P. 1
pengajaran sains dlm makmal

pengajaran sains dlm makmal

4.69

|Views: 10,658|Likes:
Published by Krull Hzm

More info:

Published by: Krull Hzm on Apr 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/13/2014

pdf

text

original

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

5
5.0 Pengenalan

PENGAJARAN SAINS DI DALAM MAKMAL

Aktiviti makmal

merupakan satu kemestian dalam pendidikan sains. Kaedah makmal

adalah satu-satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya melalui aktiviti amali atau eksperimen. Bab ini memberi tumpuan kepada strategi pelaksanaan kaedah eksperimen dan demonstrasi kerana lazimya, kedua-dua kaedah inilah yang dominan digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam makmal. Supaya aktiviti makmal berjalan dengan lancar dan selamat, anda perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan makmal sains. Anda juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran seperti kawalan kelas, pengesanan, pertuturan, penyoalan, penerangan, penggunaan papan hitam/putih dan penggunaan media bantu mengajar. Aspek-aspek Mikro. ini telahpun dihuraikan dalam kursus GE5112 Kaedah Am, iaitu dalam Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains dan latihan Pengajaran

5.1 Objektif Bab Bab ini bertujuan: 1. Menghuraikan tentang kepentingan kemahiran saintifik dalam Sains KBSM. 2. Menerangkan strategi melaksanakan kaedah eksperimen di dalam makmal sains. 3. Menyatakan strategi melaksanakan kaedah demonstrasi dalam pengajaran sains. 4. Melatih bakal guru merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal sains. 5. Memberi kemahiran mengurus sesuatu aktiviti makmal sains supaya bakal guru dapat melaksanakannya dengan betul dan berkesan semasa menjalani Latihan Mengajar.

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

5.2 Pengajaran dan Pembelajaran Sains KBSM Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk mencapai matlamat ini, pendidikan sains dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Secara ringkas, tuntutan-tuntutan pendidikan sains ditunjukkan dalam Rajah 5.1. Rajah 5.1 Tuntutan pendidikan sains dalam KBSM
INSAN SEIMBANG • • • • INTELEK ROHANI EMOSI JASMANI

ILMU PENGETAHUAN

KEMAHIRAN

NILAI MURNI

SAINTIFIK

MANIPULATIF

LAIN-LAIN

• • • • •

MENGUMPUL MAKLUMAT MEREKOD PEMERHATIAN MEMBUAT PENGELASAN MENILAI DAN MENTAFSIR DATA MEMBUAT KESIMPULAN • PENGGUNAAN ALAT DAN BAHAN SECARA BETUL DAN SELAMAT • • BAHASA MENULIS DAN

MENGIRA DENGAN TEPAT DAN JELAS

82

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

Proses pengajaran dan pembelajaran KBSM memberi penekanan kepada kaedahkaedah pusatan pelajar iaitu pemerolehan pengetahuan dan kemahiran adalah melalui penglibatan pelajar secara aktif. Bersesuaian dengan sifat sains itu sendiri, strategi pengajaran dan pembelajaran bagi mata-mata pelajaran sains (Sains, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Tambahan) mengutamakan pendekatan inkuiri-penemuan, sama ada secara induktif ataupun secara deduktif. Kaedah Pengajaran Dalam Makmal Pengajaran di dalam makmal tidak hanya terbatas kepada kaedah eksperimen sahaja. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1996) menegaskan bahawa, dalam sesuatu sesi pengajaran, wujud gabungan beberapa kaedah pengajaran Ini bermakna, kaedah eksperimen tidak boleh berdiri sendiri. Keberkesanannya bergantung juga pada kaedahkaedah yang lain seperti kuliah, demonstrasi, perbincangan, dan soal-jawab. Contoh yang berikut memperjelaskan integrasi pelbagai kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di makmal: Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains selama dua waktu (80 minit) guru memilih kaedah eksperimen bagi mencapai salah satu atau beberapa objektif pengajaran yang telah ditentukan. Para pelajar tidak terus melakukan eksperimen. Sebenarnya beberapa proses terlibat sebelum, semasa dan selepas pelajar-pelajar melakukan eksperimen. Sebelum melakukan amali, para pelajar perlu memahami konsep yang terlibat, langkah-langkah amali, teknik-teknik menggunakan alat radas, aspek keselamatan dan cara-cara pengumpulan, persembahan, penganalisisan dan perbincangan data yang diperolehi. Aspek ini boleh dicapai melalui beberapa pendekatan, misalnya: (a) Guru sendiri menerangkan konsep yang terlibat dan bagaimana eksperimen berkenaan dijalankan (langkah-langkah eksperimen,

83

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

aspek keselamatan, persembahan data, pembersihan dan sebagainya), atau, (b) Sebelum memulakan amali, para pelajar diberi prosedur amali rumah. Sering kali juga guru melakukan demonstrasi, terutamanya bagi menunjukkan aspek-aspek khusus (misalnya teknik pemasangan alat/radas, cara penggunaan alat/radas tertentu dan cara membuat pemerhatian/pengukuran yang tepat. Seterusnya, pelajar-pelajar melakukan eksperimen sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Data yang diperolehi kemudiannya dibincangkan (sama ada oleh guru atau oleh setiap kumpulan pelajar). Pelajar-pelajar kemudiannya dikehendaki menyediakan satu laporan bertulis atau menjawab soalan-soalan tentang eksperimen yang dilakukan. Ini bermakna, guru mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam berbagai-bagai kaedah pengajaran supaya dapat mengenal pasti dan seterusnya menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam sesuatu unit pengajaran. 5.3 Kepentingan Amali Kajian sains adalah berasaskan pemerhatian terhadap fenomenon semula jadi. Tujuan pemerhatian adalah untuk mendapatkan data yang kemudiannya diorganais dalam bentuk yang bermakna dan dibincangkan. Hasil perbincangan terlibat boleh diringkaskan seperti berikut: membolehkan kita membuat generalisasi tentang fenomenon yang dikaji itu. Secara amnya, proses yang berkenan, atau, masa membaca

(c) Para pelajar diarah membaca prosedur amali yang berkenaan di

84

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

FENOMENON

Perkara biasa, tidak menghairankan, tidak perlu dikaji

Mencetuskan kehairanan dan perlu dikaji LANGKAH-LANGKAH KAJIAN (KEMAHIRAN PROSES SAINS)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

MEMBUAT ANDAIAN (HIPOTESIS) MENGUMPUL DATA MEREKOD DATA MENGANALISIS DAN MENTAFSIR DATA MEMBUAT INFERENS ATAU PERBINCANGAN MEMBUAT KESIMPULAN KOMUNIKASI

1. MEMBUAT ANDAIAN (HIPOTESIS) Sesuatu fenomenon atau kejadian yang mencetuskan kehairanan sudah tentulah menimbulkan persoalan seperti apa, mengapa dan bagaimana. Jika kita ingin mencari jawapan kepada sesuatu persoalan, langkah pertama adalah mengenal pasti persoalan atau masalah yang hendak dikaji. Lazimnya, masalah yang hendak dikaji dinyatakan dalam bentuk soalan yang dikenali sebagai pernyataan masalah. Langkah kedua adalah Andaian-andaian ini mengemukakan beberapa andaian atau jawapan-jawapan awal yang munasabah bagi menjawab soalan yang berkaitan. dinamakan hipotesis. Di peringkat sekolah menengah, lazimnya satu hipotesis sahaja yang dipilih, iaitu yang paling munasabah antara beberapa hipotesis yang dibuat. Setelah dikenal pasti hipotesis, langkah

85

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

selanjutnya adalah menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat dan data untuk menyokong atau menolak hipotesis yang dibuat itu. Membuat hipotesis merupakan salah satu komponen kemahiran berfikir secara kritis (Sila rujuk Kursus GE5112 Kaedah Am dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. (Bab 10 : Kemahiran Berfikir). Malangnya, kemahiran ini kurang diberi perhatian Sebaliknya, setiap eksperimen dalam buku teks bermula dengan “Tujuan”. Contoh : 1. Tujuan : Menunjukkan gerakan zarah-zarah dalam cecair dan gas. 2. Tujuan : Mengkaji hasil tindak balas antara logam dengan asid cair. 2. MENGUMPUL DATA Tujuan mengumpul data adalah bagi menyokong atau menolak sesuatu hipotesis yang dibuat. Terdapat pelbagai cara dan alat yang digunakan untuk mengumpul data, bergantung pada bidang kajian dan bentuk hipotesis. Di sekolah, lazimnya kaedah pemerhatian melalui eksperimen digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diingini. 3. MEREKOD DATA Data yang diperolehi melalui pemerhatian atau eksperimen perlulah direkod dalam bentuk tertentu supaya mudah difahami dan diolah. Lazimnya, data daripada eksperimen direkodkan dalam bentuk jadual. 4. MENGANALISIS DAN MENTAFSIR DATA Data yang diperolehi perlulah diolah supaya mudah ditafsir. Sering kali kaedah statistik digunakan dalam pengolahan data. Contohnya, dalam bentuk purata, peratus dan graf. Analisis dan pengolahan data di peringkat yang lebih tinggi menggunakan kaedah statistik yang lebih kompleks.

86

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

5. MEMBUAT INFERENS atau PERBINCANGAN Data yang telah dianalisis atau diolah seterusnya dibincangkan. Perbincangan mestilah berasaskan data yang diperolehi, walaupun secara teorinya data berkenaan kurang tepat ataupun tidak menepati jangkaan. Ini dikenali sebagai ‘membuat inferens’. Dalam perbincangan ini dinyatakan juga punca-punca yang menyebabkan data yang diperolehi tidak tepat, misalnya ketidaktepatan pemerhatian, pengukuran, atau alat kajian yang digunakan. Diperingkat yang lebih tinggi, perbincangan sering dikaitkan dengan dapatan kajaian-kajian yang lain atau dengan teori-teori yang berkaitan. 6. MEMBUAT KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan dan inferens, kesimpulan dibuat sama ada menerima atau menolah andaian (hipotesis) yang dibuat sebelum eksperimen atau kajian dijalankan. 7. KOMUNIKASI Dapatan kajian disebarkan kepada masyarakat atau kepada kumpulan tertentu, misalnya ahli-ahli dalam bidang yang berkenaan. Walaupun terdapat pelbagai cara dan media penyebaran maklumat (misalnya, suratkhabar dan tv), lazimnya laporan bertulis yang disiarkan dalam jurnal bidang berkenaan adalah lebih diiktiraf. Di peringkat sekolah, bentuk komunikasi yang diamalkan ialah laporan amali. Pelajar mestilah diajar tentang tatacara yang betul menulis laporan amali kerana komunikasi merupakan salah satu komponen penting dalam kemahiran saintifik.

87

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

5.4 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AMALI Aktiviti amali melibatkan lima aspek penting, iaitu: 1. PERANCANGAN 2. PERSEDIAAN AWAL 3. KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN 4. 5. PEMBERSIHAN PERTIMBANGAN KHAS

Mari kita bincangkan setiap aspek ini secara lebih terperinci. 1. PERANCANGAN Perancangan sesuatu amali bermula dengan mengenal pasti: APAKAH TUJUAN ATAU OBJEKTIF AMALI BERKENAAN ? Setelah menentukan tujuan atau objektif amali, langkah-langkah perancangan berikutnya ialah: (a) PEMILIHAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG SESUAI Lazimnya aktiviti amali di sekolah telahpun dikenal pasti dan terkandung di dalam buku teks dan bertujuan meneguhkan konsep atau prinsip tertentu yang dipelajari di dalam bilik darjah.

88

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

(b) PERSEDIAAN AWAL BAHAN/ALAT/RADAS Bahan, radas dan alat mestilah dipastikan mencukupi untuk sesuatu kelas (dan seterusnya satu tingkatan). Pertimbangan penting ialah berapa set bahan/alat yang diperlukan, iaitu bergantung pada strategi pengajaran, sama ada amali atau eksperimen berkenaan dilakukan secara berseorangan atau dalam kumpulan kecil. Dalam Biologi, terutamanya, perancangan awal sangat mustahak kerana sering kali bahan-bahan yang diperlukan terpaksa disediakan beberapa hari atau beberapa minggu lebih awal, misalnya mendapatkan anak benih jagung, lipas dan tumbuhtumbuhan yang khusus. (c) PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN Penulisan rancangan pengajaran merangkumi huraian terperinci tentang aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran serta mengikuti format yang telah anda pelajari dalam kursus GE2113 Kurikulum & Pedagogi. Khususnya bagi tujuan Latihan Mengajar, anda dikehendaki menulis rancangan pengajaran untuk setiap kelas yang anda ajar. 2. PERSEDIAAN Adalah menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya memastikan kejayaan sesuatu amali atau eksperimen. Lazimnya, kegagalan sesuatu aktivti makmal adalah berpunca daripada kecuaian anda. Anda tidak boleh menyalahkan Pembantu Makmal sekiranya aktiviti yang dirancangkan gagal dilaksanakan dengan lancar. Aspek persediaan meliputi dua perkara penting, iaitu: (a) Peranan Pembantu Makmal; dan (b) Anda mencuba sendiri amali sebelum dilakukan oleh pelajar. (a) Peranan Pembantu Makmal Pembantu Makmal tidak dipertanggungjawab secara langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal. Pembantu Makmal hanya membantu

89

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

anda dalam persediaan bahan atau radas yang diperlukan dan pembersihan, termasuk pembersihan peralatan dan makmal. Untuk mengelak sebarang salah sangka, arahan dan pesanan kepada Pembantu Makmal mestilah dilakukan secara bertulis menggunakan borang pesanan yang khusus. Contoh borang pesanan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: BORANG PESANAN/ARAHAN MAKMAL Tarikh Diperlukan : ………………………………………. Tingkatan : ………………………………………………… Hari/Masa : ………………………………………………... Tajuk : ……………………………………………………... Bil. Bahan/Radas Kuantiti

Arahan Tambahan :

T/Tangan Anda: …………………………………………. T/Tangan Pembantu Makmal : ………………………… Tarikh : ………………………. Setiap borang pesanan ini hendaklah difailkan untuk rujukan. (b) Anda mencuba dahulu amali Sebelum sesuatu amali atau eksperimen dijalankan oleh pelajar, anda mestilah terlebih dahulu mencuba sendiri eksperimen berkenaan. Langkah ini penting kerana anda

90

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

akan mendapat banyak maklumat yang dapat membantu anda mengendalikan eksperimen secara berkesan. Melalui percubaan ini, anda dapat mengenal pasti:  Kelemahan amali  Masa yang dihadkan  Bahaya yang mungkin berlaku  Kesesuaian amali, bahan serta radas. Anda dapat mengubahsuaikan amali atau radas, jika perlu  Aspek keselamatan  Ketepatan hasil Sebelum mencuba amali berkenaan, anda perlulah membuat anggaran tentang:  Masa yang diperlukan untuk menyelesaikan eksperimen  Masa sebenar yang anda ambil untuk menyelesaikan amali  Masa yang diperlukan oleh pelajar Jika anda mengambil masa 20 minit menyelesaikan amali berkenaan, pelajar tentulah memerlukan masa yang lebih, misalnya 30 minit. Jadi, semasa memberi arahan kepada pelajar, anda hendaklah menyatakan masa yang dihadkan kepada mereka untuk menyelesaikan eksperimen. Walaupun mereka bermain atau berbual-bual (sememangnya kebanyakan pelajar akan melakukan perkara-perkara ini !), mereka mesti mematuhi masa yang diperuntukkan itu. Semasa anda melakukan eksperimen itu, tentukan : • • • • Bagaimana anda akan memperkenalkan amali Idea, konsep atau kemahiran utama yang akan dipelajari oleh pelajar Mengapa eksperimen itu dilakukan, iaitu objektif-objektif penting yang akan dicapai Strategi pengajaran supaya pelajar memahami tujuan amali dan bermotivasi melakukan eksperimen.

91

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

• • •

Perkara-perkara yang mungkin menjadi kesukaran kepada pelajar Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar, misalnya teknikteknik khas dan aspek-aspek keselamatan Bagaimana keputusan eksperimen dikumpul dan dibincangkan 3. KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN Aspek ini merangkumi langkah-langkah mengendalikan sesuatu aktiviti makmal,

khususnya eksperimen. Secara amnya, ini meliputi empat langkah utama, iaitu (a) Pengenalan kepada amali; (b) Pengesanan amali; (c) Penterjemahan data atau pemerhatian dan perbincangan; dan, (d) Aktiviti lanjutan. (a) Pengenalan kepada amali Ini merupakan peringkat permulaan amali, iaitu anda memperkenalkan konsep atau prinsip yang terlibat. Di peringkat ini juga anda memberi penerangan dan arahan yang berkaitan dengan amali yang akan dilakukan oleh pelajar. Tujuan memperkenalkan amali ialah : 1. Meletakkan pemikiran pelajar dalam konteks, iaitu memberi maklumat latar belakang dan rasional amali, hubungkait amali dengan kehidupan harian serta membangkitkan minat pelajar terhadap amali. 2. Memberi arahan tentang pelaksanaan amali seperti prosedur amali, pemasangan radas, teknik-teknik khas, aspek keselamatan, had masa, cara merekod data, pembahagian kumpulan, penyediaan laporan dan pembersihan. Anda tidak perlu menerangkan secara terperinci prosedur amali. Sebaliknya, anda boleh mengarahkan pelajar membaca sendiri prosedur berkenaan, sama ada di dalam makmal ataupun sebelumnya di rumah. (b) Pengesanan amali Semasa pelajar menjalankan amali, anda perlu memantau dan mengesan perjalanan amali supaya dikendalikan dengan cara yang baik dan selamat. Peranan anda semasa ini termasuklah melayani soalan pelajar, merangsang pemikiran pelajar tentang aktiviti yang

92

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

dijalankan, memastikan pelajar patuh kepada arahan keselamatan dan berwaspada tentang masalah yang mungkin timbul. Jangan tinggalkan makmal semasa amali. Jika benarbenar perlu meninggalkan makmal, pastikan ada guru lain ataupun pembantu makmal mengambil alih tugas anda untuk sementara waktu. (c) Penterjemahan data atau pemerhatian dan perbincangan Setelah pelajar selesai melakukan amali, data atau pemerhatian amali dianalisis dan dibincangkan. Jangan tangguhkan perbincangan ke waktu atau hari yang lain. Perbincangan haruslah berdasarkan data yang diperolehi dan mestilah mengambil kira data daripada semua kumpulan. Selain data kajian, perbincangan juga meliputi ketepatan data, punca-punca kesalahan, serta cara data disusun dan diolah. Seterusnya, anda perlu membimbing pelajar membuat generalisasi atau kesimpulan amali berkenaan. Lazimnya pada peringkat ini pelajar-pelajar dikemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan amali atau konsep yang dikaji. (d) Aktiviti lanjutan Setelah mendapatkan generalisasi atau kesimpulan amali, pelajar bolehlah diberikan kerja rumah atau latihan yang bersesuaian yang boleh diselesaikan di dalam makmal, misalnya menulis laporan amali. Para pelajar boleh juga diminta memikir atau mengaitkan hasil amali dengan kehidupan seharian mereka. 4. PEMBERSIHAN Anda mestilah memperuntukkan masa supaya pelajar dapat membersihkan meja serta peralatan yang mereka gunakan. Pastikan pembantu makmal dan pelajar tahu tanggungjawab masing-masing. Bahan yang berbahaya atau bekas yang mengandungi bahan yang berbahaya seperti bakteria atau kulat hendaklah dibersihkan oleh pembantu makmal. Pelajar perlu bertanggungjawab mengemas meja dan membersih peralatan yang mereka gunakan serta mengembalikan bahan, radas atau spesimen ke tempat asalnya. Kerjasama ini sangat penting bagi menjamin kelicinan pengajaran di dalam makmal, kerana kelas-kelas lain pula akan menggunakan makmal berkenaan.

93

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

5. PERTIMBANGAN KHAS Selain pengetahuan tentang pengurusan dan pengendalian makmal sains, anda juga perlu mempunyai pengetahuan tentang: (a) Pertolongan cemas; dan (b) Rancangan untuk keadaan kecemasan di dalam makmal. Kedua-dua aspek ini sangatlah penting bagi mengelak berlakunya sebarang kecelakaan di dalam makmal. Pengetahuan tentang pertolongan cemas dapat membantu guru mengambil langkah awal memberi rawatan kecemasan sebelum mendapatkan khidmat pakar. 5.5 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN DEMONSTRASI Demonstrasi atau tunjukcara adalah satu kaedah pengajaran yang sering dilakukan baik semasa mengajar di dalam bilik darjah mahupun di dalam makmal. Tujuan kaedah ini adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa, atau fenomenon dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajarpelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan anda. Kaedah ini sering kali digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah pengajaran yang lain seperti kuliah dan amali (eksperimen). Demonstrasi sesuai dan berkesan digunakan hanya dalam situasi-situasi seperti berikut: 1. Sesuatu alat terlalu berbahaya untuk dikendalikan sendiri oleh pelajar. 2. Apabila sesuatu aktiviti atau eksperimen melibatkan proses yang boleh mendatangkan bahaya jika dikendalikan sendiri oleh pelajar. 3. Sesuatu alat terlalu mahal untuk digunakan oleh pelajar. 4. Peralatan yang sangat terhad untuk membolehkan pelajar menjalankan sesuatu eksperimen, sama ada bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil.

94

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

5. Sesuatu aktiviti atau eksperimen yang mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan. 6. Apabila anda ingin mengulangi secara cepat sesuatu prinsip yang telah dipelajari oleh pelajar. 7. Untuk menyediakan para pelajar melaksanakan sesuatu aktiviti, misalnya suatu eksperimen. Anda menggunakan kaedah demonstrasi untuk menunjukkan perkara-perkara penting yang perlu difahami oleh pelajar bagi menjayakan aktiviti berkenaan, misalnya teknik-teknik khas mengendalikan sesuatu alat atau radas dan langkah keselamatan yang terlibat. 8. Untuk menunjukkan hubungan sesuatu fenomenon dengan konsep yang dipelajari semasa kuliah. Misalnya, perubahan warna penunjuk bikarbonat dalam keadaan asid dan alkali untuk membuktikan bahawa udara yang dihembus keluar semasa pernafasan mengandungi karbon dioksida. 9. Merangsang pemikiran untuk menjana idea-idea baru. Dalam hal ini, anda melakukan sesuatu demonstrasi ringkas berhubung dengan suatu konsep atau prinsip dan meminta pelajar membuat ramalan, hipotesis atau memberi pendapat tentang konsep atau prinsip berkenaan. Kita harus ingat: Demonstrasi bukan jalan pintas kepada pengajaran kaedah saintifik. Sering kali kaedah demonstrasi disalahgunakan, terutamanya dalam sesi amali. Eksperimen-eksperimen yang sepatutnya dilakukan oleh para pelajar sering kali digantikan dengan demonstrasi. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap makmal sains telah dilengkapi dengan peralatan dan bahan yang mencukupi. Keadaan ini juga menghalang pelajar mempelajari dan memperkembangkan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif). Selain itu, kemahiran proses sains diuji dalam peperiksaan PMR dan SPM. Dalam kaedah demonstrasi, peranan anda adalah: 1. Mengenal pasti dengan jelas objektif pengajaran. 2. Memahami nilai atau manfaat demonstrasi berkenaan kepada pelajar.

95

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

3. Memahami dan memastikan rasional demonstrasi, iaitu mengapa demonstrasi itu dilakukan. 4. Menyediakan alat atau bahan yang diperlukan. 5. Merancang supaya demonstrasi memberi manfaat kepada semua pelajar di dalam kelas. 6. Merancang penglibatan aktif pelajar semasa demonstrasi. Keberkesanan demonstrasi bergantung pada beberapa perkara, antaranya: 1. Laras bahasa yang anda gunakan semasa menyampaikan demonstrasi. Anda mestilah menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Turut memainkan peranan penting ialah gestur atau komunikasi tanpa berbahasa, iaitu pergerakan tangan, kepala atau mimik muka anda secara berkesan. 2. Peralatan yang digunakan mestilah cukup besar dan seberapa ringkas yang boleh. Alat-alat yang kompleks akan melindungi apa yang hendak ditunjukkan. 3. Demonstrasi mestilah mudah dilihat oleh semua pelajar. Alat atau objek demonstrasi mestilah diletakkan demonstrasi. 4. Kedudukan para pelajar perlu diatur supaya setiap pelajar dapat melihat apa yang ditunjukkan dan mendengar dengan jelas percakapan anda. Dalam kelas yang ramai pelajar, pelajar-pelajar yang berdekatan dengan demonstrasi bolehlah duduk manakala yang lebih jauh pula bolehlah berdiri. Satu cara lagi adalah dengan membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan; setiap kumpulan mengambil giliran melihat demonstrasi. Untuk mengelak gangguan, kebisingan atau pelajar bermain, kumpulan-kumpulan yang tidak di atas meja yang tinggi. Pastikan juga cahaya cukup terang supaya pelajar-pelajar dapat melihat semua aspek

96

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

melihat demonstrasi diberikan sesuatu tugas, misalnya membaca buku teks, menjawab soalan atau berbincang tentang sesuatu masalah. 5. Anda perlulah memastikan pelajar terlibat secara aktif dalam demonstrasi. Pelajar-pelajar disuruh memasang alat, mengambil ukuran, mengisi jadual dan sebagainya. Anda boleh mengemukakan soalan-soalan yang relevan bagi membangkitkan minat serta merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, anda hendaklah melayani soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Dalam keadaan tertentu, pelajar-pelajar melihat demonstrasi, mendengar penerangan anda, mengambil nota atau melukis gambarajah. 6. Anda sepatutnya berlatih melakukan demonstrasi terlebih dahulu. Ini

memberi peluang kepada anda mengenal pasti masalah-masalah yang mungkin timbul dan mengawal masa secara berkesan. 5.5 Rumusan Bab ini telah membincangkan secara terperinci strategi pelaksanaan dua kaedah pengajaran yang sentiasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains, iaitu eksperimen atau amali dan demonstrasi. Pengetahuan yang anda perolehi daripada bab ini dapat anda gunakan untuk menerapkan kemahiran saintifik di dalam kelas. Pengetahuan dan kemahiran yang dipaparkan dalam bab ini ada kaitannya dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah anda pelajari dalam GE 5112 Kaedah Am, misalnya pengajaran mikro dan keselamatan dalam makmal. diberikan dalam bab ini. Oleh itu anda perlulah menggabungkan pengetahuan dan kemahiran yang telah anda perolehi itu dengan pengetahuan yang

97

Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

TUGASAN Sediakan satu rancangan mengajar untuk 80 minit pengajaran menggunakan kaedah eksperimen daripada kaedah pertama anda (Biologi, Kimia atau Fizik) atau daripada mata pelajaran Sains. Gunakan format berikut:
• • • • • • • Tingkatan Mata Pelajaran Hari Masa Tajuk Tujuan Am Objektif Pengajaran Nilai Murni Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)* Kaedah/Strategi Pengajaran** Bahan Bantu Mengajar ** Isi Pengajaran Bahan Rujukan Pengetahuan Lepas Langkah Pengajaran • • • Permulaan Perkembangan Penutup Senaraikan kaedah/strategi yang akan anda gunakan untuk menyampaikan isi pengajaran yang berkenaan (misalnya kuliah, demonstrasi, amali, perbincangan) * Senaraikan komponen-komponen pemikiran kritis dan kreatif yang terlibat. (Sila rujuk kursus GE5112 Kaedah Am: Bab 10: Kemahiran Berfikir)

• • • • • • •

98

GE5362 KAEDAH SAINS Bab 5: Pengajaran Sains Di Dalam Makmal

• • •

Tugas Lanjutan Penilaian Kendiri Catatan Penyelia

LATIHAN

1. 2. b

Huraikan mengapa aktiviti makmal, khususnya eksperimen atau amali sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran sains. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Saintifik ? (b) Senaraikan langkah-langkah dalam Proses Sains. (c) Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Manipulatif dan apakah kepentingannya ?

3. 4.

Jelaskan mengapa anda perlu mencuba sendiri sesuatu eksperimen sebelum eksperimen berkenaan dilakukan oleh pelajar. (a) Huraikan keadaan-keadaan yang sesuai bagi penggunaan kaedah demonstrasi. demonstrasi. (b) Senaraikan perkara-perkara yang mempengaruhi keberkesanan kaedah

RUJUKAN Pengajian Jarak Jauh, Diploma Pendidikan. 1998. GE5112 Kaedah Am (Sains dan

Sastera) : Bab 10 Kemahiran Berfikir. UKM: Pusat Pegajian Jarak Jauh. Pengajian Jarak Jauh, Diploma Pendidikan. 1998. GE5112 Kaedah Am (Sains dan Sastera) : Bab 7 Pengurusan makmal sains. UKM; Pusat Pengajian Jarak Jauh. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah : kaedah dan strategi. Kajang : MASA Enterprise.

99

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->