You are on page 1of 2

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan


bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan
individu, keluarga dan komuniti.

Objektif  utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk
memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan
masyarakat melalui:

 Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk


bertangungajawab terhadap kesihatan mereka
 Meningkatkan kesedaran diakalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi
kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan
kaedah tersebut.
 Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan
untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan

Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan.

Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat
mengenai kesihatan baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun
mengenai maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan.

Bahan-bahan bercetak pendidikan kesiahatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat dan


kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan daerah Baling.

Ada juga permintaan dari lain-lain agensi seperti sekolah-sekolah ,jabatan kerajaan orang awam
dan pengendali makanan memerlukan bahan-bahan pendidikan kesihatan diberikan secara
percuma. 

Untuk kakitangan kesihatan juga disediakan bahan-bahan pendidikan seperti buku panduan
ceramah, slide, dan VCD yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai.

Tidak ketingggalan juga UPK negeri melalui daerah memberikan insentif sebagai galakan
kepada orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak sekolah, remaja belia untuk menyertai
kuiz kesihatan maka kita berikan berbagai bentuk hadiah-hadiah seperti tali pengikat buku,
keychain,ball pen dan sebagainya.

You might also like