You are on page 1of 19

Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam

Pengajaran di SK Telok Gong


Mohd Jasmy Abd Rahman & Samsul Hamdan
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak : Kajian ini di jalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Fokus juga adalah
mengenal pasti perbezaan pengaplikasian TMK mengikut jantina, bilangan kursus
TMK dihadiri dan pengalaman mengajar. Kajian turut mengenal pasti hubungan di
antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan profesional. Populasi kajian
seramai 77 orang guru dengan sampel kajian melibatkan 66 orang guru. Kaedah
kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data diperoleh instrumen
soal selidik dan dianalisis menggunakan aplikasi SPSS dengan statistik deskriptif
digunakan untuk menerangkan tahap pengaplikasian TMK. Manakala analisis statistik
digunakan bagi menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah yang
dikaji melibatkan penggunaan ujian T, ujian ANOVA sehala dan ujian Korelasi. Skor
min tahap pengaplikasian guru dengan nilai skor min = 3.30, menunjukkan tahap
sederhana. Kesimpulan kajian menunjukkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
memperkasa pengaplikasian TMK dalam pengajaran ke sekolah masih perlu
dipertingkatkan. Dapatan kajian adalah penting digunakan sebagai rujukan untuk
merangka perancangan strategik dan aspek latihan personal guru di peringkat sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan seterusnya
pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).
Kata kunci: pengaplikasian TMK, tahap pengaplikasian TMK, pengaplikasian TMK di
sekolah rendah

1.0

PENGENALAN

Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seiring dengan


kepesatan Malaysia dalam usaha mencapai taraf negara maju. Dalam bidang
pendidikan, bahan dan alatan TMK menjadi medium perantara yang penting kerana
kesan positif pengaplikasian TMK dapat dilihat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Ilias, M.F. & Jasmi, K. A. (2011) impak positif pengaplikasian
TMK dalam bidang pendidikan telah lama dikesan melalui penggunaan peralatan
TMK seperti komputer dan internet bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Memanfaatkan pengaplikasian TMK dapat meningkatkan penguasaan
ilmu pengetahuan oleh murid, menarik minat murid belajar dan menambah motivasi
murid (Norabeerah, Halimah & Azlina, 2012). Pengaplikasian TMK melibatkan bahan
dan juga alatan berasaskan TMK yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan
1

Malaysia kepada sekolah-sekolah. Bahan TMK adalah seperti perisian pembelajaran,


e-pembelajaran, perisian persembahan, perisian pengarangan dan sebagainya.
Manakala alatan terdiri daripada komputer meja, komputer riba, chromebook,
peralatan jaringan internet, pencetak dan pengimbas. Alatan teknologi ini boleh
digunakan berulang kali dalam proses pengajaran dan langkah ini mampu
meningkatkan kefahaman murid untuk topik yang sampaikan dengan menerusi
pengaplikasian TMK.
Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menitik berat pengaplikasian TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu kaedah yang dapat
membantu murid dalam menguasai konsep dalam pembelajaran (Md. Nor Bakar &
Rashita A. Hadi, 2011). Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan
Sekolah Bestari pada tahun 1997 adalah sebagai langkah pertama dalam pendidikan
untuk menerapkan pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pengurusan di sekolah.
Melalui Bahagian Teknologi Pendidikan, transformasi yang dijalankan dari sudut
pembangunan infrastruktur TMK, penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi
dalam pembelajaran dan pengajaran, sokongan pedagogi dan teknikal, komunikasi
korporat serta modal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum, semakan semula kurikulum sekolah rendah dilakukan bagi
memperkasa pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam kurikulum
(Kementerian Pendidikan Malaysia,

2011). Usaha menjayakan transformasi

kurikulum ini telah menghasilkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Bagi mengangkat
pengaplikasian TMK sebagai elemen yang digunakan untuk semua mata pelajaran,
telah diperkenalkan Elemen Merentas Kurikulum(EMK) untuk Teknologi Maklumat
dan Komunikasi(TMK). Pengajaran dan pembelajaran mengikut EMK-TMK adalah
mengikut buku panduan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai
panduan guru bagi menerapkan pengaplikasian TMK dalam pengajaran.
Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung
pada pengetahuan guru terhadap pengaplikasian TMK. Guru yang ada berpengetahuan
tentang TMK lebih menyedari manfaat TMK kepada murid semasa pengajaran di
dalam kelas (Lee Bih Ni, 2013). Oleh itu, guru memainkan peranan paling utama
dalam usaha menentukan kejayaan penerapan TMK di kalangan murid di sekolah.
2

Menurut Rosnaini, Mohd Arif & Jalalludin Ibrahim. (2011) pengaplikasian TMK
mengubah fungsi pendidik lebih sebagai pemudah cara atau penggalak semasa proses
pembelajaran. Pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid atau berpusatkan bahan.
Selain itu, salah satu kelebihan pengaplikasian TMK ialah bahan-bahan tersebut
boleh digunakan berulang kali dan mempunyai capaian yang meluas. Hal ini
menunjukkan fungsi penggunaan TMK sebagai agen pedagogi mampu menggantikan
peranan guru dan murid lebih terarah melakukan pembelajaran kendiri dengan hanya
sedikit bimbingan dari guru. Menurut Rosnaini, Arif dan Jalalludin (2011), kemahiran
bidang TMK perlu dikuasai oleh guru bagi memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Pengaplikasian TMK menjadikan guru bertindak sebagai
pemudah cara dan murid lebih menjurus kepada pembelajaran terarah kendiri bagi
menyelesaikan masalah setiap aktiviti yang dijalankan.

2.0

PENYATAAN MASALAH

Keperluan guru menguasai pengetahuan asas dalam bidang TMK tidak boleh
diklasifikasikan sebagai persoalan yang remeh-temeh. Hal ini kerana, tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran adalah dipengaruhi oleh pengetahuan guru.
Situasi di sekolah menunjukkan masih terdapat segelintir guru yang kurang
pengetahuan TMK dan tidak mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemampuan
diri. Menurut Awaatif dan Norizan, (2011) mendapati faktor utama masalah guru
dalam mengaplikasikan TMK adalah disebabkan oleh guru sendiri yang kurang
menguasai pengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu semakin kurang pengetahuan
TMK guru, maka semakin kurang kadar pengaplikasian TMK.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah seharusnya memberi peluang murid
dalam memperkenalkan murid kepada alat dan bahan TMK. Pendedahan ini
membolehkan murid berpengalaman dengan teknologi tersebut. Oleh itu guru perlu
lebih kreatif dalam merancang proses pengajaran. Namun begitu situasi di sekolah
terdapat guru yang menganggap pengaplikasian TMK adalah sukar untuk
dilaksanakan. Hal ini kerana membuat tanggapan yang negatif meletakkan
pengaplikasian TMK dalam pengajaran adalah sesuatu aktiviti yang kompleks dan
sukar serta kurangnya kesedaran berkenaan keberkesanan pengaplikasian TMK.
3

Menurut Siti Fatimah & Ab. Halim. (2010) masih terdapat guru memandang isu
pengaplikasian TMK sebagai sesuatu yang tidak perlu diatasi dan dipandang remeh.
Selain itu guru yang bersikap tidak mengendahkan penggunaan TMK ini
beranggapan pengajaran secara konvensional dan berpusatkan guru adalah kaedah
yang telah lama diguna pakai dalam pengajaran. Namun begitu hakikatnya kedudukan
dan perkembangan TMK yang telah mengubah penerimaan dan harapan murid kepada
guru. Murid- murid yang telah terdedah kepada persekitaran perkembangan peralatan
teknologi yang semakin canggih meletakkan harapan supaya guru lebih ke arah
pengaplikasian TMK dalam menyampaikan topik pengajaran. Terdapat tiga faktor
yang mempengaruhi pengaplikasian TMK di sekolah iaitu guru, teknologi dan
sekolah, namun pelaksanaan perubahan inovasi dan pelaksanaan terhadap asimilasi
TMK dipengaruhi oleh faktor guru secara kritikal (Rosnaini, Arif & Jalalludin, 2011),
Walaupun pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti
melengkapkan prasarana, mengadakan kursus TMK untuk guru, namun tahap
pengaplikasian TMK guru perlu dikenal pasti bagi tindakan penambahbaikkan.
Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat melibatkan isu amalan dan pengaplikasian
TMK guru di sekolah. Antaranya ialah kajian berkenaan amalan pengaplikasian TMK
guru mengikut mata pelajaran seperti Sains dan Matematik. Terdapat juga kajian
pengaplikasian TMK mengikut lokasi sesuatu tempat dalam organisasi pendidikan.
Kajian sebelum juga melibatkan pengaplikasian TMK melalui pengetahuan guru,
kemahiran dan sikap terhadap TMK. Manakala dalam kajian ini pengaplikasian guru
dikenal pasti dari sudut pengetahuan pengaplikasian guru, pengaplikasian dalam
perancangan pengajaran, pengaplikasian dalam pelaksanaan pengajaran dan
pengaplikasian dalam penilaian. Selain itu dalam kajian ini turut mengenal pasti tahap
amalan profesional guru dalam pengurusan di sekolah.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
i.

Mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan


pembelajaran

ii.

Mengenal pasti perbezaan di antara jantina, pengalaman mengajar dan


bilangan kurus TMK dihadiri terhadap tahap pengaplikasian TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Mengenal pasti hubungan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan


amalan profesional guru.

3.1

Persoalan Kajian
i.

Apakah tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan


pembelajaran?

ii.

Adakah terdapat perbezaan di antara jantina, pengalaman mengajar dan


bilangan kurus TMK dihadiri terhadap tahap pengaplikasian TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran?

iii.

Adakah terdapat hubungan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan


amalan profesional guru?

3.2

Hipotesis
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar
dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan kursus dihadiri
terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan TMK
dengan amalan profesional guru.

4.0

METODOLOGI

4.1

Kaedah dan Reka bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan bagi
mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di
sebuah sekolah rendah di Daerah Pelabuhan Klang, Selangor. Satu set borang soal
selidik digunakan untuk kajian ini. Justeru data kajian diperoleh daripada hasil
jawapan responden dari borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian.

4.2

Lokasi Kajian

Kajian dijalankan di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Pemilihan lokasi


kajian ini kerana salah satu sekolah yang terawal menerima pelaksanaan VLE FROG
Daerah Klang.

4.3

Batasan Kajian

Batasan kajian menerangkan tentang skop kajian yang dijalankan. Batasan kajian bagi
kajian ini antaranya ialah skop kajian hanya tertumpu kepada populasi sebuah sekolah
di SK Telok Gong dengan jumlah sampel seramai 66 orang. Tahap pengaplikasian
TMK setiap sekolah mungkin menghasilkan min yang berbeza mengikut persekitaran,
budaya, prasarana dan sikap pentadbir terhadap TMK di sekolah. Konstruk kajian
yang mengukur tahap pengaplikasian TMK ialah pengetahuan pengaplikasian TMK,
pengaplikasian dalam perancangan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam
pelaksanaan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam penilaian pengajaran dan amalan
profesional TMK guru.

4.4

Populasi dan Sampel

Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru di SK Telok Gong dengan jumlah
77 orang guru. Pengiraan sampel merujuk jadual kaedah Krejcie dan Morgan dengan
mengambil kira jumlah populasi. Krejcie dan Morgan menyarankan 75 populasi
diambil 63 sebagai sampel dan sekiranya 80 populasi diambil 66 sebagai sampel. Oleh
itu kajian ini telah mengambil 66 sampel dari 77 populasi. Pemilihan sampel
menggunakan rawak mudah.

4.5

Instrumen

Instrumen kajian terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah


soalan mendapatkan maklumat demografi subjek. Maklumat demografi adalah seperti
jantina,umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, dan bilangan kursus TMK
yang pernah dihadiri. Manakala soalan bahagia B adalah instrumen soalan selidik
yang telah dibina oleh National Educational Technology Standard for Teacher
(NETS-T) iaitu Piawaian Teknologi dan Petunjuk Prestasi untuk Guru (Technology
Standards and Perfomance Indicator for Teacher-TSPIT) yang diadaptasi untuk
digunakan dalam kajian ini. Bahagian B ini soalan terarah untuk mengukur tahap
pengaplikasian guru mengikut konstruk. Terdapat 6 konstruk iaitu pengetahuan
konsep, perancangan pengajaran, melaksana pengajaran, penilaian dan amalan
profesional pengaplikasian TMK. Soalan bahagian B ini menggunakan skala likert
dengan pembahagian pilihan seperti berikut, pilihan 1 bersamaan tidak pernah, pilihan
2 bersamaan jarang sekali atau sekali dalam setahun, pilihan 3 bersamaan sekali
sekala atau 2-3 kali dalam satu tahun,pilihan 4 bersamaan kerap kali atau 2-3 kali
dalam satu penggal, dan pilihan 5 bersamaan dengan sentiasa atau sekurangkurangnya 4 kali dalam satu penggal.

4.6

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan keboleh


percayaan. Ujian rintis dilakukan terhadap instrumen di SK Kampung Pendamar,
melibatkan 6 orang guru menjawab soal selidik instrumen bagi mendapatkan nilai atau
bacaan nilai alpha cronbach. Justeru data soal selidik untuk ujian rintis dimasukkan
dalam perisisan SPSS dan disemak menggunakan fungsi kebolehpercayaan skala
(Realibility Scale) untuk 33 soalan berbentuk skala. Nilai alpha cronbach yang
diperolehi ialah 0.962. Menurut Ameer (2013) nilai alpha cronbach melebihi 0.60
sering diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan.
Nilai 0.6 sehingga 0.8 adalah nilai yang diterima dalam penyelidikan. Manakala nilai
0.8 sehingga 1.0 adalah nilai yang baik untuk kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan dalam penyelidikan.

4.7

Analisis Data

Data dari borang soal selidik yang telah dijawab oleh subjek, dimasukkan ke dalam
perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis
menggunakan statistik deskriptif yang memerihalkan frekuensi, min, mod, median,
varian dan sisihan piawai dijana oleh perisian SPSS dan digunakan untuk
menerangkan persoalan kajian dan penyelidikan ini. Manakala statistik inferensi turut
digunakan untuk mendapatkan perbezaan antara 2 pemboleh ubah yang dikaji
menggunakan ujian T dan ujian ANOVA sehala. Keputusan statistik inferensi ini juga
digunakan untuk menerangkan perbezaan berpandukan hipotesis null yang telah
dinyatakan dalam kajian. Penetapan tahap julat min atau skala interpretasi bagi
menentukan pengukuran nilai min adalah seperti berikut:
Jadual 1 Skala Interpretasi Skor Min
Bil

Julat Skor Min

Tahap

1.00 2.34

Rendah

2.35 3.67

Sederhana

3.68 5.00

Tinggi

Skala interpretasi min ini adalah berpandukan skala yang telah ditetapkan oleh
penyelidik-penyelidik terdahulu dalam kajian yang telah dijalankan. Skala seperti
Jadual 1 telah digunakan oleh Ameer (2013) dan Siti Fatimah, Ab Halim (2010) dalam
kajian yang telah dijalankan.

5.0

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan dapatan kajian daripada data yang telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS. Data dipaparkan dalam bentuk jadual dan penjelasan
bagi menerangkan tahap pengaplikasian TMK menggunakan statistik deskriptif dan
statistik inferensi bagi menerangkan persoalan kajian bagi mengenal pasti perbezaan
antara pemboleh ubah yang telah ditetapkan dalam kajian.

5.1

Analisis Deskriptif

Maklumat demografi subjek kajian dinyatakan dalam bahagian A instrumen soal


selidik. Maklumat ini adalah seperti jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman
mengajar, pengalaman menggunakan komputer dan

bilangan kursus TMK yang

dihadiri.
Jadual 2 Taburan Kekerapan Responden
Pernyataan
Jantina
Lelaki
Perempuan

Kekerapan

Peratusan (%)

21
45

32
68

Umur (tahun)
<30
31 35
36 40
41 45
>46

6
28
15
8
9

9
42
23
12
14

Akademik
Diploma
Sarjana Muda
Sarjana
PhD

12
49
5
0

18
74
8
0

Pengalaman Mengajar
15
6 10
11- 15
>15

13
22
16
15

20
33
24
23

Bilangan Kursus (kali)


12
34
>5

50
12
4

76
18
6

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan data kekerapan taburan bagi maklumat demografi


responden. Guru perempuan adalah melebihi daripada guru lelaki ialah dengan
bilangan 45 orang dan 21 orang guru lelaki. Bilangan ini adalah normal dalam
persekitaran sekolah di mana bilangan guru perempuan pada kebiasaannya lebih ramai
daripada guru lelaki. Bagi kekerapan umur, guru dalam lingkungan 31 tahun sehingga
35 tahun menunjukkan bilangan tertinggi iaitu 28 orang, diikuti dengan lingkungan 36
tahun sehingga 40 tahun dengan bilangan 15 orang guru dan yang ketiga dengan
bilangan 9 orang iaitu dalam lingkungan 46 tahun ke atas. Ini menggambarkan guru
yang masih muda lebih ramai dari golongan guru lama yang berpengalaman dalam
bidang pendidikan. Manakala kekerapan kelayakan akademik, guru yang memiliki
ijazah sarjana muda dengan bilangan tertinggi iaitu 49 orang, diikuti yang mempunyai
kelayakan akademik diploma dengan bilangan 12 orang dan seterunya 5 orang guru
mempunyai kelayakan sarjana. Ini menunjukkan pelaksanaan dasar kerajaan menyeru
supaya guru menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda menunjukkan adalah
salah satu faktor bilangan guru yang mempunyai ijazah sarjana muda adalah tinggi.
Kekerapan

pengalaman

mengajar

pula

menunjukkan

guru

yang

berpengalaman 6 tahun sehingga 10 tahun mempunyai bilangan tertinggi iaitu 22


orang, diikuti dengan pengalaman mengajar 11 tahun sehingga 15 tahun dengan
bilangan 16 orang. Seterusnya diikuti dengan guru yang berpengalaman 15 tahun ke
atas dengan bilangan 15 orang. Bagi kekerapan bilangan menghadiri kursus TMK
pula, guru yang menghadiri kursus 1 kali sehingga 2 kali menunjukkan bilangan yang
tertinggi iaitu 50 orang, diikuti dengan bilangan kursus 3 kali sehingga 4 kali dengan
bilangan 12 orang. Bilangan yang menghadiri kursus lebih daripada 5 kali pula ialah 4
orang. Ini menunjukkan guru telah terdedah dengan kursus penggunaan TMK paling
10

kurang adalah 1 kali dalam tempoh perkhidmatan sebagai guru di sekolah. Namun
begitu taburan kekerapan bilangan kursus TMK ini menunjukkan guru masih perlu
menyertai banyak kursus yang melibatkan pengaplikasian TMK bagi mengukuhkan
pengetahuan dan menambah keyakinan guru dalam pengaplikasian TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian 1
Apakah tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran?
Jadual 3 Tahap Pengaplikasian TMK dan Amalan Profesional TMK
Elemen
Pengetahuan TMK

Min
3.26

Interpretasi
Sederhana

Sisihan Piawai
0.70

Perancangan PdP

3.11

Sederhana

0.84

Perlaksanaan PdP

3.27

Sederhana

0.66

Penilaian PdP

3.57

Sederhana

0.79

Pengaplikasian
TMK

3.30

Amalan Profesional
TMK

Sederhana

3.61

Sederhana

0.57
0.71

Jadual 3 menunjukkan bacaan min bagi setiap elemen dalam setiap pengaplikasian
TMK guru. Elemen pengetahuan TMK menunjukkan skor min = 3.26 iaitu berada
pada tahap sederhana. Untuk elemen perancangan PdP pula min yang diterbitkan
adalah dengan nilai skor min = 3.11 turut berada pada tahap sederhana. Seterusnya
elemen pelaksanaan PdP memberi skor min = 3.27 berada pada tahap sederhana.
Manakala untuk elemen penilaian PdP pula menunjukkan skor min = 3.57 juga pada
tahap sederhana. Namun elemen ini memberi bacaan min kedua tertinggi daripada
semua elemen pengaplikasian TMK.. Walaupun begitu nilai min amalan TMK adalah
nilai tertinggi di antara semua elemen yang diukur. Daripada 4 nilai skor min elemen
menghasilkan nilai min keseluruhan pengaplikasian TMK guru dan pengajaran dan
pembelajaran dengan nilai min = 3.30 menunjukkan tahap pengaplikasian di SK Telok
Gong berada pada tahap sederhana. Manakala bagi amalan profesional TMK
11

menunjukkan nilai skor min = 3.61 turut berada pada tahap sederhana. Tahap
pengaplikasian TMK dipengaruhi oleh 4 elemen pengaplikasian TMK yang memberi
bacaan sederhana telah memberi nilai skor min keseluruhan turut berada di tahap
sederhana.

5.2

Analisis Inferensi

Persoalan Kajian 2
Adakah terdapat perbezaan di antara jantina, pengalaman mengajar dan
bilangan kursus TMK yang dihadiri terhadap tahap pengaplikasian TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran?
Hipotesis Ho1:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 4 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Jantina
Jantina
Bil
Min
Sisihan
Nilai-t
Signifikan
Piawai
p
21
3.45
0.70
1.46
0.15
Lelaki
Perempuan

45

3.23

0.50

Berdasarkan Jadual 4 yang ditunjukkan nilai-t yang menggambarkan perbandingan


serta perbezaan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
guru lelaki dan guru perempuan ialah t=1.46. Manakala tahap signifikan p=0.15
adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis diterima dan
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina guru
dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Skor min
tahap pengaplikasian TMK guru lelaki ialah (min=3.45) adalah lebih besar sedikit
nilainya berbanding daripada guru perempuan (min=3.23). Ini bermakna tahap
pengaplikasian TMK bagi guru lelaki dan perempuan adalah sama dan tiada
perbezaan.

12

Hipotesis Ho2:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar
dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Jadual 5 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Pengalaman Mengajar


Pengaplikasian
TMK berdasarkan
pengalaman
mengajar

Jumlah
Kuasa
Dua

Antara kumpulan
Dalam kumpulan

Darjah
Kebebasan

Min
Kuasa
Dua

Nilai
F

Signifikan
P

1.00

0.33

1.02

0.39

20.28

62

0.32

21.28
Jumlah
*signifikan p<0.05

65

Statistik ANOVA sehala pada Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan


skor min yang signifikan di mana F=1.02, dan nilai signifikan adalah p= 0.39,
p>0.05 mengikut tahap pengaplikasian TMK berdasarkan faktor pengalaman
mengajar. Daripada dapatan data menunjukkan hipotesis nol diterima. Oleh itu tidak
terdapat perbezaan pengaplikasian TMK mengikut tempoh pengalaman guru
mengajar.
Hipotesis Ho3:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan kursus
dihadiri terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran
Jadual 6 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Bilangan Kursus
Pengaplikasian
TMK berdasarkan
bilangan kursus

Jumlah
Kuasa
Dua

Darjah
Kebebasan

Min
Kuasa
Dua

Nilai
F

Signifikan
p

Antara kumpulan

0.85

0.43

1.32

0.28

Dalam kumpulan

20.43

63

0.32

21.28
Jumlah
*signifikan p<0.05

65

13

Statistik ANOVA sehala pada Jadual 6 menunjukkan tidak terdapat perbezaan


skor min yang signifikan di mana F=1.32, dan nilai signifikan adalah p= 0.28,
p>0.05 mengikut tahap pengaplikasian TMK berdasarkan faktor bilangan kursus TMK
yang dihadiri. Daripada dapatan data ini menunjukkan hipotesis nol diterima. Oleh itu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengaplikasian TMK mengikut bilangan
kursus TMK yang dihadiri guru.

Persoalan Kajian 3

Adakah terdapat hubungan di antara pengetahuan TMK dengan amalan TMK


guru dalam pengajaran dan pembelajaran?
Hipotesis Ho4:
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan TMK
dengan amalan pengaplikasian guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Jadual 7 Hubungan Antara Pengetahuan TMK dan Amalan TMK Guru
Pengaplikasian TMK
Pengaplikasian
TMK
Amalan TMK

Korelasi Pearson (r)

0.541**
0.00

Sig.(2 arah)

66

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)

Jadual 7 menunjukkan keputusan ujian korelasi Pearson yang dijalankan bagi


membuktikan hipotesis kajian. Ujian korelasi ini menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan TMK guru. Maka
dapat disimpulkan, hipotesis ditolak pada aras erti 0.01. Manakala pekali korelasi r =
0.541 menunjukkan terdapat hubungan yang di antara kedua-dua pemboleh ubah ini.
Namun begitu hubungan tersebut adalah pada tahap yang sederhana.

14

6.0

PERBINCANGAN

Tahap pengaplikasian TMK guru di SK Telok Gong didapati berada pada tahap yang
sederhana.

Tahap pengaplikasian TMK melibatkan semua elemen pengaplikasian

yang diukur turut berada pada tahap yang sederhana seperti pengetahuan
pengaplikasian TMK, pengaplikasian TMK dalam perancangan pengajaran,
pengaplikasian TMK dalam perlaksanaan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam
penilaian pengajaran. Namun begitu kajian yang telah dijalankan oleh Simin et al.
(2013) di 10 buah sekolah di Lembah Klang mendapati pengetahuan guru berada pada
tahap yang tinggi. Perbezaan lokasi kajian bagi kajian memberikan dapatan yang
berbeza. Begitu juga kajian yang dibuat oleh Rosnaini, Mohd Arif & Jalalludin
Ibrahim (2011) menunjukkan pengetahuan pengaplikasian TMK guru berada pada
tahap tinggi di sekolah yang menjadi perintis program Sekolah Bestari. Amalan
profesional juga berada pada tahap yang sederhana. Amalan profesional guru didapati
dengan nilai yang lebih dari tahap pengaplikasian TMK guru. Hal ini berikutan
perkembangan teknologi TMK dan perkembangan budaya maklumat di hujung jari
melalui

penggunaan telefon pintar serta pemilikan komputer riba peningkatan

kelajuan dan capaian internet . Hal ini memudahkan guru berkomunikasi dan bertukar
maklumat dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat pada telefon pintar
atau komputer riba.
Nilai min pengaplikasian TMK dalam penilaian pula menunjukkan nilai
tertinggi bagi mengukur tahap pengaplikasian TMK guru. Hal ini berikutan
penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara atas talian yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan sistem yang
sebelumnya meningkatkan pengaplikasian TMK dalam penilaian. Menurut Simin et
al. (2013) penggunaan sistem secara atas talian menjadikan guru berpengalaman
menggunakan internet. Perubahan ini membawa kepada penggunaan internet yang
lebih meluas dari pencarian maklumat sehinggalah membuat urusan rasmi dan
keperluan harian contohnya seperti penggunaan emel, menyimpan bahan pengajaran
atau fail menggunakan storan atas talian.

15

Analisis bagi mengenal pasti perbezaan menunjukkan tiada perbezaan yang


signifikan tahap pengaplikasian TMK di antara guru lelaki dan guru perempuan.
Dapatan adalah sama dengan kajian dari Ameer Hazim, (2013). Tahap pengaplikasian
mengikut jantina adalah sama dengan nilai berada pada tahap sederhana. Begitu juga
dengan analisis perbezaan yang melihat dari sudut pengalaman mengajar juga
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara guru yang baru dan guru yang
berpengalaman mengajar. Hal ini menunjukkan guru baru yang lebih terdedah kepada
pengaplikasian TMK semasa pembelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
mengaplikasikan TMK secara sederhana. Dapatan ini bertentangan dengan kajian
yang dilakukan oleh Johari dan Zaliza (2010) menunjukkan guru dengan pengalaman
mengajar kurang dari 15 tahun mempunyai minat dan kemahiran dalam
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran. Analisis perbezaan yang melihat dari sudut
bilangan kursus TMK juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap
pengaplikasian TMK guru di antara guru yang bilangannya sikit menghadiri kursus
TMK dengan guru yang telah kerap kali menghadiri kursus TMK. Dapatan ini juga
menunjukkan kehadiran bilangan kursus yang kerap turut memberi nilai
pengaplikasian TMK yang sederhana. Guru yang telah banyak kali menghadiri kursus
TMK berkemungkinan adalah guru lama, oleh itu walaupun kerap menghadiri kursus
TMK dari segi pengaplikasian TMK tetap pada tahap sederhana. Hal ini yang berlaku
kerana kurang inisiatif guru bagi meningkatkan tahap pengaplikasian TMK dalam
pengajaran.
Amalan profesional guru dalam mengaplikasikan TMK didapati mempunyai
hubungan dengan tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu sekiranya amalan profesional ini berada pada tahap yang
tinggi, tahap pengaplikasian TMK guru juga akan menunjukkan peningkatan dan
begitu juga sebaliknya walaupun kadar perubahan ini berada pada tahap sederhana.
Faktor luaran seperti kemudahan TMK yang tidak sempurna dan sambungan talian
internet yang bermasalah menjadi punca proses pengaplikasian dan integrasi TMK
oleh guru Matematik di sekolah (Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi, 2011).

16

7.0

CADANGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira populasi untuk sebuah sekolah sahaja.
Kajian juga tidak merangkumi faktor halangan dari segi prasarana dan infrastruktur
TMK di sekolah. Oleh itu cadangan kajian seterusnya boleh dijalankan dengan
memperluaskan skop populasi kajian kepada peringkat zon daerah atau negeri.
Penambahan juga untuk faktor halangan terhadap pengaplikasian TMK di sekolah.
Selain itu juga skop kajian boleh menumpukan kepada pengaplikasian TMK mengikut
mata pelajaran seperti mata pelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan sebagainya di mana
kajian hasil lebih jelas dan fokus.

8.0

KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK guru
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu fokus kajian yang juga turut mengenal
pasti perbezaan tahap pengaplikasian mengikut jantina, pengalaman mengajar dan
bilangan kursus TMK yang hadiri serta hubungan antara tahap pengaplikasian TMK
guru dengan amalan TMK. Walaupun usaha yang dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan pembelajaran kaedah e-learning
dengan memperkenalkan Frog VLE yang berasaskan portal halaman web ke sekolah.
Begitu juga dengan usaha

membekalkan peralatan TMK dan bahan mengajar

berasaskan TMK ke sekolah. Namun, penyediaan

bahan-bahan

ini tidak boleh

digunakan untuk mengukur dan menjangkakan tahap pengaplikasian TMK guru


berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu ini tidak bermakna usaha tersebut
telah gagal kerana dari semua tahap yang dikenal pasti iaitu pengetahuan
pengaplikasian,

pengaplikasian

dalam

perancangan,

pengaplikasian

dalam

perlaksanaan, pengaplikasian dalam penilaian serta amalan profesional menunjukkan


kesemuanya berada pada tahap sederhana. Usaha bagi meningkatkan tahap
pengaplikasian boleh ditambah dengan memperbanyakkan kursus pada semua
peringkat sama ada di sekolah, di Pejabat Pendidikan Daerah, atau di Jabatan
Pendidikan Negeri dengan menambah penglibatan guru. Selain itu usaha
meningkatkan amalan profesional guru dapat meningkatkan tahap pengaplikasian
TMK guru berikutan terdapat hubungan yang positif antara amalan profesional dan
tahap pengaplikasian guru dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan
17

pembelajaran. Faktor luar seperti perkembangan teknologi yang berasaskan


penggunaan telefon pintar serta pemilikan komputer riba juga tidak boleh diketepikan.
Faktor luaran ini turut mempengaruhi penguasaan dan menambah amalan profesional
guru.

9.0

RUJUKAN

Ameer Hazim. (2013). Kepimpinan teknologi pentadbir dan hubungannya dengan


aplikasi ICT guru. Kertas projek Sarjana Pendidikan Pentadbiran Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Awaatif Ahmad & Norizan Esa. (2011). Kesan penggunaan perisian kursus
(courseware) dengan peta konsep terhadap pencapaian pelajar. Asia Pacific
Journal of Educator and Education , 26(1): 51-70.
Ilias, M.F. & Jasmi, K. A. (2011). Faktor serta pendorong yang mempengaruhi
kepenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru
Pendidikan Islam. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Islam Nusantara
Peringkat ASEAN pada 25 - 27 Oktober 2011di De Baron Resort, Pekan Kuah,
Langkawi.
Johari & Zaliza (2010). Penggunaan komputer di kalangan guru-guru sekolah
menengah di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia
Institutional Repository. http://eprints.utm.my/11567/ (10 April 2015 )
Johari, Nor Hasniza & Rohaya (2012). Tahap amalan dan perintegrasian ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan. pada 7 - 9 Oktober 2011di Johor Bahru, Johor .
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Jiwa dan minda bersatu ke arah
pembestarian sekolah. Kuala Lumpur : Penerbit Bahagian Teknologi Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah:
Panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum. Kuala
Lumpur : Penerbit Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lee Bih Ni. (2013). Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi pada 29 30 Ogos
2011di Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah.
Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi. (2011). Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik di kalangan guru matematik di Daerah Kota Tinggi.
Journal of Science and Mathematics Educational, 2: 1-17.

18

Norabeerah Saforrudin, Halimah Badioze & Azlina Ahmad. (2011). Pengajaran masa
depan menggunakan teknologi augmented reality dalam pendidikan Bahasa
Melayu: Tahap kesedaran guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 1-10.
Rosnaini, Mohd Arif & Jalalludin Ibrahim. (2011). Tahap kemahiran dan
pengintegrasian ICT di kalangan guru sekolah bestari. Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia,1(1): 5-13.
Simin Ghavifekr, Ahmad Zabidi, M. Faizal , Ng Yan Ran, Yao Meixi & Zhang
Tengyue. (2014). Ict integration in education: incorporation for teaching &
learning improvement. The Malaysian Online Journal of Educational
Technology, 2(2): 24-45.
Siti Fatimah & Ab. Halim. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam pengajaran J-Qaf. Journal of
Islamic and Arabic education,2(2): 53-63.

19

You might also like