You are on page 1of 10

Sistem Liga

(Pertandingan Kalah Mati)


1) Pertandingan Kalah
Mati.
Cara ini mudah dan ringkas
dikeolakan, kalah mati
bermakna sesebuah pasukan atau
peserta yang kalah disingkirkan
terus daripada pertandingan.
Pertandingan jenis ini
mempunyai beberapa variasi
iaitu:
a) Kalah mati sekali d) Kalah
mati bersagu hati
a) Kalah mati sekali.
- Bermakna seseorang peserta atau
pasukan akn bermain sekali sahaja.
Peserta yang kalah akan tersingkir
manakala peserta yang menang akan
meneruskan pertandingan sehingga
terdapat seorang pemenang sahaja
yang tinggal.
-Sistem ini melibatkan perlawanan yang
paling sedikit kerana separuh daripada
peserta telah disingkirkan pada
pusingan awal.
- Sistem pertandingan ini kedua popular
slepas sistem liga kumpulan, sistem
-> Kelebihan.

1. Format mudah difahami.


2. Mampu menerima penyertaan yang
banyak.
3. Bilangan perlawanan yang sedikit.
4. Memerlukan kemudahan yang
sedikit.
5. Masa dan perbelanjaan dapat
dijimatkan.
6. Pemenang dapat ditentukan dengan
cepat.
-> Kelemahan.
1. Perserta atau pasukan bertanding sekali
sahaja
2. Separuh daripada peserta atau pasukan tewas
pada peringkat awal pertandingan.
3. Penggunaan kenudahan secara minimum.
4. Penentuan pemain pilihan adalah penting.
5. Pemenang pada peringkat awal tidak
semestinya peserta atau pasukan pilihan.
Langkah pengolahan
pertandingan seperti
berikut:
Bilangan Peserta Menunggu.

-Jadual perlawanan dapat disusun dengan
mudah dalam sistem pertandingan ini
sekiranya jumlah pasukan yang mengambil
bahagian dalam angka pangkat 2 atau angka
kuasa dua.
 Penempatan Pasukan Pilihan atau seeded.
-Peserta pilihan akan ditempatkan secara
adil dengan sebaran yang menyeluruh.
b) Sistem Kalah Mati Dua
Kali.
- Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada
setiap peserta untuk bertanding sekurang-
kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus
daripada pertandingan. Perserta yang kalah masih
berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir
selepas mengalami kekalahan yang kedua.
- Walaupun sistem kalah mati dua kali ini memberi
peluang kepada peserta yang kalah kali pertama
meneruskan peluang bermain sehingga kalah kali
kedua tetapi sistem ini tetap mempunyai kelebihan
dan kekurangan iaitu:
-> Kelebihan.
1. Peserta bertanding sebanyak dua
kali.
2. Peserta yang kalah sekali masih
berpeluang menjadi johan.
3. Dapat memilih pemenang yang
sebenar.
4. Penentuan peserta menunggu tidak
diperlukan.
-> Kelemahan.
1. Memakan masa yang lebih
panjang.
2. Perlawanan banyak, oleh itu
memerlukan gelangang yang
banyak.
3. Jadual pertandingan yang
kompleks dan mengelirukan.
Sekian,
Terima Kasih…

You might also like