P. 1
Kepentingan Perpaduan Kaum Dan Cara-Cara Mengekalkan Keharmonian Negara Malaysia

Kepentingan Perpaduan Kaum Dan Cara-Cara Mengekalkan Keharmonian Negara Malaysia

4.2

|Views: 112,725|Likes:
Published by Junly Jiang
“Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia.”
“Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia.”

More info:

Published by: Junly Jiang on Feb 12, 2010
Copyright:Public Domain

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/26/2014

pdf

text

original

³Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan

perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia.´

Chen Wei Jiang 665, Lorong Mutiara 6B/3, Taman Mutiara 09700 Sungai Kob, Karangan, Kedah Darul Aman 10 Februari 2010 Ke hadapan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia. Apa yang dikatakan konsep 1Malaysia? Konsep ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan.

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.

Yang Amat Berhormat Dato¶ Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

YAB Dato¶, pada pendapat saya, Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan menjalankan aktiviti bersamasama, berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan di samping mengekalkan keharmonian negara.

Selain daripada pihak kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat diri sendiri turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan. Demi menjamin keharmonian negara, rakyat Malaysia perlu mengelakkan isu-isu sensitif. Usahlah rakyat kita mengungkitkan isu perkauman. Biarlah peristiwa hitam 13 Mei 1969 tersimpan dalam lipatan sejarah. Biarlah peristiwa itu menjadi satu pengajaran kepada rakyat Malaysia hari ini bahawa pentingnya keharmonian dan keamanan antara kaum kepada kestabilan negara. Rakyat Malaysia jangan iri hati terhadap kejayaan dan pencapaian kaum lain, sebaliknya menjadikannya sebagai rangsangan. Kaumkaum yang maju dalam bidang tertentu juga jangan hanya mementingkan diri sahaja. Bimbinglah kaum-kaum yang lain supaya mereka tidak ketinggalan. Jelasnya, sikap masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyayang dapat menjamin dan mengekalkan keharmonian negara.

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia umpama ³bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat´. Aspirasi 1Malaysia yang membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dapat direalisasikan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera.

Yang benar, Jiang (CHEN WEI JIANG)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->