You are on page 1of 5

KECONDONGAN PAKSI BUMI

Kecondongan paksi bumi menyebabkan kutub utara dan kutub selatan


condong ke arah matahari . Pada 21 Jun kutub utara paling condong ke arah
matahari dan pancaran matahari tegak di atas kepala di garisan sartan. Pada
ketika ini waktu siang hari semakin panjang ke arah utara di Hemisfera utara .
Musim ini dikenali sebagai solstis musim panas.

Kecondongan kutub utara semakin berkurang hingga pada 23 sept matahari


berada tegak di garisan khatulistiwa. Pada masa ini siang dan malam sama
panjang pada semua tempat dikenali sebagai waktu ekuinoks , dimana
hemisfera utara mengalami musim luruh.

Selepas 23 sept kutub selatan mula menghadap ke arah matahari, pada ketika
ini kawasan dihemisfera utara mengalami malam semakin panjang. Pada 22
Disember matahari tegak di atas kepala di garisan jadi. Dikenali sebagai waktu
solstis musim sejuk. Pada waktu ini Hemisfera Utara mengalami malam paling
panjang dan siang yang pendek.

Selepas solstis musim sejuk , kecondongan kutub selatan ke arah matahari


semakin berkurangan, sehinggalah pada 21 mac dimana matahari mula tegak
pada garisan khatulistiwa. Ketika ini dikenali sebagai waktu ekuinoks musim
Bunga. Dimana siang dan malam sama panjang.
PEREDARAN BUMI MENGELILINGI
MATAHARI

Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga


menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun.

Empat musim yang nyata ini biasanya berlaku di pertengahan Garisan Lintang dan
tidak berlaku di kawasan Tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di langit.

Di kawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik, musim bunga dan musim luruh
sangat pendek, manakala musim panas dan musim sejuknya agak panjang.

Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-
negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

bumi juga beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam dalam orbit
bujur. Bulan pula beredar mengelilingi bumi sambil turut beredar mengelilingi
matahari.
Satu edaran mengelilingi matahari mengambil masa selama 365 1/4 hari.Orbit
bujur bumi menyebabkan bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama 
dari matahari.
PUTARAN BUMI DI ATAS PAKSINYA

Putaran bumi di atas paksinya yang condong menyebabkan jumlah jam siang dan malam
berbeza. Perbezaan siang dan malam mempengaruhi jumlah penerimaan haba di kawasan
sederhana. Misalnya pada kejadian solstis musim panas pada 21 Jun Hemisfera utara mengalami
jumlah jam siang lebih panjang berbanding malam. Pada 22 Disember kejadian solstis musim sejuk
pula berlaku dimana jam siang lebih panjang berbanding malam di hemisfera selatan. Di Hemisfera
utara pula pada ketika ini mengalami waktu malam lebih panjang berbanding waktu siang. Darjah
penerimaan cahaya berkurangan dari khatulistiwa ke arah kutub utara, Pada masa ini matahari
kelihatan pada waktu malam
KESFERAAN BUMI

Bumi yang berbentuk sfera juga mempengaruhi kejadian 4 musim ini kerana
kesferaan bumi menyebabkan jumlah penerimaan sinaran matahari tidak
sama antara tempat-tempat di garisan lintang tinggi (kawasan sederhana).
Perbezaan dalam jumlah penerimaan sinaran matahari menyebabkan
berlaku musim-musim spt musim bunga, musim dingin, musim luruh dan
musim panas di Zon sederhana.
Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam
zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk
kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di
Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan.
Musim bunga bermula di Vernal Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara
dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan
sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22
Disember di Hemisfera Selatan).
Seperti dalam musim panas, paksi Bumi adalah mereng sedikit ke arah matahari,
dan panjang waktu siang dengan lebih cepat apabila meningkatnya garis latitud.
Hemisfera bermula dengan panas sedikit, menyebabkan tumbuhan baru tumbuh
kemudiannya berbunga, memberikan musim begini namanya (sila lihat
Kesan sudut matahari ke atas iklim). Salji mula untuk mencair, dan sungai-sungai
dan jeram dipenuhi dengan hujan dan aliran air. Kebanyakan pokok berbunga
akan mengeluarkan bunga pada tahun ini, dalam satu kejayaan yang bermula
walaupun salji masih berada di atas tanah, dan masih ada hingga masuk k awal
musim panas. Di dalam kawasan yang tidak bersalji, "musim bunga" mungkin
bermula paling awal bulan Februari semasa tahun-tahun yang lebih panas, dengan
kawasan-kawasan subtropik mempunyai perbezaan yang sangat perlahan, dan
tropik pula tiada langsung. Kawasan-kawasan Subartik mungkin tidak dapat
melihat "musim bunga" sehingga bulan Mei atau mungkin Jun, atau Disember di
dalam kawasan lingkaran luar Antartika.

You might also like