You are on page 1of 16

PENDIDIKAN JASMANI

OLAHRAGA
LARI PECUT
(100m, 200m, 400m)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD NAJIB HASSAN BASRI
MOHD FATHUL KHAIR MOHD DAHLAN
SEJARAH LARIAN PECUT
• salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga.
• rujukan awal – pertandingan dalam kalangan pekerja dan orang suruhan
bangsawan.

• Awal abad ke-19:


• acara stade antara acara yang mula-mula dipertandingkan.
• melibatkan acara 192 meter sahaja dan jarak yang terpanjang stadium
digunakan.
• Dialos – acara ulang alik mempunyai jarak 384 m (192 meter x 2).
PERALATAN LARIAN
• dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan.
• bagi acara larian pecut seperti 100 meter, 200 meter dan 400 meter, alatan dan
kemudahan yang digunakan ialah:

Trek larian atau balapan

Blok permulaan atau starting block

Kasut berpaku atau spike


Trek larian atau balapan Blok permulaan atau starting block

Kasut berpaku atau spike


LATIHAN LARIAN
1. Latihan Mendorong
• berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
• berlari mengutip pundi saga atau sebarang objek secara berganti-ganti dalam
kumpulan.
• larian bayang-bayang secara berpasangan; seorang mengejar dan seorang lagi
berlari untuk mengelakkan daripada disentuh.
• lari berganti-ganti secara ulang alik: larian 20 meter berkumpulan.

2. Latihan Teknik Memecut


• berlari dengan melangkah panjang.
• berjalan dengan lutut tinggi; lutut diangkat tinggi.
• berlari dengan lutut tinggi dan diikuti bahagian bawah kaki diluruskan.
• berlari skip dengan bawah kaki diluruskan.
• berlari dengan lutut tinggi dan diikuti bahagian bawah kaki diluruskan.
• berlari menyepak ke belakang.
• berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
• latihan pergerakan tangan; secara berkumpulan berlatih menggerakkan 90
darjah siku bergerak dari pinggul ke paras hidung.
3. Latihan Kekuatan Kaki dan Latihan Pecutan
• melonjak untuk jarak.
• melangkah panjang atau bounding.
• melonjak dan melangkah melepasi halangan yang ditetapkan.
• melompat, memusing, mendekam dan memecut.
• berpasangan; berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.
• berlari dengan menarik beban di belakang.
GAYA LARIAN
1. Gaya Berdiri.

i. Persediaan.
• peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan KE
GARISAN diberikan.

ii. Ke Garisan.
• pelari bergerak ke hadapan dengan meletakkan hujung kaki rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya.
• kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30 – 40 cm dan
mengimbangkan badan.
• bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih kepada pada kaki
hadapan.
• condongkan badan.
• kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan
dengan kaki hadapan.
• jika kaki kiri di hadapan, maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii. Sedia.
• condongkan badan ditambah ke hadapan.
• mata memandang ke hadapan.
• lutut kaki hadapan lebih dibengkokkan.
• kaki belakang tolak ke tanah.
• badan tidak bergerak.
• perhatian ditumpukan kepada pistol atau tiupan wisel.

iv. Mula.
• pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak
kuat kaki hadapan.

2. Gaya Dekam

terbahagi kepada tiga, iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
Gerakan “ke garisan” Gerakan “sedia”

Gerakan “mula”
FASA LARIAN

FASA PERMULAAN

FASA PECUTAN

FASA PENAMAT
FASA PERMULAAN
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok Permulaan

Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru
- blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan
blok hadapan.

2. Gaya sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
FASA PECUTAN
Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk
dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di
belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher


- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan
badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki


- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti
dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.
Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara
30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.


- pecutan berlaku pada awal larian
-95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

Teknik Larian di selekoh

- Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa
'centrifugal'.
- Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk
memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa
'centrifugal'.
- tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.
FASA PENAMAT
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk
berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis
penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan
bahagian torso ke hadapan.
PERATURAN LARIAN
PERATURAN BAGI PELARI.

 Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian peserta lain,
akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara larian akan dilakukan
semula atas budibicara pengadil.
 Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lengkungan dalam trek.
 Pemantau teknikal, akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan,
suku akhir dan separuh akhir.
 Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF; International
Association of Athletic Federation.
 Mana-mana pelari yang false start akan diberi amaran sekali. Apabila
pelari berkenaan melakukan kesalahan kedua, dia akan dibatalkan
penyertaan.
 Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan.
 Sebarang mata tidak akan diberikan kepada pelari yang gagal untuk
menghabiskan perlumbaan.
 Jika perlumbaan melibatkan lebih daripada 10 peserta, saringan akan
dilakukan. Peserta yang teratas dalam senarai perlumbaan saringan akan
bertemu pada pusingan yang seterusnya.

You might also like