You are on page 1of 28

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

“Penaksiran Kerja Amali” (PEKA) merupakan satu pendekatan baru yang digubal oleh
kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sains di sekolah. PEKA digubal adalah bertujuan untuk
menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran sains seperti Biologi, Fizik dan
Kimia (perkataan sains selepas ini adalah merujuk kepada mata pelajaran sains tulin iaitu
Biologi, Fizik dan Kimia). Ini kerana penaksiran mata pelajaran sains semenjak
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1993
hinggalah tahun 1998 dijalankan dalam tiga kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Kebolehan pelajar mengingati semula pengetahuan, mempersembahkan


kefahaman dan mengaplikasikan pengetahuan diukur menerusi Kertas 1 danKertas 2.
Manakala kebolehan pelajar menguasai kemahiran saintifik, iaitu kemahiran proses sains,
diukur menerusi Kertas 3. Oleh itu kemahiran manipulatif saintifik dan juga kemahiran
nilai murni masih lagi tidak dapat diukur menerusi mana-mana Kertas. Dari itu
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memansuhkan peperiksaan amali iaitu Kertas 3
dan menggantikannya dengan PEKA dengan tujuan untuk mempertingkatkan
keberkesanan pentaksiran prestasi mata pelajaran sains di peringkat SPM. Ianya mula
berkuatkuasa menggantikan Ujian Amali Sains pada tahun 1999. Ini menunjukkan
bahawa perlaksanaan PEKA sains ini merupakan satu kaedah yang baru sahaja diterapkan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM)


(1999), PEKA sains adalah merujuk kepada mata pelajaran utama sains iaitu Biologi,
Fizik, dan Kimia dimana setiap mata pelajaran mempunyai PEKA tersendiri. PEKA ialah
2

instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan Rujukan


Kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti.

Instrumen pentaksiran dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yang


digunakan dalam menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses pendidikan (Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).

Ujian Rujukan Kriteria ialah satu pendekatan penaksiran di mana prestasi pelajar
ditaksir berdasarkan kriteria yang telah di tentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan tidak
dibanding dengan prestasi pelajar lain (Kementerian Pendidikan Malaysia, !999).
Penjaminan kualiti pula merujuk kepada tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu
dilaksanakan bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang akan
dilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan. Produk dalam konteks ini ialah
individu yang telah melalui satu proses pendidikan manakala kualitinya ialah ciri-ciri
individu yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PEKA sains merupakan sistem penaksiran yang dilaksanakan (dirancang, ditadbir,


diskor, dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan.
Dimana penaksiran yang dilakukan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip penaksiran.
Prinsip-prinsip penaksiran yang digunakan di dalam PEKA ialah
1. Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tersebut
telah mengikuti proses pembelajaran.
2. Pelajar hendaklah diberitahu terlebih dahulu apa yang hendak ditaksir terhadap
dirinya.
3. Pelajar bersedia untuk ditaksir.

Dalam pemeratian guru penaksir dan laporan amali yang dibuat oleh pelajar, guru
penaksir boleh mencari petunjuk-petunjuk prestasi bagi membuktikan penguasaanpelajar
terhadap sesuatu kriteria. Tahap penguaaan sesuatu aspek adalah berdasarkan kriteria-
3

kriteria yang ditetapkan. Kriteria-kriteria merupakan penyataan yang menunjukkan satu


aras minimum yang mesti dikuasai oleh pelajar. Dapatan daripada PEKA akan diambil
kira dalam pemberian gred bagi mata pelajaran yang berkenaan. Selain daripada itu
dapatan PEKA digunakan oleh guru untuk mengesan penguasaan dan pencapaian pelajar
dalam elemen yang diukur. Disamping itu PEKA juga digunakan untuk mengetahui
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengambil tindakan
susulan untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Berikut adalah penjelasan mengenai perlaksanaan PEKA sains yang dibuat oleh
LPKPM pada tahun 1999 dalam panduan peka yang dipetik secara umum oleh penyelidik
dari ketiga-tiga panduan PEKA iaitu Panduan PEKA Biologi, Panduan PEKA Fizik dan
Panduan PEKA Kimia. Secara umumnya penyelidik dapat merumuskan bahawa PEKA:

• Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:


Pelajar yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan penaksiran, siapa
yang terlibat dalam penaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen penaksiran,
pembinaan skema penskoran dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada
Panduan PEKA yang telah disediakan bagi setiap mata pelajaran sains.

• Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat


pentaksiran yang akan diorganisasi dan dilaksanakan oleh mereka yang terlibat
secara langsung dalam pembelajaran seseorang pelajar.

• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor secara


kuantitatif kepada apa yang ditaksir berdasarkan skema penskoran yang dibina
oleh guru. Penskoran boleh dibuat oleh pelbagai pentaksir. Walau bagaimanapun
guru adalah orang yang akan merumuskan skor. Ini adalah kerana penglibatan
secara langsung antara guru dengan pelajar. Pelbagai maklumat boleh didapati
daripada pelbagai pentaksir seperti guru, pelajar itu sendiri, rakan sepembelajaran,
ibu bapa pelajar dan pentaksir lain.
4

• Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada proses mengumpul dan


merumus skor oleh guru yang mengajar bagi mendapatkan tahap penguasaan
pelajar. Perumusan akan dibuat di peringkat mikro dan makro berdasarkan prinsip
rumusan yang telah ditetapkan dan peraturan penggredan yang telah dibuna.

• Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan yang tiap-tiap pelajar


ditaksir berdasarkan aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif yang sama. Usaha ini
dibuat melalui pernyataan kriteria yang jelas , mekanisme penyelarasan dan
pemantauan.

• Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada aspek kuantitatif dan kualitatif


pentaksiran itu sendiri. Aspek kuantitatif dalam PEKA sains merujuk kepada apa
yang ditaksir, iaitu elemen yang dihasratkan akan diperkembangkan dalam diri
pelajar menerusi mata pelajaran sains (Biologi, Fizik Dan Kimia). Dengan itu
semua sekolah akan menumpukan kepada penaksiran yang merujuk kepada
elemen yang sama. Aspek kualitatif merujuk kepada di mana penaksiran itu
didasarkan. Pencapaian pelajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan agar
semua sekolah dapat menumpukan kepada kriteria yang sama.

Memandangkan perlaksanaan PEKA ini masih baru pastinya banyak masalah


yang timbul hasil dari perlaksanaan PEKA ini. Tambahan pula ia perlu dikendalikan oleh
guru mata pelajaran sains itu sendiri. Justeru itu penyelidik telah membuat keputusan
untuk mengkaji sejauh manakah perlaksanaan dan keberkesanannya dalam KBSM.
5

1.2 PENYATAAN MASALAH

Dewasa ini, permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang sains semakin
meningkat sejajar dengan perkembangan sektor pendidikan negara kita. Dalam kepesatan
ekonomi kini, keperluan terhadap tenaga mahir dalam bidang ini adalah sangat tinggi.
Namun untuk menghasilkan generasi-generasi muda yang celik sains mungkin tergugat
akibat dari pendekatan yang kurang berkesan. Justeru itu pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah beru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains bagi memastikan produk yang terhasil dari industri pendidikan
adalah satu produk yang berkualiti serta memenuhi citarasa permintaan sektor industri
negara. Pendekatan baru yang dimaksudkan disini adalah perlaksanaan PEKA Sains
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Pendekatan PEKA ini dijalankan terhadap pelajar aliran sains bermula dari
tingkatan empat sehinggalah mereka tamat pengajian tingkatan lima.

Bertitik tolak dari keujudan PEKA Sains yang masih muda umurnya inilah maka
penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik ingin memastikan sama ada perlaksanaan PEKA
sains ini benar-benar berkesan atau sebaliknya berdasarkan kepada penerimaan guru dan
pelajar terhadap perubahan dalam kurikulum. Pengkaji juga ingin melihat adakah
perlaksanaan PEKA benar-benar dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia atau sebaliknya. Di samping itu
penyelidik juga akan mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam
melaksanakan PEKA Sains ini.

1.3 TUJUAN AM KAJIAN

Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengkaji perlaksanaan


PEKA sains dalam KBSM.
6

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Hasil dari kajian yang dijalankan penyelidik berharap agar dapat:


1. Mengkaji keberkesanan perlaksanaan PEKA sains.
2. Mengenal masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan guru-guru
sains hasil dari perlaksanaan PEKA sains.
3. Menilai sejauh mana tahap penerimaan PEKA sains di kalangan guru-guru dan
para pelajar.
4. Mengetahui sejauh mana perlaksanaan PEKA sains benar-benar dijalankan
atau sebaliknya.
5. Menilai sikap guru-guru dan para pelajar terhadap perlaksanaan PEKA sains.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, persoalan yang ingin dikenalpasti oleh penyelidik adalah seperti
berikut:
1. Adakah PEKA sains yang dilaksanakan sekarang ini dapat meningkatkan
prestasi atau pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains (Biologi,
Fizik, Kimia)?
2. Adakah perlaksanaan PEKA Sains telah membebankan pihak sekolah dan guru-
guru sains?
3. Adakah pihak sekolah, guru-guru sains dan para pelajar dapat menerima PEKA
sains atau masih menginginkan perlaksanaan Peperiksaan Amali Sains?
4. Adakah guru-guru sains telah melaksanakan PEKA sains dengan baik dan
berkesan?
5. Adakah guru-guru sains dan para pelajar mempunyai persamaan dari segi sikap
terhadap perlaksanaan PEKA sains itu sendiri?
7

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di lima buah sekolah di daerah Temerloh Pahang sahaja. Oleh
kerana tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan
PEKA sains dalam KBSM, maka kajian ini akan terbatas kepada guru-guru sains dan
pelajar-pelajar sains sahaja. Dimana sampel guru adalah seramai 15 orang iaitu tiga orang
guru sains sahaja dari setiap sekolah manakala sampel pelajar adalah seramai 50 orang
iaitu 10 orang pelajar dari setiap sekolah.

Sampel pelajar adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan empat bagi setiap
sekolah yang mengambil sekurang-kurangnya dua dari mata pelajaran sains tulin. Pelajar
tingkatan empat diambil sebagai sampel adalah kerana perlaksanaan PEKA tidak hanya
meliputi pelajar tingkatan lima sahaja. Ia telah mula dinilai sejak pelajar tersebut
memasuki tingkatan empat lagi. Selain itu pelajar tingkatan lima tidak diambil sebagai
sampel. Ini kerana pengkaji tidak mahu mengganggu kelas berkenaan kerana pelajar dari
tingkatan lima adalah terlibat dengan peperiksaan SPM.

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan PEKA Sains ini hanya


ditinjau di peringkat sekolah sahaja iaitu meliputi guru-guru sains dan pelajar-pelajar
sains sahaja. Faktor-faktor luaran yang turut mempengaruhi perlaksanaannya tidak
termasuk dalam skop kajian ini.

Data-data yang diperolehi adalah terhad kepada soal selidik semata-mata. Maka
tekanan untuk mendapatkan jawapan yang betul tidak boleh dikenakan kerana sample
adalah di kalangan sukarelawan sahaja.
8

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Sudah menjadi lumrah hidup manusia di dunia ini, dimana setiap sesuatu yang dilakukan
itu pastinya mempunyai kepentingan yang tertentu. Bilamana sesuatu itu mempunyai
kepentingan ia akan menjadi salah satu dari sumber motivasi kapada seseorang individu
itu untuk melakukannya. Begitu jugalah dengan kajian ini, ia juga mempunyai
kepentingan. Kepentingan yang dimaksudkan di sini bukanlah kepada penyelidik semata-
mata tetapi adalah kepentingan untuk industri pendidikan di negara kita ini.

Kepentingan-kepentingan yang dimaksudkan oleh penyelidik termasuklah :


1. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberikan sedikit
sebanyak gambaran terhadap keberkesanan perlaksanaan PEKA Sains dalam
KBSM.
2. Hasil kajian ini juga diharap dapat mamberi maklumat kepada pihak
Kementerian Pendidikan tentang masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah
dan guru-guru sains dalam perlaksanaan PEKA Sains.
3. Kajian ini juga diharap dapat memberi dorongan kepada pihak penerbit dan
penulis untuk menyediakan dan menulis bahan-bahan rujukan serta bacaan
yang lebih sesuai dengan kaedah PEKA bagi meningkatkan lagi keberkesanan
dalam perlaksanaannya.
9

1.8 DEFINISI

Untuk memudahkan pemahaman tentang kajian ini maka beberapa istilah penting akan
didefinisikan disini.

1.8.1 GURU

Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1990) mentakrifkan guru sebagai pengajar,
pengasuh, atau pendidik yang memberikan kesan besar terhadap perkembangan
personality, mental dan fizikal dalam setiap manusia.

Menurut Atan long (1993) guru adalah seorang ahli masyarakat yang juga
mempunyai peranan dalam ekonomi dan kemasyarakatan, seorang rakyat dan sebagai
seorang iktisas dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas pendidikan di sesebuah
sekolah.

MOOK (1996) menjelaskan guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai


perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat dan peranan ekonomi
yang berstatus. Guru merupakan tenaga iktisas dalam bidang perguruan yang di
pertanggungjawabkan untuk mendidik murid di sekolah.

Menurut penyelidik, guru merupakan insan yang berperanan besar dalam


menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan untuk membentuk generasi yang
berguna serta lengkap dari segi intelek rohani ilmu dan jasmani.

1.8.2 PENILAIAN

Menurut Abu Bakar Nordin (1986) dalam bukunya Asas Penilaian Pendidikan
menyatakan konteks membuat penilaian dapat dimaksudkan sebagai satu proses yang
meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat dan pembentukan kesimpulan.
Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik maka keputusan yang dibuat
akan lebih tepat dan dengan itu dapat memenuhi tujuan keputusan dibuat.
10

Ornstein, A.C. & Hunkins, P (1998) mendefinisikan penilaian sebagai suatu


proses atau proses-proses yang dilakukan untuk mengumpul data yang membolehkan
sesuatu keputusan dibuat seperti samada untuk menerima, mengubah atau menghapus
sesuatu iaitu kurikulum secara umum atau kaedah secara khusus.

Mokhtar Ismail (1995) dalam bukunya Penilaian di Bilik Darjah menyatakan


penilaian dalam pendidikan merupakan proses mentaksir samada kuantiti atau takat
sesuatu diukur itu boleh diterima atau tidak. Dengan itu penilaian melibatkan tiga
langkah seperti berikut:
1) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur
2) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
3) Membuat sesuatu pentaksirana (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Menurut Popham (1975) yang dipetik daripada Ee Ah Meng (1992), penilaian


pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran format tentang nilai fenomena
pendidikan secara lebih luas. Penilaian pendidikan itu mencakupi aspek-aspek seperti
hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat pengajaran.

Menurut Buku Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi berfikir dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (1999) Penguasaan KBSB perlu dinilai. Penilaian boleh dilakukan secara
formatif dan sumatif dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan
dan bertulis. Maklumat yang diperolehi dapat membantu guru merancang strategi
pengayaan, pengukuhan dan pemulihan.

1.8.3 PENILAIAN PRESTASI

Leap dan Crino (1993) mendefinisikan penilaian prestasi sebagai proses pengukuran
pencapaian prestasi kerja dari segi kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua aspek ini penting
untuk membangunkan motivasi pekerja dan memperbaiki prestasi dan hasil kerja individu
11

dalam organisasi. Kedua-dua aspek pencapaian samada dari segi subjektif dan objektif
yang meliputi pencapaian, gelagat dan sikap hendaklah diambil kira.

Sosson (1991) menjelaskan bahawa penilaian prestasi merupakan proses dimana


prestasi semasa pekerja diperhatikan dan dibincangkan untuk tujuan meningkatkan lagi
tahap keberkesanan bekerja.

Dalam pendidikan, penilaian berasaskan prestasi adalah satu bentuk pengujian


yang menghendaki pelajar melaksanakan sesuatu tugasan dan pencapaian pelajar dinilai
dari kebolehannya melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Menurut ketiga-tiga buah Buku Panduan PEKA, penilaian prestasi berasaskan


sekolah ini memberikan maklumat secara langsung tentang prestasi pembelajaran pelajar
berdasarkan kriteria tertentu. Berdasarkan maklumat ini pentaksir boleh mengetahui
tahap pencapaian suatu objektif pendidikan. Ini membolehkan pelajar memperbaiki mutu
pembelajaran melalui tindakan susulan yang diambil untuk memastikan objektif itu
tercapai. Maklumat yang didapati oleh pelajar itu boleh digunakan untuk memastikan
objektif itu tercapai. Maklumat yang didapati oleh pelajar itu boleh digunakan oleh
pelbagai pihak bagi tujuan memperbaiki mutu pembelajaran dan bagi tujuan pensijilan.

1.8.4 PENCAPAIAN

Pencapaian pelajar adalah merujuk kepada peringkat atau tahap kejayaan pelajar itu
dalam akademik yang diukur melalui peperiksaan ataupun ujian. Kejayaan yang
cemerlang dalam akademik menggambarkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru
dan menunjukkan pencapaian yang tinggi (Mc Chelland,1961; Wollman 1969; Low
Awang 1986) dalam Mohd Ghazali (1990).

Penyelidik pula telah merumuskan bahawa pencapaian merujuk kepada prestasi


pembelajaran pelajar yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa dengan cara
12

memperbaiki mutu pembelajaran melalui tindakan susulan yang diambil. Dimana


kejayaan yang dicapai oleh pelajar tersebut adalah bermanfaat kepada orang lain.
Kejayaan yang cemerlang menunjukkan bahawa system pembelajaran yang digunakan
adalah berkesan dan sesuai dengan peredaran zaman.

1.8.5 PEKA Sains

PEKA marupakan satu singkatan dari satu perkataan yang berbunyi “Penaksiran Kerja
Amali”. Dimana PEKA Sains ini merupakan Penaksiran Kerja Amali dalam mata
pelajaran sains. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sains disini adalah merujuk kepada
tiga komponen utama sains iaitu Biologi, Fizik dan Kimia. PEKA ini merupakan
instrumen penaksiran yang menggunakan pendekatan rujukan kriteria yang menjurus
kepada penjaminan kualiti (Lemabga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia,1999).

Di dalam PEKA Sains, instrumen penaksiran dalam pendidikan di sini adalah


merujuk kepada perkara atau bahan yang digunakan dalam menentukan, mendapatkan
dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan berhubung dengan
produk yang bakal dihasilkan melalui sesuatu proses pendidikan.

Pendekatan Rujukan Kriteria yang dinyatakan tadi pula merujuk kepada satu
bentuk pendekatan penaksiran dimana prestasi pelajar ditaksir berdasarkan kriteria yang
telah ditentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan tidak dibandingkan dengan prestasi
pelajar lain. Ini menunjukkan bahawa dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran,
tidak semua pelajar yang terlibat akan mendapat hasil atau ilmu yang sama dengan
pelajar lain dalam kelas yang sama.

PEKA Sains merupakan satu system penaksiran yang dilaksanakan (dirancang,


ditadbir, dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran.
13

Sebelum terbinanya PEKA Sains ini, pelajar telah didedahkan dengan ujian Amali
Sains. Dalam perlaksanaan Ujian Amali Sains ini kebanyakan pelajar hanya akan
memberikan penekanan yang lebih kepada beberapa amali sahaja yang mungkin akan
ditanya dan mengabaikan yang lain. Justeru itu tidak semua kemahiran proses sains
dikuasai oleh pelajar. Dengan itu PEKA Sains telah diperkenalkan bagi menggantikan
Ujian Amali Sains. Dimana pendekatan PEKA Sains ini akan memberikan maklumat
secara langsung tentang prestasi pembelajaran pelajar berdasarkan kriteria tertentu.
Berdasarkan maklumat ini, penaksir boleh mengetahui tahap pencapaian sesuatu objektif
pendidikan. Ini membolehkan pelajar memperbaiki mutu pembelajaran melalui tindakan
susulan yang bakal diambil untuk memastikan objektif pembelajaran itu tercapai.
Maklumat yang diperolihi dari pelajar itu pula boleh digunakan oleh pelbagai pihak bagi
tujuan pensijilan.
14

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Perkembangan dan pembaharuan kurikulum Sains mengambil kira perubahan dan


kehendak semasa untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan Sains. Langkah-
langkah yang diambil setakat ini telah menjadikan kurikulum Sains sekolah setanding
dengan kurikulum Sains negara maju. Perubahan telah dibuat pada isi kandungan,
objektif dan pendekatan.

Menurut Subahan (1999) dalam Siri Syarahan Perdana bertajuk Dampak


Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum; dua perubahan besar
yang telah dibuat adalah dari segi objektif pendidikan Sains, iaitu:

1) Penekanan kepada penguasaan proses sains dan kemahiran manipulatif, sikap


saintifik dan nilai murni serta penggunaan Sains dalam kehidupan seharian.
Bidang-bidang lain turut diberi penekanan bersama dengan penguasaan ilmu
pengetahuan.
2) Pembelajaran kefahaman lebih diutamakan daripada belajar secara hafalan

Kedua-dua perubahan di atas telah membawa implikasi terhadap pendekatan


mengajar dan penilaian. Sejauh manakah perubahan ini dapat direalisasikan dalam bilik
darjah sebenarnya bergantung kepada penerimaan sekolah dan guru-guru.

Penilaian merupakan satu komponen penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Melalui penilaian, guru mengetahui tahap pencapaian atau penguasaan
pelajar samada dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni. Ketiga-
tiga aspek tersebut adalah sama penting demi melahirkan seorang pelajar yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, emosi , rohani dan jasmani.
15

Penilaian KBSM mempunyai dua bentuk, iaitu:

1. Penilaian yang dijalankan secara berterusan atau penilaian formatif. Guru


menjalankan penilaian dengan tujuan untuk mengetahui penyertaan pelajar
terhadap pengetahuan , kemahiran dan nilai murni. Penilaian secara berterusan
melalui berbagai cara seperti pemerhatian, soal jawab, hasil kerja dan ujian.

2. Penilaian dalam bentuk peperiksaan. Penilaian ini dijalankan untuk mengetahui


pencapaian pelajar pada masa-masa tertentu seperti di akhir penggal dan
penghujung tahun. Penilaian ini juga dikenali sebagai penilaian sumatif.
Peperiksaan dilakukan melalui berbagai cara seperti ujian bertulis, amali dan
tugas dalam bentuk projek. Disamping itu diadakan juga peperiksaan yang
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan seperti PMR, SPM dan STPM.

Untuk mempertingkatkan keberkesanan pentaksiran pelajaran sains di peringkat


SPM, format pentaksiran matapelajaran ini diperbaiki. Sehubungan dengan itu mulai
tahun 1999, Lembaga Peperiksaan dan Pusat Perkembangan Kurikulum telah
memperkenalkan satu kaedah penilaian amali sains yang baru bagi mata pelajaran elektif
seperti Biologi, Kimia dan Fizik yang dipanggil Pentaksiran Amali Berasaskan Sekolah
atau ringkasnya Peka Biologi, Peka Kimia dan Peka Fizik.

Penekanan dalam Peka ini bukan sahaja kepada aspek kognitif (pengetahuan)
tetapi juga terhadap kemahiran saintifik atau kemahiran proses sains, kemahiran
manipulatif dan kemahiran (afektif) nilai murni. Penilaian dalam peka juga melibatkan
penilaian prestasi, penilaian produk (hasil) dan penilaian proses. Tugasan ini perlu
dijalankan serentak dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
perancangan strategik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
kawalan disiplin dalam kelas yang saiznya mungkin seramai 30 hingga 40 orang pelajar.
16

Penialian Amali Sains berasaskan Sekolah atau Peka Sains ini baru diperkenalkan
dalam kurikulum sains sekolah menengah pada tahun 1999. Kajian-kajian khusus tentang
Peka Sains belum dibuat secara meluas. Walau bagaimanapun kajian-kajian tentang
penilaian kemahiran proses sains, penilaian kemahiran nilai murni atau ciri-ciri afektif)
dan penilaian kemahiran kognitif dalam sains dan penilaian berasaskan sekolah untuk
matapelajaran lain telah dijalankan di Malaysia atau diluar negara. Selain itu pengkaji
juga telah memperolehi dapatan berhubung dengan sikap guru-guru dan para pelajar
terhadap perubahan dalam kurikulum. Daripada dapatan-dapatan tersebut telah dihubung
kaitkan bagi menyesuaikan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

Ivan Filmer dan Poh Swee Hiang (1997) telah membuat satu kajian perintis
mengenai penilaian amali sains sekolah rendah. Mereka menggunakan 30 orang guru
pelatih maktab perguruan di sekitar Pulau Pinang. Menurut pengkaji penilaian sains
hendaklah dijalankan secara formatif dan berterusan untuk mengesan murid menguasai
objektif pencapaian pembelajaran. Dengan itu kepentingan Penilaian Kurikulum
Berasaskan Sekolah (PKBS) tidak harus diabaikan kerana kurikulum sains
mementingkan pembelajaran hands-on oleh murid-murid. Adalah menjadi
tanggungjawab guru-guru sains untuk menjalankan tugas penilaian formatif ke atas
kemahiran saintifik, iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif serta
kemahiran nilai murni.

Dapatan kajian mereka menunjukkan guru-guru telah menilai tiga jenis kemahiran
proses sains kerana kemahiran ini bersesuaian dengan tajuk sains tahun 4 iaitu murid
yang mereka ajar. Kemahiran manipulatif yang popular ialah menggunakan lalat radas
yang betul. Manakala masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa menilai ialah
bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam setiap kelas, guru kurang yakin semasa
menjalankan penilaian dan mendapatkan masa yang mencukupi untuk menilai dengan
tepat.

Mengikut kajian Ahmad Ghazali (1994 ) mengenai penilaian berasaskan sekolah


bagi matapelajaran Pendidikan Seni ia menyatakan bahawa guru memainkan peranan
17

utama dalam penilaian. Masalah akan timbul sekiranya guru tidak bersedia untuk menilai.
Guru perlu menggunakan kriteria yang tertentu dalam menilai seperti gubahan, kreativiti
unsur-unsur seni atau persembahan. Kriteria penilaian boleh ditambah mengikut aktiviti
yang dijalankan.

Ee Ah Meng (1989) dalam kajiannya mengenai penilaian ciri-ciri afektif,


menyatakan bahawa kaedah pemerhatian digunakan untuk mengukur nilai-nilai murni
(ciri-ciri afektif) dalam KBSM. Kaedah ini mungkin membebankan guru kerana mereka
bukan sahaja perlu dilatih untuk membuat pemerhatian tetapi proses pemerhatian itu
sendiri. Kaedah ini mungkin mengambil banyak masa pengajaran guru. Walau apapun
peralatan pengukuran yang digunakan, ia mestilah boleh percaya dan sah.

Menurut dapatan Salbiah bt. Mohd Som (2000) dalam kajiannya tentang
Kemahiran proses Sains dan pelaksanaan Peka Biologi di sekolah menengah mendapati
pendekatan inkuiri dan penemuan yang disarankan dalam kurikulum biologi untuk
pengajaran proses sains masih tidak dilaksanakan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan
harus mengambil langkah meningkatkan kefahaman dan kecekapan guru dalam
melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengembangkan
kemahiran proses sains pelajar. Kefahaman dan kecekapan guru akan memastikan
pelaksanaan Peka berlaku mengikut seperti yang diharapkan.

Kajian Salbiah Ishak (1999) mengenai amalan penilaian formatif dalam


pelaksanaan penilaian Kemajuan Berasaskan sekolah oleh guru Bahasa Melayu dan
Matematik mencadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan memberi kursus
tentang penilaian bagi guru permulaan dan kursus dalam perkhidmatan yang relevan
dalam bidang penilaian bagi meningkatkan mutu penilaian di bilik darjah. Kursus dalam
perkhidmatan ini perlu bagi memperbetulkan kekeliruan di kalangan guru. Pendapat ini
disokong oleh kajian terdahulu oleh Mahammed sani (1992) yang menyatakan
keperihatinan utama yang perlu dipertimbangkan termasuklah merancang program
pendidikan guru dalam perkhidmatan secara konsisten dari segi format dan matlamat,
mengadakan pelbagai bentuk pendidikan guru dalam perkhidmatan yang berfokuskan
18

kepada sekolah dan bilik darjah dan mengadakan kordinasi diantara semua pihak yang
bertanggung jawab untuk mengadakan program perkembangan profesional untuk guru.

Per Morten (1999) membuat kajian mengenai aktiviti penilaian saintifik dalam
TIMSS ( Third International Mathermatics and Science Study) ke atas pelajar-pelar
Norwegian (Norway). Beliau mendapati penilaian prestasi kerja sains pelajar boleh
diukur melalui kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran ini merupakan
kemahiran peringkat tinggi melibatkan pendekatan secara inkuiri. Daripada kaji selidik
yang dijalankan boleh dirumuskan bahawa:
i) Bukti adalah diperlukan untuk setiap kesimpulan atau keputusan yang dibuat
ii) Perbincangan untuk setiap hasil aktiviti kajiselidik perlu disertai oleh alasan yang
bernas

Revital T. Tal et.al, (2000) telah membuat kajian ke atas pelajar gred 6 th. di utara
Israel mengenai sistem penilaian alternatif berdasarkan projek dalam sains dan mendapati
bahawa penilaian berasaskan sekolah telah memberikan maklumat yang sah atau kukuh
tentang pencapaian pelajar. Ia juga merupakan suatu penilaian berbentuk formatif yang
boleh membantu pencapaian pelajar dan seterusnya meningkatkan profesionalisme
perguruan (Black 1998; Worth 1993).

Menurut Harlen (1998) penilaian formatif memberi banyak ruang kepada guru
untuk mengesan penguasaan pelajar dan halangan yang wujud. Menurut beliau lagi
penilaian secara berterusan ini dapat membantu pembelajaran pelajar. Oleh itu guru dan
pelajar harus sedar bagaimana ia boleh dilaksanakan. Harlen mencadangkan strategi yang
boleh digunakan untuk membantu pembelajaran kemahiran proses sains pelajar iaitu:
a) Menyediakan banyak peluang kepada pelajar menggunakan proses sains.
b) Menggalakkan pelajar memberi pandangan yang kritikal bagaimana aktiviti sains
mereka boleh dilaksanakan dengan membincangkannya. Sekiranya mereka perlu
mengulangi aktiviti, mereka boleh memperbaikinya.
c) Memberi maklum balas berdasarkan kualiti tugasan dan bukan berdasarkan individu
19

d) Melibatkan pelajar dengan perbincangan metakogmisi tentang prosedur yang telah


dilaLui supaya pelajar dapat melihat kesesuaian dengan penyiasiatan lain.
e) Mengajar teknik dan bahasa untuk kemahiran yang tinggi
f) Memberi pelajar akses kepada percontohan yang memenuhi kriteria berkualiti dan
menjelaskan aspek penting.

2.2 Kajian Tentang Pembentukan Sikap

Sikap dilihat sebagai keadaan minda seseorang yang berkaitan dengan nilai. Ia
merupakan proses mental yang menentukan tindak balas yang akan dilakukan oleh
seseorang individu dalam kehidupan sosialnya ( Aida, 2000)

Menurut Mohd Nor ( 1994 ), hubungan antara sikap dan tindak balas atau
perlakuan seseorang adalah secara tidak langsung. Ini adalah bercanggah dengan
hubungan antara kebolehan intelek atau kemahiran jasmani dengan tindak baas atau
perlakuan seseorang.

Oleh yang demikian, sikap sering dirujuk kepada “kecenderungan tindak balas”
atau keadaan yang dicirikan oleh “kesedian untuk bertindak balas”. Kebanyakan sikap
dipelajari secara kebetulan dan bukan hasil daripada pengajaran yang terancang. Sikap
dikatakanboleh berubah melalui :
1. Perubahan dalam komponen kognitif yang akan melahirkan perubahan dalam
komponen afektif tingkah laku.
2. Paksaan iaitu memaksa seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
sikapnya seperti dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.
3. Psikoterapi iaitu dengan meningkatkan pengetahuan dan celik akal tentang pegangan
terhadap sesuatu sikap atau dengan memberi peneguhan positif bagi meneguhkan
sesuatu sikap.
4. “Facial Accompli” iaitu perubahan sikap yang berlaku akibat daripada sesuatu
kajian.
20

Pembentukan atau perubahan sikap sering dipengaruhi oleh keadaan persekitaran


seseorang. Ini termasuklah keadaan sosail yang mampu membentuk sikap seseorang
melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti ( Gange, 1983 ).

2.3 Kajian Tentang Sikap Guru Terhadap Perubahan Dalam Pendidikan

Kepentingan guru sebagai satu faktor yang signifikan dalam perlaksanaan sesuatu
perubahan atau inovasi pendidikan telah dibincangkan melalui beberapa kajian yang
pernah dijalankan. Salah satu faktor yang sering dikatakan mempunyai perkaitan dengan
keberkesanan perlaksanaan perubahan kurikulum ialah sikap guru. Sikap guru yang
dikatakan tidak menerima perubahan atau inovasi adalah berpunca daripada
kecenderungan mereka untuk menentang perubahan atau kurangnya persediaan dan
komitmen dalam usaha melakukan perubahan yang diperlukan. Ini adalah antara
halangan-halangan yang dikenal pasti dalam perubahan dan inovasi pendidikan ( Gross,
1971 ).

Menurut Hurst ( 1981 ), selagi guru tidak mempunyai keupayaan dari segi
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran untuk melaksanakan perubahan dan inovasi
dalam pendidikan, maka selagi itulah perubahan dan inovasi tersebut sukar dilaksanakan
dengan berkesan.

Menurut Corwing (1975), golongan guru yang lebih awal melaksanakan program-
program perubahan pendidikan terdiri dari guru-guru muda dan juga guru-guru yang
mempunyai kelayakan yang lebih tinggi. Ini bermakna umur dan kelayakan akademik
dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah yang mempunyai kaitan dengan tindak
balas guru terhadap perlaksanaan sesuatu program perubahan dalam pendidikan.

Sikap guru terhadap perlaksanaan sesuatu perubahan dalam kurikulum dikatakan


mempunyai kaitan dengan beberapa pembolehubah. Kelly (1960), dalam kajiannya
berkaitan penggunaan alat pandang dengar mendapati pengalaman mengajar seseorang
21

guru adalah pembolehubah yang mempunyai kaitan yang signifikan dengan perlaksanaan
perubahan kurikulum.

Shamsiah (1990), mendapati ketidakberkesanan perlaksanaan sains dalam KBSM


adalah disebabkan oleh pengalaman guru yang cetek dalam bidang tersebut, kekurangan
alat radas makmal, bebanan kerja guru terlalu banyak, bilangan pelajar yang terlalu ramai
dalam sesebuah kelas dan sukatan pelajaran yang mempunyai laras bahasa yang terlalu
tinggi dan sukar difahami oleh pelajar-pelajar yang lemah.

2.4 Kajian Tentang Pembentukan Sikap Pelajar

Laporan Dainton (1968), menyatakan pelajar yang mempunyai sikap yang positif
terhadap sains lazimnya mempunyai semangat untuk lebih mempelajari sains. Sikap
positif terhadap sains terdapat pada tingkah laku seseorang. Contohnya, seseorang pelajar
yang secara sukarela mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas
atau makmal. Pelajar seperti ini menunjukkan minat dan turut berkemampuan dalam
bidang sains dan selalunya mempunyai pencapaian yang tinggi.

Flanders (1970), dalam kajiannya mengenai hubungan antara guru sains dengan
pelajar menunjukkan terdapatnya pertalian dengan pencapaian pelajar. Guru-guru yang
selalu merancang kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah dan makmal
dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Guru yang bijak menyesuaikan pengajaran
dengan kehendak pelajar juga dapat mewujudkan suasana hubungan yang baik antara
guru dan pelajar.

Daripada kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan, secara keseluruhannya dapatlah


disimpulkan bahawa guru-guru memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu
perubahan kurikulum yang dibuat. Justeru itu sebarang strategi pengajaran dan
pembelajaran guru-guru dalam pendekatan baru kurikulum mestilah memberi penekanan
kepada pendekatan inkuiri sama ada secara induktif atau deduktif yang berpusatkan
22

kepada pelajar. Aktiviti itu termasuklah menjalankan eksperimen, projek kumpulan,


kajian kes, simulasi dan permainan yang dapat menarik dan meningkatkan minat pelajar.

Ini membolehkan pelajar menguasai kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran


proses sains dan kemahiran manipulatif bersesuaian dengan matlamat perlaksanaan
PEKA. Kemahiran proses sains merangkumi pemikiran secara sistematik, objektif,
analisis, dan rasional serta langkah-langkah yang dilakukan oleh seorang ahli sains dalam
kerjayanya. Kemahiran manipulatif pula meliputi teknik dan cara dalam penggunaan
peralatan sains dengan betul (PPK, 1987).
23

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang meliputi aspek-aspek
yang berkaitan dengan kaedah perlaksanaan kajian yang akan dijalankan. Dimana
perkara-perkara tersebut adalah alat penyelidikan, sampel kajian, rekabentuk kajian,
kaedah pungutan data dan tatacara analisis data.

3.1 ALAT PENYELIDIKAN

Dalam menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan dua set borang soal selidik.
Dimana setiap satunya adalah untuk katagori yang berbeza iaitu guru dan pelajar. Borang
soal selidik adalah berhubung dengan sikap guru dan pelajar terhadap perlaksanaan
PEKA Sains. Soal selidik untuk guru mengandungi tiga bahagian A,Bdan C manakala
soal selidik pelajar mengandungi dua bahagian iaitu A dan B sahaja.
Bahagian A, mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan latar belakang
pelajar dan guru.
Bahagian B, mengandungi item-item yang menguji pelajar dan guru dari aspek
sikap mereka terhadap perlaksanaan PEKA Sains. Responden dikehendaki menandakan
item-item pilihan mereka berdasarkan skala seperti Sangat Tidak Setuju (STS), tidak
Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS).
Bahagian C, bahagian ini hanyalah untuk soal selidik guru. Dimana dalam
bahagian ini responden diminta memberikan pendapat, pandangan dan cadangan mereka
tentang perlaksanaan PEKA Sains.
24

3.2 SAMPEL KAJIAN

Untuk tujuan kajian, satu sampel dari populasi yang sama telah dipilih. Dimana sampel
kajian terdiri daripada guru-guru sains dan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains
dari lima buah sekolah di sekitar daerah Temerloh dan kawasan berdekatan iaitu:
i. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan Chenor.
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Awah.
iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh.
iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.
v. Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.

Seramai 100 orang pelajar dan 15 orang guru sains akan dipilih sebagai sampel
kajian. Dimana 20 orang pelajar dan tiga orang guru bagi setiap sekolah. Sampel pelajar
adalah dalam lingkungan umur yang sama tetapi berlainan jantina dan bangsa. Pelajar
tingkatan empat dipilih kerana PEKA telah dijalankan ke atas pelajar semenjak dari
tingkatan empat lagi.

Tumpuan kajian untuk guru ialah di kalangan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran sains tulin iaitu biologi, fizik dan kimia.

3.3 REKABENTUK PENYELIDIKAN

Kajian yang dijalankan adalah kajian bentuk tinjauan. Jenis tinjauan yang dipilih adalah
jenis tinjauan sekolah. Tinjauan sampel yang dibuat adalah secara rawak.

Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Soal selidik yang
diedarkan mengikut dua kategori yang berbeza iaitu guru dan pelajar. Tujuan soal selidik
dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dan membuat tinjauan terhadap
penerimaan guru dan pelajar terhadap PEKA.
25

3.4 KAEDAH PUNGUTAN DATA

Sebelum menjalankan tinjauan ke atas sampel, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan


kebenaran dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Pihak sekolah.

Sebanyak lima buah sekolah menjadi tumpuan kajian. Bagi setiap sekolah soal
selidik dibataskan kepada 20 orang pelajar dan tiga orang guru yang mengajar mata
pelajaran Sains.

Setelah mendapatkan kebenaran menjalankan kajian melalui pengetua sekolah


yang berkenaan, pengkaji akan meminta bantuan dari guru-guru panitia sains sekolah
berkenaan untuk mengedarkan soal selidik kepada guru-guru dan para pelajar mereka
yang telah dipilih. Pengkaji akan memberi penerangan kepada guru panitia berkenaan
bahawa segala jawapan yang akan diberikan oleh responden adalah sulit dan hanya untuk
tujuan kajian semata-mata.

Responden diberikan masasatu hari untuk menjawab soal selidik tersebut. Ini
kerana pengkaji berharap agar responden akan menjawab soal selidik tersebut hanya
dalam keadaan yang sesuai dan tidak tergopoh gapah. Setelah genap tempoh masa
pengkaji akan mengumpulkan soal selidik tersebut dari guru-guru panitia sains yang
berkenaan.

3.5 TATACARA ANALISIS DATA

Kesemua data yang telah dipungut akan dianalisa menggunakan kaedah statistik. Dimana
setiap item akan dikaji, dinilai dan dibuat pratusan. Pengkaji akan menggunakan perisian
SPSS untuk mendapatkan nilai ujian-t. berdasarkan aras kesignifikan (keertian) 0.05,
dapat ditentukan sama ada hipotisis yang dibuat oleh pengkaji dapat diterima atau tidak.
26

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Ahmad Ghazali Ibrahim. 1994. Fokus beberapa pendekatan Penilaian Dalam


Matapelajaran Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah.
Masalah Pendidikan. Jilid 18: 91-97

Aida Rahayu Abdullah Zawawi. 2000. Sikap guru dan pelajar terhadap perlaksanaan
PEKA Biologi : satu tinjauan awal. Latihan Ilmiah UKM, Bangi.

Crow, L.D, Crow, A. 1983. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Terjemahan oleh
Habibah Elias. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Daiton Report. 1968. Enquiry into the flow of cendidates in science and technology into
higher education. Her Majesty’s Stationary Office.

Ee Ah Meng. 1997. Penilaian Di Bilik Darjah. Petaling Jaya: Longman Malaysia


Sdn. Bhd.

Flanders, A.N. 1970. Analysing teaching behavior. London. Addison- Wellesby.

Fishbein, M dan Ajsen, I.M. 1975. Attitude Behaviour Relation : A Theoretical Analysis
and Review of Empirical Research. Psychological Bullentin. 84(5): 885-918.

Gange,R.M. 1983. The conditions of learning. Ed. Ke-3. Tokyo : Holt-Sanders.

Gross, N.H. 1971. Implementing organizational innovations. New York : Basic Book.

Harlen,W. 1999. Purpuse and procedures for assesing science process skill.
Assessment in Education: principles, policy & practice 6 (1): 129-144
27

Hurst, P. 1981. Some issues in improving the quality of education. Comparative


education. 17(2) : 185-193

Ivan Filmer dan Foh Swee Hiang. 1997. Penilaian Amali Sains Sekolah Rendah: Satu
Kajian Perintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan USM, Jilid 15: 33-42.

Kelly, G.B. 1955. The psycology of personal constructs. New York ; Norton.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Huraian sukatan mata pelajaran Biologi


KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Kajian Penguasaan Kemahiran Proses


Sains Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 1999. Panduan PEKA Biologi. Kementerian Pendidikan


Malaysia

Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Dewan bahasa Dan
Pustaka.

Mohd Nor Mahmud. 1994. perlaksanaan kurikulum Geografi KBSM : kajian tentang
sikap guru dan masalah yang dihadapi dalam pengajaran. Tesis sarjana UKM,
Bangi.

Mohd Ghazali Ahmad. 1990. sikap pelajar-pelajar SBP terhadap Biologi ; Satu kajian kes
di Sekolah Muzaffar Syah, Melaka. Latihan Ilmiah UKM.

Per Morten Kid. 1995. Performance Assessment in Science: What are we measuring.
Studies in Educational Evaluation, 25 : 179-194.
28

Shamsiah Abdul Samad. 1990. Tinjauan mengenai keberkesanan perlaksanaan sains


KBSM di enam buah sekolah Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah UKM, bangi.

Salbiah Ishak. 1999. Amalan Penilaian Formatif dalam pelaksanaan Penilaian


Berasaskan Sekolah oleh guru B.M. dan Matematik. Tesis Sarjana Universiti
Kebangsan Malaysia, Bangi.

Salbiah Mohd. Som. 2000. Kajian Kes tentang Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan 4. Tesis Sarjana
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Tamby Subhan Mohd. Meerah. 1999. Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains


Terhadap Perubahan Kurikulum. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

You might also like