You are on page 1of 17

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pengenalan

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika
dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka. Melalui cara ini,
murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mendacapai
kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting
dalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk
mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu,
guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu
untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza,
keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan
persekitaran yang memberikan inspirasi.
Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individu
yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,
inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis
seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan
membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.

Azman Salleh 1
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk


keperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilai
estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Seni dalam pendidikan mengintegrasikan tiga komponen yang akan
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada
perkara inilah, dapat memberikan perkembangan yang menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan berlaku.

Imaginatif

Kritis
Estetika Yang
Tinggi

Kreatif
MATLAMAT

Inventif
Celik Budaya

Inovatif

Rajah 1.1 : Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Azman Salleh 2
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Objektif Seni Dalam Pendidikan


Seni dalam pendidikan di sekolahbrendah bertujuan untuk :
• Menghargai keindahanh ciptaan Tuhan
• Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses
penghasilan
• Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran
dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasilan kerja
• Membuat diskripsi, analsis, interprestasi dan penilaian terhadap karya
seni yang dibuat
• Mendapat nilai tambah dalam displin sains dan teknologi
• Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh – tokoh seni
• Menjadikan seni dalam pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya
keguruan
• Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan
kaitannya dengan keselesaan hidup
• Membina jati diri kea rah pembentukan Negara dan bangsa
• Mengintergrasikan seni dalam pendidikan dengan mata muridan lain
melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat
kurikulum kebangsaan
• Membina dan mengamalkan nilai – nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni.

Azman Salleh 3
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

1.
Setelah kita mengetahui pengenalan seni dalam pendidikan di sekolah
rendah, matlamat dan objektif seni didalam pendidikan sekolah rendah, sekarang
mailah kita lihat selanjutnuya tentang bidang – bidang dan aspek – aspek seni
yang terdapat did lam kurikulum sekolah rendah dan bagaimana ia dapat
membantu guru menjadikan pengajarannya lebih berkesan dan bersepadu.
Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah KBSR di susun di dalam empat bidang kegiatan. Empat bidang tersebut
ialah menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat
binaan dan mengenal kraf tradisional.
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian
secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai murni. Menurut Chapman (1986), terdapat
empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Sekarang mari kita huraikan satu persatu keempat-empat aspek utama ini
yang terdapat di dalam pendidikan seni. Apa itu pemerhatian? Pemerhatian
adalah melibatkan melibatkan sensitiviti deria manusia. Ia melibatkan
penggunaan deria penglihatan manusia. Bagaimana pula dengan pemerhatian
secara aktif? Pemerhatian secara aktif pula ialah bagaimana pemerhatian atau
penyediaan seorang guru itu menyediakan sesuatu aktiviti di dalam kelas
seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan secara bersepadu.
Bagaimana pula pengajaran dapat dilakukan secara bersepadu melalui
aspek pemerhatian secara aktif ini? Menurut modul OUM HBAE1103
Pengenalan Pendidikan Seni Visual (2006), terdapat lima perkara yang perlu
diambil kira semasa menyediakan sesuatu aktiviti seni. Apakah kelima-lima

Azman Salleh 4
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

perkara itu? Pertamanya, seseorang guru perlulah peka dan mengetahui


pengerhuan sedia ada muridnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran
lebih mudah dicapai. Bagaimana ini boleh berlaku? Ianya bermaksud aktiviti
yang dijalankan tersebut mestilah sesuai dengan latar belakang murid-muridnya.
Contohnya seorang guru ingin mengajar muridnya melukis gambar
permandangan. Permandangan tersebut mestilah merujuk kawasan atau tempat
di sekeliling kehidupan murid – muridnya seperti kehidupan nelayan tentunya
kawasan sekolah tersebut terletak di tepi laut. Murid dapat melakukan
pemerhatian secara aktif tentang gambaran sebuat bot nelayan atau keadaan
sesebuah pantai itu.
Pemerhatian kedua ialah benda atau bahan yang digunakan mestilah
konkrit yakni berbentuk maujud. Kenapa? Untuk menghasilkan sesuatu
pengajaran yang bersepadu dan berkesan terutamanya di dalam pendidikan
seni, seorang guru mestilah menggunakan bahan atau benda yang berbentuk
konkrit atau maujud( betul). Ini sebenarnya memudahkan pelajar melakukan
pemerhatian seterusnya membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif.
Contohnya, guru seni mengajar muridnya melukis bunga lebih mudah di mana
guru boleh membawa bunga kedalam kelas untuk di lihat oleh muridnya
berbanding jika muridnya diminta melukis sesuatu yang memerlukan mereka
menggunakan daya imaginasi mereka seperti melukis kapal angkasa.
Pemerhatian secara aktif yang ketiga ialah guru juga perlu melihat dan
peka kepada minat, kecenderungan dan latar belakang muridnya. Kenapa ini
perlu? Telah kita bincangkan di atas tadi bahawa guru perlu mengetahui dan
memahami latar belakang dan minat muridnya agar ini dapat memudahkan
sesuatu objektif pengajaran seninya lebih mudah dicapai. Tambahan pula,
melalui cara ini, guru dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang dapat
memupuk dan menarik minat murid- muridnya untuk belajar selaras dengan
kecenderungan dan minatnya. Ia penting kerana kita tahu minat murid – murid di
sekolah bandar adalah berbeza berbanding murid-murid di sekolah luar bandar.
Oleh itu, untk menjadikan sesuatu pengajaran itu bermakna dan besepadu,
seorang guru perlulah peka dengan keadaan ini.

Azman Salleh 5
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pemerhatian yang aktif juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan itu,
bunyinya, pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. Kenapa? Ini akan lebih
menarik minat murid untuk belajar. Sesuatu bahan yang menarik mampu
membuatkan sesuatu pengajaran itu lebih seronok. Guru perlu melihat
kesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan pengalaman dan
kecenderungan muridnya. Contohnya di dalam pengajaran membuat kolaj, murid
mengunakan bahan kain buang yang berwarna – warni. Guru memberi
kebebasan kepada muridnya membentuk apa saja. Kebebasan ini memberi
peluang kepada muridnya meneroka imaginasi mereka sendiri.
Seterusnya, pemerhatian secara aktif yang kelima ialah aktiviti tersebut
dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid. Apa yang dapat mencetuskan
idea dan membina imaginasi murid? Telah kita bincangkan di atas tadi bahawa
kesesuaian bahan dan kepelbagaian aktiviti tentunya dapat menarik minat murid
dan secara langsung dapat menjana idea mereka dan mengembangkan
imaginasi mereka.
Dapat dirumuskan di sini bahawa pemerhatian yang aktif amat perlu dan
penting kepada seorang guru sebagai satu persediaan kepada beliau untuk
menyediakan sesuatu aktiviti yang menarik dan berkesan dan secara langsung
dapat memberikan satu pengajaran yang bersepadu menurut tuntutan kurikulum
KBSR.
Aspek yang kedua ialah kemampuan murid untuk berinteraksi secara kritis
dan kreatif dengan bahan. Aspek ini menekan dari segi penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan. Mari kita huraikan satu persatu kandungan aspek
ini. Apakah yang dimaksudkan dengan penerokaan? Kita semua tahu penerokan
melibatkan sesuatu yang dikaji dan dilihat secara menyeluruh. Murid meneroka
sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui berbagai aspek
atau segi. Apakah contoh penerokaan yang boleh dilakukan oleh murid?
Contohnya seperti aktiviti seni reka, murid meneroka bahan yang dipamerkan
oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk, elemen –
elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraf tangan.
Melalui bahan ini, murid berpeluang membuat persepsi sendiri lantas dapat

Azman Salleh 6
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

pengertian secara kritis dan kreatif. Secara tidak langsung, ini akan memberi
peluang kepada murid untuk membuat hasilan atau pembuatan idea yang baru.
Apakah jenis aktiviti yang dapat menjuruskan murid berinteraksi melalui
penerokaan? Antaranya ialah aktiviti tersebut seharusnya kecil, mudah dan
ringkas. Ia juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suaikenal dengan
bahan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan
sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, guru juga perlu memberi kebebasan
kepada murid mencari jawapan sendiri atau mencari alternatif dan kemungkinan
jawapan yang lain di mana guru tidak perlu meletakkan sesuatu jawapan yang
tetap. Kenapa? Ini kerana ia secara tidak langsung ia dapat membantu murid
mengembangkan dan berinteraksi dengan menggunakan bahan tersebut secara
kritis dan kreatif. Selain itu, aktiviti tersebut juga perlu melibatkan penggunaan
pelbagai kecerdasan yang telah kita ketahui iaitu verba – linguistik, logik
matematik, visual-ruang, kenestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis. Melalui aktiviti ini, ia secara tak langsung akan membuatkan
pengajaran guru tersebut lebih bersepadu dan menepati kurikulum. Ini
sebenarnya dapat memberipeluang kepada murid melahirkan kemahiran atau
kebolehan masing – masing. Bagaimanakah dapat dipermudahkan aktiviti ini?
Untuk itu, guru perlulah kreatif di mana guru perlu memberi peluang kepada
muridnya menggunakan kemahiran berfikir dan menyediakan pengurusan grafik
yang sesuai dan bertepatan.
Seterusnya, selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing
muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan
teknik yang sesuai dan betul. Selain itu, guru juga perlu menerangkan tatacara,
langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat membantu
murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak
dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan
sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam penyampaian
kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

Azman Salleh 7
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Aspek yang ketiga ialah aspek apresiasi seni visual scara mudah. Ia
melibatkan penyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis utama aktiviti
apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktviti mudah yang dirancang di
akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan
setelah melakukan aktivit seni didalam kelas. Melalui aspek ini, murid dapat
melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan
bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan
malah murid dapat menghargai hasil kerja masing – masing serta menghormati
mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta.
Guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek
bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilas seni contohnya perkaitan antara sifat
garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Melalui aspresiasi ini, murid
dapat membuat refleksi diri dan menyerap pengetahuan dan penerapan nilai
yang hendak disampaikan oleh guru di dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.
Aspek keempat yang perlu diberi penekanan di dalam pelajaran senin
yang mana ia dapat memberikan sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan
dengan bersepadu ialah aspek menghargai nilai murni. Setelah dibincangkan
keperluan ketiga – tiga aspek di atas, menghargai nilai murni perlu diterapkan
kepada murid – murid agar mereka dapat menilai dan menghargai nilai baik
dalam semua aspek kehidupan. Contohnya, setiap hasilan seni yang dihasilkan,
mereka perlulah melihat dari sudut pandangan yang positif. Ia mengenai nilai
atau idea yang hendak disampaikan dan berkaitan dengan kehidupan yang
sebenar. Contohnya ialah seperti mencintai alam kehidupan, nilai patriotisme dan
nilai – nilai murini yang lain. Oleh itu, guru perlulah menerapkan aspek
penghatan nilai murini ini di dalam setiap pelajaran seninya agar selain daripada
kemahiran seni yang hendak disampaikan, guru juga dapat menerapkan nilai
murni kepada anak muridnya.

Azman Salleh 8
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Jelaslah di sini bahawa kepentingan empat aspek ini perlu digunakan oleh
seorang guru seni untuk menjadikan pelajaran seninya menarik, berkesan dan
bersepadu. Ini juga dapat membantu guru untuk mencapai onbjektif pelajarannya
dan murid dapat mengikuti pelajaran dengan penuh minat, gembira dan
berkesan.

Azman Salleh 9
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

2.
Pengenalan

Apa itu ukiran kayu? Merujuk laman web Warisan Budaya Malaysia,
http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm , ‘Seni ukiran kayu adalah seni
kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama
bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu
ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik
pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana
terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga,
kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada
seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat
Orang Asli’.
Menurut modul OUMHBAE1103 ‘Pengenalan Pendidikan Seni Visual’
pula seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang
digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan
masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil
kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat istimewa di
kalangan masyarakat di Negara ini. Seni ukiran kayu yang unik ini diperlihatkan
melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot,
senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.
Sekarang mari kita lihat pula apakah fungsi-fungsi ukiran. Ukiran kayu
sebenarnya digunakan sebagai hiasan di bahagian – bahagian bangunan,
perabot, barang – barang dapur serta peralatan rumah. Antara contoh – contoh
seni ukiran kayu dapat di lihat pada :
• almari
• kerusi
• katil

Azman Salleh 10
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

• dinding separuh tingkap


• ambang tingkap
• cucuran atap
• tebar layer
• dinding
• siling
• pintu

Rajah 2.1 : Contoh ukiran kayu


Sumber :http://www.kedah.gov.my

Azman Salleh 11
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Apakah pula jenis kayu yang digunakan untuk sesuatu ukiran kayu itu? Dapat
disenaraikan di sini antara kayu – kayan yang sesuai untuk diukir ialah cengal,
merbau, nyatoh, jelutung, berlian, jati dan sena. Segala jenis – jenis kayu ini
banyak dan mudah di dapati di hutan – hutan di Negara Malaysia.

Rajah 2.2 : Pokok Cengal


Sumber : http://www.foresty.terengganu.gov.my

Rajah 2.3 : Contoh Kayu Merbau


Sumber : http://www.woodlist.com

Rajah 2.4 : Pokok Nyatoh


Sumber : http://www.forest.sabah.gov.my

Setelah kita mengetahui pengenalan kepada ukiran kayu, sekarang


marilah sama – sama kita bincangkan bagaimana setiap aspek – aspek di bawah

Azman Salleh 12
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran seni ukiran kayu Melayu. Aspek yang
pertama ialah pergaulan. Apa itu pergaulan? Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, pergaulan ‘bermaksud perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll):
~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul,
kemasyarakatan’. Apabila kita kaitkan makna tersebut kepada pembelajaran seni
ukiran kayu melayu, ia boleh diertikan sebagai pergaulan antara murid ketika
menjalani aktiviti ukiran kayu. Contohnya, terdapat berbagai jenis ukiran kayu
Melayu dan melalui pergaulan sesama mereka, mereka dapat berbincang
tentang dan jenis ukiran kayu yang mereka pernah lihat. Mungkin murid yang
dibesarkan di bandar hanya melihat ukiran kayu Melayu hanya di muzium
berbanding murid yang membesar di kawasan kampung di mana terdapat
banyak rumah – rumah yang mempunyai ukiran kayu. Maka dapat dihuraikan
disini bahawa pergaulan antara murid dapat membantu mereka berbincang,
berkongsi pengalaman dan membina idea baru didalam proses pembelajaran
ukiran kayu melayu.
Aspek yang berikutnya pula ialah aspek penemuan. Apa itu penemuan?
Menurut Kamus Pelajar, penemuan bermaksud ‘hal atau perbuatan menemui
atau menemukan’. Bagaimana kita kaitkan penemuan dengan pembelajaran
ukiran kayu Melayu? Aspek ini sebenarnya memberi peluang kepada murid
untuk mencari sesuatu idea yang baru atau mengenal pasti corak – corak yang
teradapat pada ukiran kayu Melayu. Contohnya, ketika menjalankan aktiviti
ukiran kayu Melayu, murid perlu mencari contoh – contoh ukiran kayu yang
mana trdapat berbagai jenis corak yang melambangkan sesuatu seperti bunga,
daun dan sebagainya. Melalui penemuan ini murid dapat menjana sesuatu idea
yang baru dan melalui gabungan in maka trhasillah sesuatu hasilan yang terbaik.
Melalui penemuan ini juga memberitahu kepad murid bahawa sesuatu corak
ukiran itu bukanlah hanya sesuatu yang biasa tetapi mempunyai maksud yang
tersirat dan dapat melihat betapa indahnya seni orang Melayu.

Aspek yang berikut ialah aspek percubaan. Apa itu percubaan? Merujuk
kepada Kamus Pelajar, percubaan bermaksud ‘usaha utk mencuba atau menguji

Azman Salleh 13
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah


mengadakan ~ sains di bilik makmal’. Melalui maksud tersebut kita faham
bahawa percubaan ialah sesuatu aktiviti atau usaha yang dilakukan untuk
menguji sesuatu. Bagaimana pula dikaitkan dengan pembelajaran seni ukiran
kayu Melayu? Dapat kita bincangkan bahawa percubaan ialah sesuatu
eksperimen murid di dalam membentuk sesuatu corak untuk hasilan ukiran kayu
Melayu. Contohnya, murid cuba menghasilkan sesuatu corak hasil gabungan
bunga raya, sisik ikan dan kepak ayam. Hasil usaha ini adalah percubaan di
mana pada akhirnya murid dapat menghasilkan sesuatu corak baru yang kreatif.
Ini secara tidak langsung dapat menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang
menyeronokkan dan dapat menarik minat murid.
Aspek yang seterusnya ialah pemerhatian. Apa itu pemerhatian? Merujuk
Kamus Pelajar, pemerhatian membawa perngertian ‘perbuatan memperhatikan:
Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan.’ Dapat kita
lihat di sini, pemerhatian berkait dengan aspek percubaan di mana, setelah
murid melakukan percubaan, hasilan tersebut perlu diperhatikan samada ianya
sesuai dan dapat diterima oleh kehendak pengajaran malah dapat digolongkan
di dalam hasil seni ukiran Melayu. Pemerhatian ini haruslah I lihat dari pelbagai
aspek seperti penggunaan corak yang betul, kesesuai penggunaan benda yang
diukir seperti apakah ia sesuai untuk dijadikan ukiran di almari dan penggunaan
warna yang sesuai. Pemerhatian ini haruslah dirujuk kepada guru dan rakan –
rakan kelas.
Aspek yang seterusnya ialah manipulasi sesuatu. Apa yang dimaksudkan
dengan manipulasi? Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga, manipulasi bermaksud
1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan
sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya
dgn ~ visual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya
wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala
tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempengaruhi
perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu

Azman Salleh 14
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga
mempengaruhi keberuntungan pengusaha industri.
Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah bagaimana murid dapat
memanipulasikan sesuatu benda di dalam membina atau mencipta sesuatu
corak untuk menghasilkan sesuatu seni ukiran kayu Melayu. Telah kita
bincangkan di atas tadi bagaimana murid memanipulasikan bunga raya, sisik
ikan dan corak pelepah bulu ayam untuk dijadikan corak pada hasilan ukiran
kayunya. Inilah dinamakan memanipulasi sesuatu untuk menjadikannya sesuatu
yang baru atau menarik. Selalunya bunga dijadikan atau dimanipulasikan sebai
sesuatu corak kerana ianya menarik dan cantik. Selain itu, terdapat banyak lagi
benda- benda yang dimanipulasikan bentuknya sebagai corak dalan seni seperti,
daun, akar, untaian manik dan banayak lagi.
Aspek yang terakhir yang dapat kita bincangkan di sini ialah aspek
mencari kebenaran dan keesahan. Apakah maksunya? Dapat kita huraikan di
sini bahawa setiap sesuatu hasilan tersebut adalah sesuatu yang dapat dihargai
dan mempunyai penciptanya. Murid adalah dilarang menghasilkan sesuatu
hasilan yang ditirunya dan mengaku bahawa itu adalah ciptaannya. Lantaran itu,
peranan guru amat penting di sini untuk mengingatkan muridnya bahawa
perbuatan itu dalah salah. Selain itu, murid juga perlu tahu keesahan dan motif
bahan yang digunaan iaitu apa yang hendak disampaikan.
Kesimpulannya, keenam-enam aspek ini amat penting untuk diterapkan
oleh guru di dalam pengajaran seni ukiran kayu Melayu. Amat penting untuk kita
mengetahui dan memelihara seni kita yang telah lama kita ketahui. Selain itu,
perlulah juga kita menghargainya dan melihat betapa indahnya seni orang
Melayu kita. Peranan guru di sini amat penting untuk memberikan sesuatu aktiviti
seni yang menyeronokkan kepada muridnya agar mereka tahu dan dapat
menghayati keindahan seni ukiran Melayu yang mana kita tahu tak lekan dek
panas dan tak lapuk dek hujan.

Azman Salleh 15
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Rajah 2.5 Ukiran kayu berbentuk wau


Sumber : Warisan Budaya Malaysia
http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

Rajah 2.6 : Ukiran patung kayu


Sumber : Warisan Budaya Malaysia
http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

BIBLIOGRAFI

Azman Salleh 16
750312-02-5163
OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Atan Long (1976), Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
http://www.foresty.terengganu.gov.my
http://www.woodlist.com
http://www.forest.sabah.gov.my
http://www.kedah.gov.my

Open University Malaysia (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni


Visual. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) Huraian Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Putrajaya.

Warisan Budaya Malaysia http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

Azman Salleh 17
750312-02-5163

You might also like