi)

Konservatisme Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-bnar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira. 2. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata Contoh: Perniagaan Ali telah berkontrak dengan syarikat dari Korea. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 3 juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan melaporkan keuntungan tersebut? Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

8.

Kitaran Perakaunan
Dokumen Sumber

Catatan Penutupan Penyediaan Penyata Kewangan Imbangan Duga terselaras Pelarasan

Buku Catatan Pertama Pengeposan ke Lejar Sedia Imbangan Duga

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->