You are on page 1of 26

GEJALA BULI DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

DI SARAWAK
Oleh

BERITIN EMPAWI
(Sarjana Kepengetuaan, 2009)
Pengenalan
Laporan Berita Minggu, 14 Julai (2005) - lebih 35 kes
pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah
yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu
dari 1999 hingga 2003. Kebanyakan kes ini berpunca
daripada perbuatan buli.

Berita Harian (2005), pula melaporkan pada tahun


2003, peratusan salah laku disiplin pelajar
termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 % dan
pada tahun 2004, sebanyak 2.07%.
Definisi buli
 Smith dan Thompson (1991), buli ialah satu set tingkah laku yang
mana dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara
fizikal serta psikologi penerimanya.

 Connel dan Farrington, (1996; Espelage et al. 2000), jenis tingkah laku
fizikal buli ialah menumbuk, menendang dan menolak. Jenis
tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan, hinaan, panggilan
nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli antisosial
(secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan
kemarahan

 Banks (2000), perlakuan buli ialah mempersendakan, menghina,


mengancam, memukul, mencuri dan serangan-serangan langsung
yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap mangsa.

 (Olweus, 1991; Thompson dan Sharp, 1998). Jenis tingkah laku buli
fizikal, verbal dan antisosial termasuklah tindakan-tindakan seperti
mengejek, pemulauan dan memukul.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan:
1. Jenis buli.
2. Punca buli.
Soalan Kajian
Diharapkan kajian ini akan menjawab beberapa
persoalan berikut:

1. Apakah jenis buli yang berlaku dalam


kalangan pelajar?
2. Apakah punca-punca buli dalam
kalangan pelajar?
Kaedah Kajian
 Kajian kualitatif - lihat motif dan perasaan
 Kajian tinjauan (survey) – soalan lisan/jawapan terus
 Kaedah Temu bual
1. Temu bual semi struktur - soalan semi terbuka
2. Temu bual tidak berstruktur - soalan terbuka
Subjek Kajian
 Subjek kajian ialah dalam kalangan pelajar di sekolah
ini sahaja
 Persampelan bertujuan (Purposive Sampling)
 Subjek kajian - Dikenal pasti daripada Rekod
Disiplin Sekolah (Kes Membuli)
 4 orang daripada 23 (Sejak Jan 2007 – Julai 2008)
 Pelajar lelaki tingkatan 5
Cara Mengumpul Data
 Kaedah temu bual.
1. Temu bual semi struktur
2. Temu bual tidak berstruktur.
 Kaedah bersemuka secara individu.
 Merakam temu bual dengan menggunakan pita
rakaman
Analisis Data
 Kaedah kualitatif
 “line by line” dan “by hand”
 Laporan berbentuk deskriptif
 Menggunakan bahasa ekspresif
 Memaparkan suara subjek dalam bentuk teks
Perbincangan
Jenis Buli
i. Buli Fizikal – memukul, menendang, menampar,
mencubit, menarik rambut dan peras ugut
ii. Buli verbal – menghina, mentertawa dan mengejek

Punca buli
i. Diri sendiri
ii. Rakan sebaya
iii.Keluarga
iv.Persekitaran sekolah dan guru
Jadual 1: Jenis buli dalam kalangan responden

Jenis buli yang dilakukan oleh responden


Responden
Fizikal Verbal
P1 Memukul dan Mengejek dan
menumbuk mentertawa
P2 Memukul, menampar,
menendang,
P3 Memeras ugut, menarik Mengejek, menghina
rambut, mencubit, dan mentertawa
menendang
P4 Memukul dan menolak
Dapatan kajian mendapati semua responden melakukan
buli fizikal . Sementara P1 dan P3 melakukan buli verbal.
Bagi jenis buli fizikal, perbuatan memukul adalah paling
dominan. Di dapati 3 respondenden iaitu P1, P2 dan P4
memukul pelajar lain.

“..... Ala, itu cerita lama cikgu. Sekarang


dah ok cikgu. Lagipun saya hanya pukul
dia... ”
(P1, baris 030)

“..Bukan pukul saja cikgu. Kita sepak dia,


lepas tu kita tendang dan kawan-kawan...”
(P2, baris 038)
Peras ugut - P3 telah memeras ugut mangsa
dengan meminta duit terutama kepada pelajar
yang kecil. Dia melakukan peras ugut di asrama.

“ ...ada.. selalu juga cikgu..di asrama


biasanya. Tapi budak kecik ja yang kita
pau! Senang cikgu....budak kecik...
..boleh makan punya... ”
(P3, baris 046 dan 047)
Jadual 2: Punca buli dalam kalangan responden

Responden Punca atau faktor yang menyebabkan


responden membuli
P1 Diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga

P2 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan


persekitaran sekolah
P3 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan
persekitaran sekolah
P4 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan
persekitaran sekolah
Semua responden melakukan perbuatan buli kerana
dorongan dalam diri sendiri seperti perasaan ego dan
menunjukkan kekuatan dan ’kekuasaan diri’.

P2, P3 dan P4 mengatakan mereka tidak tahu sebab yang


munasabah membuli. Ketiga-tiganya melakukan
perbuatan buli untuk keseronokan dan suka-suka
sahaja.
“....Tak tahu la cikgu. Tak pasti pula.
Tapi kita orang seronok kot.... ”
(P3, baris 034)

“Ha...a...err....betul cikgu. Bukan dia


yang mula. Saya yang mula cikgu. Tapi
saya main-main aja.”
(P4, baris 024 dan 025)
Pengaruh rakan sebaya paling dominan. Keempat-empat
mengatakan bahawa mereka melakukan buli kerana diransang
dan dicabar oleh kawan-kawan.

“ Ia la cikgu...kita ikut kawan. Satu geng cikgu.


Kawan ajak sekali, kita pegi la balun. Kawan
punya pasal cikgu.”
(P1, baris 034 dan 035)

“ ... Kawan-kawan cabar saya cikgu. Saya pun


buat la.... ”
(P4, baris 040)

Responden juga mengatakan bahawa mereka tidak takut membuli


kerana kumpulan yang kuat, semuanya pelajar tingkatan 5.

“ Kita campur sejak tahun lepas lagi. Maklumlah


cikgu kita dah Tingkatan 5 dah. Dah serasi cikgu... ”
(P1, baris 038 dan 039)
Faktor keluarga ialah seperti penceraian ibu bapa,
kurang mendapat kasih sayang keluarga, masalah
kemiskinan, dan sebagainya.
”.....Dah cerai cikgu.. lama da. Saya duduk
dengan emak je. Ayah tak tahu lah, entah
mana!...”
(P2, baris 067)

Faktor lain seperti selalu dimarahi dan dipukul oleh ibu


bapa ataupun kerana terlalu dimanjakan

”......Bukan marah saja cikgu. Ayah saya


garang. Saya dah biasa dipukulnya...”
(P3, baris 078 dan 079)
Faktor persekitaran sekolah ialah seperti guru,
suasana sekolah, lemah dalam mata pelajaran,
lemah pencapaian akademik dan sebagainya.
”Tanya tu..tanya juga cikgu. Tapi kita budak bodoh
cikgu. Sapa la yang suka. Lagipun dia hanya suka
budak terror saja.”
(P1, baris 048-059)

“......Bukan semua juga cikgu. Dah saya memang tak


pandai. Kadang-kadang ada guru tu yang selalu
menengking tak tentu pasal...”
(P1, baris 065 - 066)

“....Ia la, saya bukan orang pandai cikgu. Mestilah kena


marah....”
(P3, baris 070)
Implikasi Kajian
 Perlakuan membuli banyak berkaitan dengan emosi
pelajar. Pelajar sedang meniti alam remaja mudah
terbawa-bawa dengan emosi bersifat negatif.
 Remaja mempunyai emosi dan ego yang tinggi,
manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah
diri (inferiority complex). Mengikut teori perkembangan
psikososial Erikson, setiap individu akan melalui 8
peringkat perkembangan.
 Menurut Farrington (1993), perlakuan buli di sekolah
merupakan salah satu tingkah laku awal yang
menyumbang kepada perkembangan jangka panjang
pola tingkah laku anti sosial dan jenayah.
Langkah-langkah Mengatasi Buli
 Rigby (1996), menggunakan 3 pendekatan untuk
menangani masalah tingkah laku buli iaitu;
Pendekatan moral - pendekatan ini menghendaki
pelajar-pelajar mematuhi semua peraturan dan nilai
yang ditetapkan oleh sekolah.
Pendekatan undang-undang - ditetapkan dalam
Ordinan Pelajaran dan melalui pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran.
Pendekatan kemanusiaan -iaitu lebih bersifat
kemanusiaan.
 Sekolah sendiri perlu mengadakan program
mencegah buli. Aktiviti yang berbentuk motivasi .
Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dll.
 Kementerian Pelajaran perlu merangka serta
membentuk program latihan kepada guru-guru
tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan
menangani masalah perlakuan buli
 Pihak Kementerian Pelajaran juga boleh
memperkenalkan kurikulum pencegahan . Wise
(1999) menyatakan bahawa komitmen yang tetap
kepada kurikulum pencegahan oleh para pendidik
merupakan langkah yang terbaik bagi melindungi
kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah.
 Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama
dengan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
sekolah merupakan antara program pencegahan buli
yang tinggi keberkesanannya.
 Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran
Negeri dan pihak sekolah sendiri harus membentuk
satu persekitaran sekolah yang selamat untuk
pelajar belajar. Murphy et al. (1985), menyatakan
sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah
yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang
selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran.

 Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang


cemerlang dan gemilang seperti yang terkandung di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tidak
akan tercapai sekiranya perlakuan negatif seperti buli
masih berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.
Kesimpulan
Jenis buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di SMK Ulu
Layar, Betong Sarawak ialah buli fizikal dan verbal. Punca
buli dibahagikan kepada 4 iaitu faktor individu, rakan sebaya,
persekitaran sekolah dan guru serta faktor keluarga.
Rujukan
Banks, R. (2000). Bullying in schools. Diakses pada 27 Ogos 2008
daripada
http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Home.portal.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Penyelidikan Statistik. Buku 1. Kaedah


Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic


facts and effects of a school-based intervention programme. Dalam
Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of
childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The
Australian Council For Educational Research Ltd.

Tattum, D. (1988). Violence and aggression in schools. Bullying in schools.


Stoke-on-Trent: Trentham Books.
Lampiran
Lampiran A1 - Temu bual Responden Pertama.
(Muka surat 21-23)
Lampiran A2 - Temu bual Responden Kedua.
(Muka surat 24-26)
Lampiran A3 - Temu bual Responden Ketiga.
(Muka surat 27-30)
Lampiran A4 - Temu bual Responden Keempat.
(Muka surat 31-33)
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like