You are on page 1of 28

(PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL)

Tajuk:
• Penyediaan Aturcara
• Teks Pengacaraan
TEKS PENGACARAAN

Majlis Hari Anugerah Muka surat : 1


Masa Cue Ann
7:45 pagi Para jemputan dan pelajar
mengambil tempat di dalam
dewan.

Apabila Pengerusi Persatuan Bekas Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,


Pelajar S.M.K.K tiba di hadapan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SMKK
pejabat, juruacara mengumumkan : Encik Wong Lee Wah dan isteri ke majlis Hari
Anugerah Gemilang ke- 25 tahun 2004.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 2
Masa Cue Ann
8.00 pagi Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Pasukan Pengakap diketuai oleh Chow Yee Kin ( 4 sc.
SMKK dengan diiringi Pengetua B ) dengan jumlah anggota 13 orang, Pasukan Bulan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sabit Merah diketuai Loh Siah Lee (4 Sc.B ), Pasukan
Kampar memeriksa kawad Pandu Puteri diketuai oleh Nor Farizatul Asyikin
perbarisan Unit Perbarisan dan ( 2A ) , Pasukan Puteri Islam yang diketuai oleh
Perarakan. Zarina Abdul Aziz ( 4A ) , Pasukan Kadet Remaja
diketuai oleh Nor Afidah Shahriman ( 4B ), Pasukan
Pusat Sumber yang diketuai oleh Leong Chiew Thao (
4 Sc.B ) , Pasukan Pengawas yang diketuai oleh Chai
Lee Ching ( 4 sc. B ) . Pasukan Kompang yang
mengiringi ketibaan Yang Berbahagia Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar SMKK ini diketuai oleh
Annisa Saharudin ( 4A ) dengan ahli seramai 17 orang
. Pasukan kompang ini dipimpin oleh Cik M. Aniza bt.
Mislan.

Majlis Hari Anugerah Muka surat : 3


Masa Cue Ann
8:10 pagi Setelah Pengerusi Persatuan Majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua
Bekas Pelajar SMKK memeriksa Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar Encik
perbarisan, Tuan Pengetua dan Ibrahim bin Hamid dan guru-guru kanan mengiringi
Guru-guru Kanan mengiringi Yang Yang Berbahagia Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar
Berbahagia Encik Wong Lee Wah SMKK Encik Wong Lee Wah dan isteri masuk ke
dan isteri masuk ke Dewan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan segala hormatnya di dipersilakan
Kampar.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 4
Masa Cue Ann
8:10 pagi Setelah Pengerusi Persatuan Bekas Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat
Pelajar SMKK dan jemputan khas datang diucapkan kepada Yang Berbahagia, Pengerusi
mengambil tempat duduk masing- Bekas Persatuan Pelajar SMKK Encik Wong Lee Wah
masing, juruacara memulakan , Yang Berusaha , Pengetua Sekolah Menengah
majlis dengan ucapan pembukaan. Kebangsaan Kampar, Encik Ibrahim bin Hamid, Yang
Berusaha Pengerusi PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampar, Encik Mat Nasir bin Baharum ,
Pengetua-pengetua dan Guru besar-guru besar
sekolah-sekolah daerah Kampar, guru-guru kanan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar, para guru,
ibu-ibu, bapa-bapa dan para pelajar sekalian.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 5
Masa Cue Ann
Selepas tamat ucapan pembukaan. Dengan penuh kesyukuran, bersama-samalah kita
lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya , dapat kita mengadakan majlis
Hari Anugerah Gemilang kali ke 25 ini.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 6
Masa Cue Ann
8:15 pagi Juruacara mempersilakan Al-fadhil Majlis dimulakan dengan menjemput Al-fadhil Ustaz
Ustaz Mohd Zaki bin Hj. Salleh Mohd Zaki bin Hj. Salleh untuk membaca doa.
untuk membaca doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 7
Masa Cue Ann
Setelah selesai bacaan iftitah, Majlis mengucapkan terima kasih.
juruacara mengucapkan terima
kasih.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 8
Masa Cue Ann
8:20 pagi Selesai sahaja bacaan doa, Ribuan terima kasih diucapkan kepada Al-fadhil Ustaz
kumpulan koir mengambil tempat Mohd. Zaki bin Hj. Salleh kerana mengetuai bacaan
di dewan. doa itu tadi.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 9
Masa Cue Ann
Kumpulan Koir mengambil Majlis kita pada pagi ini akan diserikan dengan
tempat di dewan dan persembahan koir Sekolah Menengah Kebangsaan
menyampaikan lagu. Kampar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan
4. Mereka akan menyampaikan lagu “Negaraku”.
Hadirin hadirat sekalian diminta berdiri semasa lagu
ini dinyanyikan. Dipersilakan.
( BERHENTI SEBENTAR )

Lagu kedua yang akan disampaikan oleh kumpulan


koir ini berjudul “ Perak No. 1 ”. Dipersilakan.
( BERHENTI SEBENTAR )

Lagu terakhir ialah “ Lagu Sekolah ”. Dipersilakan.


Majlis Hari Anugerah Muka surat : 10
Masa Cue Ann
Selesai persembahan kior. Majlis mengucapkan terima kasih. Kumpulan koir ini
dipimpin oleh Puan Teh Sian Yong.

Majlis mengucapkan terima kasih.


Majlis Hari Anugerah Muka surat : 11
Masa Cue Ann
8:40 pagi Ucapan Tuan Pengetua Sekolah Majlis mempersilakan Yang Berusaha , En. Ibrahim
Menengah Kebangsaan Kampar , bin Hamid , Pengetua Sek. Men Keb . Kampar untuk
Kampar. menyampaikan kata aluannya. Dipersilakan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 12
Masa Cue Ann
Setelah Tuan Pengetua selesai Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
menyampaikan ucapannya ,
juruacara mengucapkan ribuan
terima kasih.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 13
Masa Cue Ann
9:00 pagi Ucapan perasmian Yang Untuk meneruskan lagi acara, majlis dengan penuh
Berbahagia Pengerusi Persatuan hormat dan takzim mempersilakan Yang Berusaha
Bekas Pelajar SMKK Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampar, Encik Ibrahim bin Hamid untuk mengiringi
Yang Berbahagia , Encik Wong Lee Wah , Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar SMKK, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan upacara Hari
Anugerah Gemilang ke-25. Dengan penuh hormat dan
takzimnya dipersilakan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 14
Masa Cue Ann
Tuan Pengetua mengiringi Yang Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas
Berbahagia untuk memalu gong kesudian Yang Berbahagia Encik Wong Lee Wah.
tanda perasmian.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 15
Masa Cue Ann
9:15 pagi Persembahan pelajar. Kini rasmilah sudah Hari Anugerah Gemilang SMKK
kali ke-25. Para hadirin dan hadirat sekalian akan
dihiburkan dengan persembahan oleh para pelajar
SMKK. Bagi memulakan acara, sebuah dikir barat
akan disampaikan oleh para pelajar tingkatan 5.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Para pelajar


tingkatan 1 akan muncul selepas ini untuk
mempersembahkan sebuah tarian India yang berjudul
“Maali”. Tarian ini mengisahkan percintaan pasangan
teruna dan dara yang memadu kasih di sebuah taman.
Pelajar-pelajar ini dipimpin oleh Cik M.Aniza bt.
Mislan. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih. Setelah kita
dihiburkan dengan persembahan daripada pelajar
tingkatan 1, kini kita akan menonton pula sebuah
sketsa pendek berdasarkan sajak nukilan sasterawan
negara, Usman Awang. Kumpulan ini dibimbing oleh
Cik Sujana bt. Aslim. Dipersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 16
Masa Cue Ann
9:40 pagi Upacara penyampaian hadiah. Hadirin-hadirat sekalian,
SMKK bukan sahaja berjaya melahirkan pelajarnya
dalam bidang sukan sehingga menjadi sebutan ramai
di Daerah Kinta, malahan kecemerlangan ini
diteruskan dalam bidang akademik dan ada antaranya
yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading
, pusat pengajian tinggi swasta dan tidak kurang juga
yang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
penuh.
Pada hari ini mereka akan dianugerahkan sijil
berserta sedikit imbuhan tanda penghargaan daripada
pihak sekolah. Dipersilakan Yang Berusaha Tuan
Pengetua SMKK mengiringi Yg Berbahagia Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar SMKK, Encik Wong Lee Wah
ke pentas penganugerahan untuk menyempurnakan
majlis ini. Dipersilakan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 17
Masa Cue Ann
Tuan Pengetua mengiringi Yang Saat yang dinanti penuh debaran akhirnya menjelma
Berbahagia Pengerusi Persatuan jua. Berikut diumumkan nama penerima imbuhan
Bekas Pelajar SMKK Encik Wong skim Tabung Gemilang.
Lee Wah ke tempat
penganugerahan sijil.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 18
Masa Cue Ann
Muzik iringan dimainkan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 19
Masa Cue Ann
Setelah penerima terakhir imbuhan Penganugerahan hadiah kepada pelajar terbaik setiap
khas menerima sijil, muzik latar tingkatan 2003
diberhentikan. Seterusnya
juruacara mengumumkan:
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 20
Masa Cue Ann
Sebaik sahaja selesai penerima Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima
hadiah terakhir menerima anugerah hadiah dan anugerah.
daripada Y.B, juruacara berpantun:
( BERHENTI SEBENTAR )
Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita
berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa dan rasa
besar hati serta ucapan terima kasih, majlis
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar untuk
menyampaikan cenderamata kepada Y.B Encik Wong
Lee Wah. Dipersilakan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 21
Masa Cue Ann
10:45 pagi Persembahan Pelajar. Para hadirin sekalian yang dihormati, majlis pada pagi
ini diteruskan dengan persembahan daripada pelajar.
Persembahan seterusnya merupakan nyanyian
daripada pelajar tingkatan 5A yang menjuarai
pertandingan nyanyian Minggu Bahasa Inggeris.
Mereka akan menyampaikan lagu “ Hotel California
”. Dipersilakan.
( BERHENTI SEBENTAR )
Majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid
persembahan daripada pelajar Tingkatan 2 di bawah
pimpinan Saudari Faridah bt Anuar. Mereka akan
menyampaikan nasyid yang berjudul “Nabi Anak
Yatim”. Dipersilakan.
(BERHENTI SEBENTAR)
Seterusnya majlis ini akan diserikan dengan
persembahan daripada para pelajar tingkatan empat
dan lima yang akan menghidangkan tarian Melayu
berdasarkan lagu “ Cindai ”. Dipersilakan.
( BERHENTI SEBENTAR )
Majlis mengucapkan terima kasih.
Bagi meneruskan acara, majlis menjemput pelajar
tingkatan 4Sc.B untuk mendendangkan sebuah lagu
Mandarin yang berjudul “ Wait For Ever ”.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 22
Masa Cue Ann
11:00 pagi Selesai persembahan pelajar, Hadirin –hadirit yang dihormati sekalian,
juruacara mengumumkan setiap pertemuan pasti akan disudahi dengan
perpisahan.
Kini, majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SMKK
Encik Wong Lee Wah dan semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis yang penuh gilang –gemilang serta
berwarna-warni pada hari ini.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Hadirin –hadirat sekalian, dengan itu maka tamatlah


Majlis Hari Anugerah Gemilang bagi tahun ini.
Sebelum bersurai dengan segala hormatnya hadirin –
hadirat sekalian dipersilakan ke bilik Wawasan untuk
menjamu selera dengan hidangan yang tak sepertinya.

Dipersilakan.
Majlis Hari Anugerah Muka surat : 23
Masa Cue Ann
11:30 pagi Selepas menjamu selera. (senyap)
Disediakan oleh

Disemak oleh

Diluluskan oleh

Pembaca/Pengacara

You might also like