You are on page 1of 92

UNIT 4

LAUT DAN LAUTAN


 4.1 TERUMBU KARANG
 4.2 KEPENTINGAN DAN POTENSI
LAUT DAN LAUTAN
 4.3 KESAN KEGIATAN MANUSIA
TERHADAP LAUT DAN LAUTAN
4.1 TERUMBU
KARANG
PENTAS BENUA
Pentas benua ialah dasar laut yang cetek dan
bercerun landai.
Kedalamannya kurang daripada 180 meter.
Kelebarannya berbeza-beza antara 80-1500
kilometer.
Bahagian dasar lautan mempunyai suhu yang
sederhana panas kerana cahaya matahari dapat
menembusi air lautan dengan mudah.
Penting untuk pembiakan ikan dan pembentukan
terumbu karang seperti di Pentas Sunda dan
Pentas Sahul di rantau Asia Tenggara.
Pentas Benua
JURANG LAUTAN
Jurang lautan merupakan bahagian lautan yang
paling dalam.
Kedalaman jurang lautan adalah antara 7000-
11000 meter.
Jurang lautan terbentuk akibat daripada
pergerakan bumi dasar lautan oleh gerakan
tektonik.
Jurang lautan yang paling dalam di dunia ialh
Jurang Mariana(11034 m) yang terletak di
Filipina.
Banyak kawasan jurang lautan dihubungkaitkan
dengan gempa bumi dan gunung berapi.
Jurang Lautan
4.1 Terumbu Karang
TERUMBU KARANG
TERUMBU KARANG
Terumbu karang terbentuk daripada tulang dan kulit
karang, polip-polip, alga kalkaria, kerang dan tiram
yang telah mati.
Tulang dan kulit ini akan dimendapkan di dasar laut
bersama-sama bahan-bahan mendapan yang lain.
Seterusnya polip-polip baru akan tumbuh pada
bahan-bahan mendapan yang lama dan secara
beransur-ansur akan membentuk terumbu karang.
Proses pembentukan terumbu karang mengambil
masa yang sangat lama.
Apabila musnah, terumbu karang amat sukar
dipulihkan.
POLIP-POLIP
Kawasan yang terdapat
terumbu karang
Malaysia
Pulau Redang di Tengganu
Pulau Tioman di Pahang
Pulau Balambangan dan Pulau Sipadan di
Sabah
Luar Negara
Lautan Pasifik
Lautan Hindi
Kepulauan Karibia
Kawasan pentas benua di rantau Asia
Kemasinan Air Laut Kedalaman Air Laut

Faktor mempengaruhi
Suhu Air Laut pembentukan
Terumbu karang

Kejernihan Air Laut


Tindakan Ombak, Arus
dan Pasang Surut
SUHU AIR LAUT
Terumbu karang hanya tumbuh di kawasan air laut
yang mempunyai suhu antara 23ºC hingga 25ºC
yang sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan
polip.

Terumbu karang banyak ditemukan di zon antara


latitud 30ºU dan 30ºS seperti di kawasan laut di
sekitar Asia Tenggara dan Kepulauan Hawaii.

Kepulauan Bermuda di Lautan Atlantik yang


terletak di kawasan beriklim sederhana sesuai
untuk pertumbuhan terumbu karang kerana arus
Panas Telukan meningkatkan suhu air laut di
kawasan itu.
KEDALAMAN AIR LAUT
Terumbu karang tumbuh
dengan pesat di
kawasan air laut yang
cetek dan kedalamannya
kurang daripada 55 meter.

Cahaya matahari boleh


diterima oleh polip-
polip dan karang untuk
hidup dan tumbuh.
KEMASINAN AIR LAUT

Hanya air laut


yang mempunyai
kemasinan antara
30% hingga 40%
sahaja sesuai
untuk
pembentukan
terumbu karang.
KEJERNIHAN AIR LAUT
Terumbu karang hanya
dapat hidup di kawasan
air yang jernih.

Air laut yang keruh atau


mempunyai bahan
mendapan yang sungai
seperti lanar atau lumpur
yang terlalu banyak akan
mengganggu pernafasan
polip dan menyebabkan
polip mati
Tindakan Ombak, Arus dan
Pasang Surut
Terumbu karang terbentuk dengan baik di kawasan
yang menghadap laut.

Kawasan air laut yang mengalami tindakan ombak


yang kuat, arus laut dan pasang surut
membolehkan polip-polip mendapat oksigen dan
bekalan makanan seperti plankton yang mencukupi.

Tindakan ombak yang kuat akan membawa kelodak


dan lumpur ke laut dalam supaya air di pinggir laut
menjadi jernih
Kawasan yang terdapat
terumbu karang
Malaysia Luar Negara
Pulau Redang, Lautan Pasifik
Terengganu Lautan Hindi
Pulau Tioman, Pahang Kepulauan Karibia
Kawasan pentas
Pulau Balambangan benua di rantau
dan Pulau Sipadan di Asia
Sabah
Jenis-jenis Terumbu karang

Terumbu Pinggir Terumbu Sawar/ Atol/ Pulau Cincin


Terumbu Penghalang
TERUMBU PINGGIR
Terumbu Pinggir
Merupakan satu barisan karang yang terbentuk di
sekeling sebuah pulau atau di sepanjang benua.

kadang-kadang, lagun memisahkan terumbu


pinggir dari daratan.

Bhg karang yg menghadap Bhg karang yg menghadap


ke laut daratan

Lebih curam dan Berbentuk cekung


menjunam ke dasar laut
Kawasan yang terdapat terumbu
pinggir
Malaysia
Tumbuh kira-kira 1km ke arah laut dan menceruni
ke laut sedalam 30 m mengelilingi Pulau Redang,
Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu.
Taman Tunku Abdul Rahman di Sabah

Luar Negara
Kepulauan Hawaii
Lautan Pasifik Selatan
Beberapa pulau di Laut Karibia
Saksikan………(Terumbu Pinggir)
TERUMBU SAWAR/TERUMBU
PENGHALANG
Terumbu Sawar/ Terumbu Penghalang
Terbentuk selari dengan pinggir laut dan
terpisah agak jauh dari daratan.
Lagun atau selat yang dalam memisahkan
terumbu penghalang dari daratan.
Lebar terumbu penghalang berbeza, iaitu antara
1-15km.
Beberapa bahagian terumbu penghalang
terputus-putus.
Ciri ini membolehkan kapal dan bot melaluinya
tanpa menyebabkan kerosakan pada terumbu
karang atau kapal.
Kawasan yang terdapat terumbu
sawar/terumbu penghalang
Malaysia
Luar Pulau Labuan dan
Pulau Manukan di Sabah.

Luar Negara
Terumbu Sawar yang terbesar di dunia
yang terletak di timur laut Australia, dengan
panjangnya melebihi 2000 kilometer.
Saksikan….................
(Terumbu Sawar/Terumbu Penghalang)
ATOL/PULAU CINCIN
Atol/Pulau Cincin
Atol terbentuk apabila berlaku proses peneng-
gelaman sesebuah pulau akibat pertumbuhan
terumbu karang yang pesat.

Atol juga terbentuk daripada pasir dan dan puing-


puing batu kapur yang terkumpul dalam tempoh
yang lama.

Ditengah-tengah atol itu akan terbentuk sebuah


lagun yang luas dan cetek.

Bahagiannya yang terputus-putus membolehkan


air laut keluar masuk dengan mudah.
Kawasan yang terdapat atol/
pulau cincin

Malaysia
Pulau Layang-layang di Sabah.

Luar Negara
Pulau Bikini, Pulau Gilbert, Pulau Elice, Pulau Cook
dan Pulau Suradiva di Kepulauan Maldives, Lautan
Hindi.
Atol tetiaroa dan Atol Kwajalein di Lautan Pasifik.
Atol Kwajalein merupakan atol yang terbesar di
dunia.
Saksikan……….(Atol/Pulau Cincin)
Teori Pembentukan Terumbu Karang

Teori Darwin Teori Daly


(Teori Ataman Bumi) (Teori Kawalan Glasier)
TEORI DARWIN
Terumbu
Pinggir

Ataman Pulau
Terumbu pinggir
menjadi terumbu
penghalang
Atol
Pulau tenggelam di
bawah aras laut dan
mewujudkan sebuah
lagun
Terumbu pinggir, terumbu penghalang dan atol
terbentuk melalui suatu proses yang berterusan

Terumbu karang yang tumbuh di sekeliling


pulau membentuk terumbu karang

Terumbu ini terus membesar, lama-kelamaan


pulau tenggelam. Terumbu pinggir menjadi
terumbu penghalang

Apabila terumbu penghalang membesar


dengan giat, pulau tenggelam di bawah
aras laut lalu terbentuknya atol
TEORI DALY
Pulau kecil
Laut
Terumbu karang
Aras laut semasa
zaman ais

Terumbu karang
terhakis
Aras laut naik
Lagun
Terumbu karang
terhakis
Sebelum Zaman Ais
Sudah terbentuk terumbu karang di sekeliling pulau
Semasa Zaman Ais
Suhu yang sejuk menghalang pertumbuhan karang
Terumbu karang di sekeliling pulau terhakis akibat tindakan

ombak apabila ombak surut


Selepas Zaman Ais
Suhu laut yang panas menggalakkan pertumbuhan terumbu
karang
terumbu mulai tumbuh semula mengikut aras laut yang naik
selepas ais mencair
Secara beransur-ansur terumbu karang akan membentuk
atol
Saksikan…………(Video klip)
Etika Pemeliharaan Terumbu karang

etika pemeliharaan
terumbu karang.flv
4.2 Kepentingan
dan Potensi Laut
Dan Lautan
Sumber
Sumber
Penyederhana
Penyederhana Mineral
Mineral
Suhu
Suhu
Sumber
Sumber
Bahan
BahanMentah
Mentah

Peluang
Peluang
Pekerjaan
Pekerjaan
Kepentingan Laut
dan Lautan Sumber
Sumber
Makana
Makana
nn
Kawasan
Kawasan
Perlancongan
Perlancongan Jalan
Jalan
Pengangkutan
Pengangkutan dan
dan
Perhubungan
Perhubungan
SUMBER MAKANAN
Hasil tanggapan laut menyumbangkan 50%
drpd keperluan protein penduduk dunia.

Ikan dan sumber laut juga membekalkan


sumber iodin yang penting.

Beberapa jenis tumbuhan laut seperti


rumput laut alga merupakan sumber
makanan laut yang berkhasiat.
SUMBER MINERAL
Jenis mineral
petroleum, gas asli, natrium klorida (garam),
mangan, nikel, kuprum dan kobalt.
Kawasan perlombongan mineral

Malaysia Luar Negara

Petroleum dan gas Petroleum dan gas asli


asli dilombong di dilombong di Indonesia, Teluk
luar pantai Mexico, Laut Utara, di sekitar
Terengganu, Sabah Kepulauan Britis, pinggir
dan Sarawak selatan Alaska di Amerika
Utara, Teluk Parsi dan Laut
Merah di Asia Barat.
Peta Sumber Mineral di Malaysia
SUMBER BAHAN MENTAH
Jenis Kegunaannya
Petroleum bahan mentah untuk industri
petroleum
Gas asli sumber tenaga
Batu karang barang hiasan dan kraf tangan
dan Siput

Ikan dan industri makanan


hidupan laut
Jalan Pengangkutan dan Perhubungan

Banyak syarikat pelancongan menawarkan pakej percutian

laut dengan kapal persairan mewah


Kapal atau feri juga digunakan untuk membawa orang dan
Kapal yg membawa
kontena Pengangkutan laut

sangat penting untuk


mengangkut bahan-
bahan berat dan
pukal seperti
petroleum, arang
batu, kayu balak dan
sebagainya untuk
dieskport.
Kapal-kapal besar
dapat mengangkut
barang dalam kuantiti
yang banyak tetapi
pada kadar yang
murah
KAWASAN PELANCONGAN

Pantai dan pulau bukan sahaja sesuai untuk


beristirehat tetapi juga sesuai untuk melakukan
aktiviti seperti lunjur air,jetski, belayar, berenang
dan sebagainya.
Pengunjung juga berpeluang melihat terumbu
karang cantik.
PENYEDERHANAAN SUHU
Kawasan di tepi laut mengalami suhu yang lebih
sederhana berbanding dengan kawasan
pendalaman disebabkan oleh bayu laut dan bayu
darat.

Waktu Siang Waktu Malam

Bayu laut yang bertiup


Bayu darat bertiup ke
ke darat pada waktu
arah laut dan
siang
menyederhanakan suhu
menyederhanakan
di kawasan laut
suhu di kawasan
daratan
Contoh Arus
Arus Panas Kuro Shio
Meningkatkan suhu musim sejuk di kawasan pantai
timur Pulau Honshu di Jepun

Arus Panas Hanyutan Atlantik Utara


Menyederhanakan suhu di kawasan pinggir laut
Eropah Barat.

Arus Canary
Menurunkan suhu musim panas di kawasan pantai
barat laut Afrika.
PELUANG PEKERJAAN
Perikanan merupakan kegiatan manusia yang
penting di negara yang terletak di pentas benua.

Malaysia:
Pantai timur dan pentai barat semenanjung Malaysia

Luar Negara:
Thailand, Filipina, Australia, Jepun, China, Taiwan
Amerika Syarikat, Kanada dan Norway.

Industri perikanan juga menggalakkan


pertumbuhan industri lain seperti industri
pemproses ikan, mengetin ikan, membuat
keropok, dan industri membina dan membaiki
kapal.
Potensi Laut dan Lautan

Sumber Tenaga Sumber Menebus


Hidroelektrik Air Tawar Guna Tanah
SUMBER TENAGA ALTERNATIF
Tenaga Ombak

tenaga yang dapat diperbaharui, bersih dan


tidak menghasilkan sisa-sisa toksik.

Tenaga ombak digunakan untuk memutarkan


turbin yang dipasang di kawasan pinggir laut.

Penjanaan kuasa elektrik melalui kaedah ini telah


digunakan di Norway(tahun 1985), Jepun, Australia,
United kingdom dan sebagainya.
Penjana Kuasa Ombak di Norway
Pasang Surut Laut

Kuasa pasang surut


juga digunakan untuk
menjana kuasa
elektrik.

Loji kuasa pasang


surut laut di La Rance,
Perancis merupakan
projek yang sangat
berjaya kerana telah
menghasilkan hampir
90% daripada
keperluan elektrik di
Brittany, Perancis. Loji Pasang Surut di
La Rance, Perancis
Sumber Air Tawar
Laut juga menjadi sumber air tawar melalui
proses panyahgaraman.
Kebanyakan negara yang menggunakan proses
penyahgaraman menerima hujan tahunan yang
sedikit.
Hampir 60% loji penyahgaraman di dunia
terdapat di Asia Barat yang mengalami iklim yang
kering.
Arab Saudi mempunyai loji penyahgaraman
yang paling banyak dan berupaya memproses
560 juta liter air laut setiap hari.
Loji penyahgaraman Proses
di Arab Saudi Penyahgaraman
Peta Penyahgaraman di Dunia
Menebus Guna Laut
Kawasan pinggir laut dapat ditebus guna untuk
tujuan perumahan, perindustrian, pertanian,
pembinaan jalan raya dan sebagainya.
Usaha menebus guna laut biasanya dilakukan di
negara-negara yang mengalami kekurangan
tanah.
Malaysia:
Pinggir laut di Melaka dan Pulau Pinang
Luar negara:
Kawasan laut di Jurong, Kranji dan Changi Singapura
Kawasan pinggir laut Zuider Zee di Belanda
Kawasan pinggir laut east Anglia di Great Britain
Menebus Guna Laut
4.3 Kesan Kegiatan
Manusia Terhadap
Laut dan Lautan
Saksikan…………(Video Klip)
Pencemaran Laut dan Lautan

Ocean Pollution 1.flv


Pembungan
Bahan Buangan Sampah Sarap
Kilang Penggunaan
Bahan Kimia

Punca
Perlombongan Pencemaran
di Laut
Laut dan Kesan Tebus Guna
Sampingan Tanah

Kumbahan
Domestik Tumpahan
Ujian Nuklear Minyak
Bahan Buangan Kilang
Bahan Buangan kilang
seperti bahan kimia dan
sisa toksid akan
menyebabkan air laut
tercemar dan beracun
lalu membunuh ikan dan
hidupan laut.

Contohnya, hal ini


berlaku di muara Sungai
Juru di Seberang Perai,
Pulau Pinang.
Pembuangan Sampah Sarap

Sampah sarap seperti beg buangan


plastik, barang mainan plastik, botol
plastik, paip getah tiruan, dan pita
perakam dibuat daripada bahan polimer
sintetik yang tidak mudah dilarutkan.

Pembuangan sampah sarap di tepi laut


atau ke dalam laut akan mengancam
hidupan laut.
Penggunaan Bahan Kimia
Penggunaan racun rumpai dan racun
serangga perosak secra berlebihan di
sawah padi, ladang getah, ladang kelapa
sawit dan sebagainya yang terletak
berhampiran dengan laut akan mencemari
air laut.

Contohnya, air laut di pesisir pantai Kuala


Selangor tercemar oleh racun rumpai dan
racun serangga.
Kumbahan Domestik
Kumbahan domestik yang
seperti kumbahan najis
binatang ternakan, sisa
pepejal dan sebagainya
ke lautan.

Hal ini akan


menyebabkan
berlakunya pencemaran
air laut seperti berbau
busuk dan kekeruhan air.
Tebus Guna Laut
Penebusgunaan laut akan mencemari laut.

Ini kerana sebahagian tanah yang digunakan untuk


menambak pinggir laut dibawa oleh ombak ke laut
lalu menjejaskan hidupan laut.

Kejadian ini dapat dilihat di:


Batu Feringgi dan Teluk Bahang di Pulau Pinang
Kuah di Pulau Langkawi
Melaka
Tumpahan Minyak
Tumpahan minyak yang berlaku akibat
kemalangan kapal menyebabkan
pencemaran air laut yang serius seperti
yang pernah berlaku di Selat Melaka.

Pembersihan kapal, tumpahan daripada


telaga minyak dan tumpahan daripada
kilang penapis minyak juga akan
menyebabkan pencemaran.
Ujian Nuklear
Ujian peralatan nuklear yang dijalankan oleh
Amerika syarikat, Rusia dan Perancis di Lautan
Pasifik telah menyebabkan air laut dicemari oleh
bahan-bahan radioaktif.
Perlombongan di Laut
Perlombongan petroleum dijalankan di dasar laut.
Oleh itu, air laut di sekitar pelantar minyak
tercemar dan akan mengancam hidupan laut.
Langkah Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Laut dan Lautan

Langkah Pemeliharaan Langkah Pemuliharaan

Kawasan Taman Laut Pembinaan Tukun Tiruan


Penguatkuasaan Pembersihan Laut dan
Undang-undang Pantai
Penyelidikan Kerjasama antara
Pendidikan Alam Sekitar Negara
Aktiviti Akuakultur
Langkah Pemeliharaan
Laut dan Lautan

Pemeliharaan laut merujuk kepada


penjagaan alam sekitar laut
supaya tidak dicemari
Kawasan Taman Laut
Kawasan Taman Laut diwujudkan untuk
memelihara hidupan laut seperti Terumbu
karang, ikan dan sebagainya.
Di kawasan tersebut, kegiatan penangkapan ikan,
pengambilan terumbu karang adalah tidak
dibenarkan.
Lokasi Kawasan Taman Laut:
Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan Manukan di Sabah
Taman Laut Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman
dan Pulau Tinggi di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Taman Laut Pulau Payar di pantai barat Semenanjung
Malaysia
Taman Laut Taman Laut
Tunku Abdul Rahman Pulau Payar
Penguatkuasaan Undang-undang
Akta Perikanan 1985 telah digubal bagi
mengharamkan aktiviti meniruk ikan, perlumbaan
boat laju, pengumpulan karang dan penangkapan
ikan di kawasan taman laut.

Undang-undang juga digubal untuk mengawal


pembuangan bahan kimia dan sisa toksid oleh
kilang.

selain itu, terdapat peraturan yang menetapkan


lokasi pembinaan kilang-kilang yang banyak
menghasilkan bahan kimia dan sisa toksid.
Penyelidikan

Penyelidikan tentang
hidupan laut telah
dijalankan untuk
memelihara khazanah
laut.

Usaha penyelidikan
dijalankan oleh agensi
kerajaan dan universiti
tempatan.
Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan alam sekitar boleh disampaikan
kepada masyarakat melalui media cetak dan
media elektronik.

Pendidikan ini bertujuan untuk meningkatkan


kesedaran memelihara alam sekitar serta
memupuk rasa tanggungjawab dalam usaha
menjana khazanah laut.
Aktiviti Akuakultur
Aktiviti akuakultur merujuk kepada penternakan
ikan, udang, kerang, siput dan tiram di dalam
bekas lombong, tasik, empangan, sawah padi
dan kawasan paya.

Langkah ini dapat meningkatkan bekalan ikan,


udang dan hidupan laut yang lain untuk
menampung permintaan pasaran tempatan.

Oleh itu, kadar kepupusan ikan dan hidupan lain


di laut dan lautan dapat dikurangkan.
Langkah Pemuliharaan
Laut dan Lautan

Pemuliharaan laut melibatkan


pemuliharaan ekosistem laut yang
tercemar dengan pelbagai cara dan
kaedah supaya dapat berfungsi
seperti sediakala
Pembinaan Tukun Tiruan
Tukun tiruan dibina untuk dijadikan tempat
pembiakan ikan.

Tukun tiruan selalunya dibina daripada tayar


terbuang ataupun tukun tiruan buatan manusia.

Di Malaysia, Jabatan Perikanan bertanggungjawab


untuk membina tukun tiruan di sekitar dasar laut.

Dengan pembinaan tukun tiruan dapat


meningkatkan hasil hidupan laut.
Pembersihan Laut dan Pantai
Jika berlaku tumpahan minyak di laut, tindakan
segera harus diambil untuk membersihkannya.

Hal ini kerana, tumpahan minyak akan merebak


dengan cepat kerana dibawa oleh ombak dan
angin yang kuat.

Tumpahan minyak yang tidak diurus dengan baik


akan menyebabkan pencemaran laut yang
serius sehingga mengancam hidupan laut,
burung dan haiwan yang tinggal di pinggir laut.
Kerjasama antara Negara-negara
Semua negara harus bekerjasama untuk
menangani masalah pencemaran laut dan lautan.

Pada tahun 1992, Persidangan Kemuncak Bumi


di Rio de Janerio telah mengumumkan satu
revolusi untuk memelihara dan memulihara
sumber laut bersama-sama.

Pelbagai usaha telah disyorkan dalam laporan


Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) untuk
memelihara dan memulihara semua pulau, laut
dan kawasan pantai.

You might also like