P. 1
Kertas Kerja Unit Beruniform SK FELDA Seri Rasau 2009

Kertas Kerja Unit Beruniform SK FELDA Seri Rasau 2009

4.0

|Views: 93,827|Likes:
Published by zulkifli muda

More info:

Published by: zulkifli muda on Feb 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/15/2013

pdf

text

original

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERI RASAU 23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN TERENGGANU

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR

2009

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009 SEK KEB FELDA SERI RASAU, KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU _______________________________________________________________________ _

1.

TAJUK Kertas Kerja Perkhemahan Pendidikan Luar 2009, Peringkat Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu

2.

TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar 2009 dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah. 2.2 Matlamat (i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan. (ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai alam. (iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.

2.3

Objektif (i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. (ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar. (iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan mementingkan diri sendiri.

3.

BUTIRAN PERKHEMAHAN 3.1 3.2 3.3 Tarikh 22 dan 23 Oktober 2009 Hari Khamis dan Jumaat ( 2 hari 1 malam ) Bilangan Peserta • • Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6 Bilangan peserta : Lelaki Perempuan Jumlah 3.4 : 35 : 45 : 80 orang

Tempat Perkhemahan

Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya, Dungun,Terengganu.

4.

JAWATANKUASA 4.1 Jawatankuasa Pengelola: Unit Ko-Kurikulum Sek Keb FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya, Dungun. 4.2 Jawatankuasa Induk : Penasihat Pengerusi Penyelaras Kem Komandan Pen. Kem Komandan : Setiausaha Bendahari : En.Mohamad Aminuddin bin Yazid : En.Salman bin Jusoh : En Zulkifli bin Muda : En Zainuddin bin Pee : YM .Engku Muzaffar b Engku Maharani : Pn Mariati bt Rani : Pn Norliza bt Ismail@Chik

4.3

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Urusetia Pengurus Peserta Tapak Perkhemahan Khemah & Peralatan Aktiviti Makan & Minum Kerohanian Keselamatan/ Kecemasan Siaraya & Dokumentasi Persembahan Hadiah & Cenderamata : Pn Mariati bt Rani : Ketua Unit-Unit Beruniform : En Kamal Baharin b Abu Bakar : En Lukman bin Ismail : En Ahmad Najme bin Abd Manaf : Pn Norhayati bt Mamat : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas : En Mohd Nur Azrul bin Ismail : En Mohd Hamedan bin Embong : Cik Hadibah bt Mohamad Darus : Pn Rohana bt Jusoh

4.4

Jawatankuasa Kecil :

JAWATANKUASA KETUA PERKHEMAHAN / KEM KOMANDAN : En. Najmi bin Ibrahim

BIDANG TUGAS  Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan kelancaran perkhemahan  Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.  Mengeluarkan peraturan perkhemahan.  Menguatkuasakan peraturan perkhemahan

PEN KETUA PERKHEMAHAN / PEN. KEM KOMANDAN: YM Engku Muzaffar b Engku Maharani

 Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan tugas ketua perkhemahan.  Menjalankan tugas ketua perkhemahan semasa ketiadaannya.  Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan  Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan  Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.  Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas  Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan  Mengendalikan acara majlis penutup  Menyediakan kain rentang perkhemahan Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta unit masing-masing Menyediakan jadual guru bertugas unit Masing-masing Memastikan penyediaan senarai semak peralatan yang perlu dibawa lebih awal

URUSETIA Pengerusi : Pn Mariati bt Rani AJK 1 En Azuan bin Shafie 2. EnKamal Baharin b Abu Bakar 3. Pn Maznah bt Omar 4. Cik Nor Hashima bt Mohd Razali 5. Pn Azniza bt Daud

PENGURUS PESERTA: Semua Ketua Unit Beruniform Pengakap TKRS PBSM Puteri Islam Tunas Puteri

TAPAK PERKHEMAHAN Pengerusi : En Kamal Baharin bin Abu Bakar AJK: 1. En Mohd Zaharawadi b Ibrahim 2. YM Engku Muzaffar b Engku Maharani

 Menyediakan pelan tapak perkhemahan  Menyelaras pembahagian tempat tapak mengikut unit  Menentukan bilik-bilik yang akan digunakan oleh perserta jika hari hujan.  Menentukan tandas/bilik air yang akan digunakan oleh peserta  Memastikan semua bilik/tempat yang digunakan sentiasa dalam keadaan bersih

MAKANAN DAN MINUMAN Pengerusi : Pn Norhayati bt Mamat AJK: 1. Pn Zanariah bt Omar 2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh 3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah

 Menyediakan makanan dan minuman yang bagi semua guru yang terlibat dan murid  Menyediakan jadual serta menu masakan setiap hari perkhemahan  Memastikan semua aktiviti memasak di kalangan peserta berjalan lancar  Menguruskan segala perkara berkaitan makan dan minum disepanjang perkhemahan 1  Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat  Memimpin bacaan Yasin  Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh

KEROHANIAN Pengerusi : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas AJK: 1. En Lukman bin Ismail 2. Pn Rohaiza bt Remli KESELAMATAN DAN KECEMASAN Pengerusi : En Mohd Nur Azrul bin Ismail AJK: 1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail 2 Pn Noraziah bt Omar 3. Pengawal keselamatan sekolah

 Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik  Menubuh unit kawalan  Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi  Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan  Mengawal keselamatan murid dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.  Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya.  Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti dijalankan  Melantik hakim-hakim persembahan dan menyediakan borang penghakiman, jika persembahan tersebut dijalankan secara pertandingan  Mengurus perjalanan aktiviti persembahan

PERSEMBAHAN Pengerusi : Cik Hadibah bt Mohamad AJK: 1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali 2 Cik Rahayu bt Said

3 ELEKTRIK, SIARAYA DAN DOKUMENTASI 1Pengerusi : 2En Mohd Hamedan bin Embong AJK: 1. En Ismail bin Awang Lah 2 Pekerja sekolah Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna di seluruh tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem diadakan Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai Mengurus dan menyediakan peralatan siaraya untuk sebarang bentuk persembahan/aktiviti (jika diperlukan) 1  Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.  Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata  Menguruskan majlis penyampaian hadiah

HADIAH DAN CENDERAMATA Pengerusi : Pn Rohana bt Jusoh AJK: 1. Pn Norliza bt Ismail@Chik 2 Pn Noraziah bt Manab

5. BIL 1

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Makan Minum Murid • • • • • • • • Makan Tengahari (Khamis) Mi num Petang (Khamis) Makan Malam (Khamis)  Minum Malam (Khamis)   Sarapan (Jumaat)  Minum Pagi (Jumaat)  Makan T/Hari (Jumaat)  Minum Petang (Jumaat)   RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00 BUTIRAN JUMLAH

RM1120.00

2

Hadiah Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Peralatan

  

RM20.00 x 5 = RM100.00 RM15.00 x 5 = RM 75.00 RM10.00 x 5 = RM 50.00 Bahan api Tali Racun serangga Ubat-ubatan

` RM225.00

3

RM100.00

4

Kecemasan

RM100.00 RM1545.00

JUMLAH BESAR

(RM : SATU RIBU LIMA RATUS EMPAT PULUH LIMA SAHAJA)

6.

TENTATIF PROGRAM

MASA /HARI 5.30 PAGI 8.00 PAGI 8.30 PAGI 10.00 PAGI 10.30 PAGI 12.30 THARI 2.30 PETANG 4.00 PETANG 5.00 PETANG 6.30 PETANG 9.00 MALAM 10.30 MALAM 11.00 MALAM

HARI PERTAMA KHAMIS 22 OKTOBER 2009

HARI KEDUA JUMAAT 23 OKTOBER 2009 Bangun, Siap Diri , Solat Subuh Sarapan Pagi Aktiviti 5: • Pertandingan memasak Minum Pagi

Pendaftaran Peserta • Mendirikan Khemah • Taklimat Umum

Aktiviti 1 : Aktiviti 6 : • Penyediaan Gejet & Pemeriksaan Khemah Anyaman Daun kelapa Rehat, Makan Tengahari dan Rehat, Makan Tengahari, Solat Zohor Solat Zohor/Jumaat Aktiviti 2 : Aktiviti 7 : Pertandingan Kawad Persembahan Kebudayaan Solat Asar/Minum Petang Aktiviti 3: Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Sukaneka Mandi, Makan Malam BERSURAI Solat Maghrid & Isyak Aktiviti 4: Kembara Malam Minum Malam Tidur

7.

JADUAL TINDAKAN

HARI PERTAMA : KHAMIS ( 22 OKTOBER 2009 ) MASA 8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.30 thari 2.30 petang 4.00 petang 5.00 petang 6.30 petang 9.00 malam 10.30 malam 11.00 malam Masa 5.30 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.30 t/hari 2.30 petang 4.00 petang 5.00petang 6.00 petang 8. PENUTUP AKTIVITI Pendaftaran Mendirikan khemah Taklimat umum Minum pagi Aktiviti 1 : Penyediaan Gejet dan Anyaman Daun Kelapa Makan Tengahari , Solat Zohor Aktiviti 2 : Pertandingan Kawad Kaki Solat Asar Aktiviti 3 : Sukaneka Makan Malam, Solat Maghrib & Bacaan Yasin Aktiviti 4 : Kembara Malam Minum malam Tidur Aktiviti Siap diri, Solat & Kuliah Subuh Sarapan Pagi Aktiviti 5 : Pertandingan Memasak Minum pagi Aktiviti 6 : Pemeriksaan Khemah TINDAKAN Urusetia Ketua & Guru Unit Kem Komandan JK Makanan/Minuman JK Aktiviti JK Makanan & JK Kerohanian JK Aktiviti JK Kerohanian JK Aktiviti JK Makanan & JK Kerohanian JK Aktiviti JK Makanan Urusetia & JK Keselamatan Tindakan JK Kerohanian JK Makanan JK Aktiviti JK Makanan JK Pertandingan JK Makanan, Kerohanian Keselamatan

HARI KEDUA : JUMAAT ( 23 OKTOBER 2009 )

Makan Tengahari , Solat Zohor& Jumaat Aktiviti 7 : Persembahan Kebudayaan JK Persembahan & Siaraya Solat Asar JK Kerohanian Perasmian Penutup & Urusetia & JK Hadiah& Penyampaian Hadiah Semua Guru BERSURAI

Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan matlamatnya tercapai.

Disediakan oleh:

ZULKIFLI BIN MUDA Penyelaras Perkhemahan Pendidikan Luar 2009 Sek Keb FELDA Seri Rasau, 23300 Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu.

Disemak oleh;

SALMAN BINN JUSOH Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sek Keb FELDA Seri Rasau, 23300 Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu.

2.(b)

Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar 2.1 Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009 Tarikh Tempat : : 22 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009 Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Dungun, Terengganu

Laporan Hari Pertama : 22 Oktober 2009 (Khamis) Pada jam 8.30 pagi seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan.Pada jam 9.00pagi, aktiviti mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan. Pada jam 10.00 pagi ,satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang program .Para peserta seterusnya diberikan mimum pagi pada jam 10.30 pagi . Aktiviti pertama bermula pada jam jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30 tengahari untuk makan tengahari di khemah pusat yang disediakan dan Zohor di surau sekolah. solat

Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat Asar. Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan awal, slot ini adalah aktiviti ’Jungke Tracking’, . Namun begitu, atas faktor keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Najme dengan dibantu tiga pembantunya Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuksolat Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjamaah di dewan sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua Jawatankuasa Kerohanian. Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam. Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin. Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan minum malam. Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untu berehat dan tidur.Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.

Laporan Hari Kedua : 23 Oktober 2009 (Jumaat) Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd Haafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah.. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima dijalankan iaitu pertandingan memasak Peserta dikehendaki menyediakan jemputjemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum. Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan. Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti persembahan. Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, peserta lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala peserta perempuan ke surau untuk solat Zohor. Selepas solat Jumaat, persembahan kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang, peserta diberi minum dan menunaikan solat Asar. Jam 4.30 petang, khemahkhemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan. Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Salman bin Jusoh, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Selesai majlis penutup,semua peserta telah diarah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas sebelum mereka pulang . Program tamat tepat pada jam 6.00 petang apabila semua peserta pulang ke rumah masing-masing.

2.2

Kekuatan dan Kekurangan Program

Kekuatan: Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar bergantung kepada elemen seperti berikut : 1 2 i) Peserta Program pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan kali ini amat

Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada mereka ini adalah keterampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang

3 4

berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut perintah yang diberikan. 5ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan 6Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di hadapan peserta. 7 8iii) Urusetia yang berpengalaman 9Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja

iv)

Kemudahan prasarana yang lengkap

Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat beriadah. Ini semua dapa tmembantu melicinkan perjalanan program. 1 2 v) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.

Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya dalam aspek keselamatan peserta program, terutamnya pada waktu malam. Pihak RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan perkhemahan.

3 4

vi)

Peruntukan program yang mencukupi

Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan program kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan

Kekurangan: Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut : 1i) Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas urusetia dan juga guru bertugas tidak

Khemah dan bilik penginapan untuk

mencukupi.Ini menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini seharusnya diatasi segera tetapi tidak ada tindakan sehingga program tamat. ii) Khemah rosak

Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta.

2 3 4 iii) Kemudahan rawatan kecemasan Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagi kes-kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung. 5 6 7 iv) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti mana jumlah yang ditempah. 8 9v) Tandas dan bilik air yang jauh 1 Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kera ia terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah mengganggu program-program lain. Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Disediakan oleh , (ZULKIFLI BIN MUDA) Kem Komandan Perkhemahan Pendidikan Luar 2009 Sek Keb FELDA Seri Rasau Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu 26 OKTOBER 2009

2.3

Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar, dikemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang. Cadangan : i) Penginapan urusetia

Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat, iaitu berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik mestilah mencukupi dan dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.

ii)

Pemeriksaan khemah

Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.

10iii) Kemudahan rawatan kecemasan Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurangkurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak perkhemahan dalam satu-satu masa. Aini bertujuan memberikan pertolongan bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital/klinik. Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.

iv)

Bilik air dan tandas

Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke bilik air dan tandas yang agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan program.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->