You are on page 1of 9

Pengertian Keberkesanan Sekolah

Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan

keberkesanan sekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap penting dan digunakan

untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara keseluruhan, tidak ada konsensus di

kalangan pengkaji tentang definisi keberkesanan. Secara umum terdapat dua criteria yang

digunakan, iaitu ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses. Di Amerika Syarikat kebanyakan

pengkaji mengukur keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’, iaitu pencapaian dalam

ujian piawaian bagi mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United Kingdom,

pemboleh ubah proses seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor

pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan. Selain mengukur keberkesanan

dari segi kualiti ada juga pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan (equity).

Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil

tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur

berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang

beruntung sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai

akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga,

sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi kesaksamaan peluang

pendidikan. Mengikut kriteria ini, pada pendapat beliau, bilangan sekolah di Amerika

Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit.


Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah yang

berkesan: (1) menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai

lebih daripada median kebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred

yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi

sesuatu kohort, dan (4) pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji telah meluaskan

definisi keberkesanan dengan mengkaji peningkatan yang menjadi nilai tambahan yang

dialami oleh murid disebabkan keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan sekolah bukan

hanya diukur dari segi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan yang dialami.

Mortimore (1991) merumuskan bahawa sekolah yang berkesan ialah sekolah yang

pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang

mereka. Mengikut Stoll dan Fink (1996) jika ditambah perkataan ‘semua pelajar’ dalam

rumusan Mortimore itu, maka konsep nilai tambahan dan kesaksamaan dapat disatukan

dalam mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dari itu, jelaslah bahawa sekolah yang

berkesan itu, berkesan bagi semua pelajar tidak kira latar belakang mereka. Berdasarkan

definisi ini bolehkah kita katakan bahawa sekolah berasrama penuh yang sedia

mengambil pelajar yang memang berkebolehan itu berkesan berdasarkan prestasi mereka

dalam peperiksaan umum? Atau bolehkah kita anggap sekolah luar bandar yang telah

menunjukkan peningkatan tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolah

berasrama penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah berasrama penuh

tidak menunjukkan nilai tambahan dan prestasi pelajarnya hanya apa yang diharapkan,

maka sekolah itu belum boleh dianggap berkesan. Sebaliknya jika sekolah kampong itu
boleh menunjukkan nilai tambahan berserta dengan usaha menyamaratakan peluang

pendidikan dan pelajarnya mencapai lebih daripada apa yang diharapkan maka sekolah

ini boleh dianggap sebagai berkesan.

Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah berasaskan

peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan:

(1) peningkatan dalam skor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahan

dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan masa

untuk Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan

ibubapa, (6) penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan

pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan ( 8) sokongan yang berkualiti untuk pelajar

istimewa.

Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur keberkesanan sekolah

ialah kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988;

Teddlie dan Stringfield, 1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan

keberkesanan sekolah seperti berikut: (1) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, (2)

menggalakkan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang dijangkakan jika

diambil kira latar belakang dan kebolehan asal mereka, (3) memastikan setiap pelajar

mencapai setinggi yang mungkin potensinya, dan (4) menggalakkan (enhance) semua

aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.


Berdasarkan perbincangan tentang beberapa definisi keberkesanan sekolah,

bolehlah dirumuskan tentang pengertian keberkesanan sekolah ini seperti berikut:

 Keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan ‘output’ atau hasil persekolahan.

Hasil ini berbentuk akademik (pencapaian akademik) dan bukan akademik;

(kelakuan murid, konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan kerja guru dan

sebagainya).

 Proses juga boleh menjadi criteria bagi mengukur keberkesanan: pentadbiran

sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan adalah antara criteria yang dinyatakan.

 Keadaan sekolah, keceriaan, kebersihan, keadaan disiplin juga merupakan criteria

keberkesanan.

 Kriteria keberkesanan sekolah berbeza mengikut Negara, budaya dan lokasi yang

berlainan.

 Keberkesanan bukan hanya dicerminkan dari aspek kualiti bahkan dari aspek

ekuiti (kesaksamaan) juga.

 Keberkesanan sekolah diukur dari segi progress atau peningkatan yang dialami,

iaitu nilai tambahan yang diperoleh.

 Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang meningkat lebih daripada yang

diharapkan jika diambil kira latar belakang pelajarnya.

Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah mestilah berlandaskan

aspirasi yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, dan dalam Wawasan 2020.

Kita mahukan sekolah berwawasan, sekolah kecacatan sifar dan pendidikan bertaraf
dunia. Maka sudah semestinya pengertian keberkesanan diperluas. Selain perkara yang

telah diberi penekanan ada aspek lain yang perlu ditonjolkan.

 Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang

beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui

program pengayaan mereka.

 Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara

sengaja memupuk perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan

pembelajaran, amalan-amalan yang menggalakkan rasa hormat-menghormati dan

kerjasama antara satu dengan lain.

 Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan

mereka yang seimbang dan interaksi social mereka dengan pelajar lain di sekolah

perlu diberi perhatian.

 Sekolah memainkan peranan yang berkesan dlam melibatkan ibu bapa, bukan

hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang

melibatkan guru, pelajar, ibu bapa, komuniti dan pengetua. Sekolah yang

berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya.

 Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.

 Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru

mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam

hal-hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.

 Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan

wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.


 Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu

menjayakannya.

 Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritis,

penyayang, mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

 Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru

dan ibu bapa.


Bibliografi

Edmonds, R. 1979. Effective Schools for the Urban Poor. Educational Leadership
37:15-18 & 20-24.

Mortimore, P.1991. The Nature and Findings of Research on School Ef fectiveness


.Dlm.Changing Our Schools, sunt.A.Stoll and D.Fink. Buckingham.Open
Universiyy Press.

Mortimore, P.et. al 1988. Schools matters: The Junior Years. Wells: Open Books.
Reprinted 1994. London: Paul Chapman.

Rowan, B.,S.Bossert dan D.Wyer 1983. Research on Effective Schools: Cautionary


Note. Educational Research 124:24-31

Stoll, A. dan D. Fink 1996. Changing Our Schools. Buckingham: Open University
Press.
Pengertian Sekolah Berkesan

Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai tempat

untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang

ditinggalkan oleh sesuatu. Lippitz dalam Mukhtar et al. telah mentakrifkan sekolah

berkesan sebagai "sekolah yang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan

kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang baik" (Hare, 1988: 413)

Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana majoriti

pelajar mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada peringkat

kebangasaan. Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah

digunakan oleh kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu

seperti matematik, sains atau bahasa, kehadiran pelajar ke sekolah dan kepuasan pelajar.

Al Ramaiah (1995) pula menyatakan konsep sekolah berkesan sepatutnya dalam konteks

memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar bukannya berfokus kepada hasil

pencapaian akademik pelajaran semata-mata walaupun pencapaian kelulusan sekolah

adalah seratus peratus. Manakala Rahimah (1998) pula menegaskan konsep sekolah

berkesan seharusnya mempunyai cirri-ciri sekolah yang baik serta membawa hasil

pembelajaran, sekolah yang berupaya membina watak dan membuktikan ianya boleh

membawa perubahan kepada pelajar.

Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza  kerana berbagai-bagai pihak

mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada

sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) dalam Abdul Malek menegaskan bahawa

untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang
berbeza-beza.  Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan

keberkesanan sekolah melalui  pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan 

untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua kriteria yang

digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau

‘output’dan proses. Levine dan Lezotte (1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil

yang dikehendaki (outcome). Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan

sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan (equity). Mengikut beliau

keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan

akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang

beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas

menengah yang menguasainya.

Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang

pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang

mereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut perspektif tertentu.

Dari segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika ‘outcome; atau hasil yang diingini

dapat dicapai dengan kos yang rendah sementara perspektif hubungan kemanusiaan

dalam organisasi, organisasi yang berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan

perasaan kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi.

Hasil tinjauan rambang Sharifah (2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia

mengaitkan sekolah berkesan dengan kecemerlangan akademik yang telah dicapai.

You might also like