You are on page 1of 33

MODAL INSAN

&
KERJAYA GURU

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD
NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT

PENSYARAH PEMBIMBING:
PN. SARIMAH BINTI SAAD

OPSYEN:
IP1F – PENDIDIKAN KHAS
KONSEP
• Pembangunan modal insan diberi penekanan yang
serius sejajar dengan perancangan negara menjadi
negara maju dalam bidang sains dan teknologi.

• Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan


satu blueprint, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PPIP) yang menggariskan dasar serta
matlamat dan fokus pembangunan modal insan
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-9.
Istilah modal insan (human capital)
sering dikaitkan dengan kebolehan dan
kemahiran manusia.

Dirujuk juga sebagai buruh (labour)


atau sumber manusia.

Aspek pendidikan dan latihan


merupakan pelaburan penting serta
dianggap elemen penting dalam
modal insan.
CIRI – CIRI
Merujuk kepada PIPP (2006) negara kita berhasrat
untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai ciri-
ciri seperti berikut:
•Mempunyai jati diri
•Berketerampilan
•Berkeperibadian mulia
•Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
•Mampu fikir secara kritis dan kreatif
•Berkemahiran menyelesaikan masalah
•Berupaya mencipta peluang baru
•Mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan
dengan persekitaran dunia global.
Menurut
KONSEP Kamus GURU
Online
Merriam
-
Webster,
“guru”
didefinisi
kan
sebagai
“seoran
g yang
Perkataan yang
mengajasinonim dengan
perkataan “guru”r” termasuklah
“pendidik”, “instruktur”, “ahli
pedagogi”, “jurulatih” dan “tutor”.
Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan “Guru” sebagai
seseorang yang;

• Mengajar murid di suatu institusi pendidikan.


• Menyediakan/mengeluarkan bahan pengajaran atau
memeriksa jawapan yang dikembalikan, dibagi atau
melalui pusat pendidikan jarak jauh dan
termasuklah guru besar atau pengetua.
KONSEP KERJAYA GURU
 Guru adalah satu pekerjaan yang mulia.
 Guru berpeluang membentuk murid-murid mereka
dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Kerjaya keguruan memberi guru peluang yang
istemewa untuk meninggalkan kesan dan pengaruh
yang positif dalam diri murid-murid yang mereka
ajar.
 Proses pengajaran bukan sahaja terhad kepada
penyampaian fakta sahaja; ia merangkumi sifat
dedikasi dan komitmen guru dari segi masa dan
usaha.
Para guru abad ke-21 dikehendaki:
 Berkolaborasi dengan rakan sekerja, pihak pengurusan
dan ibu bapa dalam usaha menambahbaikkan mod
penyampaian pengajaran serta menangani masalah-
masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
 Melibatkan diri dalam program perkembangan
profesional.
 Membantu murid-murid mengembangkan kemahiran
generik termasuk kemahiran komunikasi dan
kemahiran berfikir.
 Membimbing semua murid tanpa mengambil kira
jantina, etnik/kelas sosial untuk mencapai
perkembangan yang menyeluruh dalam pelbagai
aspek termasuk fizikal, emosi, rohani dan intelek.
KONSEP IBADAH
Dilihat dari 2 perspektif:
Syarak – “ketaatan dan
Bahasa – “taat dan kepatuhan yg harus disertai
tunduk”, atau dgn perasaan kasih dan cinta
dalam bahasa kpd Allah disebabkan Dialah
Arab, al-ta’ah wal- sahaja yg berhak menerima
khudu. kasih dan cinta yg
sebenarnya.
Maka ibadah boleh dikatakan mempunyai 2 unsur:
• Tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah.
• Cinta sepenuhnya kepada Allah sesuai dengan
tujuan dijadikan manusia itu sendiri.
PERSPEKTIF AGAMA
Agama
Islam

Agama Agama
Kristian Buddha

Agama Agama
Sikh Hindu
Agama Islam
 Guru yang mengajar di sekolah pondok & madrasah
arif dalam pengajian kitab-kitab suci dan digelar tok
guru.
 Tok guru dianggap sebagai rol model dan teladan
untuk dicontohi oleh semua.
 Sering dirujuk bagi menyelesaikan perkara-perkara
yang berkaitan dengan agama.
 Interaksi antara tok guru dengan murid, dan murid
dengan murid, sesi soal jawab atau perbincangan
jarang diadakan.
 Teknik hafalan digunakan untuk membantu murid
mengingati ayat-ayat yang tekandung dalam setiap
kitab.
Agama Buddha
 Sebelum agama Buddha diajar di rumah rahib,
pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru.
 Kriteria adalah berasaskan kepada sistem kasta dan
dikhaskan untuk dijivas (Brahmanas & Kshatriyas)
sahaja.
 Kaedah penyampaian yang digunakan secara lisan
sahaja, iaitu daripada seorang kepada orang lain dan
tidak berpandukan buku.
 Murid-murid dikehendaki menghafal segala yang
terkandung dalam Dhamma (kebenaran) dan Vinaya
(disiplin/peraturan).
 Teknik penyampaian digunakan oleh guru Buddha
termasuk penggunaan jadual, ilustrasi & eksperimen.
 Guru-guru dianggap sebagai rol model.
Agama Hindu
 Guru dianggap wakil Tuhan di dunia ini.
 Guru diberi penghormatan yang amat tinggi dan
berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa.
 Beliau benar-benar pakar dari segi kitab-kitab suci
dan berupaya menunjukkan jalan yang benar dan
betul berdasarkan pengalaman, amalan & celik akal
yang tinggi.
 Dianggap sebagai rol model di mana gaya hidupnya
harus dicontohi.
 Menggunakan cara hafalan & banyak menghabiskan
masa untuk memahami setiap ayat dalam kitab.
 Terdapat 2 jenis guru, iaitu acharyas & upadhayas.
Agama Sikh
 Guru (teacher/master) diumpamakan sebagai
jambatan yang menghubungkan manusia dengan
Tuhan.
 Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh & dikenali
sebagai guru yang pertama dalam rantaian 10 orang
guru.
 Guru adalah pelita jalan yang akan menunjukkan
jalan yang benar kepada murid-muridnya.
 Melalui budi pekerti yang baik & ramah tamah, murid-
murid akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi
sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang
hati & bercantum menjadi satu dengan kebenaran.
 Mempunyai ilmu yang lengkap dan komprehensif
mengenai kitab-kitab suci.
Agama Kristian
 Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan
segala ajaran Kristian 2 ribu tahun yang lalu,
kemudian rasul-rasul (apostles), & wali-wali (saints).
 Peranan serta ciri-ciri personaliti guru-guru:
- membimbing & membantu murid-murid untuk
melengkapi diri dengan ilmu seperti dalam kitab-kitab
suci.
- melindungi murid-murid daripada pengaruh
negatif/ajaran sesat.
- menunjukkan arah yang tepat berpandukan kitab-
kitab suci.
- memberi dorongan yang wajar untuk tingkatkan
pencapaian.
PERSPEKTIF AHLI FALSAFAH
Zaman
Islam Zaman
Tamadun Timur
Pertengahan
Yunani

Mahatma
Socrates Al-Ghazali
Gandhi

Rabindranath
Plato Ibn Rushd
Tagore

Aristotle Ibn Khaldun


SOCRATES (469-399 TM)
• Tujuan pendidikan ialah melatih pelajar menjadi rakyat
berakhlak mulia, lebih penting daripada pemerolehan ilmu.
• Ilmu ialah kebaikan yang boleh diperoleh melalui pemikiran
logikal tetapi tidak boleh diperoleh daripada persepsi.
• Kebenaran adalah diperoleh daripada pemikiran dalam jiwa.
• Menggunakan kaedah penyoalan untuk membimbing orang
memperoleh jawapan yang sebenar.
• Prinsip, generalisasi dan hukum hanya dapat dibentuk
melalui pemikiran induktif.
PLATO (428 – 348 TM)
• Pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk
individu yang berakhlak mulia.
• Tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral
kewarganegaraan yang baik.
• Proses pendidikan dapat membentuk warganegara
yang baik, setia dan mematuhi undang-undang
negara.
• Seseorang hanya mendapat ilmu apabila berusaha
bersungguh-sungguh dengan menggunakan pemikiran
secara kritis.
• Fungsi pendidikan adalah melatih pelajar
mengikut potensi masing-masing.
• Pendidikan merupakan interaksi di antara
individu dengan masyarakat.
• Dalam buku Republik
“ Jika pendidikan individu dapat memenuhi
keperluan masyarakat dan negara, dan potensi
individu dapat diperkembang mengikut perbezaan
individu, maka pendidikan ini akan dikatakan
mencapai tujuan fungsinya”.
ARISTOTLE (384 – 322 SM)
• Pemerhatian dan pengamatan memainkan
peranan penting dalam proses pembelajaran
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
• Memperkenalkan logik yang berkait rapat
dengan pemikiran deduktif iaitu
mengaplikasikan generalisasi umum untuk
menghuraikan kes khusus atau membentuk
generalisasi baru.
• Logik Aristotle menggunakan silogisme yang
merangkumi dua premis yang benar dan satu
kesimpulan yang sah.
• Tujuan pendidikan ialah memupuk kebaikan
pelajar.
• Justeru itu, semua rakyat yang bertanah harus
dididik apa yang berguna untuk mereka, agar
mereka berbudaya, mempunyai kebaikan dan
masa untuk memainkan peranan yang
bertanggungjawab dalam pentadbiran negara.
• Sumbangan falsafah pendidikan Aristotle:-
– Pendidikan adalah berhubung rapat dengan politik,
dan perlunya berkuatkuasa sebelum pelaksanaan.
– Pendidikan sekolah harus dihadkan sahaja untuk
warganegara sahaja. Kanak-kanak hamba tidak layak
dididik.
– Pendidikan harus mengutamakan perkembangan
rasionaliti individu.
– Oleh kerana pembentukan konsep, teori dan prinsip
berdasarkan pengalaman konkrit, pendekatan
pembelajaran yang betul ialah daripada konkrit
kepada abstrak dan daripada spesifik kepada umum.
IMAM AL-GHAZALI (1058 – 1111 TM)
• Proses pendidikan hendaklah merangkumi
aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan
akhlak yang mulia, berani dan hormat-
menghormati.
• Pendidikan ialah sifat murni dan harus
kongruen dengan versi Koran yang suci.
• Pendidikan bertujuan mengisi fikiran kanak-
kanak dengan ilmu pengetahuan dan memupuk
akhlak yang murni.
• Proses pendidikan hanya dapat diamalkan
melalui sikap rendah diri, penumpuan
perhatian, mendengar dengan teliti dan
kolaborasi di antara individu.
• Pendidikan ialah sesuatu proses logikal
bermula dari aspek hidup yang mudah kepada
kompleks.
• Guru harus memainkan peranan sebagai role
model dan meyokong pelajar untuk
mengisikan keperluan dan perkembangan
potensi mereka secara menyeluruh.
IBN RUSHD @ AVERROES (1126 - 1198)
• Menurut beliau umat Islam sudah mengetahui
bahawa kesimpulan falsafah tidak bertentangan
dengan ajaran Koran.
• Pemikiran dan kepercayaan adalah sepadan di
antara satu sama lain.
• Mengikut beliau, kebenaran boleh ditemui
melalui logik Aristotle dan juga boleh
didedahkan melalui kiasan yang terkandung
dalam ayat suci.
IBN KHALDUN (1332 - 1406)
• Manusia memperoleh pengetahuan dan idea,
akhlak serta sifat-sifat terpuji melalui
pembelajaran dan pendidikan.
• Selain itu, melalui peniruan dan melakukan
hubungan secara langsung dengan para guru.
Interaksi langsung

Pendidikan dan pengajaran Praktikal


Pendidikan (merangkumi ilmu dan harian
akhlak)
• Menegaskan pendidikan adalah suatu proses
perkembangan diri pelajar yang dilakukan
secara berperingkat sesuai dengan
kemampuan pelajar.
Peringkat
Peringkat kedua Peringkat ketiga
pertama
• Beri punca • Menghuraikan • Kembali
masalah dan dengan lebih menerangkan
ketahui masalah lanjut perkara yang
tersebut berbanding pertama
melalui komen peringkat dengan lebih
yang ringkas. pertama. terperinci.
PENGERTIAN PENDIDIKAN

Suatu proses Dapat


pembekalan melahirkan sifat-
ilmu sifat terpuji

Proses Pembersihan
pembinaan diri daripada
akhlak sifat-sifat tercela
TUJUAN PENDIDIKAN
• Seimbangkan ukhrawi dan duniawi iaitu
menyiapkan diri bagi kehidupan akhirat dan
mampu menguasai ilmu dan keterampilan.
• Menyedia dan membangunkan manusia ke arah
kehidupan yang baik dan bahagia.
• Memantapkan peribadi melalui pendidikan
agama, akhlak keilmuan dan jasmani.
• Pendidikan yang merujuk kepada al-Quran dan
hadis serta pendapat para ilmuan.
KRITERIA DAN KEWAJIPAN PENDIDIK
• Memerhatikan perkembangan akal para pelajar dan
persiapan mereka untuk menerima pelbagai ilmu yang
bakal diajar.
• Memiliki sifat-sifat terpuji serta mempunyai ilmu dan
wawasan yang luas.
• Menguasai kaedah pengajaran, mengetahui hal ehwal
pelajar, pertumbuhan akal dan persiapan pelajar.
• Mampu mengungkapkan diri dengan jelas dalam
berdialog dan diskusi serta kemampuan
menyampaikan ilmiah kepada para pelajar.
MAHATMA GANDHI (1896 - 1948)
• Beliau berpendapat pendidikan adalah satu
proses melatih dan memajukan ilmu
pengetahuan, kemahiran, minda dan watak
seseorang itu.
• Mengamalkan falsafah hidup asetikisme iaitu
menolak nikmat fizikal dan kebendaan mewah.
• Menggalakkan koperasi dan kehidupan komunal
iaitu sebagai satu keluarga dan menentang
sistem kasta.
RABINDRANATH TAGORE (1861 - 1941)

• Mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang


bertujuan untuk melahirkan manusia yang
berfikiran sempurna.
• Selain itu, berupaya mencapai aspek fizikal,
intelek, moral dan kerohanian dengan penuh
bermakna.
• Pendidikan harus menjadi suatu proses yang
berhidup, dinamik serta realistik.
• Menurut beliau, seorang yang berpendidikan
mestilah berfikir cergas, saintifik, bersih,
berani dan bebas.
• Mendukung sikap nasionalisme yang ideal,
mempunyai kecekapan untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan negara serta
berpandangan jauh dengan sikap
internasionalisme yang positif.
• Falsafah pendidikan beliau banyak dipengaruhi
oleh falsafah pragmatisme dan progresivisme.

You might also like