You are on page 1of 2

Program Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

Program Pembangunan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

Program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) ini diwujudkan selaras
dengan hasrat yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 bahawa perlunya diwujudka masyarakat
bumiputera yang berdaya tahan dan berdaya saing supaya mereka setaraf dengan masyarakat bukan
bumiputera, dan penekanan-penekanan yang menyeluruh terhadap bidang pertanian dan makanan
seperti yang dinyatakan di dalan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 1998-2010.

Program Pembangunan MPPB Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaksanakan secara
menyeluruh melalui pelaksanaan komponen-komponen programnya yang berperingkat-peringkat dan
saling berangkaian antara satu sama lain. Komponen utama Program Pembangunan MPPB terdiri
daripada:

* Program Latihan (kursus asas, lanjutan, teknikal, latihan sangkut)


* Program Bimbingan
* Program Penggalakan & Promosi Perdagangan

Dalam RMKe 9, sektor yang diberi tumpuan dalam perlaksanaan RMKe 8 akan diteruskan. Sektor-
sektor tersebut adalah sektor-sektor kecil pertanian strategik dalam bidang pertanian yang merangkumi
peringkat-peringkat pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran serta termasuk juga aktiviti-
aktiviti hiliran dan sokongan. Pada masa yang sama, penekanan juga akan diberikan kepada bidang
yang diberikan tumpuan oleh Kementerian sebagaimana yang dinyatakan melalui DPN3 seperti
bioteknologi dan specialty natural product dan juga bidang yang kurang penglibatan aktif usahawan
Bumiputera seperti pengedaran dan pemborongan hasil pertanian dan makanan.
Matlamat Program Pembangunan MPPB RMK9

Selaras dengan konsep tersebut, matlamat unggul Program Pembangunan MPPB Kementerian
Pertanian untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera Muslim dalam sektor pertanian dan
makanan. Matlamat-matlamat khusus adalah seperti berikut:-

* Melahirkan usahawan muslim yang berpegang kepada nilai-nilai Islam sebagai teras dalam
memupuk jati diri serta potensi diri dalam bidang perusahaan/perniagaan dengan prinsip dengan prinsip
ke arah mengeluarkan produk makanan halal, bersih, berkualiti dan berkhasiat sebagai amalan fardu
kifayah;
* Mewujudkan seberapa ramai yang boleh usahawan Bumiputera yang melibatkan diri secara
langsung dan aktif dalam menguruskan perniagaan sendiri serta mempunyai daya tahan dan daya saing
yang terus berkembang dalam sektor pertanian strategic, bidang baru, bidang tumpuan dan bidang yang
kurang penglibatan aktif usahawan Bumiputera;
* Menambah bilangan usahawan Bumiputera tulen yang berkualiti iaitu usahawan yang menjadi
pengurus-pemilik syarikat dan terlibat secara terus dalam mengurus serta membuat keputusan penting
mengenai operasi syarikat mereka;
* Melahir dan menambahkan bilangan usahawan Bumiputera yang dapat memainkan peranan yang
signifikan dalam bidang-bidang strategik yang kurang penglibatan usahawan Bumiputera seperti
pengedaran dan pemborongan hasil pertanian dan makanan.
* Mewujud, memperkukuh dan memantapkan rantaian jaringan di antara sesama usahawan
Bumiputera, dan antara usahawan Bumiputera dengan kumpulan pembimbing usahawan, usahawan
bukan Bumiputera, pelabur asing, Jabatan/Agensi, Kementerian dan semua pihak yang terlibat
khususnya dalam sektor pertanian dan makanan;
* Mewujudkan usahawan bumiputera yang mampu menilai dan menggunakan kelebihan sains,
teknologi baru dan teknologi maklumat (information technology) dalam proses-proses pengeluaran,
pemprosesan, pengedaran dan pemasaran produk-produk pertanian dan makanan yang berkualiti,
kompetitif dan berinovatif;
* Membantu dan menggalakkan produk terpilih dan berkualiti antarabangsa yang dikeluarkan oleh
usahawan Bumiputera supaya dapat menembusi pasaran yang lebih besar di dalam dan luar negara;
* Memperluaskan bahagian pasaran (market share) Bumiputera dalam sektor pertanian strategic,
bidang tumpuan dan bidang yang kurang penglibatan aktif usahawan Bumiputera; dan
* Mendorong usahawan Bumiputera yang berjaya menerusi program ini supaya dapat membantu
pula usahawan-usahawan baru dan pengusaha-pengusaha kecil dalam bidang pertanian dan makanan

Strategi Program Pembangunan MPPB RMK9

Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, perlaksanaan program pembangunan MPPB


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tempoh RMKe9 adalah berasaskan strategi-strategi
utama berikut:-

* Memberikan penekanan terhadap latihan untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam
aspek-aspek perniagaan, pengurusan dan lain-lain aspek teknikal menerusi Program Latihan MPPB
kepada usahawan yang telah melalui program pembangunan yang disediakan oleh Jabatan/Agensi dan
memiliki potensi diri yang tinggi serta penglibatan penuh dalam sektor dan sektor kecil pertanian
strategic, bidang tumpuan dan bidang yang kurang penglibatan aktif usahawan Bumiputera.;
* Membantu dan menyediakan bimbingan, tunjuk ajar, khidmat nasihat, perundingan dan galakan
kepada usahawan Bumiputera dalam usaha meningkatkan kapasiti dan kualiti produk pertanian dan
makanan ke tahap piawaian antarabangsa untuk memenuhi permintaan dalam dan luar negara menerusi
program bimbingan MPPB.;
* Membantu dan menggalakkan produk pertanian dan makanan yang dikeluarkan oleh usahawan
Bumiputera untuk menembusi pasaran yang lebih besar di dalam dan luar Negara menerusi program
penggalakan dan promosi perdagangan MPPB.;

You might also like