You are on page 1of 5

DRAMA KKBI BM: ASAR BELUM BERAKHIR

Azan Asar berkumandang menandakan masuknya waktu Asar.


Seorang lelaki tua sedang baring sambil mengenangkan nasibnya.

Orang tua : Sudah lama aku dengar, tapi apa boleh buat?

Yatim & adiknya : di sini ada orang ya? Tumpang lalu ya, Assalamualaikum.

Orang tua : eh nanti ! kamu hendak ke mana?

Yatimah : kami hendak ke surau pak cik. Nak solat Asar. Nanti takut terlambat pula.

Orang tua : ooo…(mengeluh)

Yatim: pak cik dalam kesusahan ke? Marilah kita ke surau utk solat berjemaah.

Orang tua: nanti…apa nama kamu?

Yatim: saya yatim dan ini adik saya, yatimah.

Orang tua: kamu tak ada orang tua, yatim?

Yatim: ya, begitulah pak cik. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat.

Yatimah: pak cik ni kenapa? Ada masalah?

Orang tua: pak cik baru sahaja kematian isteri. Orang yang paling pak cik sayang. Baru sahaja
meninggal 3 hari yg lepas.

Yatim: ooo…begitu..

Yatimah: saya ada dengar berita itu. Rupa2nya isteri pak cik ya. Banyak2lah berdoa.

Orang tua: berdoa? Bagaimana?

Yatim: astagfirullah al azim.. berdoalah slepas solat.

Orang tua: sebenarnya, sudah lama…….

Yatim: Ya Allah! Sampai begitu sekali ! pak cik harus mula dari sekarang . bersembahyang,
berdoa.

Orang tua: bagaimana? Bagaimana Yatim? (nada mendesak)


Yatim: mari kita ke surau pak cik.

Orang tua: aku malu..

Yatim: marilah pak cik..

Orang tua: tunggulah orang habis berjemaah dulu.

Yatim: (berfikir)..erm, baiklah..

Yatimah: pak cik ni tak ada anak?

Orang tua: ada, tp…(mengeluh)

Yatimah: tp kenapa pak cik?

Orang tua: pak cik dianggap beban..hmm,kenapa kamu jadi begini nak?

Yatim: takdir telah menentukan pak. Saya sebenarnya dilahirkan dapat melihat keindahan tp
saya ditimpa kemalangan.

Orang tua: begitu malang nasib kamu, nak.

Yatimah: kedua orang tua kami terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Kematian mereka
sangat memilukan.

Orang tua: pak cik faham keadaan kamu nak.

Yatim: saya menangis tidak henti2 lalu penglihatan saya menjadi kabur dan terus x dpat melihat.

Orang tua: oh tuhan..(menangis) betapa hebat penderitaan manusia.

Yatim: pak cik menangis?

Orang tua: ya, pak cik insaf dgn erti kehidupan ini. Dulu, pak cik org kaya tp pak cik tidak pernah
mendekatkan diri pada hal-hal keagamaan. Pak cik suka berjoli, kaki botol.

Yatimah: ya Allah! Adakah kekayaan digunakan di situ?

Orang tua: dengarlah dulu, bila orang tua pak cik mati, semua harta terpaksa dijual.

Yatim: semua sekali?

Orang tua: ya, semuanya.


Yatim: na’uzubillah.

Orang tua: bila semuanya habis, barulah pak cik sedar. Hutang keliling pinggang. Tetapi nasib
baiklah isteri pak cik pandai berjimat. Arwah membeli sekeping tanah untuk dibuat tapak
rumah.

Yatim: erm, dulu pak cik ada mengeluarkan zakat?

Orang tua: x pernah.

Yatimah: astagfirullah al azim.

Orang tua: ( termenung)..yatim, apakah cita2 kamu?

Yatim: cita-cita saya x besar. Sekadar menjadi pendakwah, mengajar kanak-kanak dan org
dewasa yg senasib dgn saya.

Orang tua: oh, begitu mulia sekali kamu, nak.

Yatim: itulah yang saya lakukan sejak berumur 10 thn.

Orang tua: pak cik kasihankan kamu, yatim. Kamu tidak sma seperti org lain.

Yatim: saya bersyukur dan tetap bahagia dan tidak pernah kecewa. Saya anggap ini semua
sebagai suratan takdir.

Orang tua: kamu harus sayangkan diri kamu.

Yatim: saya faham. Pak cik ada keluarga kenalah…….

Orang tua: kena apa Yatim?

Yatim: tugas menjaga ahli keluarga.

Orang tua: bagaimana?

Yatim: mengahadap Allah.

Orang tua: menghadap Allah?

Yatim: ya, kerana kita kena membuat perhitungan sebelum Allah memberikan perhitungannya.

Orang tua: perhitungan bagaimana?


(HADIS)

Orang tua: yatim, kau dengarkah? Aku belum….

Yatimah: pak cik harus mulakan dari sekarang. Jgn putus asa.

Orang tua: bagaimana Yatim?

Yatim: kita harus banyakkan usaha, amal dan sumbangan.

Orang tua: tp bagaimana? Tolonglah aku sblm terlambat.

Yatimah: sabarlah pak cik. Insyaallah, Allah itu maha penyayang, sentiasa peluang dan
keampunan.

Orang tua: aku takut mengahadapinya! Ajarlah aku, bimbinglah aku, Yatim.

Yatim: jangan risau pak cik. Ini sedah menjadi tugas saya sebagai khalifah Allah.

Orang tua: kau sungguh mulia, nak.

Yati: eh, abang Yatim belum ke surau lagi?

Yatim: ooo Yati..belum lagi dik. Sekejap lagi abang pergi.

Yati: kami sudah selesai berjemaah. Baiklah, saya minta diri dulu datuk, abang.
Assalamualaikum.

Orang tua: kanak-kanak itu sungguh baik. Siapa orang tuanya?

Yatimah: yati itu, anak orang kaya, pak cik. Bapanya disegani di kampung ini. Dia selalu
membantu orang susah.

Orang tua: pak cik berasa malu dan kecewa kerana betapa bijaknya orang tua Yati mendidiknya.
Sedangkan anak pak cik sendiri….(menahan sebak)

Yatim: tak pelah pak cik. Mudah-mudahan nanti pintu hati mereka terbuka untuk kembali
kepada bapa mereka.

Yatimah: ya pak cik. Lagipun, pnti taubat itu sentiasa terbuka untuk sesiapa pon.

Orang tua: aku tidak faham!


(suara: bacakan surah al-as)

Orang tua: Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku berada di dalam kerugian yang nyata. Tapi
masalahnya, apakah aku yang serba kotor ini boleh diterima Tuhan?

Yatimah: itu bukan masalahnya. (tersenyum)

Yatim: apa yang pak cik fikirkan tu?

Orang tua: kamu tahu, kadang kala pak cik kagum dengan orang yang seperti kamu. Walaupun
kurang satu pancaindera, kamu masih mempunyai kelebihan yang lain.

Yatim: tidak ada apa yang perlu dihairankan.

Orang tua: oleh itu, pak cik bercadang untuk membantu memulihkan penglihatan kamu.

Yatim: tidak perlu, kerana saya sudah sangat selesa dengan keadaan saya yang sekarang. Saya
khuatir jika sekiranya penglihatan saya pulih, kebolehan menghafal Al-Quran saya akan hilang.

Orang tua: (ketawa perlahan/lembut) kamu lain dari yang lain, Yatim. Baiklah, pak cik
menghormati keputusan kamu.

Yati: (berlari-berlari ke arah mereka) datuk! Datuk! Ada orang mencari datuk.

Orang tua: (kehairanan)siapa? Di mana?

Yati: di surau. Cepatlah datuk.

Yatim: marilah pak cik, nampaknya saat kepulangan dialah yang pak cik tunggu 2 selama ini.

Orang tua: entah la Yatim. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk.

Yatim: baiklah, pak cik berjalan dulu, saya dibelakang. Adik Yati, boleh bawakan kami?

Yati: boleh. Datuk, mari saya pimpin datuk.

Yatimah: mari abang Yatim.

You might also like