You are on page 1of 22

BEGIN

WITH THE
END IN
MIND
APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ?
POST SUMMERCAMP 2008 “BUKAN KERNA NAMA”
MANUSIA ITU
YANG UTAMA
Diari Kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Penceramah Jemputan Summercamp IPIJ 2008

“ Cadangan ustaz, elok kita peruntukkan satu malam untuk peserta membuat persembahan.
Bukan apa, selain mereka berpeluang untuk ekspresi diri, malam itu juga adalah peluang
untuk semua orang rehatkan kepala,

saya memberikan cadangan semasa sesi muhasabah.



Summercamp 08 anjuran IPIJ di Ibaraki kali ini kelihatan semacam ada kekurangannya.

Selain daripada tiadanya malam persembahan, program kali ini juga tidak banyak menggunakan alat
bantuan teknologi. Tiada klip video yang canggih-canggih, sebagaimana pengajur dan peserta PUISI
atau program-program lain yang pernah saya hadir sebagai trainer. Jujurnya, saya memang kagum
dengan kreativiti pelajar-pelajar era 2008 ini. Klip video yang mereka hasilkan, cukup hebat bukan
sahaja dari segi kreativiti idea, malah teknik audio visual yang digunakan juga, mencapai tahap pro-
fesional.

Penggunaan Youtube©, dan saluran media internet yang lain, menjadi bahan promosi yang diguna
pakai secara meluas sekarang ini.

Tetapi tidak untuk Summercamp 2008.

Segalanya serba sederhana.

Bagi peminat klip video dan flash yang canggih-canggih, mungkin terasa benar kekurangan kali ini.
Kekurangan kerana meraikan era ICT.

DULU-DULU
Saya sudah terlibat dalam program seperti ini semenjak sekian lama. Bermula sebagai peserta, hing-
galah ‘naik pangkat’ menjadi penceramah atau trainer. Dulu-dulu, program dilaksanakan dalam
keadaan serba dhaif. Serba sederhana.

Teringat saya kepada suasana Perhimpunan Musim Sejuk yang banyak dianjurkan di UK dan Ire-
land. Program diadakan dengan menyewa sekolah Islam seperti Hijra School di Birmingham, atau
jika ada bajet yang mengizinkan, naik sedikit kepada menyewa Pusat Islam Muadz dan yang seum-
pama dengannya. Di tempat sebegini, peserta lelaki, umumnya hadir dengan membawa sleeping
bag. Tidur di dewan, atau surau, serba dhaif berlantaikan karpet di atas batu keras tanpa tilam.

Berbeza dengan beberapa program yang saya sertai lewat beberapa tahun kebelakangan ini. Per-
himpunan-perhimpunan pelajar diadakan di lokasi yang lebih selesa. Sesuai dengan kemudahan di
hotel atau resort, peserta tidak lagi tidur dengan sleeping bag di dewan solat, tetapi berkatil dan
penuh keselesaan.
Kemudahan semakin dimanfaatkan.

Jika dahulu, penggunaan powerpoint yang asas pun sudah dianggap satu kemajuan, kini penghasi-
lan video dan penggunaan flash sudah menjadi seperti perkara biasa dan kemestian.

NOSTALGIA
Namun, Summercamp 2008 kali ini mengembalikan nostalgia lama. Tanpa kemudahan yang cang-
gih-canggih biar pun di negara maju seperti Jepun, segalanya begitu tradisional.

Semua ceramah diadakan di dewan besar yang suatu ketika menjadi tempat latihan samurai. Pend-
ingin hawa tidak digunakan. Hanya kipas biasa dan angin suam-suam kuku yang menerjah celahan
pintu tradisional SHOJI seperti yang pernah ditonton di dalam rancangan Oshin atau Doraemon.
Peserta juga tidak duduk di atas kerusi, sebaliknya hanya bersila di atas lantai beralas tikar bambu.

Saya juga memberikan sepenuh ke- bebasan kepada peserta untuk menger-
eng, berbaring, bersandar, selagi mana mereka
selesa dan dapat memberikan tum-
puan kepada pengisian.

Begitu asas.

Begitu tradisional.
Peserta lelaki pula tidur di dewan
ceramah, dengan berselimutkan
kain nipis sesuai dengan cuaca
musim panas di Ibaraki. Berlong-
gok sana berlonggok sini, malah
untuk terus tidur, jadi masalah
pula. Biar pun lampu sudah di-
tutup, mulut masih bercakap-
cakap di dalam gelap, mem-
bangkitkan kenangan betapa
peristiwa sebeginilah yang ban-
yak menyumbang kepada ukhuwwah yang dikenang
biar sedekad masa berlalu.

Terima kasih kepada penganjur kerana menyediakan bilik khas untuk saya berehat. Bilik kecil terse-
but juga begitu asli, malah saya berasa cukup selesa berehat di atas tilam dengan kepala berlapik-
kan bantal kekacang yang disediakan.

RAMUAN BERKESAN
Rupa-rupanya, segala yang asas itulah ramuan yang berjaya menghasilkan suatu perasaan yang
sering hilang dari program kebelakangan ini. Kemesraan sesama peserta juga bersama saya sebagai
penceramah, banyak terkesan oleh cara kami duduk, berehat, bersantai dan beramah mesra.

Dalam suasana yang serba sederhana itulah, program kali ini berakhir dengan tangisan yang datang
sendiri. Tanpa dipaksa-paksa.
Dalam segala kemudahan infrastruktur yang ada, manusia jua prima causa yang menjadi penentu
segalanya. Tiada apa yang kurang, selagi manusia dihargai dan diberi keutamaan tertinggi.

Dalam sebuah program, penentu kesan dan kejayaannya adalah manusia peserta.

Dalam sebuah rumahtangga, penentu bahagia adalah kualiti manusia


ahlinya.

Dalam sebuah masyarakat, penentu sejahtera adalah manusia komuniti-


nya.

Dalam sebuah negara, penentu kesenangan, ketenangan dan kese-


jahteraan adalah manusia rakyatnya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sebuah kaum, sehinggalah mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Manusia adalah faktor perubahan. Jika mahukan penambah baikan, maka keutamaan mesti diberi
kepada kesungguhan kita membentuk manusianya. Summercamp IPIJ 2008 telah memberikan de-
monstrasi yang berkesan tentang perkara ini.

Korekaramo ganbatte kudasai!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


56000 Kuala Lumpur
Purpose Of Life
Apa Maksud Menjadi MUSLIM?
Kita pernah ditanya suatu masa dahulu oleh cikgu, “Awak nak jadi
apa bila besar nanti?” atau “Apa cita-cita awak?”. Jawapan-jawapan yang
mungkin keluar dari mulut kita; cikgu, ahli bomba, doktor, polis, dan sebagainya.
Sekarang kita fikirkan semula, apa yang kita cari di sebalik cita-cita kita semasa kecil dahulu. Apabila
ditanya mengapa kita hendak menjadi seorang cikgu, jawapannya ingin berbakti kepada anak bangsa.
Apabila ditanya mengapa ingin sibuk berkerja seperti doktor, katanya mahu membantu mereka yang di
dalam kesusahan. Dan tidak lupa juga kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk mencari kemewa-
han dan kekayaan. Setiap perkara yang kita lakukan, kita impikan, ada tujuannya. Jadi, mari kita
fikirkan sesuatu yang lebih besar signifikasinya; apa tujuan anda hidup di muka bumi ini?

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beri-
badat kepadaKu.
( Surah Adh-Dhariyat : 56 )

Apa yang anda semua maksudkan dengan MANUSIA?


Hamba Allah, khalifah, pentadbir alam, penegak kalimah Lailahaillallah,
pelaksana amar maaruf nahi munkar… begitu banyak sekali huraiannya. Dan Pen akan hilang
semuanya benar belaka.
maksudnya, bila
Saya seorang Muslim, dan apa erti saya menganut Islam? tidak berdakwat
dan begitu jualah
Islam : 1. tunduk dan patuh kepada Allah SWT, 2. keamanan , keamanan manusia…
Muslim : mereka yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT

Seorang Muslim ialah juga seorang manusia.

Manusia membawa maksud yang sebenarnya sama sahaja dengan ciptaan Allah SWT yang lain. Se-
muanya pun tunduk dan patuh kepada Allah, dari planet yang berputar, siang dan malam yang berganti
sehinggalah darah yang mengalir di dalam diri ini. Semuanya berfungsi mengikut maksudnya, menurut
segala peraturan dan perintah Allah. Tidak ada suatu masa, yang planet akan berubah orbitnya me-
lainkan atas keizinanNya. Cuma yang membezakan antara manusia dan ciptaan lain, ialah nikmat untuk
membuat pilihan. Di sinilah, pilihan inilah yang dapat merealisasikan maksud atau menidakkan maksud
MANUSIA itu sendiri.

Berdasarkan maksud Islam dan Muslim di atas, merealisasikan maksud manusia atau khususnya seo-
rang Muslim membawa kepada kesejahteraan dan keamanan dalam hidup. Contohnya, peraturan Allah
menetapkan yang manusia perlu bernafas untuk hidup dan tanpa kita sedari, badan kita patuh pada
perintahnya dengan proses pernafasan yang memberi nikmat hidup kepada kita. Andai kata, satu masa
kita hendak berpaling dari kepatuhan itu, seminit sekalipun dengan menahan nafas akan memberikan
kesakitan dan kemudaratan kepada kita. Bayangkan pula andai seluruh hidup kita dilalui dengan
berpaling dari peraturan dan perintahNya, bagaimana pula kesakitan dan kemudaratannya nanti.
Teori tauhid 200% = Syariatullah 100% + Sunnatullah 100%
Kepatuhan dan ketundukan kita kepada Allah ialah pada 2 dimensi ini, syariatullah dan sunnatullah.
Syariatullah adalah hukum Allah berkenaan perkara-perkara yang halal, haram, wajib, sunat,
makruh dan lain-lain. Di mana Sunnatullah atau Law of Nature pula ialah hukum alam yang telah
ditetapkan oleh Allah. Seperti kejadian siang dan malam, kewujudan graviti, pergerakan bumi
mengelilingi matahari dan lain-lain lagi. Seorang pelajar tidak akan berjaya dalam peperiksaan tanpa
usaha untuk membaca, belajar, mendengar dan bertanya. Ini mematuhi hukum sunnatullah. Seba-
gai Muslim yang semestinya mematuhi hukum syariatullah, sepanjang proses pembelajaran dan
menduduki peperiksaan, solat dan doa yang tidak putus-putus kepada Yang Maha Esa, tidak mela-
kukan sebarang perlakuan yang melanggar hukum syariat (meniru, menipu dan sebagainya). Halal
dan haram dijaga. Kenapa kedua-dua hukum ini perlu dijaga dan dipatuhi?

3 soalan yang perlu kita fikirkan bersama:

Dari mana asal kita?


Mengapa kita di sini?
Dan ke mana kita selepas ini?
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
( Surah Al-Anaam : 162 )

Mematuhi hukum sunnatullah memastikan keberkesanan dalam tugas atau kerja yang kita lakukan.
Tunduk dan patuh pada Allah dengan menyempurnakan hukum syariatullah memastikan keamanan
dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Fikirkan semula, apa tujuan kita berada di muka bumi ini. Fikirkan semula, apa makna Muslim dalam
kamus hidup kita.

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat
yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya;
(balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
( Surah At-Taubah : 72 )

Jangan sampai hilang maksudmu… jangan jadi seperti pen yang tiada dakwatnya…
Dua gerabak. Lambat-lambat. Dua jam satu

Aku membawa pandanganku ke arah jendela. Aku kini dalam perjalananku pulang ke “kampung”.
Terasa begitu lama ku tinggalkan “kampungku” Yamaguchi. Aku kira lebih sebulan aku membawa diri
mengembara ke kawasan Kantou. Dan hari ini aku kembali. Jujur untuk aku katakan yang kini aku
terasa amat janggal. Kalau dahulu aku di himpit di celah-celah himpitan “sardine manusia”. Tapi dalam
futsu densya yang sedang aku naiki ini aku bebas sama ada mahu duduk atau berdiri. Malah aku bisa
sekali berbaring jika aku mahu!

“すいませんね…” Tiba-tiba beg yang ku sandarkan di tepi kerusi jatuh menimpa kakiku. Seorang
makcik tua yang sedar dirinya secara tidak sengaja menjatuhkan begku meminta maaf sambil melem-
parkan senyuman yang sangat manis. Aku rindukan senyuman itu. Pada saat itulah aku sedar yang aku
bagai “kehilangan” senyuman itu. Selama sebulan lebih aku di kawasan bandar, selama itulah aku kehi-
langan senyuman dan ucapan walaupun sekadar ucapan “こんにちは..”. Barangkali terlalu sibuk
mengejar masa dan tidak sempat walau sekadar untuk memaniskan wajah. Sedar tak sedar, aku turut
terpengaruh dengan keadaan itu.

Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa di sana. Jauh sekali untuk membandingkan antara satu
sama lain. Kita berada di negara orang. Terima dengan terbuka, ambil sebagai ibrah melayari
bahtera kehidupan. Cuma aku teringat kembali pandangan Haji Google ( baca: Ustaz Hasrizal )
bila mana beliau di tanya bagaimana untuk berdakwah di kalangan masyarakat Jepun. Konsep
dakwah itu luas. Janganlah dipersempitkan fikiranmu itu. Masih ingat lagi dengan konsep input,
proses dan output yang telah sama kita hadamkan di Summer Camp dulu? Aqidah sebagai
input, ibadah sebagai proses, dan akhlak itu pula output.Ah! Memaniskan muka itu juga satu
akhlak yang mulia bukan? Sama-sama kita tunjukkan kbahawa Islam itu punyai umat-umat
yang ceria, yang menyejukkan dan seterusnya mengikat hati-hati yang memandang terpi-
kat dengan keindahan Islam.

Kini aku sudah kembali ke “kampungku” Yamaguchi. Mengisi sisa-sisa akhir percutianku
di sini membuatkan aku rindu pada pengembaraanku. Menghayati keindahan malam di
Odaiba, kehalusan dan keunikan senibina Venus Fort di Pallete Town, keseronokan di
Kota Keriangan Disney Land dan banyak lagi.

Bukan itu semua! Bukan!

Aku rindukan saat mengisi hari-hari dalam bulan Ramadhan bersama teman-
temanku. Satu per tiga malam di isi untuk sama-sama bermunajat kepadaNya
sebelum mengisi perut untuk bersahur. Hari siangnya pula tidak di sia-siakan.
Mengisi masa seoptimum mungkin untuk menambah kredit dalam Ramadhan.
Dan yang paling menyentuh hatiku pabila melihat semangat teman-temanku
bermujahadah untuk turut sama berjamaah dan beriktikaf di masjid. Walau-
pun mengambil masa lebih dari satu jam, terpaksa bertukar densya bee-
berapa kali ditambah lagi berjalan kaki selama lebih setengah jam untuk
tiba ke masjid. MasyaAllah, moga Allah limpahkan ganjaran sebanyak-
banyaknya untuk mujahadahmu itu.
Benar kata Haji Google, ibadah itu merupakan
amalan yang “hidup” hasil kepercayaan yang
mendalam terhadap akidah yang di anuti dan
di yakini. Walau sejauh mana, sesusah mana
sekalipun, jika iman berpasak teguh dalam
diri, ia bukan menjadi batu penghalang un-
tuk merebut kesempatan mendekatkan diri
padaNya.

Sekadar coretan dari insan yang tidak punya apa-apa selain mahu
berkongsi rasa..
Moga setiap saat dapat menikmati “rasa bertuhan” dan meningkatkan nilai
tambah dalam ibadah..

Sekadar coretan pena,


Memahami konsep Muslim pada ‘Aqidah, ‘Ibadah dan Akhlaq

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di
hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat
hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak
seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW
lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak
tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa
engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad
itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah)
sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula
yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para
MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau
percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia
berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan
itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.
Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang
yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda
bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan
tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak
berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba
memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku
terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa
lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda
bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk
mengajar kamu tentang agama kamu.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Hadith di atas merupakan salah satu hadith yang terdapat di dalam buku Hadith 40 oleh Imam Na-
wawi yang jelas menerangkan tentang apa itu Iman, Islam, Ihsan dan juga tanda-tanda Qiamat.
Iman merupakan aqidah atau pegangan hidup seorang Muslim yang mana dia wajib meyakini baha-
wa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kemudian, membuktikan keima-
nan dengan perlaksanaan ibadah dan syariat yang telah diamanahkan Allah melalui Islam. Dan hasil
kepada kesempurnaan aqidah dan ibadah inilah yang membentuk ihsan, iaitu kesungguhan dalam
melakukan setiap perkara yang ditunjukkan melalui akhlaq.
Jadi di sini, kita dapat melihat bagaimana 3 perkara ini saling berkait dan menjadi asas kepada pem-
bentukkan seorang Muslim. Aqidah sebagai input, ibadah sebagai proses dan akhirnya membentuk
akhlaq sebagai output. 3 aspek ini menjawab 2 persoalan utama dari hidup manusia; dari mana dan
mengapa kita berada di muka bumi ini. Persoalan ke mana kita selepas ini pula dijawab dengan
keyakinan kita kepada kehidupan selepas mati, akhirat. Sama seperti seorang pelajar yang belajar
bersungguh-sungguh sehingga tibanya hari peperiksaan, begitu juga seorang Muslim yang
bersungguh-sungguh menguatkan aqidahnya, menyempurnakan ibadahnya dan mempercantik
akhlaqnya sebelum tiba Qiamat. Hari Qiamat merupakan dateline kepada perlaksanaan dan
penyempurnaan Iman, Islam dan Ihsan.

Tahap kepercayaan dan keyakinan kita kepada sesuatu akan mencorak perspektif kita terhadap
dunia. Kita akan memandang setiap perkara dari sudut berbeza kerana nilai
yang wujud hasil dari kepercayaan kita itu. Seterusnya, pandangan inilah yang
membentuk perilaku kita dalam memproses sesuatu. Contohnya, seorang
kanak-kanak berumur 3 tahun lebih gemar kepada coklat berbanding duit RM10
kerana padanya terdapat nilai pada coklat itu. Kanak-kanak ini yakin bahawa
coklat itu lebih enak dan sedap berbanding RM10 yang ditawarkan tadi. Jika
ditawarkan RM10 atau coklat kepada seorang remaja berumur 15 tahun, sudah
tentu duit menjadi pilihannya. Pada usianya, dia sudah memandang dunia
dengan cara berbeza dan nilai itu terletak pada wang ringgit, kerana yakin
dengan RM10 itu, dia dapat membeli lebih banyak coklat dan akan menjadi
lebih bahagia. Itulah kesan nilai dalam hidup kita. Sama jugalah dengan meletakkan kepercayaan
dan keyakinan kepada Maha Pencipta. Tahap keyakinan yang berbeza, memberi nilai yang berbeza
pada seseorang individu.

Nilai-nilai ini akan memandu seseorang ke arah perlaksanaan dan penyempurnaan Islam. Inilah
antara sebab mengapa ’aqidah menjadi input , foundation kepada Islam itu sendiri. Setelah
seseorang itu memahami nilai setiap perkara dalam hidupnya, dia akan melakukan setiap perkara
mengikut nilainya. Ini yang dikatakan ibadah iaitu memproses input untuk menghasilkan kualiti
tertentu.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.
( Surah Adh-Dhariyat : 56 )

Ibadah ini juga merealisasikan maksud manusia itu dijadikan, menjalani hidup mengikut tujuan
hidup yang telah dicorakkan ke atas kita. Jika beribadah kepada Allah menjadi satu-satunya tujuan
hidup manusia di muka bumi ini, bermakna setiap waktu dan setiap ruang seharusnya dimanfaatkan
untuk beribadah kepada Allah. Adakah ini bermaksud kita seharusnya berada di atas tikar sejadah
24 jam sehari semalam? Di sinilah, konteks ibadah khusus dan ibadah umum perlu difahami. Ibadah
khusus meliputi segala amalan-amalan wajib dan sunat yang telah disyariatkan oleh Allah; solat,
puasa, zakat, haji, sedekah dan sebagainya. Kalau dikira peratusan setiap hari yang kita habiskan
untuk melaksanakan setiap tuntutan Allah ini, mungkin hanya mengambil kurang daripada 1/3 dari-
pada hidup kita seharian. Waktu tidur dan rehat
pun sudah mengambil lebih kurang 1/3 dari
hidup kita. Jadi bagaimana kita hendak mematuhi
tujuan hidup semata-mata beribadah kepada Al-
lah? Amalan-amalan dan rutin seharian yang kita
lakukan setiap hari, kita tukarkan kepada ibadah;
ibadah umum. Dengan ini, sehari semalam hidup
kita dapat diterjemahkan kepada hidup untuk
beribadah kepada Allah. Namun, beberapa syarat
perlu dipatuhi sebelum amalan-amalan dan rutin
harian kita diterima sebagai ibadah.
• Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam
• Amalan itu dikerjakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt
• Amalan-amalan itu hendaklah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak Nabi
saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Baihaqi yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah swt
suka apabila seseorang dari kamu membuat suatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”
• Ketika membuat kerja-kerja hendaklah selaras dengan hukum syara’ dan tidak melampaui
batas-batasnya: tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau
merampas hak orang lain.
• Jangan sampai mengganggu atau melalaikan ibadah pokok seperti sembahyang, puasa dan
sebagainya sesuai dengan kehendak firman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak
pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah) sesiapa
yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Äl-Munafiqun : 9)

Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti ke-
hidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan
hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun
begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus.

Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):
‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka
dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu.”
(Fussilat : 30 )

Syariat-syariat yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita merupakan satu proses dan seperti
yang telah diterangkan di atas, proses ini bertujuan untuk melahirkan kualiti-kualiti tertentu pada
diri manusia. Kualiti-kualiti ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu taqwa (kualiti kita dengan Allah),
akhlak (kualiti kita sesama manusia), dan itqan (kualiti kita dengan pekerjaan kita).

Kata-kata dari Syeikh Fathi Yakan, “Akhlaq yang mulia itu adalah matlamat paling asas bagi risalah
Islam, sebagaimana yang telah diungkapkan mengenainya oleh Al-Rasul SAW di dalam hadith
Baginda:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan AKHLAQ


(Hadith dikemukakan oleh Ahmad dan lain-lainnya)

Akhlaq yang mulia itu adalah hasil daripada ibadah didalam Islam.Tanpa itu, nescaya kekallah
ibadah itu sekadar ritual dan pergerakan fizikal tanpa nilai, atau faedah”.

Imam Ghazali r.a. mengatakan: akhlaq ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang
menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu
dinamakan akhlaq yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan
akhlaq yang buruk.
Akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu,
kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu,
kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama
manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
Persiapan umat Islam untuk menjadi umat cemerlang harus dilengkapi dengan tuntutan untuk
dijadikan alat komunikasi dengan sesama manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlaq mulia, yang
diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu
komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.

Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat
dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlaq berperanan untuk
melengkapinya. Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang
dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlaq dan ibadah meskipun ibadah itu
berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang
digariskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah
merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk
melindungi diri dari kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah
tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama.

Jadi di sini, kita dapat lihat gambaran besar kaitan antara ketiga-tiga aspek penting dalam hidup
seorang yang bergelar Muslim. Soal input perlu dititikberatkan yang mana, kepercayaan kita pada
sesuatu akan menentukan cara kita bertindak dan memproses. Seterusnya menghasilkan satu
output yang baik iaitu melalui kualiti kita sebagai seorang manusia.

Adakah celupan yang lebih baik dari celupanNya?

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya
ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah
yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami
beribadat.
( Surah Al-Baqarah : 138 )
DIARI
KEMBARA
Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah
pengalaman. Itulah ungkapan yang dapat kami
simpulkan sepanjang perjalanan kami ke negara
matahari terbit, Jepun. Melancong ke negeri orang me-
manglah merupakan suatu yang amat menyeronokkan. Melalui
pengembaraan inilah kita dapat melihat kecantikan panorama dan
keunikan budaya dalam sesebuah masyarakat.

Tambahan lagi, Jepun merupakan negara yang menyaksikan pertumbuhan pesat teknologinya,
pembangunan yang memberansangkan, dan juga disiplin penduduknya yang amat mengagumkan.
Semua ini dapat kami rangkumkan dalam satu simpulan kenangan yang amat berharga untuk kami
ingati dan tidak mungkin dilupakan.

Namun itu semua hanyalah salah satu cabang kecil dari pokok matlamat kami ke sana. Me-
lalui program Summer Camp 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya itu, dapatlah sedikit se-
banyak kami menyuburkan jiwa dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang telah kami perolehi
sepanjang berkampung selama 5 hari di Ibaraki itu.

Sesuai dengan tema “Bukan Kerana Nama”, saya sekali lagi ingin melafazkan ucapan ter-
ima kasih atas layanan baik yang telah diberikan kepada kami semua. Selama hampir 2 minggu
berukhuwwah bersama-sama teman, terutamanya dengan Ustaz Hasrizal, sangat banyak ilmu dan
kenangan manis yang kami telah peroleh. Namun, tidak semua dapat saya simpulkan dalam warkah
yang ringkas ini.

Keramahan, keterbukaan dan juga kesudian kita berkasih sayang ini diharap dapat
diteruskan bagi menyuburkan lagi semangat ukhuwwah sesama kita. Secara jujurnya, kami begitu
terharu atas layanan semua, hinggakan kami berasa tidak kekok walaupun baru sehari dua berke-
nalan.

Namun, hebatnya program Summer Camp pada kali ini bukanlah hanya terletak pada
utuhnya ikatan kasih sayang yang ditunjukkan. Tetapi yang paling mengujakan kami adalah
pengisian yang kami anggap sebagai “first class” oleh Ustaz Hasrizal. Pembahagian modul-modul
serta penyampaian yang begitu memuaskan hati kami serta berbaloi untuk kami yang datang dari
jauh ini.

Setelah sekian lama di perantauan, mungkin niat dan matlamat kami sedikit sebanyak
telah tersasar dari perjuangan yang sebenar, maka pengisian yang bernas ini sedikit sebanyak
telah membangkitkan kami dari lena yang panjang dan menyedarkan kami akan tanggung jawab
sebagai seorang abidullah, khalifah Allah, serta daie ilallah.

Pembawaan oleh ustaz Hasrizal ini melatih kami untuk memaksimumkan penggunaan akal
sebaik mungkin serta sesekali tidak memisahkan antara konsep “Sunnatullah” dan
“Syariatullah”. Mungkin ramai di kalangan umat islam kini yang jahil dengan hakikat Islam yang
sebenar dan asyik menyalahkan Islam atas kegagalan mereka dalam sesuatu perkara.
Usaha yang bersungguh-sungguh menjadi hujah mereka bagi mempersoalkan keadilaan
dalam Islam, sedangkan mereka sebenarnya kabur dalam memahami konsep Sunnatullah dan juga
Syariatullah. Berapa ramai dari kalangan kita yang bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran, na-
mun keputusan yang diperoleh tidak begitu memuaskan. Lantara itu, ramai yang mula mencemuh
sistem keadilan dalam Islam. Sedangkan mereka sebenarnya kurang mengerti hakikat Sunnatullah
dan juga Syariatullah.

Konsep proses untuk berubah yang dijalinkan oleh Akal sebagai pencentus tahu, Hati seba-
gai pencentus mahu, serta Nafsu sebagai pencetus mampu ini membawa pengertian yang men-
dalam serta amat bermakna sekali bagi kami yang sentiasa mahukan perubahan dalam diri untuk
menjadi yang terbaik dalam pelajaran maupun sahsiah.

Manakala konsep dakwah inside –out yang berteraskan falsafah erti hidup pada memberi
telah banyak menyedarkan kami akan hakikat dakwah yang sebenarnya. Dalam berdakwah, san-
gat penting bagi kita untuk bersikap sedia memberi dan tidak hanya menunggu untuk menerima
semata-mata. Hidup bersandarkan prinsip ini dapat menimbulkan kepuasan serta lebih merapat-
kan lagi jalinan ukhuwwah antara para daie dan juga madu’.

Konsep ini dapat kita lihat dan contohi daripada Rasulullah dan para sahabat ketika
hidup mereka yang mana mereka sanggup korbankan diri dan harta mereka pada jalan Allah
kerana mereka tahu akan ganjaran Allah di akhirat kelak serta mereka berasa begitu puas dan
gembira sekali dengan sumbangan mereka untuk Islam.

InsyaAllah, berkat doa semua, semoga setiap ilmu yang kita perolehi ini dapat kita gunakan
sebaik mungkin untuk menolong perjuagan di jalan Allah. Dan doakanlah kejayaan kami di bumi
Korea dalam misi untuk mengembleng sepenuh tenaga bagi menjayakan matlamat Islam yang se-
benarnya.

Sebelum mengakhiri lafaz bicara ini, kami sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk men-
gucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak IPIJ dan juga
Ustaz Hasrizal. Semoga bersua lagi di lain masa dan ketika. Salam ukhuwwah fillah. Wassalam

Ikhlas dari,
Saya Mestilah
Meyakini Masa Depan
Islam Yang Gemilang
Kita telah maklum dan meyakini bahawa
Islam adalah satu-satunya manhaj tunggal yang
sesuai dengan tuntutan fitrah manusia. Islam
bukanlah ideologi yang lahir dari akal manusia, “Kenabian akan berada
tetapi ia berasal dari Dia, Rabb yang mencipta- bersamamu selagi mana ia
kan manusia itu sendiri. Dan sudah tentu Pen- dikehendaki oleh Allah, kemudian
cipta mengetahui yang terbaik untuk apa yang Dia mengangkatnya ketika mana
diciptakanNya. Tiada yang lebih baik daripada Dia mahu mengangkatnya.
celupan Allah S.W.T. Kemudian akan tiba pula zaman
Khilafah di atas Manhaj Kenabian
Shibghah Allah[91]. Dan siapakah yang lebih baik selama mana ia dikehendaki oleh Allah, ke-
shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada- mudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia
Nya-lah kami menyembah. (2:138) mahu mengangkatnya. Kemudian datang pula
**Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: ce- zaman Raja Yang Menggigit selama mana ia
lupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang dikehendaki Allah, kemudian Dia mengangkatnya
tidak disertai dengan kemusyrikan. ketika mana dia mahu mengangkatnya. Selepas
itu muncul pula zaman Raja Yang Diktator se-
Nasib umat Islam pada hari ini masih lama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian
terumbang-ambing. Masih ramai orang Islam Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu men-
yang ditindas dan hidup derita. Di negara ma- gangkatnya. Kemudian akan hadir pula zaman
joriti orang Islam pula, tidak sedikit muslim yang Khilafah Di Atas Manhaj Kenabian”
hilang identiti sebagai pelafaz syahadah. Lain (Hadith Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211,
pula di barat, era globalisasi telah membawa At-Tirmidhi 4/503)
orang Islam berhijrah ke seluruh pelusuk dunia
sekaligus membawa mesej Islam bersama Akan tetapi saudara-saudaraku, jaminan
mereka. Semakin ramai orang barat yang kem- dari Rasulullah S.A.W. itu bukanlah tiket percuma
bali pada Islam. Namun secara keseluruhan, bo- untuk beroleh kemenangan. Seperti mana jami-
lehkah kita katakan keadaan umat sekarang nan Rasulullah S.A.W., bahawa Constantinople
adalah gemilang? akan jatuh ke tangan orang Islam. Namun
syaratnya, raja dan tentera yang akan menunai-
Justeru itu tanyalah diri kita sendiri, kan janji Nabi itu, mestilah sebaik-baik raja dan
“Bagaimana pula dengan masa depan Islam?”. sebaik-baik tentera. Beratus tahun umat Islam
Mampukah kita menjawabnya? Soalan itu telah berusaha untuk membenarkan janji Rasulullah
dijawab oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadith S.A.W. tersebut tetapi gagal. Akhirnya Kerajaan
baginda yang bermaksud;Daripada an-Nu’man Turki Uthmaniyyah dibawah pimpinan Sultan Mu-
bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami hammad “Al-Fateh” II telah merealisasikannya
duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir setelah mencapai sebaik-baik kualiti dari sudut
(bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak syariatullah dan sunnatullah. Kualiti mereka bu-
bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau kan sahaja pada taqwa tetapi juga pada persia-
berkata, “Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu pan dan perlaksanaan.
menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang
kepimpinan (al-Umara’)?” Lalu Hudzaifah ber- Justeru itu saudara-saudaraku, ketahui-
kata, “Aku menghafal khutbah Baginda S.A.W.” lah janji Rasulullah S.A.W. bahawa Islam akan
Lantas Abu Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan beroleh kemenangan di akhir zaman ini akan ter-
Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda; tunai juga suatu hari nanti. Persoalaan kecilnya
ialah bila? Namun persoalan besarnya ialah ada-
kah kita
mahu menjadi sebahagian daripada proses kemenangan tersebut atau sekadar goyang kaki
mengimpikan keajaiban berlaku? Tiada jaminan bahawa kita sempat melihat kemenangan Islam di
akhir zaman. Hatta, Rasululullah S.A.W. sendiri tidak sempat melihat Kota Constantinople jatuh ke
tangan orang Islam walaupun baginda sendiri yang menjamin peristiwa tersebut akan berlaku.

Apa yang penting saudara-saudaraku, ialah meluaskan pemikiran dan bekerja mengikut ka-
pasiti masing-masing untuk kemenangan Islam. “Think Big, Act Small”. Tiada masa lagi untuk kita
berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.

Tajuk: Wayang kita.

Semalam,
Ku putar mesin buruk,
Terpapar semuanya di layar lusuh.
Memori itu dimain lembut.
Walau dijemur lanjut umur,
Filem kita takkan luntur.
Lampu suluh yang malap,
tak meruyup tontonanku.

Bertih jagung kau suap,


kenyang perutku tangguk manis.
Resepi kau ajar,
ku jilid jadi satu,
buat tatapan adik-adik.

Kini,
kau pengarah legenda.
Relungan filem itu,
ku ulang tayang berkali-kali.
Walau zaman dah tak searah,
Ceritamu tak pernah basi.
Esok,
kerusi kau akan bertuan;
Dan wayang kita tetap diingatan.

Al-Irfan,
Masjid Asakusa,
Golden Week 2008.
Paradigma Dakwah
Masyarakat masa kini lebih peka terhadap persoalan ibadah khusus (solat,puasa dll) berbanding
dengan kepekaannya terhadap dakwah yang merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan
manusia. Sedangkan dakwah itu sendiri sebenarnya keperluan hidup dalam manusia yang mana
mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dengan keperluan hidup yang lain. Keperluan
hidup inilah yang menuntut manusia supaya tidak bersendirian dalam hidup, bahkan disyariatkan
supaya hidup bermasyarakat. Sesungguhnya hidup manusia saling memerlukan di antara satu sama
lain dalam semua aspek kehidupan. Contohnya, keperluan padi di seluruh negara tidak dapat dica-
pai sekiranya tiada tenaga manusia yang ramai untuk menghasilkan padi untuk semua. Sekiranya
manusia cuba untuk hidup sendirian seolah-olah mencuri sifat Allah yang Maha Esa.

Umat Islam adalah umat dakwah. Melalui dakwah kta dapat berkongsi kebaikan dengan
sesama muslim. Dakwah perlulah dilakukan dengan baik dan bukan dengan tekanan perasaan dan
tanggungjawab semata-mata.

Sebab kewajipan: Dakwah ‘outside in’


Maka akan laksanakan kerja dengan sebab rasa terpaksa. Bila keluar dari dunia dakwah selepas be-
lajar, maka akan datang kewajipan-kewajipan lain. Seterusnya akan mendahulukan kewajipan-
kewajipan lain lebih dari kewajipan dakwah itu sendiri.

Sebab keperluan : Dakwah ‘inside out’


Merasakan dakwah itu satu keperluan yang dirasakan tidak dapat tidak kena ada dalam kehidupan s
harian. Setiap individu kenalah cari satu sebab kenapa rasa seronok buat keja dakwah. ”Kena
seronok buat kerja,baru boleh seronokkan orang lain”

Contoh : 3 orang kerja rumah batu.


• Kerja sebab terpaksa. Kerja dengan wajah yang masam tiada
ceria.
• Kerja sebab dapat gaji. Ada matlamat. Dapat kerja dengan
ceria bila difikirkan gaji yang akan diperolehi.
• Kerja sebab bukan hanya untuk dapatkan gaji, bahkan rasa
gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada bakal
penghuni rumah tersebut.

Dakwah dengan perasaan memberi akan timbulkan bahagia hasil daripada wujudnya rasa kasih
sayang. Dakwah bukan tempat untuk tunaikan kewajipan semata-mata, tapi jadi tempat untuk men-
cari keseronokan diri. Melalui cara ini,maka dapatlah kita kecapi nikmat melalui aktiviti ‘DAKWAH’ itu
sendiri. Melalui dakwah juga dapat kita sempurnakan iman kita dengan berkongsi perkara-perkara
baik sesama muslim.

Justeru, dakwah perlulah dijalankan oleh setiap individu muslim di muka bumi ini sebagai salah
satu keperluan hidup yang memberi satu kenikmatan pada diri kita. Namun, cukupkah dengan ber-
dakwah dengan bersendirian dan sebarkan pengertian dakwah ini dengan tenaga seorang diri? Ten-
tulah tidak mencukupi sekiranya berdakwah dengan bersendirian. Seperti juga dengan keperluan-
keperluan hidup yang lain, dakwah juga perlu dilakukan dengan pengurusan yang cukup rapi bagi
memastikan kita dapat kecapi nikmat yang baik melalui proses dakwah itu sendiri.
Contoh dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi saw sudah cukup untuk diikuti. Dalam pel-
bagai sifat dan sikap sahabat yang dikenali Rasulullah saw,semuanya baginda saw hadapi dengan
kesesuaian diri mereka masing. Setiap soalan yang ditujukan kepada baginda saw dijawab dengan
penuh hikmah bersesuaian dengan keperluan sahabat-sahabatnya.

Pengurusan daripada aspek perlaksanaan secara individu, sehinggalah kepada bentuk kolektif
melaksanakan dakwah. Kerja dakwah perlu dalam bentuk kolektif, berjemaah. Disebabkan satu
keperluan, maka perlu juga dibuat secara beramai-ramai seperti perusahaan makanan serta keper-
luan hidup yang lain. Tetapi, tidak bermakna tiadanya jemaah, maka dakwah tidak perlu dilaksana-
kan secara individu.

Firman Allah swt:


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela aga-
maNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan
yang tersusun kukuh.
(As-Soff : 4)

Dakwah perlulah dilaksanakan dalam berjemaah dengan tersusun. Kebenaran yang tidak sis-
tematik akan kalah kepada kebatilan yang sistematik.

Aktiviti dalam dakwah: Usrah


Usrah bukan tempat untuk mencari ilmu. Tapi, ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah samp-
ingan yang dapat melalui usrah. Usrah juga bukan
tempat untuk berukhuwah (boleh mesra dengan
USRAH ialah ahli jemaah dan juga orang selain dari jemaah).
keluarga Usrah juga bukan tempat untuk update isu semasa.
Dakwah tidak boleh dilakukan secara taklim, tapi
dengan tarbiyah. Dakwah yang disampaikan perlu-
lah diiringi dengan perasaan kasih sayang yakni
hati yang akan memberi kesan yang baik kepada si
penerima.

“Learning without thinking is useless,and thinking


without learning is dangerous”. Ungkapan ini cukup
untuk difahami semua orang. Ilmu yang diperolehi
perlu diproses dengan berfikir, berfikir pula perlu-
kan kepada ilmu untuk tidak memesongkan diri. Belajar tanpa berfikir merupakan perkara yang tidak
akan mendatangkan faedah kepada yang belajar. Begitu juga dengan berfikir tanpa belajar akan
membawa kepada kerosakan yang boleh memusnahkan sesuatu perkara. Justeru, belajar perlulah
diikuti dengan berfikir dan proses yang insyaAllah akan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk
semua.

Usrah terdiri daripada 20% Ilmu, 20% Kefahaman diri, 20% Pengalaman diri, 40% Amali
(bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan Al-Fatihah).

Sampaikan agama melalui cerita. Mulakan dakwah dengan bercerita juga salah satu proses un-
tuk menghidupkan perbincangan. Dengan menghayati apa yang diceritakan dengan sepenuh jiwa
akan memberi kesan kepada hati yang mendengar. Hendaklah juga mengiktiraf cerita sebagai sum-
bangan kepada usrah.

Proses dakwah/perubahan perlu ambil kira keperluan 3 elemen (akal, hati dan nafsu)
• Akal dimuatkan dengan informasi/ilmu (Tahu).
• Hati (iman) kepada sentuhan psikologi untuk memberi dan menerima arahan (orang akan ter-
dorong bila akal dibawa bersama hati).
• Latihan menguasai keinginan nafsu(Mahu).

You might also like