You are on page 1of 21

SOALAN PSI

PENGENALAN ILMU USUL FIQH.

SOALAN OBJEKTIF

1. Maksud usul fiqh ialah


A. Ilmu yang berkaitan sumber,kaedah dan dalil
B. Ilmu untuk memahami sesuatu hukum atau perkataan
C. Ilmu yang berkaitan hukum syara’ yang difahami daripadaa dalil tafsili
D. Ilmu yang berkaitan kaedah mengeluarkan hokum syara’ daripada dalil tafsili

Kaedah usul fiqh dibuat berdasarkan hukum –hukum yang telah


diputuskan oleh imam – imam mazhab mereka

2. Keterangan di atas merujuk kepada kaedah penulisan ilmu usul fiqh mengikut tariqah :
A. Al-Mutakallimin
B. Al-Ahnaf
C. Al-Mutaakhirin
D. As-Syafiah

3. Faedah mempelajari ilmu usul fiqh ialah


A. Mengetahui punca perselisihan para ulama’
B.Menghasilkan huum yang lebih tepat
C. Mengetahui sebab wurud hadith
D.Mentarjihkan huum syara’

4. Pengasas kepada ilmu usul fiqh ialah


A. Al-Mutakallimin
B. Al-Ahnaf
C. Al-Mutaakhirin
D. As-Syafiah

5. Ilmu usul fiqh merupakan salah satu daripada cabang ilmu pengetahuan islam. Bilakah ilmu tersebut muncul?
A. Awalkurun pertama hijrah
B. Akhir tahun peertama hijrah
C. Awal kurun kedua hijrah
D. Akhir kurun kedua hijrah

6. Kitab pertama yang disusun dalam ilmu usul fiqh ialah


A. Al’am
B. Al-Wata’
C. Ar-Risalah
D.Feqah Al-Akhbar

7. Faktor-faktor para sahabat berkeupayaan mengistinbat hokum terus daripada Al-Quran dan As-Sunnah ialah
I Penguasaan bahasa arab yang baik
II Mereka merupakan para perawi hadith
III Mengetahui sebab nuzul Quran dan wurud hadith
IV Timbul banyak masalah baru yang tiada nas secara jelas
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV

8. Ilmu usul fiqh ditulis menerusi cara


I Thariqah Mutakallimin
II Thariqah Awwalin
III Thariqah Ahnaf
IV Thariqah Muta’akhkhirin
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV

9. Apakah makna lain bagi perkataan usul?


A. Hukum
B. Sumber
C. Asli
D. Faru’

10. Siapakah pengarang bagi kitab Ar-Risalah?


A. Muhammad Idris Ashari As-Syafie
B. Muhammad As-Syafie Al- Idris
C. Muhammad Idris As-Syafie
D. Muhammad Hamka As-Syafie

11.Thariqah As-Syafie juga dikenali sebagai……


A. Thariqah Al-Ahnaf
B. Thariqah As-Syaafii’yah
C. Thariqah Mutakallimin
D. Thariqah Al-Mutaakhirin

‘…..mereka akan merujuk kepada pandangan para sahabat sebelum mereka berijtihad.’

12. Pernyataan di atas merujuk kepada……


A. Zaman Sahabat
B. Zaman kemunculan ilmu usu fiqh
C. Zaman Tabii’n
D. Zaman Rasulullah s.a.w

13. Sumber hakum di Zaman Tabii’n terdiri daripada………….


A. Al-Quran, hadith, ijma’, qisas
B. Al-Quran, hadith, ijma’, qisas, ijtihad, pandangan sahabat
C. Al-Quran dan hadith sahaja
D. Al-Quran, hadith, ijma’dan masalih mursal
14. Antara berikut,yang manakah merupakan tokoh ilmu usul fiqh ?
I Abdul Malik bin Abdullah al- Juwaini
II Muhammad bin Idris As-Syafie
III Abu Husain Muhammad Ali Basri
IV Imam Al- Ghazali
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

15. Berikut ialah skop perbahasan ilmu usulfiqh KECUALI………..


A. Dilalah
B. Hukum-hukum qauli
C. Dalil-dalil Syara’
D. Usul Fiqh

‘ Cara penulisan ilmu usul fiqh menggabungkan kedua-dua cara ’


16. Pernyataan di atas merujuk kepada.
A. Thariqah Al-Ahnaf
B. Ijtihad dan Mujtahid
C. Thariqah Al-Mutaakhirin
D. Taa’rud dan Tarjih

17. Antara kitab yang mengikut Thariqah Mutakallimin ialah ………..


A. Al-Usul
B. At-Tankih
C. Kashful Asrar
D. Al-Muktamad

18. Apakah yang dimaksudkan dengan Dilalah?


A. Merangkumi hokum Tklifi dan hokum Wadi’e
B. Merangkumi kaedah dan istinbat hokum dari nas-nas Al- Quran dan As-Sunnah
C. Merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan tidak disepakati
D. Merangkumipersoalan taklid dan mukallid

19. Tharikat Al-Fuqaha’ juga dikenali sebagai…………


A. Thariqah As-Syaafii’yah
B. Thariqah Mutakallimin
C. Thariqah Al-Ahnaf
D. Thariqah As-Syafie

20. Berikut merupakan sumber hokum pada zaman Sahabt kecuali ……….
A. Ijma’
B. Ijtihad
C. Al-Quran
D. As-Sunnah
PENGENALAN ILMU USUL FIQH.

SOALAN SUBJEKTIF

1. Takrif Usul Fiqh


2. Nyatakan 2 contoh hukum taklifi
3. Jelaskan 3 fungsi As-Sunnah
4. Nyatakan 4 kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh
5. Jelaskan 2 faktor yang mendorong Al- Imam As-Syafie menyusun Ilmu Usul Fiqh
6. Para sahabat berkeupayaan mengistinbst hukum daripada Al –Quran dan As- Sunnah
kerana beberapa sebab. Terangkan 3 daripadanya
7. Bezakan istilah ilmu Fiqh ilmu usul fiqh
8. Nyatakan 3 skop perbahasan ilmu usul fiqh
9. Terangkan sumber hukum-hukum pada zaman Rasulullah, sahabat, dan tabii’n
10. Siapakah pengasas ilmu usul fiqh dan nyatakan hasil karya beliau
11. Jelaskan perbezaan antara Thariqatul Mutakallimin dengan Thariqatul Ahnaf
12. Berikan 2 faktor tidak wujud ilmu usul fiqh pada zaman para sahabat.
13. Nyatakan cara penulisan ilmu usul fiqh
14. Imam As-Syaafie diiktiraf sebagai pengasas ilmu usul fiqh
Berikan 3 tokoh ilmu usul fiqh yang anda ketahui
15. Apakahyang dimaksudkan dengan usul?
16. Ilmu usul fiqh penting kepada umat islam.Apakah kepentingan ilmu usul fiqh ?
17. Ilmu usul fiqh muncul lebih lewat berbanding ilmu fiqh. Bilakah ilmu usul fiqh muncul ?
18. ‘Al-Usul’ merupakan antara kitab yang ditulis menurut Tharikat Ahnaf yang juga dikenali sebagai….
19. Berikan 3 kitab yang ditulis menurut Tharikat Syafii’yah
20. Nyatakan sejarah perkembangan ilmu usul fiqh
HUKUM SYARAK

SOALAN OBJEKTIF

1. Hukum syarak terbahagi kepada


A. Taklifi dan wadi’e
B. Ijab dan tahrim
C. Karahah dan ibahah
D. Sebab dan syarat

Pembahagian pusaka tidak diberikan jika tidak diberikan jika terdapat perbezaan
agama antara orang yang menawarkan harta dengan ahli waris.

2. Bahagian hukum wadi’e bagi pernyataan di atas ialah


A. Sebab
B. Mani’
C. Syarat
D. Fasad

3. Pengertian hukum syarak ialah


A. Kitabullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab,syarat atau perhalangan bagi sesuatu hukum
B. Kitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan, pilihan ataau wadi’e
C. Kitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak
D. Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada pasti atau tidak

4. Contoh bagi takhyir ialah


A. Perbuatan mencuri wajib dipotong tangan
B. Orang yang membunuh tidak boleh mewarisi harta si mati
C. Allah tidak menerima solat seseorang apabila dia berhadas sehingga dia berwudhuk.
D. Apabila selesaibertahalul dibenarkan berburu

5. Berikut merupakan bahagian kitabullah KECUALI


A. Ibahah
B. Wadi’e
C. Takhyir
D. Iqtidak

6. Apakah maksud bagi hukum wadi’e ?


A. Menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang sesuatu hukum
B. Kitabullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum
C. Kitabullah yang menjadiakan penghalang kepada sesuatu hukum
D. Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada pasti atau tidak

7. Hukum syarak yang manakah merujuk kepada Iqtido’


A. Haram dan wajib
B. Haram dan harus
C. Wajib dan sunat
D. Sunat dan makruh
8. Apakah 3 perkara yang menghalang seseorang daripada mewarisi harta ?
A. Pembunuhan, murtad, perhambaan
B. Pembunuhan, perhambaan, perwarisan
C. Perhambaan, pembunuhan, perbezaan agama
D. Pebezaan agama, pembunuhan, perbezaan darah

Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu


perbuatan dengan tuntutan tidak pasti.
9. Pernyatan di atas merujuk kepada………
A. Ijab
B. Tahrim
C. Nadbun
D. Karahah

Sahih Batal

X Bahagian hukum wadi’e Syarat

Sebab

10. Hukum yang bertanda X ialah …………


A. Tahrim
B. Mani’
C. Karahah
D. Ibahah

11. Firman Allah :


……………. ( surah al- Isra’ : 78 : 17 )

Ayat di atas ialah contoh …………


A. Takhlif
B. Wadi’e
C. Mani’
D. Sah
Jenis-jenis
Kitabullah

Takhyir Iqtido’ X

12. Dalam rajah di atas X ialah


A. Takhlif
B. Wadi’e
C. Mani’
D. Syarat

13. Firman Allah :


……………… ( surah al- Maidah : 38 : 5 )

Dalil di atas ialah contoh ………….


A. Mani’
B. Syarat
C. Sebab
D. Sah

14. Firman Allah S.W.T.

Ayat di atas berkaitan contoh takhsis dengan


A. Qias
B. Uruf
C. Ijmak
D. Akal

15. Hadith di atas ialah contoh ……………..


A. Ijab
B. Karahah
C. Tahrim
D. Ibahah
16.Firman Allah S.W.T.
…………………. ( surah al- Israa : 32 )
Kitabullah di dalam ayat di atas menunjukkan hukum
A. Tahrim
B. Karahah
C. Ibahah
D. Ijab

17.Firman Allah S.W.T.


…………………. ( surah al- Baqarah : 187 : 2 )
Ayat di atas ialah contoh
A. Mani’
B. Syarat
C. Sebab
D. Sah

18.Firman Allah S.W.T.


…………………. ( surah al- Baqarah : 188 )
Ayat berikut ialah contoh ………
A. Mani’
B. Syarat
C. Sebab
D. Sah

19. Wajib yang dibebankan kepada kumpulan tertentu.

Pernyataan di atas merupakan maksud


A. Nadbun
B. Wajib Aini
C. Ibahah
D. Wajib Khafie

20. Hukum wajib terbahagi kepada 2 bahagian iaitu


I Aini
II Jazmun
III Mani’
IV Kifai

A. I dan II
B. I I dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
HUKUM SYARAK

SOALAN SUBJEKTIF

1. Hukum syarak terbahagi kepada hukum wadi’e dan hikum taklifi. Terangkan 3 bahagian hukum taklifi
2. Huraikan pengertian hukum syarak
3. Nyatakan jenis-jenis kitabullah
4. Jelaskan perkara – perkara berikut : sebab, syarat, dan mani,.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum taklifi
6. Berika pengertian hukum wadi’e
7. Ijab merupakan salah satu daripada hukum taklifi. Terangkan bahagian ijab
8. Berikan 3 contoh yang menyebabkan penghalang kepada seseorang daripada mewarisi harta
9. Tewrangkan 2 bahagian hukum wadi’e serta contohnya
10. Terangkan hukum syarak yang terdapat dalam ayat Al-Quran di bawah
….................... ( surah al-Baqarah : 183)
……………… ( surah al- Maidah : 2 )
11. Mengapakah hukum wadi’e diperlukan setelah hukun taklifi ?
12. Berikan satu contoh bagi hukum – hukum taklifi berikut:
* Ijab * Tahrim
13. Jelaskan apa yang anda faham tentang kitabullah ?
14. Sahih merupakan bahagian hukum wadi’e. Nyatakan pengertyian sahih
15. Apakah yang dimaksudkan dengan batal ?
16. Nyatakan 3 hikmah suruhan dan larangan Allah
17. Iqtida’ merupakan jenis-jenis kitabullah. Berikan maksud Iqtida’
18. Jelaskan hukum syarak yang boleh didapati dari nas-nas di bawah
………………. ( surah al-Baqarah : 43 : 2 )
………………. ( surah al-Baqarah : 282 :2 )
19. Apakah pengertian Takhyir ?
20. Berikan contoh bagi Takhyir
DALIL-DALIL HUKUM SYARAK.

SOALAN OBJEKTIF

1.Dalil-dalil syarak terbahagi kepada dua bhagian yang terdiri daripada………


A.dalil yang disepakati dan tidak disepakati
B. dalil yang disepakati dan tidak diikuti
C. dalil yang disepakati dan tidak difahami
D. dalil yang disepakati dan tidak dibantah

‘ …………… masalah yang tidak dijelaskan hukumnya dalam nas dengan masalah yang dijelaskan
hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan I’llah pada kedua masalah tersebut’.

2. Istilah di atas merujuk kepada …..


A. Ijmak
B. Istilah
C. Masalih mursalah
D. Qias

3. Persepakatan yang berlaku secara jelas dikalangan semua mujtahid sama ada yang melalui kata-kata mahupun
perbuatan dikatan sebagai………………
A. Ijmak ahlul bait
B. Ijmak sorih
C. Ijmak sukuti
D. Ijmak Ulamak

4. I berlakunya persepakatan dikalangan seluruh mujtahid


II wujud kurang dari seorang mujtahid pada sesuatu zaman
III ahli ijmak mestilah bersifat adil
IV tidak ada ahli ijmak yang menarik kembali persepakatan

A. I dan II
B. I , III dan IV
C. III sahaja
D. I dan IV

5. Yang mana satu rukun – rukun ijmak di bawah adalah benar ?


A. hokum yang disepakati oleh ahli ijmak
B. ahli ijmak iaitupara ulamak mujtahidin
C. persepakatan dilarang melalui perkataan atau perbuatan
D. dikalangan ahli ijmak boleh menarik kembali persepakatan.

6. Berikut yang manakah contoh sunnah ?


A.bersugi sebelum solat
B. perniagaan berunsur riba’
C. berburu binatang selepas bertahalul
D. melakukan solat fardhu lima waktu
7. Kumpulan ijmak diterima oleh para ulamak Syiah adalah
A. Ijmak ulamak
B. Iimak ahlul madinah
C. Ijmak ahlul bait
D. Ijmak Khulafak Ar-Rasyidin

8. Pernyataan berikut menerangkan fungsi As-Sunnah sebagai hokum kecuali…..


A. memperincikan ayat Al-Quran yang mujmal
B. merupakan pengakuan dan perbuatan nabi
C. mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum
D. memperkukuhkan hokum yang sedia ada dalam Al-Quran

‘ Rasulullah berdiam diri terhadap perbuatan sahabat memakan daging dhab.’

9. Perlakuan Rasulullah menunjukkan ………..


A. Sunnah fikliah
B. Sunnah kauliah
C. Sunnah takriah
D. Sunnah sifatiah

Kumpulan
Ijmak

Ijmak Khulafak Ijmak


Ijmak ulamak X
Ar-Rasyidin ahlul bait
10. X dalam rajah di ats ialah .
A. Ijmak sorikh
B. Iimak sukuti
C. Ijmak ahlul kuffah
D. Ijmak ahlul madinah

Sumber
Perundangan

Ijmak
Hadith Ulamak Qias Al-Quran
11. Sumber perundangan Islam di atas merujuk kepada ……
A. Tabi’in
B. Sahabat
C. Tabi’tabi’in
D. Rasulullah
12. Rukun qias adalah seperti berikut kecuali ………
A. Al-Aslu
B. Al-Far’u
C. Al-I’llah
D. As-Shaz

‘ Persepakatan yang berlaku secara jelas dikalangan semua mujtahid.’

13.Pernyataan di atas merupakan maksud ………


A. As-Sukuti
B. Qias
C. Al-I’llah
D. As-Sarikh

14. Maksud As-Sunnh dari segi bahasa ialah .


A. Pengukuran atu penyamaan
B. Keazaman atau persepakatan
C. Jalan, sama ada baik atau buruk
D. Tempat pengambil;an dan sumber istinbat

15. Prinsip yang terdapat dalam Al-Quran ialah .


I Prinsip keluarga
II Prinsip syura’
III Prinsip keadilan
IV Prinsip kerjasama

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

16. Berikut merupakan hokum yang terdapat dalam Al-Quran kecuali …………
A. Hukum Iqtiqad
B. Hukum Amali
C. Hukum Akhlak
D. Hukum Jenayah

17. Ayat dalam Al-Quran terbahagi kepada 2 iaitu :


A. Makiyah dan Hijriah
B. Madaniah dan Hijriah
C. Makiyah dan Madiniah
D. Madaniah dan Asliah
‘ Rasulullah melakukan solat dihadapan para sahabat .’
18. Perlakuan Rasulullah menunjukkan …

A. Sunnah fikliah
B. Sunnah takriah
C. Sunnah kauliah
D. Sunnah sifatiah

19. Dalil-dali yang disepakati terdiri daripada


A. Al-Quran, Istihsan, ijma’, As-Sunnah
B. Al-Quran, hadith, ijmak, qias
C. Al-Quran dan hadith sahaja
D. Al-Quran, hadith, ijma’dan istihsan

20. Al-Quran merupakan sumber hokum yang


A. Kedua
B. Pertama
C. Keempat
D. Ketiga
DALIL-DALIL HUKUM SYARAK

SOALAN SUBJEKTIF

1. Jelaskan 3 fungsi As-Sunnah


2. Jelaskan perbezaan antara ijmak dan qias
Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam
3. Menurut pernyataan di atas, adakah terjemahan Al-Quran dianggap sebagai Al-Quran ?
4. Senaraikan 4 kumpulan ijmak
5. Al-Quran adalah sumber rujukan bagi orang Islam . Jelaskan 3 prinsip yang di dalamnya.
6. Antara sumber hukum yang disepakati ialah ijmak. Apakah maksud ijmak
7. Nyatakan 4 rukun qisas
8. Terangkan pengertian dalil-dalil hukum syarak dan sebutkan pembahagiannya ?
9. Berikan takrif Al-Quran dan jelaskan kedudukannya sebagai dalil hukum syarak.
10. Senaraikan jenis-jenis ijmak dan nyatakan pandangan ulamak tentang setiap satu darinya.
11. Ijmak merupakan antara dalil-dalil dan hukum yang disepakati. Berikan rukun-rukun ijmak
12. Nyatakan 4 syarat ijmak
13. Jelaskan pengertian qias
14. Nyatakan hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran
15. Hukum amali merupakan hukum yang terdapat dalam Al-Quran . Berikan 5 bahagian hukum Amali
16. Bezakan antara ayat Makiyah dan Madaniah
17. Terangkan pengertian As-Sunnah
18. Al-Quran telah menetapkan hukuman haram ke atas arak.Terangkan cara ulama’ menetapkan hukuman
Haram terhadap pengambilan dadah.
19. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut.
* Dalil-dalil yang disepakati
* Dali-dalil yang tidak disepakati
20. Adakah hukum fari’e ddikira sebagai rukun qias ?
SKEMA JAWAPAN

PENGENALAN ILMU USUL FIQH.

SOALAN OBJEKTIF

1. D 2. B 3. A 4. C 5. D
6. C 7. A 8. C 9. B 10. C
11. C 12. C 13. B 14. A 15. D
16. C 17. D 18. B 19. C 20. A

SOALAN SUBJEKTIF

1. Takrif Usul fiqh ialah ilmu tentang kaedah mengistinbat hokum syarak yang berkaitan dengan perbuatan
makallafdari dalil-dalil.

2. 2 contoh hokum taklifi :


i.masuk waktu merupakan sebab wajib solat
ii.berwuduk merupakan syarat saah solat.
iii.mencuri menjadi sebab wajib potong tangan.

3. 3 fungsi As-Sunnah :
i.memperkuatkan hokum yang ada dalam Al-Quran
ii.memperincikan ayat-ayat Al-Quran yang ringkas
iii.menasahkan hokum-hukum dalam Al-Quran
iv.mengkhususkan maksud ayat Al-Quran yang umum.

4. 4 kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh ialah:


i.dapat mengetahui selok-belok hokum syarak
ii.dapat beramal dengan penuh yakin
iii.memahami cara ulamak mangistinbatkan hokum
iv.boleh mengetahui punca perselisihsn hokum dikalangan alama’
v.para ulamak dapat mengeluarkan hokum yang lebih tepat.

5. 2 faktor yang mendorong Al- Imam As-Syafie menyusun Ilmu Usul Fiqh ialah :
i.umat Islam bertambah ramai dan berlaku percampuran antara orang Arab dan bukan Arab
ii.penguasaan bahasa arab di kalangan orang Arab semakin lemah
ii.terdapat banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya secara jelas dalam Al-Quran dan
As- Sunnah

6. Para sahabat berkeupayaan mengistinbat hukum daripada Al –Quran dan As- Sunnah
kerana beberapa sebab. Terangkan 3 daripadanya ialah :
i. mengetahui tentang sebab penurunan ayat.
ii.mereka merupakan perawi hadis.
iii.mereka berdamping rapat dengan Rasulullah.

7. Perbezaaan istilah ilmu Fiqh ilmu usul fiqh ialah :


Ilmu Fiqh Ilmu Usul Fiqh
Pengetahuan tentang hokum-hukum syarak yang Ilmu tentang kaedah – kaedah mengistinbad hokum-
berkaitan dengan perbuatan mukalaf yang hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf
difahami melallui dalil tafsili. dari dalil-dalil tafsili.
8. 3 skop perbahasan ilmu usul fiqh ialah :
i.dalil-dalil syarak : dalil-dalil yang disepakati dan tidak disepakati
ii.dilalah : kaedah-kaedah istinbat hokum dari nasa-nas Al-Quran dan
As- Sunnah
iii.ijtihad dan mujtahid :merangkumi persoalan taklid dan mukallid

9. Sumber hukum-hukum pada zaman Rasulullah, sahabat, dan tabii’n:


Rasulullah Sahabat Tabi’in
# Al-Quran # Al-Quran # Ijmak # Al-Quran # Ijmak
# As- Sunnah # As- Sunnah # As- Sunnah # Ijtihad

10. Pengasas ilmu usul fiqh ialah Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafie dan hasil karya beliau ialah kitab
Ar-Risalah.

11. Perbezaan antara Thariqatul Mutakallimin dengan Thariqatul Ahnaf ialah :

Thariqatul Mutakallimin Thariqatul Ahnaf


- dipelopori oleh ulamak mazhab Syafie - kaedah-kaedah usul fiqh dibuat berdasarkan hukum-
- dikukuhkan dengan dalil-dalil nakli dan akli hukum yang diputuskan oleh Imam-imam mazhab.

12. 2 faktor tidak wujud ilmu usul fiqh pada zaman para sahabat ialah :
i. penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami Al-Quran dan As-Sunnah dengan
mudah.
ii.banyakmengetahui sebab nuzul Al-Quran dan sebab wurud hadis kerana berdamping rapat dengan
Rasulullah.

13. Cara penulisan ilmu usul fiqh ialah Thariqatul Mutakallimin dengan Thariqatul Ahnaf.

14. 3 tokoh ilmu usul fiqh yang saya ketahui ialah


i. Muhammad bin Idris As-Syafie
ii. Abdul Malik bin Abdullah Al-Juwaini
iii.Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali

15. Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil.

16. Kepentingan ilmu usul fiqh ialah sebagai panduan kepada para ulamak dalam ijtihad dan fatwa.

17. Ilmu usul fiqh muncul pada akhir kurun kedua Hijrah.

18. Tharikat Ahnaf yang juga dikenali sebagai Tharikatul Fukaha’

19. 3 kitab yang ditulis menurut Tharikat Syafii’yah ialah al-Burhan, al-Muktamad, al- Mahsul.

20. Sejarah perkembangan ilmu usul fiqh ialah :


- Zaman Rasulullah s.a.w
- Zaman Sahabat
- Zaman Tabii’n
- Zaman kemunculan ilmu usul fiqh
HUKUM SYARAK

SOALAN OBJEKTIF

1. A 2. B 3. B 4. D 5. A
6. B 7. A 8. C 9. C 10. B
11. A 12. B 13. C 14. C 15. B
16. A 17. B 18. A 19. D 20. D

SOALAN SUBJEKTIF

1. 3 bahagian hukum taklifi ialah


Ijab : tuntutan syarak ke atas mukallaf melakukan sesuatu dengan tuntutan pasti.
Nadbhu : tuntutan syarak ke atas mukallaf melakukan sesuatu dengan tuntutan tidak pasti.
Tahrim : tuntutan syarak ke atas mukallaf meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti.
Karahah: tuntutan syarak ke atas mukallaf meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti.
Ibahah : tuntutan syarak yang mengandungi pilihan melakukan sesuatu atau meninggalkannya.

2. Pengertian hukum syarak ialah kitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk
tuntutan ( iqtida’ ) , pilihan ( takhyir ) atau wadi’e.

3. Jenis-jenis kitabullah ialah


Iqtido’ : tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada pasti atau tidak.
Takhyir : kitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau
Tidak
Wadi’e : kitabullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu atau
hukum.

4. Sebab : sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum


Contoh : gelincir matahari menjadi sebab wajib tunaikan solat zuhur.
Syarat : sesuatu yang kerana adanya hukum tetapi tidak sermestinya apabila adanya ada hukum.
Contoh : wudhuk ialah syarat sah solat.
Mani : sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut
dapat dilaksanakan.
Contoh : membunuh menjadi penghalang kepada mewarisi harta pusaka si mati.

5. Maksud hukum taklifi ialah kitabullah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan atau
meninggalkan sesuatu perbuataan atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.

6. Erti hukum wadi’e ialah kitabullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau pernghalang kepada
sesuatu hukum.

7.Bahagian ijab ialah :


i. Wajib Aini : wajib yang dibebankan ke atas setiap mukallaf
ii.Wajib kifai’e : wajib yang dibebankan ke atas kumpulan tertentu.

8. 3 contoh yang menyebabkan penghalang kepada seseorang daripada mewarisi harta ialah
i. Pembunuhan ii. Perbezaan agama iii. Perhambaan

9. 2 bahagian hukum wadi’e serta contohnya ialah


i) sebab kepada pelaksanaan sesuatu hukum.
Firman Allah : ………………………………………………( surah al- Maidah )
Ayat ini menyatakan perbuatan mencuri menjadi sebab wajib hukum potong tangan.
ii) syarat kepada sesuatu hukum
Hadith Nabi :
Hadith ini menjelaskan wudhuk sebagai syarat sah solat.

10. Hukum syarak yang terdapat dalam ayat Al-Quran :


- ( surah al-Baqarah : 183) ialah wajib berpuasa bagi Islam yang telah cukup syarat-syaratnya di dalam
bulan Ramadhan.
- ( surah al- Maidah : 2 ) ialah harus kepada orang yang telah bertahalul atau umrah untuk berburu.

11. Hukum wadi’e diperlukan setelah hukun taklifi ialah kerana :


i. dapat beramal dengan lebih yakin
ii.dapat menghasilkan hukum yang lebih tepat
iii.dapat mengetahui cara-cara ulamak mengistinbat hukum.

12. contoh bagi hukum – hukum taklifi berikut:


* Ijab : ( surah al-Baqarah:183 :2 ) …………………………
* Tahrim : ( surah al-Baqarah: 188:2 ) …………………………

13. Kitabullah ialah yang berkaitan dengan iktikad seperti percaya kepada Allah dan percaya kepada para Rasul
serta perkara yang berkaitan dengan akhlak tidak termasuk dalam pengertianhukum syarak. Kitabullah dalam
pengertian ini juga termasuk Al-Quran dan As-sunnah serta dalil-dalil yang lain.

14. Erti sahih ialah perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya
sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

15. Batal ialah perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki
darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

16. 3 hikmah suruhan dan larangan Allah ialah :


i. mendisiplinkan diri manusia.
ii.menguji tahap keimanan manusia.
iii.membezakan antara manusia dengan haiwan.

17. Maksud Iqtida’ ialah tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak.

18. Hukum syarak yang boleh didapati dari nas-nas di bawah ialah :
- ( surah al-Baqarah : 43 : 2 ) : dirikan solat dengan tuntutan pasti iaitu wajib dilaksanakan.
- ( surah al-Baqarah : 282 :2 ) : menunjukkan tuntutan secara tidak pasti iaitu sunat merekodkan hutang
dalam setiap muamalat yang dibuat.

19. Erti Takhyir ialah kitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau
tidak

20. Contoh Takhyir ialah


……………………… ( surah al-Maidah : 2 :5 )
DALIL – DALIL HUKUM SYARAK

SOALAN OBJEKTIF

1. A 2. D 3. B 4. B 5. B
6. A 7. B 8. B 9. C 10. D
11. C 12. D 13. B 14. C 15. B
16. D 17. C 18. A 19. B 20. B

SOALAN SUBJEKTIF

1. 3 fungsi As-Sunnah ialah :


i. mempetkuatkan hukum yang sedia ada dalam Al-Quran
ii.memperincikan ayat-ayat Al-Quran yang ringkas.
iii.menasakhkan hukum-hukum Al-Quran.

2. Perbezaan antara ijmak dan qias ialah :

Ijmak Qias
- kesepakatan ulamak mujtahid terhadap - menyamakan masalah yang tidak dijelaskan
sesuatu hukum syarak. hukumnya dalam nas kerana terdapat
persamaan i’llah pada kedua masalah tersebut.
- terdapat nas yang boleh disandarkan hukum - tidak terdapat nas yang bolh disandarkan
hukum.
- ada bahagian atau kumpulan - tiada bahagian atau kumpulan
- 3 rukun - 4 rukun
- sumber ketiga - sumber keempat

3. Terjemahan Al-Quran tidak dianggap sebagai Al-Quran. Oleh itu ia tidak sah dibaca dalam solat dan perlu
berwudhuk sebelum menyentuhnya.

4. 4 kumpulan ijmak ialah :


- Ijmak ulamak
- Iimak ahlul madinah
- Ijmak ahlul bait
- Ijmak Khulafak Ar-Rasyidin

5. 3 prinsip yang ada di dalamnya ialah :


- prinsip syura - prinsip keadilan -prinsip perbelaan terhadap golongan yang lemah.

6. Maksud ijmak dari segi bahasa ialah kezaman dan persepakatan


Maksud ijmak dari segi istilah pula ialah persepakatan ulamak mujtahid umat Nabi Muhammad S.A.W.
terhadap sesuatu hukum syarak pada sesuatu masa selepas kewafatan Baginda

7. 4 rukun qisas ialah :


- Al-Aslu
- Al-Far’u
- Al-I’llah
- hukum Al-Aslu
8. Erti dalil-dalil hukum syarak ialah tempat penganmbilan dan sumber istinbat hukum syarak
Dalil hukum mempunyai dua bahagian iaitu sumber yang disepakati dan tidak disepakati.

9. Takrif Al-Quran ialah ialah kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa
Arab,merupakan mukjizat, membacanya adalah satu ibadah dan diturunkan secara mutawatir
Kedudukannya sebagai dalil hukum syarak merangkumi pengajaran,peraturan dan perundangan merangkumi
Panduan yang lengkap.

10. Jenis-jenis ijmak ada 2 iaitu :


i. As-Sarikh : para jumhur ulamak mengakui ijmakini.
ii.As-Sukuti : sebahagian ulamak seperti ulamak mazhab Hanafi dan Imam Ahmad menerimanya
manakala para ulamak Mazhab Maliki dan Imam syafie menolaknya.

11. Rukun-rukun ijmak ialah:


i. ahli ijmak iaitu para ulamak mujtahid.
ii. persepakatan ahli ijmak sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
iii.hukum yang disepakati oleh ahli ijmak.

12. 4 syarat ijmak ialah :


i. ahli ijmak mestilah terdiri daripada kalangan para ulamak mujtahid.
ii. berlaku persepakatan dikalangan seluruh mujtahid.
iii.wujud lebih dari seorang mujtahid pada sesuatu zaman.
iv. tidak ada di kalangan ahli ijmak yang menarik kembali persepakatan.

13. Erti qias ialah menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam nas kerana terdapat
persamaan i’llah pada kedua masalah tersebut.

14. Hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran ialah :


- hukum iqtiqad
- hukum akhlak
- hukum amali

15. 5 bahagian hukum Amali ialah :


- undang–undang jenayah
- undang–undang antarabangsa
- undang–undang keluarga
- undang–undang perlembagaan
- kewangan dan harta
16. Perbezaan ayat Makiyah dan Madaniah ialah :

Ayat Makiyah Ayat Madaniah


- ayat Makiyah menggunakan ‘ -ayat Madaniah menggunakan ‘
’ dan ayat-ayatnya lebih ringkas. ’ dan ayat-ayatnya lebih panjang.

17. Erti As-Sunnah ialah percakapan dan perbuatan Rasulullah serta pengakuannya terhadap kenyataan atau
tindakan orang lain.

18. Cara ulama’ menetapkan hukuman haram terhadap pengambilan dadah ialah dengan menggunakan kaedah
Diharamkan arak kerana memabukkan . Oleh kerana ada persamaan I’llah pada dadah iaitu memabukkan
maka hukumnya diharamkan.

19. Maksud istilah-istilah berikut ialah :


* Dalil-dalil yang disepakati ialah Al-Quran, As-sunnah,Ijmak,dan Qias
* Dali-dalil yang tidak disepakati ialah Al-Istihsan, Al-Musalih Mursalah, Amal Ahli Madinah,
Syarak Ma Qablana, Kaul sohabi dan Al-Adat.

20. Hukum fari’e dikira sebagai rukun qias kerana ia adalah natijah yang diperoleh dari qias.

You might also like