You are on page 1of 10

Tajuk: Jenis-jenis Rumah Di Malaysia.

Mata Pelajaran: Kajian tempatan.

Nama Guru: Zaiton Binti Hussin.

Nama Ahli Kumpulan:


1. Nur Anis Farissa Binti Ramli
2. Alia Maisarah Binti Yusri
RUMAH PANJANG
Jenis rumah panjang biasanya
mempunyai bilik-bilik tambahan. Di
sebelah depannya ialah serambi
dan di sebelah belakangnya pula
ialah bahagian dapur.

Rumah panjang itu didirikan dengan


bertiang tinggi supaya ia tidak
terjejas oleh air bah (banjir). Pada
zaman dahulu, ini juga merupakan
satu cara untuk melindungkan
rumah daripada diserang oleh
musuh. Untuk masuk ke rumah itu,
seseorang terpaksa menaikinya
melalui tangga-tangga yang dibuat
dari batang kayu.

Rumah panjang Sarawak

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru
kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah
panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan
seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin
masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik akan
dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon
pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya
rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai"
iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana
kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu.

Arkitek daripada kaum Iban akan


memastikan tidak menghapuskan hak "tuai
rumah" yang menjadi ketua bagi setiap
rumah panjang. Hak pentadbiran mereka
akan dikekalkan. Di kampung tradisional
Melayu , ketua kampung menjadi penghulu
bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru
itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot
kedai dengan kaki limanya tetapi masih
mengekalkan reka bentuk rumah panjang.

RUMAH TERES
Diperkenalkan pada permulaan abad keduapuluh, rumah teres (juga digelar rumah paut
lurus) telah digunakan di Malaysia
dan Singapura sejak pemerintahan
awal British pada kedua-dua negara
tersebut. Berasaskan reka bentuk
rumah teres British, variasi Asia
Tengara adalah mirip dengan rakan
British mereka (di mana tempat
tinggal terletak di hapadan dan
tingkat atas dan dapur di belakang).
Versi-versi terdahulunya adalah lebih
terbuka, direka bentuk untuk
pengaliran udara yang lebih baik dan
mencirikan halaman bahagian dalam,
dengan sebuah laman depan, laman belakang, atau kedua-duanya. Sebuah rumah
teres Malayu dan Singapura biasanya adalah satu atau dua tingkat tinggi, tetapi
beberapa bilangan rumah teres yang mempunyai tiga atau empat tingkat juga wujud,
khususnya rumah teres yang baru. Variasi terdahulunya mengikut seni bina Barat,
Melayu, India dan Cina, dan juga Art Deco dan kegayaan Antarabangsa diantara
1930an dan 1950an.

Gaya yang mana bangunan-bangunan direka bentuk berlainan dalam sebuah kawasan
bandar. Derivatif terletak di dalam pusat bandar juga menggunakan ruang mereka
untuk perniagaan di tingkat lantai dan kegunaan tempat kediaman di tingkat pertama
dan di atas (dengan secara tepat digelarkan rumah kedai, juga mirip dengan bangunan
Lingnan). Rumah teres bahagian dalam bandar direka bentuk biasanya kekurangan
laman hadapan, oleh itu struktur bangunan secara langsung didirikan di hadapan jalan.
Sebuah anjung jarak lima kaki biasanya diletakkan di tingkat lantai untuk kegunaan oleh
pemilik dan pejalan kaki.

Rumah teres terletak di pinggiran pusat bandar adalah kurang terhad, walaupun reka
bentuk bangunan itu sendiri tidak seperti yang berada di bandar. Sesetengah rumah
kelihatan mencirikan laman hadapan yang lebih panjang, cukup untuk sebuah kereta.
Yang lain secara terhad dijadikan sebuah taman kecil.

RUMAH PAPAN
Rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang
Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi
mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya
dibangun tanpa paku.

Bahan binaan yang digunakan


diambil dari sumber alam yang
boleh diperbaharui, yakni pelbagai
jenis kayu-kayan, juga buluh dan
rotan hinggalah kepada daun-daun
pelepah.

Kerangka atau struktur rumah pula


menggunakan sistem tebuk-tembus
dan pasak yang tidak memerlukan
paku. Yakni pembinaan rumah
papan Melayu sebenarnya ialah
suatu sistem pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang
semula di tempat lain..

Rumah Melayu juga selalunya terbahagi dua bahagian: yang utama dipanggil ‘Rumah
Ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri
keluarga), sementara bahagian kedua ialah ‘Rumah Dapur’. Pengasingan ini juga pintar
– kebakaran selalunya terjadi dari api masakan; maka jika dapur terbakar, lebih mudah
mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan juga mengurangkan
bahaya Rumah Ibu dijilat api dengan cepat.

Selain itu, selalunya di depan rumah mesti ada bahagian lantai yang lebih rendah dari
aras Rumah Ibu. Ianya berbumbung tapi selalunya tak berdinding, cuma berpagar
susur. Ini dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’ di setengah tempat di Pantai Timur.
Serambi menjadi tempat pengantara di antara luar dan dalam rumah untuk duduk
bekerja, beristirehat atau menerima tetamu yang tak perlu masuk ke dalam Rumah Ibu,
yakni tidak mengganggu keluarga.
RUMAH BANGLO

Banglo ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. Perkataan ini berasal daripada
perkataan Hindi bangla pada 1676. Secara harafiah, ia bermakna sebuah rumah "dalam
gaya Bengal". Rumah jenis ini asalnya kecil, hanya satu tingkat, beratap jerami, dan
mempunyai serambi lebar. Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang
biasanya mempunyai satu tingkat, satu tingkat setengah, atau dua tingkat, dan ada juga
yang agak besar.

Dari segi unit luas (contohnya, kaki persegi atau meter persegi), banglo adalah lebih
mahal untuk dibina berbanding dengan rumah dua tingkat disebabkan saiz asas dan
bumbungnya lebih besar bagi ruang kediaman yang sama. Asas yang besar seringnya
juga memerlukan tanah yang luas. Inilah sebabnya mengapa banglo selalunya tidak
dibina secara berkembar dan tidak berkongsi asas atau dinding dengan rumah yang
lain.

VILA
Vila ialah rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat
peranginan. Kebanyakan pemilik Vila adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan
atau jutawan besar di dalam atau luar negara. Mereka membina Vila sebagai tempat
yang ekskusif dan istimewa untuk kehidupan mereka mahupun sebagai tempat
persinggahan. Biasanya sebuah Vila dilengkapi pengawal keselamatan dan sistem
keselamatan berteknologi tinggi yang mengawasi setiap sudut kawasan Vila.
KONDOMINIUM

Kondominium merupakan bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki


secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama.

Kondominium dibina di tengah-tengah kepadatan penduduk di dalam bandar besar


seperti Kuala Lumpur.

RUMAH RAKIT
Rumah Rakit adalah rumah yang dibina di atas air. Biasanya dibina di tepi sungai atau
di tasik tasik. Kebanyakan Rumah Rakit dihuni oleh orang kampung yang menjadikan
sungai atau tasik sebagai mata pencariannya. Disamping ada juga individu membuat
rumah rakit sebagai tempat untuk menyimpan sampan dan alat-alat menangkap ikan.

RUMAH PANGSA
Rumah Pangsa adalah bangunan empat tingkat yang blok-blok rumah pada setiap
tingkat. Kerajaan yang prihatin akan membina rumah pangsa untuk rakyat miskin yang
tidak mampu untuk membeli rumah di atas tanah seperti rumah teres. Mereka dapat
memiliki rumah pangsa kerana harganya murah walaupun terpaksa berkongsi dinding,
bumbung, lantai dan halaman.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like