You are on page 1of 28

LAKUAN MOTOR

&
BIOMEKANIK

UNIT 3

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR


Pembelajaran Kemahiran Motor

Kemahiran motor ialah perubahan tingkah laku


pada manusia.
Contoh; seorang pemain tenis telah menguasai
kemahiran servis yang diajar oleh jurulatihnya dengan
baik.
Maka, pembelajaran telah berlaku di antara
jurulatih dan pemain tenis.
Definisi

Bidang pengajian tentang pergerakan manusia


berfokus kepada perubahan daripada segi
keupayaan kawalan dan prestasi motor hasil
daripada praktis dan latihan.
Menurut Magill (1989), pembelajaran motor ialah
kemampuan individu untuk mempamerkan
perubahan dan peningkatan yang kekal dalam
kemahiran motor hasil daripada praktis atau
pengalaman.
Terdapat dua ciri perubahan tingkah laku:
Penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan mengikut
masa.
Penguasaan kemahiran perlu meningkat dengan konsisten
dan kekal.
Perubahan prestasi pembelajaran di gambarkan
melalui :
Lengkok lurus
Lengkok cembung
Lengkok cekung
Lengkok bentuk S (Ogive)
Lengkok lurus (linear)
 Peningkatan kemahiran yang
berkadar terus dengan masa.
 Semakin kerap atlet menjalani
latihan, semakin meningkat
kemahiran motornya.
 Contoh:
 seorang pemain hoki akan
melakukan penalti ke gol.
 Semakin banyak latihan, semakin
tepat pemain tersebut dapat
melakukan penalti.
Lengkok cembung (pemecutan negatif)
 Peningkatan kemahiran secara
mendadak diawal pembelajaran tetapi
beransur kurang pada penghujung
proses pembelajaran.
 Contoh:
 Kemahiran asas memukul dalam badminton
sangat mudah dipelajari.
 Kemahiran memukul dengan laju, tepat dan
terkawal sukar dipelajari.
 Kadar penguasaankemahiran berlaku
dengan perlahan.
Lengkok cekung (pemecutan positif)
 Peningkatan berlaku dalam kadar
perlahan di awal pembelajaran tetapi
mendadak naik di akhir proses
pembelajaran.
 Contoh:
 Kemahiran asas berenang seperti teknik
pernafasan dan apungan, mengambil
masa yang lama untuk dipelajari.
 Selepas menguasai kemahiran asas, atlet
boleh mempelajari gaya renang yang
lain.
Lengkok “S” (Ogive)
 Gabungan daripada ciri-ciri
lengkok lurus, cekung dan
cembung.
 Lengkok S menggambarkan
pembelajaran kemahiran bersiri.
 Contoh:Mempelajari satu rutin
tarian dalam gimnastik.
 Terdapat pergerakan yang mudah dan
cepat dipelajari.
 Terdapat juga pergerakan yang sukar
dan perlahan untuk dipelajari.
Pembolehubah
Pembelajaran Kemahiran Motor

 Kemahiran motor dipengaruhi oleh dua


pembolehubah iaitu:
 Perbezaan individu
 Pemindahan pembelajaran
Perbezaan individu
 Dalam mempelajari kemahiran motor, kebolehan
seseorang untuk menguasai sesuatu kemahiran adalah
berbeza.
 Pembolehubah perbezaan individu telah dikemukakan
oleh Fleishman (1972) berdasarkan dua taksonomi
keupayaan motor iaitu:
i keupayaan persepsi motor
ii kecekapan fizikal
Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor

 Koordinasi pelbagai anggota


 Ketepatan kawalan
 Orientasi respons
 Masa reaksi
 Kelajuan pergerakan tangan
 Kadar kawalan
 Ketangkasan manual
 Kecekapan jari
 Ketegapan tangan
 Kelajuan jari dan pergelangan tangan
 Membidik atau mensasar
Keupayaan persepsi motor
 Koordinasi pelbagai anggota
 Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan dalam satu
pergerakan pada masa yang sama.
 Contoh: Menggelecek bola hoki sambil berlari memerlukan
koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan kaki.

 Ketepatan kawalan
 Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasil pergerakan
adalah kemas dan tepat.
 Pergerakan melibatkan otot besar.
 Contoh: atlet terjun papan anjal dapat mengawal pergerakan postur
semasa terjunan.
 Orientasi Respons
 Keupayaan tentukan respon yang sesuai dihasilkan mengikut
keperluan persekitaran.
 Contoh: Keupayaan penjaga gol untuk mengecilkan sudut
bagi pihak lawan menjaringkan gol.

 Masa reaksi
 Kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap
rangsangan dalam tempoh masa yang singkat.
 Contoh : Masa yang diambil oleh seorang pelari 100m utk
memulakan larian selepas mendengar bunyi tembakan
permulaan.
 Kelajuan pergerakan tangan
 Keupaayaan mengubah tangan daripada kedudukan asal ke
kedudukan lain dengan pantas.
 Contoh: penjaga gol dengan spontan bertindak menepis keluar
bola yang datang ke arahnya dalam keadaan tidak bersedia.

 Kadar kawalan
 Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya
selaras dengan respons persekitaran.
 Contoh: pemain badminton menukar rentak permainan dengan
pukulan laju secara tiba-tiba untuk menglirukan pihak lawan.
 Ketangkasan manual
 Keupayaan menggerakkan keseluruhan bahagian tangan
dengan memanipulasikan alatan yang bergerak laju.
 Contoh: seorang pemain bola jaring dapat menerima hantaran
bola yang bergerak laju.

 Kecekapan jari
 Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil.
 Contoh: penggunaan jari-jari dalam permainan dart dan
pitching dalam sofbol.
 Ketegapan tangan
 Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat
supaya dapat meminimakan kekuatan dan kelajuan.
 Contoh: pemain tenis yang melakukan hantaran kilas,
kedudukan tangan yang tegap membantu meminimakan tenaga
yang digunakan.

 Kelajuan jari dan pergelangan tangan


 Keupayaan jari dan pergelangan tangan melakukan pergerakan
alternatif dengan pantas.
 Contoh: seorang pemain badminton yang boleh melakukan
pukulan kilas dengan laju dan tepat.
 Membidik atau mensasar
 Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu objek
dengan tepat menerusi pergerakan pantas.
 Contoh: dalam acara menembak, memanah dan
menjaringkan bola jaring atau bola keranjang.
Ciri-ciri Kecekapan Fizikal

• kekuatan statik
• kekuatan dinamik
• kekuatan eksplosif
• kekuatan bahagian anggota atas
• kelenturan statik
• kelenturan dinamik
• koordinasi asas
• keseimbangan asas
• daya tahan
 Kekuatan statik
 Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek luaran yang
statik (pegun)
 Contoh: menolak dinding.

 Kekuatan dinamik
 Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan yang berulang-
ulang.
 Contoh: mengangkat dan menurunkan beban berulang kali
dalam latihan angkat berat.

 Kekuatan eksplosif
 Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya secara
eksplosif.
 Contoh: melakukan lonjakan dalam lompat jauh.
 Kekuatan tubuh bahagian atas badan
 Kekuatan otot pada bahagian badan.
 Contoh: otot bahagian abdomen dan ektoralis major.

 Kelenturan statik
 Kebolehan melentur atau meregang bahagian badan dan
belakang badan.
 Contoh: melentik badan ke belakang.

 Kelenturan dinamik
 Kebolehan melentur otot bahagian badan secara berulang-ulang.
 Contoh: duduk melunjur dan sentuh hujung jari kaki.
 Koordinasi asas
 Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan semasa
pergerakan.
 Contoh: semasa menerima servis, melibatkan koordinasi
mata-tangan dan tangan-kaki.

 Keseimbangan asas
 Keupayaan mengekalkan imbangan badan semasa bergerak
tanpa bantuan penglihatan.
 Contoh: melakukan dirian tangan.

 Daya tahan
 Keupayaan melakukan aktiviti fizikal secara berterusan
dalam jangka masa yang lama.
 Contoh: berlari jarak jauh.
Pemindahan Pembelajaran

 Pemindahan pembelajaran ialah pengaruh


kemahiran sedia ada ke atas pembelajaran
kemahiran yang baru.
 Jenis pemindahan pembelajaran umum terbahagi
kepada tiga:
a. Pemindahan positif
b. Pemindahan negatif
c. Pemindahan sifar
a. Pemindahan Positif

 Berlaku apabila kemahiran sedia ada membantu


seseorang untuk menguasai kemahiran yang baru
dipelajari.
 Contoh:
 Jasmin mempunyai kemahiran menjaring dalam bola jaring
akan membantu beliau dalam kemahiran menjaring dalam bola
keranjang.
Contoh Bola keranjang

Bola jaring
Pemindahan negatif

 Berlaku apabila kemahiran sedia ada mengganggu


proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari.
 Contoh:
 Mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam tenis boleh
menggangu seseorang yang mempelajari kemahiran pukulan
hadapan dalam badminton.
 Kerana, dalam badminton pergelangan tangan digunakan
dan dalam tenis pergelangan tangan dikunci (tidak
digunakan)
Contoh
Tenis Badminton
Pemindahan sifar

 Berlaku apabila kemahiran sedia ada tidak mempengaruhi


proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari.
 Contoh:
 kemahiran dalam bola sepak tidak mempengaruhi untuk
mempelajari kemahiran dalam golf.
Contoh
Bola sepak
Golf

You might also like