You are on page 1of 20

PENGGUNAAN WIKIPEDIA DAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIA

PENGAJARAN: PERSEPSI GURU DI FAKULTI PENDIDIKAN,


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Muhammad Shahrul Abdul Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Penciptaan pelbagai laman web dan aplikasi berasaskan media sosial telah
menawarkan satu kaedah yang baik untuk para pengajar memprakstiskan dan
memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan yang mana
mengutarakan tentang penggunaan media sosial sebagai media pengajaran.
Kehadiran internet dalam sistem pendidikan yang terkini telah mengubah corak
pembelajaran dan pengajaran dari sistem terdahulu. Kepenggunaan media sosial
sememangnya meletakkan suatu aras yang mempunyai pro dan kontra lebih-lebih
lagi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
persepsi guru di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
tentang penggunaan Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran yang
melibatkan sejumlah 30 orang guru yang mengikuti kursus pasca-siswazah di
Fakulti Pendidikan. Kaedah kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk kajian
rintis. Data diperoleh instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan aplikasi
Statistical Package for Social Science (SPSS). Manakala analisis statistic digunakan
bagi menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah yangdikaji
melibatkan penggunaan ujian T dan ujian Korelasi. Skor min persepsi guru dengan
nilai skor min = 3.37, menunjukkan tahap sederhana.Borang soal selidik diberikan
kepada guru untuk mengenal pasti persepsi mereka tentang aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar berpendapat Wikipedia,
sebuah laman web bermaklumat telah membantu meningkatkan pengetahuan
mereka, manakala video YouTube banyak digunakan untuk meningkatkan
penguasaan bahasa dan komunikasi. Selain itu, kumpulan perbincangan Facebook
dianggap berguna untuk pembelajaran secara langsung dan perbincangan sesebuah
topik. Twitter pula hanya digunakan untuk menerima informasi tentang maklumat
ringkas dan cepat. Perbincangan tentang kekuatan dan kelemahan media sosial
dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan cadangan untuk meningkatkan potensi
aplikasi tersebut juga disertakan.
Kata Kunci: Media Sosial, Media Pengajaran, Persepsi, Penggunaan Wikipedia.

1.0 Pengenalan
Kepesatan teknologi maklumat yang begitu berkembang dan maju menyebabkan
institusi pendidikan juga turut merasai tempiasnya dengan penggunaan komputer
dan internet di semua pusat pengajian tidak kira peringkat samada rendah, menengah
atau pengajian tinggi.

Perkembangan tanpa sempadan teknologi maklumat dan

komunikasi telah menyebabkan maklumat diterima dengan cepat dengan hanya


menggunakan media komputer yang mempunyai akses terus ke internet. Sebarang
maklumat yang diperlukan boleh diperoleh tidak kira masa dan waktu. Transformasi
ini juga telah menyumbang kepada perubahan cara pengajaran dan pembelajaran
yang tidak lagi tertumpu kepada chalk and talk dan kandungan buku teks atau
perkara yang disampaikan oleh seseorang guru di dalam kelas. Kop (2011)
menerangkan bahawa satu sumbangan terbesar teknologi internet dalam dunia
pendidikan adalah dari segi perluasan kandungan pembelajaran tanpa sekatan.
Pelajar-pelajar

boleh

melayari

laman-laman

sosial

yang

berguna

untuk

memantapkan lagi kefahaman mereka tentang sesuatu perbincangan atau topik.


Kewujudan Wikipedia dan laman sosial seperti Facebeook, Twitter dan
Youtube seumpamanya menjadi suatu fenomena kepada dunia sosial internet yang
tiada sempadan dalam menyampaikan sesuatu perkara walaupun ianya berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Belum lagi berkisar tentang kehidupan,
masalah harian yang dikongsi, pelbagai perkara dan hal dipaparkan, isu semasa,
tentang ekonomi, pembangunan, politik dan sebagainya, cukup meluas dibahaskan
di laman sosial. Justeru itu, tidak mustahil dunia pendidikan juga turut merasai
kesannya lebih-lebih lagii guru yang sememangnya mencari idea-idea segar dalam
memupuk minat pelajar mereka sendiri bagi menarik perhatian pelajar-pelajar
mereka dengan dunia baharu, tetapi tidak sedikit pun meminggirkan kaedah klasik
atau yang menjadi kebiasaan.
Dari perspektif pengajaran tidak kira bahasa dan subjek yang lain
berorientasikan komputer, pelbagai kajian lepas telah menunjukkan keberkesanan
teknologi dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (Weller,
2011). Bersesuaian dengan perluasan internet, media sosial kini menjadi aplikasi
internet yang kian popular. Media sosial dalam takrifan sebagai sekumpulan aplikasi
internet yang dibina berasaskan ideologi dan teknologi Web 2.0 yang membenarkan
penghasilan dan perkongsian item-item yang dijana oleh pengguna (Kaplan &
Haenlein, 2010). Walau bagaimanapun, Boyd (2010) tidak begitu optimis terhadap
keberkesanan media sosial dalam penyaluran maklumat secara berkesan. Beliau
berfikiran bahawa, walaupun media sosial dapat merangkumkan beribu-ribu

maklumat dalam masa yang singkat, tahap perhatian yang diberikan oleh pengguna
adalah sangat rendah, dan kebanyakan maklumat yang dipaparkan melalui media
sosial tidak dibaca dengan penghayatan oleh pengguna.
Kajian tentang penggunaan media sosial sebagai media pengajaran masih
pada peringkat permulaan. Namun, berdasarkan kajian yang akan dijalankan, apa
yang pasti, melalui internet lebih-lebih lagi melalui beberapa laman web dan media
sosial, ia menawarkan pelbagai ruang dan kemudahan yang memberi beberapa
pilihan kepada guru dan pelajar untuk tidak ketinggalan menggunakannya.
Keistimewaan dan kelebihan internet lebih-lebih lagi media sosial sebagai media
pengajaran yang menjadi pilihan, flesibel dan menarik perhatian pelajar dan guru
menjadi sebab mengapa ia perlu diaplikasikan dalam sistem pendidikan dewasa ini.
Kajian ini juga memaparkan justifikasi penting mengaplikasi media sosial sebagai
media pengajaran seperti kebergunaan media video you tube, laman sosial facebook
dan twitter yang menjadi perantara pelajar dan guru untuk meluaskan pengetahuan
dan ilmu tanpa sempadan dan tidak hanya menggunakan cara tradisi yang tidak
pernah lari dari stigma pengajaran yang sama.
Ia juga menjadi suatu pilihan kepada tenaga pengajar iaitu pensyarah dan
guru untuk mempelbagaikan kaedah media yang digunakan, yang tidak hanya
menumpukan kaedah yang konservatif dan lapuk. Yakni, cara dan kaedah
pengajaran melalui pelbagai media perlukan perubahan serta revolusi yang begitu
pesat dan pantas tanpa dikatakan ketinggalan zaman seiring dengan negara yang
mencapai status sedang membangun. Tidak mustahil dengan media berasaskan
internet ini mampu menguasai sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih
terkehadapan.

2.0 Pernyataan Masalah


Media sosial merupakan suatu konsep baharu dalam proses pengajaran dan
memfokuskan kepada kebolehan untuk memproses pengajaran tanpa terikat dengan
kaedah atau proses klasik dan kebiasaan. Dalam erti kata lain, proses pengajaran
boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk di kelas semata. Sebagai
seorang guru yang berada di zaman penuh berteknologi ini, seorang guru akan
menggunakan teknologi terkini seperti komputer, telefon pintar yang menggantikan
chalk and talk di dalam kelas. Dengan alatan seperti ini, ia berpeluang untuk
merevolusikan kaedah pengajaran untuk menvariasikan komuniti pembelajaran yang
tidak terhad, berkomunikasi dengan warga ilmu di dalam dunia maya, untuk

menembusi segenap ruang legar dan pintu masuk maklumat dan teknologi dan
sistem pengajaran yang terkini dan tidak ketinggalan.
Di samping itu juga, laman web dan media sosial yang boleh diakses oleh
guru seperti Wikipedia, Youtube, Facebook dan Twitter bagi kegunaan mereka
kepada pelajar masing-masing. Walaubagaimanapun terdapat segelintir guru yang
tidak menggunakan media sosial sebagai media pengajaran lebih-lebih lagi apabila
mereka ingin melakukannya di luar bilik darjah, sebaliknya hanyalah digunakan
untuk berkomunikasi tanpa tujuan dan tidak menggunakan medium ini untuk
berbincang pemasalahan kepada subjek yang mereka tidak faham. Seperti contoh,
penggunaan twitter yang hanya tweet kepada perkara-perkara yang tidak
melibatkan pembelajaran dan pengajaran yang mana apabila dibaca oleh
pengikutnya di media itu yang juga pelajar-pelajar mereka, ia hanya menjadi sebuah
medan sosial tanpa bermaklumat dan berpengetahuan.
Kegagalan para guru melakukan perubahan melalui kaedah dan teknik dalam
menggunakan media pengajaran terbaharu merupakan cabaran yang perlu dihadapi
dengan segera. Siti Fatimah Ahmad dan Ab.Halim Tamuri (2010), Persepsi Guru
Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia
dalam Pengajaran j-Qaf mendapati guru kurang kreatif dalam pengurusan kelas
seperti kurang kepelbagaian kaedah pengajaran (3.81), kurang penguasaan ilmu dan
sumber pelbagai (3.20), kurang perihatin kepada pelajar yang lemah (3.93), dan
pengajaran hanya berpusatkan kepada pelajar (3.86). Skor min juga menunjukkan
tahap sederhana dalam penyampaian pengajaran guru j-Qaf dalam bilik darjah. Isu
yang perlu diberi perhatian ialah sejauh manakah aplikasi web bagi mewujudkan
suasana pembelajaran aktif terhadap proses pengajaran.
Guru-guru seharusnya mencari alternatif untuk menimbulkan keseronokan
dalam diri pelajar. Di samping, penggunaan web dan sosial boleh dipraktik bagi
meningkatkan

keberkesanan

pengajaran

untuk

guru

bagi

subjek

yang

dipertanggungjawabkan, selain menarik minat dan tumpuan pelajar menerusi


perancangan dan penggunaan yang rapi. Demi untuk memajukan dan menambahkan
lagi kecenderungan guru terhadap media pengajaran berlainan amatlah wajar selari
dengan kajian berkaitan aplikasi web dan laman sosial dilaksanakan sebagai satu
transformasi dalam pengajaran guru khususnya guru dalam pelbagai subjek. Justeru,
pada abad ke 21 ini, media sosial dan web memainkan peranan utama sebagai agen
komunikasi, interaksi, pendidikan dan sosialisasi masyarakat dunia.

Sehubungan dengan itu, timbul pelbagai persepsi yang kurang diambil


perhatian bagi melihat sejauhmanakah kajian ini dapat mengubah cara pengajaran
dan seterusnya menginjak kepada perubahan yang lebih terkini, contohnya andai
dahulu, kita hanya melihat papan hitam sebagai media pengajaran, namun
teknologi merentas masa dan waktu tanpa sempadan menganjak kepada media yang
sebenarnya seperti Komputer, internet dan kajian ini, Wikipedia dan media sosial.
Persepsi dilihat hanya didengar dalam ruang legar pergaulan seseorang guru dengan
guru yang lain tanpa kita mengambil serius betapa pentingnya input yang diberi
sebagai media pengajaran dalam membentuk pemikiran terkini pelajar yang semakin
cepat menerima maklumat yang kadang-kadang tidak diselenggara dan dipupuk
dengan tepat dan bersih.
Ia juga bersangkut paut dengan minat dan keselesaan pelajar dalam
menerima ilmu dan pembelajaran tanpa mengenal erti bosan dan terleka. Bayangkan
mereka hanya mendengar, melihat, membaca dan menyalin apa yang ditulis dan
diperkatakan di atas sebuah papan hitam yang mana mereka cepat merasa bosan dan
tidak berminat untuk belajar secara berterusan. Dengan adanya komputer dan
internet di sekolah, sistem pengajaran dan pembelajaran akan terus mengalami
revolusi dengan memikirkan kepesatan pemikiran guru dalam mendidik pelajar
dengan pelbagai kaedah yang dianggap tidak remeh dan releven sepanjang zaman.

3.0 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
i. Mengenal pasti persepsi guru tentang penggunaan media sosial sebagai media
pengajaran.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan media sosial dalam proses
pengajaran.
iii. Untuk melihat sejauhmanakah penggunaan media sosial oleh guru dalam
melakukan proses pengajaran dalan dan luar kelas.

4.0 Metodologi Kajian


Kajian ini melibatkan 30 guru yang mengikuti kursus siswazah di Fakulti
Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Guru-guru yang terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek yang berbeza
seperti Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi,
Agama Islam dan sebagainya yang datang dari institusi sekolah kerajaan, swasta dan
persendirian, yang mana mereka dikehendaki terlibat secara aktif dalam aktivitiaktiviti berasaskan media sosial samada berdasarkan pengalaman mereka atau
peluang-peluang yang akan mereka jalankan melalui laman sosial yang terdapat di
internet.
Laman web dan media sosial yang dipilih ialah Wikipedia, Facebook, Twitter
dan YouTube. Tidak mempunyai sebarang panduan atau kaedah bagaimana aktiviti
dilakukan kerana ianya tertakluk kepada kesesuaian para guru, pihak sekolah dan
pelajar. Ada di antara mereka menggunakan masa pengajaran mereka di sekolah
untuk membawa pelajar ke makmal komputer dan ada di antara mereka yang telah
melakukan aktiviti secara luar bilik darjah dan di luar sesi persekolahan.
Ia merupakan kaedah kuantitatif yang merupakan hasil daripada kajian rintis
dan bersandarkan soal selidik yang diedarkan. Data kajian dianalisa dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan
menggunakan statistik deskriptif seperti min, peratusan dan beebrapa Ujian-T. Skala
interpretasi yang digunakan bagi min dalam kajian ini adalah:
1.00- 2.33 Tahap rendah
2.34 3.67 Tahap sederhana
3.68 5.00 Tahap Tinggi
Para guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tersedia dalam
laman sosial untuk beberapa tempoh. Untuk konteks kajian ini, terdapat beberapa
guru yang telah melakukan aktiviti ini di sekolah mahupun di luar kerana terdapat
beberapa orang guru yang datang dari institusi swasta atau sekolah persendirian.
Kemudian, borang soal selidik diberikan kepada guru sebelum melakukan aktiviti
berkenaan dan seterusnya mempraktiskan aktiviti media sosial di waktu
pembelajaran di sekolah, di luar darjah atau di waktu luar sekolah dan percutian.
Mereka dikehendaki menjawab soal selidik yang diberikan, untuk mengenal pasti
pandangan mereka terhadap empat jenis media berasaskan laman web dan laman
sosial yang dipilih untuk kajian ini. Maklum balas yang diperoleh akan dikira dan

dianalisis mengikut peratusan tertentu iaitu bersetuju dan tidak bersetuju


berdasarkan pernyataan soalan yang diberi.

5.0 Dapatan Kajian


Dapatan kajian ini hanya mempunyai satu bahagian serta perbincangan dan hasil
kajian. Bahagian yang dimaksudkan ialah persepsi Guru Fakulti Pendidikan
terhadap penggunaan media sosial dan laman web sebagai media pengajaran,
manakala hasil kajian dan perbincangan melalui senarai kelebihan dan kekurangan
Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran. Untuk makluman, dapatan
atau hasil kajian yang telah dikenalpasti menjadi penanda aras kepada persepsi guru
di Fakulti Pendidikan mengenai penggunaan media sosial sebagai media atau alat
bantuan sampingan mengajar. Di bawah terdapat hasil yang telah dirungkai dan
diperoleh peratus keputusan mengikut kategori dan eleman jawapan yang
disediakan.

Persepsi Guru terhadap penggunaan media sosial sebagai Media Pengajaran


Jadual 1
Persepsi Guru terhadap Web Wikipedia
Pernyataan
Saya merujuk

Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Wikipedia bersama
pelajar bagi

52%

34%

14%

48%

38%

14%

30%

15%

mendapatkan fakta
dan maklumat.
Saya menerapkan
aktiviti Wikipedia
dengan subjek yang
diajar untuk
meningkatkan
pengetahuan pelajar.
Saya memberi lebih
input dalam aktiviti
Wikipedia berbanding

55%

aktiviti di dalam kelas.

Jadual 2
Persepsi Guru terhadap Laman sosial, Facebook

Pernyataan
Saya berbincang

Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

sesuatu tajuk
dengan pelajar

49%

35%

16%

51%

43%

6%

56%

32%

12%

secara aktif
melalui Facebook.
Saya memberi
latihan,
menyatakan
pendapat dan
mencari
maklumat
berangkai
bersama pelajar
melalui Facebook
Saya mengambil
peluang untuk
mengguna
Facebook bagi
pembelajaran di
luar bilik darjah.

Jadual 3
Persepsi Guru terhadap Laman Sosial, Twitter
Pernyataan
Saya mengguna
Twitter untuk

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Pasti

mendedahkan
pelajar tentang

42%

33%

25%

39%

48%

13%

43%

39%

18%

Tidak Setuju

Tidak Pasti

pengetahuan yang
terkini, ringkas dan
cepat
Saya mempraktik
Twitter untuk
pemberitahuan dan
pencarian
maklumat serta
panduan subjek
Saya mengguna
Twitter sebagai
medium interaksi
bersama pelajar
bagi kerja rumah
dan tugasan

Jadual 4
Persepsi Guru terhadap Laman Sosial, You Tube
Pernyataan
Saya

Setuju

menggunakan
You Tube sebagai

65%

23%

12%

pembelajaran
secara visual
kepada pelajar
Saya
menunjukkan

68%

19%

13%

55%

39%

5%

video tentang
subjek berkaitan
kepada pelajar
Saya memuat
turun video You
Tube yang
berkaitan bagi
tujuan
pembelajaran dan
tontonan
bermanfaat di
kelas dan di luar
kelas.

Persepsi Terhadap penggunaan Wikipedia dan media sosial sebagai media


pengajaran.
Jadual 5 menunjukkan analisis persepsi tersebut yang menunjukkan bahawa guruguru Siswazah di Fakulti Pendidikan mempunyai persepsi yang sederhana terhadap
penggunaan Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran dengan nilai
purata min 3.37.

Dari aspek perincian skor min persepsi guru Siswazah Fakulti Pendidikan,
skor min tertinggi diperoleh dari item 3 (min= 3.65) yang berhubung media sosial
meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru. Seramai 18 orang guru Siswazah
(49.6%) menyatakan setuju dan 8 orang (40.5%) pula kurang setuju berbanding 4
orang (9.9%) yang tidak setuju. Menerusi item 5 (min=3.52) berkaitan Wikipedia
dan media sosial meransang minat guru sebagai bantuan lain sebagai media
pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan seramai 17 orang guru Siswazah (47.9%)

bersetuju manakaLA 9 orang (39.8%) tidak bersetuju menyatakan guru berminat


Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran.
Berhubung dengan Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran
menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak terkawal, menerusi item 4 (min=
3.34). Kajian mendapati guru Siswazah seramai 16 orang (45.9%) kurang setuju
manakala 10 orang (40.4%) pula setuju. Skor min sederhana yang terendah
diperolehi dari item 2 (min= 3.28) memberi kesan terhadap kaedah tradisional.
Kajian mendapati sebanyak 19 orang (50.4%) bersetuju ia memberi kesan kepada
kaedah tradisional, selain itu 8 orang (33.6%) tidak bersetuju. Manakala item 1
dengan skor min 3.10 menunjukkan 19 orang guru (51.3%) tidak bersetuju
Wikipedia dan media sosial sebagai media dan dapat membantu proses pengajaran
manakala seramai 11 orang guru (48.7%) bersetuju dengan pernyataan item tersebut.

Jadual 5: Analisa Persepsi Terhadap Penggunaan Wikipedia dan Media sosial


sebagai media pengajaran
Item

1. Wikipedia dan
media sosial sebagai

Min

Kekerapan dan
Peratusan
S
8

3.10

KS
3

TS
19

media dan dapat


membantu proses
pengajaran

2. Wikipedia dan
media sosial
memberi kesan
terhadap kaedah
tradisional.

3. Wikipedia dan
media sosial
meningkatkan
interaksi antara
pelajar dan guru

4. Wikipedia dan
media sosial sebagai
media pengajaran
menjadikan
pengajaran dan
pembelajaran tidak
terkawal

5. Wikipedia dan
media sosial
meransang minat
guru sebagai bantuan
lain sebagai media
pengajaran.

(48.7) (42.2)

3.28

19
(50.4)

3.65

(25.4)

18
(49.6)

3.34

10
(40.4)

17

(5.3)

(33.6)

8
(40.5)

4
(9.9)

16

(45.9)

(32.1)

3.52

Purata min = 3.37

6.0 Perbincangan Kajian

(47.9)

(35.6)

(39.8)

Jadual 1 menunjukkan persepsi guru tentang penggunaan Wikipedia sebagai media


pengajaran yang membantu mereka memprakstiskan pengajaran secara alam maya.
Secara amnya, guru memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan
Wikipedia. Sebanyak 52% daripada mereka bersetuju bahawa mereka merujuk
Wikipedia bersama pelajar bagi mendapatkan fakta serta maklumat.dan 48% guru
menerapkan aktiviti Wikipedia dengan subjek yang diajar untuk meningkatkan
pengetahuan pelajar, manakala 55% menyatakan bahawa mereka memberi lebih
input dalam aktiviti Wikipedia berbanding aktiviti di dalam kelas. Dapatan ini
menunjukkan bahawa penggunaan Wikipedia telah membantu guru memberikan
maklumat dan pertambahan input yang betul. Aplikasi ini membolehkan guru
memantapkan lagi fakta mereka bersama pelajar namun perlu kepada pengawasan
ke atas pelajar.
Jadual 2 menunjukkan persepsi guru terhadap penggunaan Laman Sosial,
Facebook dalam sistem e-pembelajaran. Facebook digunakan sebagai wadah untuk
perbincangan ilmiah dan sosial. Hasil kajian yang diperoleh jelas menunjukkan
kekerapan penggunaan Facebook dalam kalangan guru. Sebanyak 49% guru
mengakui bahawa mereka berbincang sesuatu tajuk dengan pelajar secara aktif
melalui Facebook dan 51% menyatakan mereka memberi latihan, menyatakan
pendapat dan mencari maklumat berangkai bersama pelajar melalui Facebook. Di
samping itu, sebanyak 56% berpendapat mereka mengambil peluang untuk
mengguna Facebook bagi pembelajaran di luar bilik darjah. Melalui pemerhatian
yang dijalankan, guru-guru didapati lebih cenderung untuk berkongsi pandangan
melalui Facebook. Guru menyatakan pelajar yang selalunya pasif atau tidak aktif di
dalam kelas dilihat lebih aktif apabila berbincang melalui aplikasi media sosial ini.
Senario ini dilihat sejajar dengan hasil kajian McDaniel dan Witty (2010), iaitu
pelajar dikatakan lebih menyerlah perbincangannya melalui Facebook kerana
aplikasi ini merapatkan jurang yang wujud antara ahli kumpulan dan memudahkan
perkongsian maklumat serta pendapat.
Jadual 3 menunjukkan persepsi guru tentang penggunaan Laman Sosial,
Twitter dalam pengajaran subjek melalui laman e-pembelajaran. Peratusan guru
yang menggunakan Twitter dilihat lebih rendah berbanding media sosial Facebook.
Hanya 42% bersetuju bahawa mereka mengguna Twitter untuk mendedahkan pelajar
tentang pengetahuan yang terkini, ringkas dan cepat, manakala 39% mempraktik
Twitter untuk pemberitahuan dan pencarian maklumat serta panduan subjek. Selain
itu, hanya 43% mengguna Twitter sebagai medium interaksi bersama pelajar bagi

kerja rumah dan tugasan. Kekurangan peratusan ini menyebabkan penggunaannya


untuk tujuan lain seperti meningkatkan pengetahuan dan penyebaran maklumat
mungkin tidak akan mendapat hasil dan keputusan yang baik.
Jadual 4 menunjukkan persepsi guru terhadap penggunaan Laman Sosial,
You Tube bagi pengajaran berbentuk video yang dilihat menjadi pilihan pelajar
kerana tidak membosankan. Memandangkan laman sosial, You Tube merupakan
laman yang terkenal di kalangan guru dan pelajar, maka hasil kajian juga
menunjukkan persepsi yang paling positif di kalangan mereka. Sebanyak 65% guru
menggunakan You Tube sebagai pembelajaran secara visual kepada pelajar,
manakala 68% menunjukkan video tentang subjek berkaitan kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, sebanyak 55% memuat turun video You Tube yang
berkaitan bagi tujuan pembelajaran dan tontonan bermanfaat di kelas dan di luar
kelas. Peratusan yang agak tinggi memperlihatkan pengajaran melalui You Tube
dilihat bersesuaian kepada pelajar disebabkan minat guru dan pelajar yang sama, di
samping pertunjukan video yang sememangnya bersifat interaktif.
6.1 Laman Web dan Media Sosial dari segi kelebihan dan kekurangan
Berdasarkan hasil dan dapatan kajian, beberapa kelebihan dan kekurangan
Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran dapat ditemui dan dipastikan.
Dari segi kelebihan, Wikipedia dan media sosial mempunyai pelbagai input yang
kita boleh praktikkan dan melakukan proses pengajaran dengan berkesan tanpa
membiarkan pelajar melakukan perkara yang bukan dalam proses pembelajaran.
Seperti apabila sesuatu aplikasi pembelajaran dikongsi di dalam media sosial ia
dapat membantu mengurangkan perhatian pelajar dan guru terhadap aplikasi dalam
media sosial tersebut.
Di samping itu juga, media sosial juga memberikan konteks pengajaran yang
cepat dan baik. Perbincangan melalui Facebook, sebagai contoh, membantu pelajar
berhubung dengan guru dari sekolah lain di alam maya yang memerlukan mereka
untuk berkongsi kaedah pengajaran dengan betul. Sehubungan dengan itu, ia
didapati dapat membantu perkongsian ilmu dan maklumat secara terbuka dan
meluas. Guru tidak berasa janggal kerana interaksi berlangsung secara maya,
kebiasaan penggunaan dan bukannya bersemuka secara berhadapan.
Dari segi kekurangan Wikipedia dan media sosial pula, contoh bagi
Wikipedia sendiri, ianya tidak mencakupi segenap ruang sesuatu tajuk dan topik
yang hendak digunakan atau dibincangkan. Seperti sesuatu tajuk di dalam Bahasa

Melayu, ia mencakupi setiap sudut dan elemen penting dalam memberi ruang
kepada guru dan pelajar untuk melakukan perbincangan bersama. Dalam erti kata
lain, terdapat sekatan dan ruang pengetahuan yang agak terhad antara guru dan
pelajar yang mana guru perlu mencari laman web lain untuk penambahan input dan
maklumat. Di samping itu, penggunaan aplikasi ini boleh mengurangkan kawalan
terhadap aktiviti antara guru dan pelajar. Pengajar atau guru mungkin akan
menghadapi kesukaran untuk mengawal pelajar dalam media sosial. Isu akses
kepada internet juga boleh membantutkan penggunaan media sosial dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu juga, media sosial juga boleh menjadi ancaman
kepada akses laman web yang tidak betul. Pelajar mungkin akan taksub dan leka
dengan penggunaan web yang lebih menarik perhatian dan melalaikan pelajar.
Namun, di sini pihak sekolah yang memainkan peranan menyekat lama-lama web
yang tidak sepatutnya. Walaupun, situasi ini akan menjejaskan penguasaan
pengajaran dan pembelajaran guru dan para pelajar, pihak sekolah perlu
merangkaikan suatu sistem yang telus dalam mengakses sebarang web yang
dicurigai. Isu kerahsiaan peribadi juga perlu diberi perhatian. Guru dan pelajar,
kedua-duanya akan berasa tidak selesa untuk berikteraksi sekiranya maklumat
peribadi mereka tidak dilindungi daripada orang awam yang tidak dikenali. Lantaran
itu, panduan penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
diwujudkan untuk memaksimumkan potensi aplikasi media sosial.

7.0 Rumusan
Apa yang dapat dirumuskan adalah setiap penggunaan pelbagai web, Wikipedia dan
media sosial ini mempunyai pro dan kontra dari segi penggunaannya lebih-lebih lagi
digunakan sebagai media pengajaran kerana dewasa ini, teknologi kian berubah
secara drastik dan sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak mahu
ketinggalan samada dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah.
Secara kesimpulannya, kajian ini telah mengenalpasti persepi guru-guru
pasca-siswazah di Fakulti Pendidikan, UKM terhadap penggunaan Wikipedia dan
media sebagai media pengajaran. Facebook didapati sangat popular dalam kalangan
pelajar dan media sosial ini banyak digunakan untuk tujuan perbincangan.
Wikipedia pula digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan pengetahuan dan
perkongsian pandangan dalam subjek tertentu seperti Sejarah, Bahasa Melayu dan
Geografi. Pelajar-pelajar juga didapati dapat mempelajari dan mendapatkan

maklumat dengan lebih efektif melalui Wikipedia. Di samping itu, video-video


YouTube didapati berupaya membantu pelajar mempelajari sesuatu secara visual dan
video seiring dengan semangat mereka untuk menumpukan perhatian berbanding
kaedah klasik yang disifatkan sebagai membosankan, manakala Twitter digunakan
untuk mempelajari maklumat yang baru secara pantas dan terkini.
Melalui hasil dapatan kajian, terbukti beberapa perkara telah dapat kita
ketahui dan perlu diambilkira bagi membenarkan perubahan ini berlaku seiring
dengan kemajuan teknologi dan aplikasi internet yang semakin dipelbagaikan
namun memerlukan kawalan dan panduan yang ketat dari semua pihak termasuk
pihak sekolah, Kerajaan dan mungkin Suruhanjaya Komunikasi sendiri dalam
memudahkan urusan tenaga pengajar dalam member ilmu dalam pelbagai bentuk
dan kaedah media pengajaran.
Kajian ini juga telah menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan
Wikipedia dan media sosial sebagai media pengajaran. Walaupun terdapat kekangan
dalam penggunaannya, media sosial ternyata dapat meningkatkan minat pelajar
untuk mempelajari ilmu baharu dan penambahan pengetahuan melalui aplikasi dan
web terbaru. Aplikasi-aplikasi media sosial memberikan konteks dan kemudahan
yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran subjek dan input maklumat yang
berkesan dan cepat. Namun, guru dan pengajar harus bijak menggunakan aplikasiaplikasi tersebut supaya objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Kajian lanjut tentang
impak media sosial terhadap prestasi pelajar boleh dijalankan pada masa akan
datang untuk membuktikan keberkesanannya dalam pembelajaran.
Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran kini tidak lagi hanya tertumpu di
dalam kelas atau bilik darjah sahaja, tetapi transformasi pengajaran telah berlaku
seiring dengan perluasan dan kepesatan ICT di negara ini. Seperti papan hitam dan
buku teks, kaedah tradisional yang masih lagi digunakan kerana dianggap masih
releven namun tiada pembaharuan maklumat dan teknologi seiring dengan
peredaran zaman. Memperlihatkan teknologi ICT yang begitu mudah diakses di
mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, makanya penggunaan media sosial
sebagai media pengajaran yang terkehadapan amat diperlukan. Setakat manakah
penggunaan media sosial ini dapat diterapkan dan diaplikasikan oleh guru kepada
pelajar masing-masing untuk menghasilkan pengajaran yang terkini, ianya dianggap
bersifat holistik dan seiring dengan dunia teknologi yang semakin cepat menular.
Rujukan

Annand, D. (2011). Social presence within the community of inquiry framework.


The International Review of Research in Open and Distance Learning, 12(5), 4056.
Azer, S. A. (2012). Can YouTube help students in learning surface anatomy?
Surgical and Radiologic Anatomy, 34(5), 465-468.
Boyd, D. (2010). Streams of content, limited attention: The low of information
through social media. EDUCAUSE Review, 45(5), 2636.
Chambers, A. (2010). Computer-assisted language learning: Mapping the territory.
Language Teaching, 43(1), 113122.
Hunter, R. (2011). Erasing property lines: A collaborative notion of authorship and
textual ownership on a fan Wiki. Computers and Composition: An International
Journal for Teachers of Writing, 28(1), 40-56.
Kaplan, A. M., & Haenlein, M. (2010). Users of the world, unite! The challenges
and opportunities of social media. Business Horizons, 53(1), 59-68.
Kop, R. (2011). The challenges to connectivist learning on open online networks:
Learning experiences during a massive open online course. The International
Review of Research in Open and Distance Learning, 12(3), 1938.
Kessler, G., Bikowski, D., & Boggs, J. (2012). Collaborative writing among second
language learners in academic web-based projects. Language Learning and
Technology, 16(1), 91-109.
Roblyer, M. D., McDaniel, M., Webb, M., Herman, J., & Witty, J. V. (2010).
Findings on Facebook in higher education: A comparison of college faculty and
student uses and perceptions of social networking sites. The Internet and Higher
Education, 13(3), 134-140.

Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam
Pengajaran j-Qaf. Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (2), 53-64.
Weller, M. (2011). A pedagogy of abundance. Spanish Journal of Pedagogy, 249,
223236.

Zuazlina Mohd Sadri. (2010). Pembangunan Laman Web Topik Rukun Haji dan
Umrah Tingkatan 4 Beradsarkan Teori Konstruktivisme. Tesis Sarjana Muda: UTM.

You might also like