P. 1
Perkembangan Seni dan Kanak - kanak

Perkembangan Seni dan Kanak - kanak

4.82

|Views: 29,263|Likes:
Published by manroy

More info:

Published by: manroy on Apr 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2013

pdf

text

original

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

, Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Khairezan bin Rahmat di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Terima Kasih. Azman Bin Salleh 750312-02-5163 KANDUNGAN
Azman Bin Salleh 750312-02-5163 1

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Halaman PENGHARGAAN KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN Soalan Tugasan 2. TUGASAN 1 a. Pengenalan dan Penyataan Sejarah b. Teknik Membuat Kolaj c. Penjelasan Falsafah Objek dan Karya Seni d. Penjelasan Tujuan dan Fungsi Objek dan Karya Seni e. Huraian unsur dan Prinsip Seni 3. LAPORAN a. Sejauh Mana Alat Bantu Mengajar Berkesan Membantu Guru memudahkan Proses Pengajaran b. Ciri – ciri Alat Bantu Mengajar yang Baik dan Bermutu c. Faktor yang Perlu Diambil kira Sebelum Menghasilkan Sesuatu Alat Bantu Mengajar d. Kesimpulan dan Refleksi 17 4. BIBLIOGRAFI 5. LAMPIRAN Bahan CD dilampiran di halaman belakang 18 14-16 11 12-13 1 2-3 4-5 6-7 8-10 i ii

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

2

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

PENGENALAN KOLAJ Apa itu kolaj? Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratin akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain. Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolaj sendiri memerluka teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Gambar 1.1: Kolaj Sumber : koleksi peribadi

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

3

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Gambar 1.1 di atas menunjukkan lukisan kolaj yang dihasilkan oleh murid prasekolah. Teknik yang digunakan ialah tampalan kertas pada gambar yang telah disediakan oleh guru. b. Teknik Membuat Kolaj. Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas. Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan. Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj. Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang untuk didapati kerana sebarang kepingan boleh digunakan. Perkara yang agak menyulit dan menyukarkan ialah apabila memotong dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar hasil seni tersebut menjadi lebih menarik. Jika pelajar memilih unruk menggunakan perca – perca kain, ianya lebih elok dijahit. Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar perlulah memberikan perhatian kepada penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya kelihatan lebih seimbang. Bagi menampakkan kepelbagaian teknik, pelajar boleh menambah dengan mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek bahagian – bahagian tertentu.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

4

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Gambar 1.2 : Tenik menampal kolaj Sumber : Koleksi peribadi

Gambar 1.3 : Teknik kolaj menggunakan pensel Sumber: Koleksi peribadi Jelas di sini, berdasarkan gambar dapat kita lihat kepelbagaian teknik yang dapat digunakan di dalam membuat hasil seni kolaj. Pelajar boleh menggunakan teknik mengoyak atau menggunting kertas, menggunakan pensel di mana keratan kertas lebih halus dan lebih berseni atau denga menggunakan jahitan untuk perca – perca kain.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

5

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

c. Penjelasan falsafah objek dan karya seni. Kolaj adalah tergolong di dalam kategori seni halus. Kolaj juga memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dari sudut pandangan kreativiti, dapat kita ambil daripada pandangan Lowenfeld ( 1975) di mana beliau percaya bahawa setiap kanak – kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak – kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kita lihat pula tokoh lain tentang takrif kreativiti. June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea yang baru. Maka, jika kita kaitkan dengan penghasilan kolaj,pelajar cuba mengolahkan sesuatu hasil kerja melalui kreativi mereka masing – masing. Walaupun mereka cuba meniru sesuatu keadaan atau gambaran namun melalui kreativit mereka, mereka mengolah dan menghasilkan sesuatu hasil yang baru dan mengikut firasat dan pandangan mereka. Saya juga tertarik dengan pandangan tokoh Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978) yang memmetik bahawa sesuatu proses kreativi adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik. Tedapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan. Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas dengan penghasilan kolaj maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu tema untuk kolaj mereka. Apabila sesuatu tema telah pun di tetapkan, pelajar akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka seterusnya melakukan pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya
Azman Bin Salleh 750312-02-5163 6

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

lebih peka dan meningkatkan pengamatan mereka di dalam penelitian. Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan kemahiran mereka menggunakan bahan serta teknik yang betul. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar menggunakan bahan seperti gam, gunting, kertas warna atau kain perca manakala teknik pula ialah seperti teknik guntingan halus, titikan pensel atau[un jahitan. Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh – tokoh seni yang terkenal adalan amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru dapat melihat aspek – aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

7

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

d. Penjelasan tujuan dan fungsi objek dan karya seni. Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melaui seni. Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap perkembangan kanak – kanak adalah berbeza – beza. Merujuk kepada Modul OUM HBAE1203 Perkembangan Seni dan Kanak – Kanak (2007), penglibatan kanak – kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan ransangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak – kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensiviti kanak – kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai dan dilihat daripada aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi. Setelah kita ketahui antara tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah, maka sekara kita lihat pula tujuan dan fungsi kolaj kepada pelajar di sekolah. Kolaj ada termasuk di dalam kumpulan seni halus. Tujuan penghasilan kolaj kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik. Seterusnya kita lihat daru sudut fizikal pula. Kolaj melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor – tangan mereka. Ini kerana mereka akan menggunting kertas – kertas warna kepada bentuk kecil kecil. Kemahiran menampal dan menjahit juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masing – masing. Kebebasan menggambarkan kolaj mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka
Azman Bin Salleh 750312-02-5163 8

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

masing – masing. Pemilihan warna yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan kolaj yang menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan adan fungsi kolaj adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi tampalan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar dan membeuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan kolaj mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri. Antara lain tujuan dan funsi kolaj ialah dapat meningkatkan dan menajamkan penggunaan pancaidera dan deria pelajar. Melalui kolaj, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, dapat kita lihat anata tujuan lain penghasilan kolaj ialah memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan mereka bersosial sesama mereka. Malah melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, sedik sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka. Semangat hormat menghormati dan sikap toleransi juga dapat dipupuk kepada pelajar. Kesimpulannya, penghasilan kolaj dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan ekspresi mereka melalui tampalan dan jahitan. Selain itu, ia juga mampu membina atau meningkatkan psikomotor halus pelajar di dapal proses menggunting, menjahit dan menampal. Pembentukan sikap dan menerapan nilai murni dapat dilakukan melalui proses penghasilan kolah di dalam kelas.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

9

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

e. Huraian unsur dan prinsip seni.

Gambar 1.4: Hasil kerja Kolaj Sumber : Koleksi peribadi 1. Garisan: • Garisan yang dibentuk melalui kolaj di atas dapat dilihat pelbagai jenis garisan. Ada yang wujud seperti papan di dinding rumah, susunan pada atap dan pintu. • Garisan juga digunakan di awal untuk membentuk lakaran rumah.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

10

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Gambar 1.5 : garisan membentuk gambar rumah. Sumber : koleksi peribadi. 2. Rupa • • 3. Bentuk • • 4. Jalinan • • 5. Ruang • • 6. Warna • • • Warna yang digunakan ialah warna asas iaitu merah, biru, hijau Warna tertier iaitu jingga. Penggunaaan warna yang kontra agar perbezaan bahagian – bahagian rumag tersebut lebih jelas. Huraian Prinsip – prinsip rekaan 1. Harmoni • • • Ulangan pada garisan atau tampalah membentuk seolah – olah papan pada rumah tersebut. Gambar yang teratur. Campuran pelbagai jenis warna
11

Unsur rupa yang digunakan ialah berbentuk geometri iaitu mempunyai sudut dan berpenjuru. Berbentuk 2 –D.

Kolaj ini tergolong di dalam bentuk ilusi. Bersifat rata dan dihasilkan melalui lakaran dan tampalan atau jahitan. Ia terdiri daripada jalinan sentuh. Jalinannya berbagai – bagai agar pelajar dapat belajar menggunakan pelbagai tenik menampal kolaj. Ruang adalah jarak antara dua objek atau rupa. Kolaj ini adalah ruang ilusi iaitu rupa 2-D.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

2. Kontra • • Warna yang digunakan kontra dan bertentangan agar penegasan dan perbandingan dapat dilihat. Corak susunan atau jalinan tampalan juga berbeza untuk memberi penjelasan dan teknik yang berbeza – beza. 3. Penegasan • Penegasan warna pada bahagian dinding rumah dan bumbung rumah untuk memperlihatkan pebezaan dan persempadanan kawasan. 4. Kepelbagaian • Kepelbagaian dapat dilihat pada teknik menampal yang terdapat pada kolaj tersebut. Susunan tampalan berbeza-beza untuk mewujudkan kepelbagaian teknik. • Teknik menggunakan pensel juga bertujuan memberi idea kepada pelajar untuk membuat rujuakan. Kesimpulannya, setiap objek atau hasil karya semestinya mempunyai unsur – unsur senireka di dalamnya. Unsur senireka yang mempunyai enam elemen asas adalah wajid terdapat pada sesuatu karya yang dihasilkan. Namun kita perlu tahu bahawa tidak semua prinsip – prinsip rekaan terdapat di dalam sesuatu karya yang dihasilkan. Terdapat tujuh prinsip rekaan namun tidak semestinya terdapat ketujuh – tujuh prinsip tersebut di dalam sesuatu hasil karya.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

12

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Laporan a. Sejauh mana alat bantu mengajar berkesan membantu guru memudahkan proses pengajaran. Penyediaan bahan Bantu mengajar adalah merupakan tugas guru yang amat penting di dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Tanpa penggunaan sebarang alat Bantu mengajar, murid akan berasa cepat jemu dan hilang minat untuk belajar. Pembelajaran satu hala dan pengajaran yang hanya menggunakan satu medium adalah tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan pada zaman sekarang. Ini merujuk kepada kajian yang dibuat oleh pakar – pakar pendidikan, maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan ialah 75%, deria pendengaran sebanyak 13%, deria sentuh 4% dan deria bau 4%. Maka guru perlu melibatkan kesemua deria murid didalam proses pengajarannya. Dengan demikian, alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai amatlah diperlukan. Di dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk mengajar kolaj kepada pelajar saya dan banahn bantu mengajar yang saya pilih ialah hasilan kolaj itu sendiri. Sebagai guru, saya telah menyediakan contoh kolaj yang telah siap untuk ditunjukkan kepada pelajar saya. Dengan cara ini, pelajar dapat melihat sebuah hasil yang telah siap dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetuskan idea mereka sendiri. Selain itu, saya juga menyediakan contoh – contoh gambar sebenar yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai rujukan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di dalam pemilihan jalinan dan warna yang sesuai. Saya juga memberikan kebebasan kepada mereka untuk melihat sendiri bahan sebenar. Contohnya bunga atau daun di mana saya benarkan mereka keluar kelas untuk melihat sendiri garisan – garisan yang terdapat pada daun dan bunga. Kesimpulannya, alat bantu mengajar yang berkesan dan menarik amatlah membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Azman Bin Salleh 750312-02-5163 13

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

b. Ciri – ciri alat bantu mengajar yang baik dan bermutu. Alat bantu mengajar sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian atau jenis iaitu : 1. Bahan bercetak 2. Bahan teknologi pendidikan 3. Bahan berasaskan computer Melalui ketiga-tiga jenis ini maka terpulanglah kepada guru untuk menghasil atau menyediakannya di dalam proses pengajarannya. Sebelum menyediakan sesuatu alat bantu mengajar, seseorang guru perlulah tahu cirri – cirri atau criteria yang perlu diambil untuk menjadikan alat tersebut baik dan bermutu. Pertama sekali ialah, guru perlulah memastikan alat tersebut selaras dengan dasar kerajaan dan tidak terkeluar daripada tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kenapa? Ini penting agar bahan tersebut mestilah sesuai untuk pendidikan di mana selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pelajar yang berguna dan bermoral. Ini sebenarnya penting untuk memastikan alat tersebut bermutu dan sesuai digunakan. Seterusnya, alat bantu mengajar tersebut mestilah tidak bercanggah dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia dan diterima oleh semua kaum. Melalui ABM kolaj yang telah digunakan, ianya adalah menepati dengan nilai – nilai dan budaya di Malaysia. Rumah yang digambarkan pada kolaj adalah dapat diterima dan mudah dikenalpasti oleh pelajar yang berbilang kaum. Ciri – ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu alat bantu mengajar ialah ianya semestinya dapat memberi maklumat terkini. Ini amat penting kerana jika kita menggunakan alata yang tidak memberi maklumat terkini dikhuatiri pelajar akan mudah keliru dengan fakta – fakta yang tidak tepat. Selain itu, alat atau bahan tersebut seboleh – bolehnya tidak terlalu mahal berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh alat tersebut. Jika kos
Azman Bin Salleh 750312-02-5163 14

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

membeli alat tersebut agak mahal namun faedah yang boleh didpati daripadanya tidak seberapa ia bukanlah satu alat bantu mengajar yang baik dan bermutu. Biarlah kosnya rendah namun faedah yang dapat disumbangkan adalah besar dan menepati pengajaran guru. Terdapat banayak aspek yang dapat menilai kebaikan dan mutu sesuatu alat banu mengajar. Antaranya yang lain ialah bahan tersebut mudah diperolehi, mudah digunakan iaitu guru dan pelajar mudah memahami dan dapat menggunakannya dengan seoptimum mungkin. Ianya juga mudah alih dan dapat disenggarakan. Ini bermaksud, bahan tersebut mudah digunakan dan disimpan semula dan jika berlaku kerosakan maka ia dapat dibaiki dengan mudah. Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti sesuatu alat bantu mengajar ialah apakah ia dapat memberi pelbagai ransangan dan menggunakan pelbagai deria. Pelajar lebih memahami sesuatu pelajaran jika ia melibatkan kesemua deria mereka. Maka alat bantu mengajar yang baik dan bermutu patut memberi ransangan yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam pelajar dengan menggunakan alat bantu mengajar tersebut. Apsek lain yang perlu diambill kira ialah apakah alat bantu mengajar tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan didlam situasi yang berlainan. Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut untuk digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di dalam situasi yang berlainan. Contohnya jika guru telah menyediakan alat yang menunjukkan jenis corak untuk membuat layang – layang, alat tersebut juga boleh digunakan untuk mengajar batik atau membuat kolaj dan sulaman. Kesimpulannya, alat bantu mengajar yang baik dan bermutu seharusnya memenuhi kriteria – kriteria yang telah diterangkan di atas. Merujuk kepada alat bantu mengajar yang saya guna, saya telah menggunakan alat yang berasaskan komputer di mana melalui persembahan Power Point, saya mengajar pelajar saya membina kolaj. Dengan cara ini, ia memudahkan saya mengulang tunjuk jika pelajar saya masih tidak memahami teknik yang telah diajar.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

15

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

c. Faktor yang perlu diambil kira sebelum menghasilkan sesuatu alat bantu mengajar. Apakah faktor yang perlu diambil kira sebelum menghasilkan sesuatu alat bantu mengajar? Perlu diingat jiga guru gagal memilih alat bantu mengajar yang sesuai, sesuatu pelajar pastinya tidak menarik dan tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Merujuk modul OUM HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran ada menyebut bahawa terdapat tujuh perkara yang perlu diambilkira sebelum menghasilkan sesuatu alat bantu mengajar. Ianya ialah: 1. objektif 2. pelajar 3. kos 4. kepakaran teknikal 5. peralatan 6. fasiliti; dan 7. masa Sekarang mari kita huraikan satu persatu: 1. Objektif Sebelum guru menyediakan sesuatu bahan, beliau perlulah melihat dahulu apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang handak dicapai pada pelajaran hari itu. Penentuan objektif ini penting agar alat yang akan digunakan selaras dan dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajarannya. 2. Pelajar Guru juga perlu mengetahui latar belakang pelajarnya sebelum menyediakan sesuatu alat bantu mengajar. Apakah pengalaman sedia ada pelajarnya mampu selaras dengan bahan tersebut. Ini penting kerana ia dapat membantu pelajar lebih memahami cara penggunaan bahan atau alat yang akan mereka guna. Pengetahuan latar belakang pelajar amat penting bagi guru sebelum menyediakan alat bantu mengajar kerana ia dapat mempengaruhi
Azman Bin Salleh 750312-02-5163 16

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

pemahaman pelajar selain dapat menjadikan pengalaman mereka sebagai satu sumber untuk mencipta idea – idea yang baru. 3. Kos Kos di sini merujuk kepada kos penghasilan alat bantu mengajar tersebut. Guru digalakkan menggunakan kos seminima mungkin namun bahan tersebut mestilah dapat memberi faedah yang maksimum kepada pelajar. Ini kerana kita tahu, tidak semua sekolah mampu menyediakan kos yang besar kepada guru untuk menyediakan alat bantu mengajar yang canggih namun bukan kos sebenarnya yang perlu diambilkira tetapi kegunaan dan faedah alat tersebut yang perlu dititikberatkan. 4. Kepakaran Teknikal Sebelum menyediakan sesuatu alat bantu mengajar, guru perlulah melihat kepada teknikal – teknikal yang terdapat pada alat tersebut. Seeloknya alat tersebut tidaklah terlalu memerlukan teknikal yang tinggi atau terlalu rumit untuk dibaiki jika berlaku kerosakan. Contohnya jika bahan tersebut berasaskan komputer, guru perlu memastikan terdapat guru yang mahir komputer disekolah tersebut di mana dapat dirujuk jika bahan atau alat tersebut mengalami gangguan atau kerosakan. 5. Peralatan Guru juga perlu memastikan peralatan yang akan diguna tidak rosak atau mencukupi. Ini perlu dilakukan agar segala rancangan dan penggunaan alat bantu mengajar tidak terganggu. Ia akan mencacatkan pengajaran pada hari itu jika guru gagal menyediakan peralatan yang sempurna atau secukupnya. 6. Fasiliti Faktor seterusnya yang perlu diambilkira sebelum menyediakan alat bantu mengajar ialah fasiliti. Guru perlu memastikan fasiliti di dalam kelas adalah dalam keadaan yang baik, serta kedudukan yang sesuai. Contonhya kedudukan soket elektrik yang sesuai jika bahan tersebut menggunakan elektrik. Kelas seni yang mempunyai sinki air yang mempunyai air untuk membuat basuhan dan

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

17

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

fasiliti yang lain. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan sesuatu alat bantu mengajar yang berkesan. 7. Masa Masa di sini merujuk kepada berapa lama alat tersebut mengambil masa pelajaran yang akan dijalankan. Guru perlu melihat kepada alat yang sesuai dangan masa yang diperuntukkan. Alat yang mengabil masa yang terlalu lama atau terlalu singkat adalah tidak sesuai. Guru perlulah menggunakan alat tersebut sesuai dengan masa yang diperuntukkan supaya pelajaran tidak menjadi bosan jika terlalu lama atau pelajar tidak sempat memahami kerana terlalu singkat. Kesimpulannya, guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam menyediakan alat bantu mengajar yang berkesan. Pengetahuan yang ditimba ketika belajar di Institut Perguruan perlulah diaplikasikan apabila mengajar di sekolah. Guru yang bagus ialah guru yang dapat mengajar mengikut rancangannya dengan bantuan alat yang berkesan dan pelajarnya dapat mencapai objektif pembelajaran mereka.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

18

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

d. Kesimpulan dan refleksi Kesimpulan yang dapat dirumuskan melalui kajian kali ini ialah antaranya sebagai seorang guru seni, kita perlulah mahir di dalam elemen – elemen asas seni iaitu unsur – unsur senireka dan prinsip – prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Selain itu, perlu juga sebagai seorang guru seni untuk mengetahui dan melihat teori – teori yang ditulis oleh tokoh – tokoh seni agar dapat membantu guru memahami tentang seni itu sendiri. Ini kerana kreatviti dan imaginatif pelajar adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktor – faktor yang perlu diambilkira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, melalui kajian ini, saya dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas amatlah menyeronokkan. Pelajar yang terdiri daripada tahun satu ini telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. Akhir kata, kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah – kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata pepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

19

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

BIBLIOGRAFI Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd Raja Baharudin Raja Husain, (1999) Kursus Amali PMR Pendidikan Seni, Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd. . Open University Malaysia, (2007) HBAE 1203 Perkembangan Seni san Kanakkanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Open University Malaysia, (2007) HBSS 1103Pengenalan Pengajian Sosial,, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Open University Malaysia, (2005) HBEF Prinsip Teknologi Pengajaran, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->