Professional Documents
Culture Documents
) (
) (
)(
)(
4. Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya
supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka
Allah sesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada
siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana.
5. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat
Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): Keluarkanlah kaummu dari gelap
gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada harihari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda
(kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.
6. Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: Ingatlah nikmat
Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari (Fir`aun dan) pengikutpengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka
menyembelih anak-anak laki-lakimu,
membiarkan hidup
anak-anak
1
mungkin membentuk segelintir kaum elit yang tercabut dari akar kaum dan bangsanya.
Kerana itu pemilihan bahasa asing sebagai pengantar pendidikan rakyat adalah suatu
penyimpangan dari hikmah, dan sekaligus menolak kebijaksanaan Tuhan Yang Maha
Hakim (Bijaksana) yang telah mengutus semua rasul-Nya dengan bahasa kaum mereka
masing-masing.
Mempelajari bahasa asing memang ada keperluannya, tetapi ia tidak
boleh mengambilalih peranan bahasa ibunda. Kita boleh berinovasi dan melakukan
pelbagai eksperimen, tetapi jangan sampai kehilangan wisdom.
ideas implied in sabr in an intensive degree. Shakur and shakir have in them the idea of
appreciation, recognition, gratitude as shown in deeds of goodness and righteousness.
Both terms are applied to God as well as to men. A slight distinction in shades of
meaning may be noted. Shakur implies that the appreciation is even for the smallest
favours and response on the other side; it is a mental attitude independent of specific
facts. Shakir implies bigger and more specific things.
Peringatan tentang betapa berertinya ayyami Llah dengan segala iktibar dan
pengajarannya, segera diikuti dengan contoh salah satu bentuk ayyami Llah dalam
sejarah Bani Israil. Ayat 6 merakamkan catatan bagaimana Musa `a.s. melaksanakan
misi memperingatkan kaumnya tentang pengalaman ayyami Llah yang telah mereka
lalui, iaitu nikmat pertolongan Allah yang menyelamatkan mereka dari azab penderaan
Fir`aun ke atas mereka. Babak sejarah yang mereka tempuh itu membawa mesej ujian:
sabar ketika ditimpa bencana penindasan kejam, dan syukur ketika Allah menyelamatkan
mereka dari petaka tersebut. Bencana yang berupa kerja paksa di luar keupayaan,
penyembelihan anak-anak lelaki kerana ditakuti akan muncul dari kalangan mereka wira
penggugat kekuasaan Fir`aun, dan pembiaran anak-anak perempuan hidup untuk dihina
dan ditindas, memang suatu ujian berat. Semuanya harus disikapi dengan sabar, bukan
dalam pengertian menerima kezaliman dan merelakan penghinaan. Tetapi sabar dalam
pengertian ketahanan menanggung derita tanpa mengalami al-hazimat al-nafsiyyah atau
psychological defeat (kekalahan psikologis), dan tanpa putus asa dari usaha
membebaskan diri. Pengalaman pahit tersebut seharusnya menyedarkan mereka betapa
berertinya nikmat pertolongan Allah menyelamatkan mereka dengan cara yang di luar
perkiraan semua. Nikmat penyelamatan Ilahi itu seharusnya disyukuri selamanya, dari
generasi ke generasi. Justeru, tanpa nikmat pertolongan Ilahi tersebut nasib dan sejarah
hidup mereka kekal sebagai kasta hamba yang hina, diperas dan ditindas, dihempas dan
dipulas.
Demikianlah al-Quran mengajarkan dua nilai penting - sabar dan syukur - yang
memang sentiasa relevan sepanjang hayat, kerana hidup manusia bila-bila dan di mana
pun tidak lekang dari dua pengalaman - dikurnia nikmat atau ditimpa musibah.
Dengan demikian, dua nilai inilah yang harus dihayati silih berganti. Syukur ketika
mendapat nikmat, sabar ketika ditimpa musibah.
Betapa agungnya nilai syukur diungkapkan pada ayat 7 dalam bentuk deklarasi
ketuhanan yang mengumandang sepanjang zaman tentang keberuntungan orang yang
bersyukur, deklarasi janji Allah yang disampaikan dalam nada yang tegas dan pasti,
bahawa sesiapa yang bersyukur nescaya akan bertambah-tambah nilmat yang
diperolehinya. Bagi manusia mukmin ayat 7 surah Ibrahim ini menumbuhkan keyakinan
dan kedamaian jiwa kerana ia adalah janji Allah yang tidak mungkin dimungkiri. Di
samping itu ia juga menumbuhkan kewaspadaan yang tinggi dalam penggunaan nikmat.
Dengan semangat syukur, ia tidak akan menyalahgunakan nikmat untuk tujuan jahat,
kotor dan curang.
Dan tidak juga menggunakannya dengan motif memperaga dan
membanggakannya di hadapan khalayak. Jika nikmat digunakan dengan cara yang
diredhai Allah dan disenangi manusia, akan wujud masyarakat sejahtera dan
berkebajikan.
Janji penambahan nikmat untuk mereka yang bersyukur, diimbangi dengan peringatan
keras terhadap mereka yang kufur nikmat, bahawa mereka akan didera dengan azab yang
pedih. Kufur nikmat boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah
sikap tidak mensyukurinya, atau mengingkari hakikat bahawa Allah sebagai pengurnia
sebenarnya. Kufur nikmat berlaku apabila seseorang itu berasa bahawa nikmat
(kejayaan) yang diraihnya adalah hasil usaha, ilmu dan kemahirannya diri peribadinya
sendiri, seolah-olah kemampuan dan keupayaan dirinya itu bukan nikmat kurnia Allah.
Kufur nikmat juga berlaku apabila ia disalahgunakan untuk tujuan memenuhi nasfu,
melakukan kerosakan (fasad) atau motif membangga-banggakan diri di hadapan
khalayak.
Azab yang keras (al-`adhab al-shadid) yang akan ditimpakan ke atas mereka yang kufur
nikmat juga boleh berlaku dalam pelbagai rupa.
Ada yang dihilangkan sama sekali,
ada yang dikekalkan zahirnya tetapi dihilangkan kesan rasa nikmatnya, ada yang
dikekalkan wujudnya, tetapi hakikatnya menjadi beban yang menyiksa dan mendera, dan
ada pula azab yang ditangguhkan ke suatu masa (sama ada di dunia atau di akhirat).
Yang pasti, kufur nikmat tidak akan terlepas dari pembalasan. Syukur atau kufur,
manfaat dan akibatnya kembali kepada manusia sendiri. Allah tidak beruntung kerana
disyukuri, dan tidak rugi kerana dikufuri. Disyukuri atau dikufuri, Allah tetap Maha
Kaya lagi Maha Terpuji.
KDH: 30052015
TM74