You are on page 1of 9

PENGENALAN KEPADA HADIS NASIKH DAN MANSUKH

Muhammad Hanief Awang Yahaya


 
 Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

 
1.0 Definisi
2.0 Istilah mutaqaddimin tentang nasakh
3.0 Hikmah berlakunya nasakh
4.0 Bagaimana  nasakh dapat dibuktikan
5.0 Bentuk nasakh yang berkaitan dengan hadis
6.0 Contoh hadis nasakh dan mansukh
 
Salah satu cabang pengajian ilmu hadis yang paling penting, terutamanya berkenaan hadis-hadis hukum
ialah ilmu nasikh dan mansukh. Kepentingannya tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah satu syarat
ijtihad. Secara asas, seorang mujtahid mestilah mengetahui latar belakang dalil sesuatu hukum khususnya
hadis yang akan dijadikan asas hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu hadis ini, seseorang itu akan
mengetahui sejarah perkembangan hadis dan hukum Islam itu sendiri.

 
 1. 0   Definisi

Nasakh dari segi bahasa membawa dua maksud, iaitu  pertama, menghapuskan dan kedua, memindahkan.
Dari segi istilah pula bermaksud “mengangkat satu hokum yang terdahulu dengan hukum yang datang
kemudian” . Imam al-Suyuti menjelaskan, “mengangkat hokum” bermaksud menafikan kaitan hukum
tersebut dengan mukallaf.[1] Keputusan sesuatu hukum itu sebagai tidak lagi terikat dengan mukallaf
mestilah dari pihak syara`. Antara kedua-dua hukum ini (nasikh dan mansukh) terdapat pertentangan, satu
hukum menunjukkan keharusan dan satu lagi tidak.[2]

Sebahagian ulama mendefinisikan nasakh sebagai “khitab (kalam) syara` yang datang kemudian”
menunjukkan bahawa hukum yang telah sabit dengan khitab terdahulu terangkat.

Ringkasnya, nas yang datang kemudian menunjukkan bahawa tempoh pemakaian sesuatu hukum yang
terdahulu telah tamat. Hadis yang datang kemudian yang membawa hukum yang baru dinamakan nasikh
dan hadis yang ditamatkan pemakaiannya dinamakan hadis mansukh.

Seperti yang ditegaskan di atas, ilmu ini sangat penting terutama ketika berhadapan dengan dua hadis (atau
lebih) yang saling bercanggah. Jika tarikh sebenar munculnya  hadis itu dapat dipastikan, sudah tentu
penyelesaiannya akan diperolehi dengan mengatakan hadis yang lebih awal muncul itu tidak lagi diamalkan
kerana ada hadis yang menasakhkannya. Dengan itu, ilmu ini dapat dimasukkan di dalam pengajian ilmu
muktalif hadis iaitu ilmu hadis-hadis yang bercanggah dan bagaimana untuk menyelaraskannya. Sebaliknya
jika hadis-hadis tidak dapat diselaraskan dan tidak diketahui tarikh kemunculannya maka ulama perlu
merujuk kepada kaedah tarjih.

Bagi menegaskan kepentingan ilmu ini, Imam Ibn Hazm berkata: “Tidak boleh bagi seseorang muslim
yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat untuk mengatakan ayat al-Qur’an dan hadis ini telah
dimansukhkan kecuali dengan yakin.”[3] Al-Qurtubi menulis: “Mengetahui ilmu tentang nasikh dan
mansukh adalah rukun yang penting yang sangat diperlukan oleh para ulama. Hanya orang yang jahil dan
bodoh sahaja yang menafikannya kerana ilmu itu menerangkan hukum halal dan haram.”[4]
 

2.0        Istilah Mutaqaddimin Tentang Nasakh

Menurut Ibn al-Qayyim, maksud para salaf apabila menyebutkan tentang nasikh dan mansukh ialah
mengangkat satu hukum sekaligus atau mengangkat kemutlakan, keumuman dan keadaan yang zahir bagi
nas.[5] Makna yang pertama iaitu "mengangkat" adalah istilah nasakh bagi ulama yang kemudian. Makna
kedua iaitu "mengangkat kemutlakan" bermaksud mengkhususkan (takhsis) apa yang disebutkan secara
umum oleh nas yang terdahulu atau menyempitkan (taqyid) makna yang mutlak atau menjelaskan maksud
terdahulu yang zahir. Bagi salaf, pemakaian nasakh adalah luas, berbeza dengan ulama kemudian yang
menyempitkan maksud nasakh kepada pembatalan hukum.

Sementara itu, Shah Waliyullah setelah mengkaji dan menganalisis penggunaan bahasa di kalangan sahabat
dan tabi`in berpendapat bahawa, didapati mereka menggunakan lafaz nasakh mengikut pengertian bahasa,
bukan istilah yang difahami oleh orang kemudian. Nasakh di sisi sahabat dan tabi`in ialah merangkumi
makna-makna berikut:
i. Menjelaskan berakhirnya tempoh sesuatu amalan.
ii. Menjelaskan sesuatu ‘qaid’ (syarat) atau sifat itu sebagai sifat yang kebetulan bukan syarat.
iii. Mengkhususkan yang umum.
iv. Menjelaskan sesuatu yang membezakan antara perkara yang dinaskan dan perkara yang diqiaskan
secara zahir.
v. Menghapuskan salah satu adat Jahiliah.
vi. Mengangkat salah satu syariat atau peraturan nabi-nabi yang terdahulu.[6 ]

Kesimpulannya, nasakh mengikut ulama mutaqaddimin tidak khusus kepada membatalkan hukum bahkan
merangkumi kesemua bentuk pentafsiran nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Sementara ulama mutakhirin
mengkhususkan kepada pembatalan hukum atau menjelaskan sesuatu hukum itu tidak lagi diamalkan. Jika
perkara ini tidak diberi perhatian tentu sekali orang-orang kemudian menyamakan maksud ulama
mutaqaddimin dengan maksud ulama mutakhirin. Akibatnya, banyak ayat-ayat dan hadis-hadis akan
didakwa sebagai mansukh sedangkan jumlah yang sebenar tidak banyak.
 
3.0        Hikmah Berlakunya Nasakh

Sememangnya nasakh benar-benar berlaku di dalam Syariat Islam walaupun ada pihak yang
mengingkarinya. Dengan kedatangan Islam, Allah s.w.t telah memansukhkan agama yang terdahulu.
Nasakh juga berlaku kepada sebahagian hukum Islam. Tidak dinafikan kesempurnaan dan kesyumulan
Islam sebagai satu sistem hidup merupakan asas yang jelas bahawa agama-agama sebelumnya terbatal.

Merujuk kepada nasakh sebahagian hukum, hikmatnya ialah mengambil kira keadaan dan situasi
masyarakat. Dalam satu tempoh tertentu, syariat menetapkan sesuatu amalan dan hukumnya yang
mempunyai kebaikan dan maslahah khusus kepada para mukallaf yang tidak boleh didapati pada waktu-
waktu yang lain seperti larangan memerangi orang-orang musyrikin kerana keadaan orang-orang Islam
yang masih lemah. Tetapi apabila mereka sudah kuat maka mereka diperintah untuk berperang.[7]

Dengan berlaku nasakh, keimanan sahabat telah diuji dalam menerima dan mengamalkan sesuatu hukum.
Justeru itu, nasakh merupakan satu bentuk ujian dari pihak Alllah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman
supaya menerima dengan hati yang lapang dan terbuka. 

Selain itu, dengan mengangkat hukum yang terdahulu, hadis yang nasikh membawa hukum yang lebih
ringan dan mudah diamalkan oleh umat Islam. Hal ini tentu sekali sesuai dengan prinsip kemudahan yang
menjadi matlamat syariat di dalam hukum-hukumnya.
 
4.0        Bagaimana  Nasakh Dapat Dibuktikan

Sesuatu hadis yang dikatakan menasakhkan hadis yang lain mestilah mempunyai bukti dan dalil yang jelas.
Antaranya ialah:

Pernyataan oleh Rasulullah s.a.w.

،‫ عن زيارة القبور‬V‫ "نهيتكم‬:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫ عن أبيه ؛ قال‬،‫عن ابن بريدة‬
‫ ونهيتكم عن النبيذ إال في‬.‫ فأمسكوا ما بدا لكم‬،‫ فوق ثالث‬V‫ ونهيتكم عن لحوم األضاحي‬V.‫فزوروها‬
‫ ) مسلم كتاب الجنائز باب استئذان النبي صلى‬V."‫ تشربوا مسكرا‬ ‫ وال‬.‫ في األسقية كلها‬V‫ فاشربوا‬،‫سقاء‬
( .‫هللا صلى هللا عليه وسلم ربه عز وجل في زيارة قبر أمه‬
Daripada Buraidah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi
kubur. Sekarang kamu ziarahilah. Dahulu aku juga melarang kamu dari menyimpan daging korban lebih
daripada tiga hari, maka simpanlah selama mana kamu suka. Dahulu aku juga melarang kamu dari nabiz[8]
kecuali yang di dalam gereba. Maka minumlah dari semua bekas dan jangan kamu minum nabiz yang
memabukkan.”

4.1  Penjelasan sahabat

Sahabat menyebutkan beberapa ucapan yang memberi maksud berlakunya nasakh, antaranya ialah:

‫ "كان آخر األمرين من رسول هّللا صلى هللا عليه وسلم ترك الوضوء م َّما غيَّرت‬:‫عن جابر قال‬
."‫النار‬
(‫ مما َمسَّت النار‬V‫ كتاب الطهارة باب في ترك الوضوء‬- ‫) أبو داود‬
Daripada Jabir katanya: “Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w. ialah tidak berwuduk kerana memakan
makanan yang dimasak dengan api.”

‫عن علي بن أبي طالب رضي هللا عنه قال كان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أمرنا بالقيام في‬
.‫ هللا عنه‬V‫مسند علي بن أبي طالب رضي‬, ‫ مسند أحمد‬.‫ بالجلوس‬V‫الجنازة ثم جلس بعد ذلك وأمرنا‬
Daripada Ali bin Abi Talib, katanya:”Rasulullah s.a.w. dahulu menyuruh kami berdiri dalam urusan
jenazah, kemudian baginda duduk dan menyuruh kami supaya duduk”.

Al-Hazimi menerangkan bahawa hadis nasikh dan mansukh itu dapat diketahui apabila sejarah dapat
ditentukan seperti riwayat daripada Ubay bin Ka`b.

‫ (يغسل ما مس المرأة‬:‫ إذا جامع الرجل المرأة فلم ينزل؟ قال‬،‫ يا رسول هللا‬:‫عن أبي بن كعب أنه قال‬
.‫ غسل ما يصيب من فرج المرأة‬:‫ كتاب الغسل باب‬V‫ صحيح البخاري‬.)‫ ويصلي‬V‫ ثم يتوضأ‬،‫منه‬
Daripada Ubay bin Ka`b bahawa beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana apabila seseorang
menyetubuhi isterinya tetapi tidak mengeluarkan mani?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Hendaklah dia
membasuh bahagian yang terkena oleh perempuan itu kemudian berwudu dan bolehlah bersembahyang”.

Hadis ini menunjukkan bahawa tidak wajib mandi apabila melakukan iksal[9] kerana penyebab kepada
wajibnya mandi ialah inzal. Apabila kita memeriksa jalan-jalan hadis ini, kita dapati sebahagiannya
menyatakan pensyariatan ini di permulaan Islam dan berterusan beberapa ketika selepas hijrah. Kemudian
kita dapati riwayat daripada `Aishah[10]:
‫إن الزهري قد سأل عروة فأجابه عروة أن عائشة رضي هللا عنها حدثته أن رسول هللا صلى هللا عليه‬
.‫ وذلك قبل فتح مكة ثم اغتسل بعد ذلك وأمر الناس بالغسل‬,‫وسلم كان يفعل ذلك ولم يغتسل‬
Al-Zuhri bertanya kepada `Urwah, beliau menjawab bahawa `Aishah telah menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w. sering melakukan begitu dan tidak mandi dan itu sebelum pembukaan Mekah. Setelah itu
baginda mandi dan memerintahkan manusia supaya mandi.[11]

4.2 Petunjuk ijmak

Hadis yang telah dimansukhkan dapat diketahui juga melalui ijmak. Ibn al-Jawzi menyebutkan salah satu
tanda hadis itu dimansukhkan iaitu khabar ahad bercanggah dengan ijmak. Dengan berdalilkan kepada
ijmak, hadis itu dihukumkan sebagi mansukh bukan bermaksud ijmak yang memansukhkannya.[12] Seperti
hadis:

‫ فإِن عاد‬V"‫ "من شرب الخمر فاجلدوه‬:‫عن قبيصة بن ذؤيب أن النبي صلى هّللا عليه وسلم قال‬
."‫ فإِن عاد في الثالثة أو الرابعة فاقتلوه‬،‫ فإِن عاد فاجلدوه‬،‫فاجلدوه‬
‫ باب إذا تتابع في شرب الخمر‬-‫ كتاب الحدود‬:‫رواه أبو داود‬

Daripada Qabisah bin Zuwai’ib bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa meminum arak maka
rotanlahnya. Sekiranya dia mengulangi rotanlahnya. Sekiranya dia mengulangi rotanlahnya. Sekiranya dia
mengulangi rotanlahnya pada kali ketiga atau keempat maka bunuhlahnya.”

Imam al-Nawawi berkata: “Ijmak menunjukkan tentang mansukhnya. Ijmak tidak memansukhkannya dan
tidak juga dinasakhkan tetapi menunjukkan kepada nasikh.[13] Allamah al-Mubarakpuri menukilkan
bahawa: Orang-orang Islam telah ijmak tentang wajibnya melaksanakan hudud bagi kes minum arak dan
mereka juga ijmak bahawa peminum arak tidak dibunuh jika dia minum berulang kali”.[14
 

5.0  Bentuk Nasakh Yang Berkaitan Dengan Hadis

5.1 Nasakh Hadis Dengan Hadis

Ulama Usul al-Fiqh sepakat mengatakan hadis boleh dinasakhkan dengan hadis, iaitu mutawatir dengan
mutawatir, mutawatir dengan masyhur dan mutawatir dengan ahad. Contohnya ialah hadis larangan
menziarahi kubur dan menyimpan daging korban. Larangan-larangan ini pada mulanya thabit dengan hadis
dan hadis sendiri yang membenarkannya. Oleh itu, nasakh ini dikatakan nasakh hadis dengan hadis.[15]
5.2        Nasakh Hadis Dengan al-Qur’an

Kebanyakan ulama termasuk ulama Zahiriyyah mengakui adanya nasakh hadis dengan al-Qur’an. Walau
bagaimanapun, Imam al-Syafi’i tidak menerimanya. Jumhur berhujah bahawa nasakh seperti ini memang
berlaku dengan mengemukakan contoh perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Ka`bah. Sembahyang
dengan mengadap ke arah Baitul Maqdis sememangnya thabit tetapi dengan hadis bukan al-Qur’an. Al-
Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra’ bin `Azib:

‫ وأنه صلى‬V‫أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم كان أول ما قدم المدينة نزل على أجداده من األنصار‬
.‫قبل بيت المقدس ستة عشر شهرا أو سبعة عشر شهرا‬
Daripada al-Barra’ bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di
Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke
arah Baitul Maqdis selama enam belas bulan atau tujuh belas bulan.[16]

Hadis ini telah dinasakhkan oleh ayat berikut:

‫ْث َما‬ ُ ‫ْج ِد ْال َح َر ِام َو َحي‬


ِ ‫ط َر ْال َمس‬ ْ ‫ك َش‬ َ َ‫ضاهَا فَ َولِّ َوجْ ه‬ َ ْ‫ك قِ ْبلَةً تَر‬Vَ َّ‫ك فِي ال َّس َماء فَلَنُ َولِّيَن‬َ ‫ب َوجْ ِه‬ َ ُّ‫قَ ْد نَ َرى تَقَل‬
‫ق ِمن َّربِّ ِه ْم َو َما هّللا ُ بِغَافِ ٍل َع َّما‬ُّ ‫َاب لَيَ ْعلَ ُمونَ أَنَّهُ ْال َح‬
َ ‫وا ْال ِكت‬ ُ
ْ ُ‫ط َرهُ َوإِ َّن الَّ ِذينَ أوْ ت‬ ْ ‫م َش‬Vْ ‫وا ُوج ُِوهَ ُك‬ْ ُّ‫ُكنتُ ْم فَ َول‬
َ‫يَ ْع َملُون‬

Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadah ke langit, maka sesungguhnya Kami akan
memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. (Surah al-Baqarah: 144)

5.3        Nasakh al-Qur’an Dengan Hadis

Jumhur ulama termasuk Zahiriyyah mengharuskan nasakh hadis dengan al-Qur’an sementara Imam al-
Syafie menegahnya. Bagaimanapun golongan Hanafiyyah hanya mengharuskan nasakh al-Qur’an dengan
hadis mutawatir dan masyhur kerana ianya tersebar luas di kalangan manusia.

Golongan yang mengharuskannya berhujah dengan ayat wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat.

‫ُوف َحقًّا َعلَى‬


Vِ ‫صيَّةُ لِ ْل َوالِ َدي ِْن َواأل ْق َربِينَ بِ ْال َم ْعر‬
ِ ‫ك َخ ْيرًا ْال َو‬ ُ ْ‫ض َر أَ َح َد ُك ُم ْال َمو‬
َ ‫ت إِن تَ َر‬ َ ‫ب َعلَ ْي ُك ْم إِ َذا َح‬
َ ِ‫ُكت‬
ْ
َ‫ال ُمتَّقِين‬
Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia
meninggalkan harta yang banyak berwasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat secara ma`ruf, ini adalah
kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah:180)
Ayat ini telah dimansukhkan dengan hadis:

ٍّ ‫"إن هّللا قد أعطى ك َّل ذي ح‬


،‫ق حقه‬ َّ :‫ سمعت رسول هّللا صلى هّللا عليه وسلم يقول‬:‫ قال‬،‫عن أبي أمامة‬
‫ باب ما جاء في الوصية للوارث‬V‫ أبو داود كتاب الوصايا‬-."‫ث‬ ٍ ‫فال وصية لوار‬
Daripada Abu Umamah, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menentukan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan hak masing-masing. Dengan itu, maka,
tidak ada wasiat untuk waris (orang yang berhak menerima pusaka).”

Tetapi golongan yang tidak mengharuskan bentuk nasakh ini menjawab bahawa ayat wasiat itu sebenarnya
dinasakhkan oleh ayat mawarith iaitu ayat 11 surah al-Maidah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn
Abbas.[17]

5.4        Adakah Semua Hadis Yang Dimansukhkan Itu Dipersetujui Oleh Semua

Oleh kerana penentuan nasakh merupakan perkara yang diijtihadkan, tentu sekali ada perbezaan pendapat
ulama  dalam menentukan sesuatu hadis itu dimansukhkan ataupun tidak. Tidak semua hadis yang
dikatakan sebagai telah mansukh dipersetujui oleh semua pihak. Walau bagaimanapun terdapat juga, hadis
yang disepakati oleh ulama sebagai mansukh.

Dalam hal ini, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Banyak hadis yang didakwa sebagai telah
dimansukhkan tetapi setelah dikaji ia tidaklah dinasakhkan. Ada hadis yang berbentuk `azimah dan ada
pula yang berbentuk rukhsah. Kedua bentuk ini mempunyai hukum masing-masing pada tempatnya.
Terdapat sesetengah hadis yang berkaitan dengan keadaan tertentu dan hadis yang lain pula berkaitan
dengan keadaan yang lain, maka perbezaan keadaan itu bukan menunjukkan nasakh. Contohnya, hadis
yang melarang menyimpan daging korban kebih daripada tiga hari kemudian terdapat pula hadis yang
mengizinkannya. Ini bukan nasakh tetapi tegahan dalam satu keadaan dan keizinan dalam keadaan yang
lain.”[18]
 

6.0 Contoh Hadis Nasakh Dan Mansukh

6.1 Memakan makanan yang dimasak membatalkan wuduk

Sebahagian ulama berpendapat wajib berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak apabila hendak
mendirikan sembahyang. Sebahagian yang lain mengatakan hukum itu sudah tidak ada kerana ada hadis
yang menasakhkannya. Golongan yang pertama berhujah dengan hadis yang dikeluarkan oleh Imam
Muslim daripada Zaid bin Thabit:

."‫ مما مست النار‬V‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول "الوضوء‬:‫زيد بن ثابت قال‬
(‫(مسلم كتاب الحيض باب الوضوء مما مست النار‬
Wajib berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak.

Hadis Abu Hurairah:

‫ من أثوار‬V‫ إنما أتوضأ‬:‫ قال‬:‫ فقال‬.‫ وجد أبا هريرة يتوضأ على المسجد‬V‫أن عبدهللا بن إبراهيم بن قارظ‬
."‫ مما مست النار‬V‫ ألني سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول "توضؤوا‬.‫أقط أكلتها‬
)‫(مسلم كتاب الحيض باب الوضوء مما مست النار‬
Sesungguhnya Abdullah bin Ibrahim bin Qarit mendapati Abu Hurairah sedang berwuduk dekat dengan
masjid, lalu beliau berkata: “Sebenarnya aku berwuduk kerana beberapa potong keju yang telah aku makan
kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berwuduk setelah memakan makanan
yang dimasak”

Imam al-Tirmizi menyebutkan dalam bab ini terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan daripada Ummu
Habibah, Ummu Salamah, Zaid bin Thabit, Abu Talha, Abu Ayyub dan Abu Musa. Sebahagian ulama
berpendapat wuduk dimestikan apabila memakan makanan yang telah dimasak.[19]

Menurut al-Hazimi, antara ulama yang berpandangan demikian ialah Ibn Umar, Talhah, Anas bin Malik,
Abu Musa, `Aishah, Zaid bin Thabit, Abu Hurairah, Abu `Izzah al-Hazali, Umar bin Abdul Aziz, Abu
Mijlaz, Abu Qilabah, Yahya bin Ya`mar, Hasan al-Basri dan al-Zuhri. Tetapi kebanyakan ahli ilmu dan
para fuqaha berpendapat tidak perlu berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak. Mereka
menganggap itu adalah perkara yang terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.[20]

Hadis-hadis yang menjadi hujah mereka ialah:

‫عن ابن عباس أن رسول هّللا صلى هللا عليه وسلم "أكل كتف شا ٍة ث َّم صلّى ولم يتوضَّأ‬
(‫ مما َمسَّت النار‬V‫) أبو داود كتاب الطهارة باب في ترك الوضوء‬
Daripada Ibn Abbas: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memakan kaki kambing yang hadapan,
kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.”

Hadis `Amr bin Umayyah al-Dhamri:


‫ ثم‬.‫ أنه رأى رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يحتز من كتف يأكل منها‬ ‫عن عمرو ابن أمية الضمري‬
V.‫صلى ولم يتوضأ‬
)‫ مما مست النار‬V‫(مسلم كتاب الحيض باب نسخ الوضوء‬
Bahawa dia melihat Rasulullah s.a.w. memotong kaki kambing yang hadapan yang dimakannya, kemudian
bersembahyang tanpa mengambil wuduk.

Hadis Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w.:

‫ أن النبي صلى هللا عليه وسلم أكل عندها كتفا ثم صلى‬ ‫عن ميمونة زوج النبي صلى هللا عليه وسلم؛‬
)‫ مما مست النار‬V‫ (مسلم كتاب الحيض باب نسخ الوضوء‬.‫ولم يتوضأ‬
Daripada Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w. katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memakan
kaki kambing yang hadapan dekat dengan beliau, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.”

.‫ م َّما غيَّرت النار‬V‫ "كان آخر األمرين من رسول هّللا صلى هللا عليه وسلم ترك الوضوء‬:‫عن جابر قال‬
(‫ مما َمسَّت النار‬V‫ كتاب الطهارة باب في ترك الوضوء‬- ‫) أبو داود‬
Daripada Jabir katanya: Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w. ialah tidak berwuduk kerana memakan
makanan yang dimasak dengan api.
 
 
 
[1] Al-Suyuti, Tadrib Al-Rawi, hal. 407
[2] Lihat Dr. Ali Nayif, Al-Ijtihad Fi `Ulum Al-Hadith, 373-374
[3] Ibn Hazm, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jil. 4 hal. 83-84
[4] Al-Qurtubi, Jami` Li Ahkam al-Qur’an, jil. 3, hal. 309
[5] Lihat Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jil. 1 hal. 35
[6] Lihat Shah Waliyullah, al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir, hal. 51-52
[7] Ibn al-Jawzi, ,I`lam al-`Alim ba`d Rusukhihi, hal. 54
[8] Air yang dimasukkan dengan beberapa biji buah tamar untuk semalaman bagi menghilangkan rasa
payau.
[9] Iksal: Persetubuhan tanpa mengeluarkan mani, lawannya ialah inzal.
[10] Sahih Ibn Hibban, Lihat al-Ihsan fi Taqrib Sahih Ibn Hibban, jil. 3, hal. 455
[11] Al-Hazimi, Al-I`tibar fi al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Akhbar, hal. 9
[12] Ibn al-Jawzi, opcit. Hal. 57
[13] Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, hal. 409
[14] Tuhfah al-Ahwazi Syarh Jami` al-Tirmizi, jil. 4, hal. 828
[15] Lihat Zuhaili, Ilm Usul al-Fiqh al-Islami, jil. 2, hal. 967
[16] Al-Hazimi, op.cit. hal. 50
[17]  Lihat Zuhaili, op.cit., jil. 2, hal. 971
[18] Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Kayfa Nata’mal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, hal. 148
[19] Jami` al-Tirmizi, jil. 1, hal. 32
[20] Al-Hazimi, op.cit., hal. 39

You might also like