You are on page 1of 1

TUGASAN EKONOMI

Disediakan oleh : Mohamad Aiyad Bin Ramli


Unit : PPISMP Kajian Sosial/BI/BM Semester 2

Definisi Ekonomi :

Merupakan satu ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia secara individu dan secara
berkelompok menggunakan sumber ekonomi atau faktor-faktor pengeluaran yang
terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak
manusia yang tidak terbatas.

Sumber Ekonomi

 Tanah & Sumber Asli


 Buruh
 Modal
 Keusahawanan

Masalah Asas Ekonomi

Terdapat tiga masalah asas yang berlaku dalam sesebuah ekonomi, iaitu
 Apa barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak
 Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut.
 Untuk siapa barang dikeluarkan.

Konsep Kekurangan, Pilihan & Kos Lepas

1. Masalah Kekurangan
 Masalah ini berkaitan dengan adanya kekurangan faktor-faktor pengeluaran untuk
memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas.

2. Masalah pilihan
 Oleh sebab barangan yang terdapat di pasaran berbagai-bagai dan manusia tidak
mampu memiliki kesemuanya, maka manusia terpaksa memilih barang tersebut
untuk dimiliki

3. Kos Lepas
 Manusia memiliki satu barang yang diidamkan tetapi terpaksa melepaskan satu
barang yang lain akibat masalah ekonomi

You might also like