You are on page 1of 29

PENGENALAN SAINS SUKAN

UNIT 1

KONSEP

1
KONSEP

 Sukan ialah satu bentuk aktiviti manusia


yang wujud mengikut perkembangan
zaman.

 Contoh: menari, memburu,


menunggang kuda, lawan
pedang dan bermain bola.

2
 Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau
cabaran bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. (Hawkey, 1993)

 Kesimpulannya, sukan ialah aktiviti fizikal


manusia yang berunsurkan pertandingan dan
tertakluk pada peraturan atau undang-undang.

3
1.1 Definisi Sains Sukan

Sains Sukan ialah bidang yang


mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan
menggabungkan disiplin-disiplin seperti
perubatan sukan, anatomi, psikologi sukan,
fisiologi, biomekanik dan pemakanan sukan.

4
5
Prestasi Sukan

 Pengetahuan tentang kaedah dan teori sains


sukan akan meningkatkan prestasi atlet,
jurulatih dan pegawai sukan.

 Meningkatkan prestasi latihan motor dan


program latihan yang sistematik

6
Ekonomi

 Sukan dapat membantu meningkatkan ekonomi


negara melalui:
- bidang perniagaan
- pelancongan
- penyertaan atlet
- penaja
- saintis sukan

7
Kerjaya
 Perkembangan sukan dapat mewujudkan
peluang pekerjaan

- jurulatih
- pegawai sukan
- wartawan
- ahli psikologi sukan
- pegawai perubatan sukan
8
Rekreasi
 Pengetahuan sukan dapat dimanfaatkan dalam aktiviti rekreasi.

 mengetahui cara penggunaan alatan rekreasi dengan betul.

 Contoh: aktiviti berkayak.

9
Kesihatan
Kesihatan

 Bantu meningkatkan tahap kesihatan dan


kecergasan atlet.

 Mengetahui kaedah dan prosedur latihan untuk


elak dari kecederaan

 Mengetahui diet yang sesuai untuk prestasi atlit.

10
1.3 Dasar Sukan Negara (DSN)

 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)


telah mewujudkan DSN dan digubal pada 20
Januari 1988.

 Bertujuan untuk menjadikan masyarakat


Malaysia sihat, cergas dan berdisiplin.

11
Definisi DSN

 Satu dokumen yang komprehensif ke arah


perkembangan, kemajuan dan pembangunan
sukan negara.

 Penggubalan DSN melibatkan agensi kerajaan,


bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan,
IPT, badan sukarela dan orang perseorangan.

12
DSN terbahagi kepada:

1. SUKAN UNTUK SEMUA (sukan massa)

 Bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan


kesejahteraan masyarakat.
 Melibatkan aktiviti rekrerasi berbentuk fizikal dan
sukan spontan.
 Menggalakkan penyertaan yang luas.
 Contoh: Larian Merdeka, Senamrobik Hari Keluarga.

13
2. SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN
(sukan prestasi tinggi)

 Bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada


peringkat tertinggi.
 Atlet diberi peluang bertanding di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
 Atlet boleh mendapatkan khidmat jurulatih yang
diiktiraf dan berlatih di luar negara.

14
1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara

 Peringkat Individu- sukan membantu:


– Pembentukan sahsiah, kesedaran diri dan
membangkitkan semangat pertandingan.
– Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
– Penggunaan masa senggang yang berfaedah.
– Pengurangan tekanan hidup moden
– Interaksi sosial yang bermakna.

15
 Peringkat Masyarakat- sukan membantu:

– Pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat


– Pewujudan persekitaran yang selesa untuk memupuk
hubungan komuniti yang baik
– Peningkatan tahap komuniti dan produktiviti
– Pencegahan penjenayah dengan masa lapang yang
berfaedah.

16
 Peringkat Antarabangsa-
sukan membantu:

– Pencapaian kecemerlangan pada peringkat


tertinggi
– Peningkatan maruah bangsa dan negara
– Pemupukan persahabatan

17
Objektif DSN
 Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan
bersatu padu dalam sukan.
 Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan
sosial, psikologi dan fisiologi.
 Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan
amalan sukan di kalangan orang awam.
 Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi dengan
semangat kesukanan dan meningkatkan imej negara.

18
1.3.2 Strategi dan Perlaksanaan Dasar

 Perancangan
– Perlu program jangka panjang untuk pembangunan
atlet, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan.

– Dalam perancangan program perlu pertimbangkan


perkara berikut:
 Jenis sukan yang berpotensi untuk dimajukan
 Jenis sukan yang sesuai dengan fizikal rakyat
Malaysia

19
 Organisasi
– KBS - menyelaras program Sukan Massa
– MSN - menyelaras sukan prestasi tinggi
– KPM - berperanan melatih guru dalam mata
pelajaran PJPK, Sains Sukan dan
kokurikulum
– MSSM - mengcungkil bakat murid dalam sukan
– MASUM - menggalakkan pelajar IPT dalam
aktiviti sukan
– MAKSAK- menyelaras aktiviti sukan di dalam
perkhidmatan awam.
– MOM - menentukan pemilihan atlet dan
program latihan untuk ke pertandingan
antarabangsa.
20
 Personel
– Sektor swasta dan dermawan digalakkan menaja
kegiatan sukan
– Persatuan sukan perlu tingkatkan strategi
pemasaran bagi menstabilkan kewangan

 Kewangan
– badan-badan sukan perlu melantik personel yang
berpengalaman untuk merancang dan melaksana
program sukan.

21
 Insentif (sumbangan/hadiah)
– Diberikan dalam bentuk biasiswa,
penganugerahan, cuti, elaun, sara hidup, insuran,
yuran pendidikan, pengambilan kerja dan
kemasukan IPT.

– Bertujuan untuk mendorong atlet meningkatkan


prestasi dari semasa ke semasa.

22
 Kemudahan
– KBS bertanggungjawab menyediakan kemudahan
utama sukan kepada masyarakat dan atlet.

– Kerajaan pula merancang kemudahan sukan di


peringkat negeri, daerah, kawasan bandar dan luar
bandar.

23
1.3.3 AM
 Pengurangan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan
sukan oleh kerajaan.
- menggalakkan pengusaha-pengusaha tempatan terlibat secara
langsung dalam industri tersebut.
 Penubuhan sekolah-sekolah khas contohnya Sekolah
Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar.
- Program Tunas Cemerlang diwujudkan di setiap negeri.
 Institut Sukan Negara (ISN) terlibat dalam
penyelidikan dan pembangunan sukan negara.

24
1.4 Etika dalam Sukan

 Amalan Beretika

– Berkelakuan baik
– Berdisiplin, bekerjasama, dan jujur
– Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
– Hormat, patuh dan terima keputusan pengadil dan
pegawai sukan.

25
 Amalan tidak beretika

– Memberi maklumat peribadi palsu


– Membantah / menentang sesuatu keputusan
– Tidak hadir dalam sesi latihan

26
1.5 Patriotisme dalam sukan
 Atlet melambangkan imej negara

 Atlet mestilah bertanding dengan semangat juang yang


tinggi

 Bagi meningkatkan semangat patriostisme di kalangan


atlet, slogan
“MALAYSIA BOLEH” dan “SUKAN UNTUK
NEGARA” dilaungkan.

27
LATIHAN
 Berikan definisi Sains Sukan
 Jelaskan dua kepentingan Sains Sukan
 Apakah tujuan slogan “MALAYSIA BOLEH” dilaungkan?
 Nyatakan sama ada aktiviti berikut sebagai sukan massa
atau sukan prestasi tinggi.
– Larian Merdeka
– Liga Hoki Remaja Daerah
– Le Tour De Langkawi
– Senamrobik Hari Keluarga

28
29

You might also like