P. 1
Pengaruh Islam Ke Atas Tamadun Melayu Dalam Aspek Sosial Dan Kesenian

Pengaruh Islam Ke Atas Tamadun Melayu Dalam Aspek Sosial Dan Kesenian

|Views: 7,069|Likes:
Published by nana_pinkydaisy91

More info:

Published by: nana_pinkydaisy91 on Feb 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2013

pdf

text

original

PENGENALAN Islam bermaksud menyerah diri dan tunduk patuh kepada perintah Allah S.W.T.

sama ada zahir atau batin. Islam juga boleh didefinisikan sebagai agama yang diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul bermula dari Adam a.s. sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Islam adalah asas kepada pembentukan Tamadun Melayu. Tamadun Melayu pula diklasifikasikan sebagai sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Indonesia, Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Ia terletak di antara lautan Hindi dan Laut China Selatan dan merupakan laluan utama untuk kapal-kapal dagang pada masa dahulu. Ini secara tidak langsung, Wujudnya beberapa teori yang telah dikemukakan oleh para sejarawan berkaitan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Salah satu teori ialah teori dari Arab yang dikemukakan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dimana terdapat bukti tulisan jawi yang diambil daripada perkataan Arab. Selain itu wujudnya persamaan diantara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Tanah Arab. Contoh seperti perkataan fakir, syukur, sahabat, dakwat dan soleh. Teori seterusnya ialah teori dari India, dikemukakan oleh Snouck Hurgronje yang merupakan salah seorang ahli sejarh Belanda. Ini diperkukuhkan dengan penemuan batu nisan yang dipercayai dibawa masuk dari Gujerat,India iaitu makam Maulana Malik Ibrahim di Gerisik. Selain itu, adanya persamaan dari segi bahasa yang diambil dari istilah India Selatan seperti perkataan lebai, raja, permaisuri dan lain-lain. Akhir sekali teori dari China yang dikemukakan oleh John Crowford dimana kedatangan Islam ke Alam Melayu dari China adalah berdasarkan dari peristiwa pemberontakan di Canton. Teori dari China ini telah dikemukakan oleh sebahagian ahli sejarawan berdasarkan penemuan-penemuan sejarah di Pahang,Kedah dan Terengganu seperti contoh penemuan batu bersurat (702 H/1303 M) di Kuala Berang, Terengganu yang membuktikan Islam datang ke Malaysia melalui pantai timur dari China atau Indo China.

SOSIAL
1

Sosial adalah suatu masyarakat, suatu komuniti atau suatu kelompok orang. Sosial boleh didefinasikan sebagai suatu cara manusia berinteraksi di antara satu sama lain dalam suatu kelompok masyarakat. Ia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti budaya dan kepercayaan, undang-undang serta politik dan akhir sekali dari aspek pendidikan.

UNDANG-UNDANG Pada zaman Hindu-Buddha, mereka mengamalkan konsep Dewaraja di mana raja dianggap suci dan mutlak kerana mereka adalah jelmaan dewa-dewa. Ada pula yang menganggap mereka dari keturunan Dewa Siva atau Vishnu atau Buddha Mahayana, secara tidak langsung ia telah mewujudkan sistem feudalisme iaitu raja ditaati dan disembah oleh rakyat secara membuta tuli. Undang-undang telah digubal mengikut citarasa dan selera raja, bendahara serta temenggong sehingga semakin tinggi taraf sosial seseorang semakin besar pula kemungkinan terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu. Manakala, rakyat tidak berhak untuk bersuara dalam apa situasi apa sekalipun. Sementara itu, raja berhak sepenuhnya untuk memutuskan sesuatu hukuman dan barang siapa yang menentangnya akan ditimpa daulat. Mereka juga mempunyai keistimewaan yang luar biasa sehingga tiada siapa yang boleh menegur atau menasihat walaupun tidak berlaku adil atau wajar. Pengaruh agama Hindu-Buddha telah membentuk masyarakat kepada kelas-kelas atau kasta seperti Brahmin, Ksatria, Vaisya dan Sudra. Misalnya dalam undang-undang jenayah, golongan pemerintah dan bangsawan menerima hukuman yang jauh lebih ringan berbanding rakyat jelata walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama. Selain itu, dari sudut adat istiadat pula, rakyat dilarang meniru gaya hidup golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya, mereka tidak boleh memakai pakaian berwarna kuning yang melambangkan golongan pemerintah dan bangsawan. Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, telah wujud undang-undang jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara dan sebagainya yang berpandukan undangundang Islam. Mukadimah undang-undang tersebut dimulai dengan konsep keislaman kemudian ditakrif sultan dan raja-raja sebagai khalifah Al-Mukminin. Islam telah menerapkan konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu sama lain. Ini menyebabkan sistem kasta telah dihapuskan selepas kedatangan Islam. Islam menuntut agar rakyat taat setia kepada pemerintahnya dan pemerintah pula bertanggungjawab ke atas rakyat pimpinannya. Antara contoh-contoh yang dapat dilihat adalah ketika zaman pemerintahan
2

Sultan Alauddin di Melaka, di mana beliau pernah meniru jejak langkah khalifah Umar AlKhattab yang menyamar diri di waktu malam untuk, menyiasat kesusahan rakyatnya. Sultan Alauddin berbuat demikian kerana ingin menghapuskan perompak-perompak yang bermaharajalela di Melaka ketika itu. Undang-undang yang digunakan pada ketika itu ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain itu, terdapat undang-undang Pahang yang merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592, Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi’e. Penampilan kedua-dua undang ini dapat mempamerkan dengan jelas bahawa peraturan Islam pernah diamalkan di rantau ini.

BUDAYA Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Bhudda telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama Hindu boleh
3

dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme contohnya, percaya kepada jiwa, roh dan semangat dinanimisme iaitu percaya kepada tenaga yang ada pada roh, jiwa dan semangat pada benda-benda tersebut. Selain itu, terdapat sistem perhambaan dan masyarakat dilayan mengikut kedudukan serta taraf sosial seseorang. Sistem kekeluargaan tidak pernah wujud dan lelaki boleh berkahwin dengan lebih daripada seorang wanita dalam pada masa yang sama. Manakala, bayi perempuan dibunuh hidup-hidup kerana dipercayai membawa sial. Mereka juga tidak mempunyai garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan aktiviti seharian mereka seperti cara pergaulan dan hukum-hukum halal serta haram sesuatu benda. Kedatangan Islam telah mencetuskan zaman baru. Ia merupakan satu kesan menyeluruh berasaskan paradigma tauhid. Impak tauhid tersebut menyebabkan kesan berlaku itu merangkumi “rupa dan jiwa” masyarakat di alam melayu ini. Pengaruh tersebut bukan sahaja melibatkan pertukaran watak luaran tetapi terkesan daripada falsafah dan pemikiran islam yang tulen. Tauhid itu juga telah menghasilkan kehidupan beribadah menghiasi akhlak yang bernilai tasawuf juga mencetuskan perubahan-perubahan lain seperti manusia telah dapat membezakan halal dan haram dalam garis panduan islam. Islam telah membawa unsurunsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar supaya mempercayai Allah S.W.T yang Maha Esa, melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Selain itu, islam menyuruh umatnya supaya berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal agar disenangi dan dihormati oleh semua orang jika gagal sekalipun, islam menyuruh umatnya agar tabah dan sabar kerana segalanya adalah dugaan dan ketentuan Allah S.W.T. Selain itu, bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith. Ajaran Islam telah mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat. Contohnya, dalam perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan peraturan itu, terbentuklah nilai dan harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan masyarakat. Masyarakat menjadi lebih teratur dan islam berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu-membantu antara satu sama lain dimana terdapatnya garis panduan yang boleh mereka ikuti. Contohnya, orang tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

4

PENDIDIKAN Ketika sebelum kedatangan islam, golongan raja-raja dan bangsawan adalah yang lebih berpeluang untuk mendekati ilmu, sedangkan rakyat jelata tidak mempeduli serta mengambil berat tentang menuntut ilmu.ini adalah kerana ilmu pengetahuan terkongkong di
5

kawasan istana dan kraton sahaja. Selain itu, golongan wanita tidak menganggap ilmu sebagai aspek penting dalam kehidupan walaupun dari keturunan raja atau bangsawan. Kedatangan islam ke rantau ini telah banyak member kesedaran dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan masyarakat melayu. Islam telah berjaya melahirkan semangat keilmuan dalam kalangan penduduknya untuk mencari dan mempelajari ilmu tersebut. Faktor asasi yang merupakan punca kesedaran atau punca revolusi kebudayaan ini ialah penjelasan rasional mengenai konsep perihal “wujud” yang dibawa untuk pertama kalinya oleh islam. Kedatangan islam telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di alam melayu ke arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke sesuatu yang berbentuk realistik. Kini seluruh masyarakat termasuk raja dan kerabat, pembesar dan rakyat jelata didedahkan dengan ilmu pengetahuan islam. Maka secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap pegangan agama, kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Alam melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan. Ramai tokoh-tokoh ilmuan yang lahir di rantau ini seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsudin alsumaterani, Abdul Rauf Singkil dan lain-lain lagi. Perkembangan sistem di alam melayu telah membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan antaranya ialah ilmu syar’iyyah atau naqliyyah yang merangkumi tiga asas utama agama islam iaitu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Pada abad ke-15, Melaka telah menjadi pusat keilmuan islam pertama di Asia Tenggara. Pemerintah Melaka mempunyai minat yang mendalam dan komitmen untuk meluaskan kegiatan dakwah dan keilmuan ke kawasan jajahan takluk Melaka. Berlakunya perkembangan tasawuf falsafah Abdul Karim Al-Jili dengan kitabnya Insan Al-Kamil serta kitab Ad-Durr Al-Manzum oleh Abu Ishak Al-Shirazi. Di Melaka kitab Ihya’ Ulumudin karya Imam al-Ghazali turut diajar. Selain daripada itu, karya tersebut turut diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada kitab-kitab sastera seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sejarah Melayu telah menyatakan nama ulama’-ulama’ yang pernah dating ke Melaka ialah seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Yusof, Kadhi Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar Johan dan sebagainya. SENI Seni itu penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengar (seni suara) dan penglihatan (seni lukis & senibina). Terdapat tiga bahagian seni iaitu kaligrafi, senibina dan seni suara.

6

KALIGRAFI Kaligrafi adalah seni tulisan yang indah dan berasaldaripada perkataan Yunani ‘kalios’ yang bermaksud indah dan ‘grafia’ beerti coretan atau tulisan. Terdapat pelbagai jenis kaligrafi tetapi khat dan tulisan cina sahaja yang diiktiraf sebagai tulisan kaligrafi. Pada zaman jahiliah, mereka dikatakan ‘buta huruf’ kerana mereka Cuma tahu bertutur dan tidak tahu menulis. Dengan adanya kaligrafi ini dapat mengubah lisan Bahasa Arab kepada tulisan dan bermulanya perkembangan seni kaligrafi iaitu penemuan batu bersurat di Kuala Terengganu pada tahun 1889M, batu nisan di Pekan, Pahang (419H) dan di kedah(291H) merupakan titik tolak bermulanya kesenian islam. Tulisan kaligrafi pada batu bersurat itu telah menerangkan hukum-hukum syarak. Antara hukum yang diperjelaskan ialah hukum bagi penzina dan sebagainya. Manakala, tulisan pada batu nisan pula diukir dari ayat-ayat Al-Quran dan syair dengan gaya Thuluth kaligrafi yang terpahat di batu-batu nisan ini mempunyai nilai seni dan ukiran yang sangat baik dan menunjukkan si mati mempunyai kedudukan yang sangat baik. Fungsi kaligrafi pada zaman itu dianggap hiasan tetapi lebih ke arah pendidikan. Pada zaman tamadun melayu, pengukir-pengukir kaligrafi melayu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan motif tumbuh-tumbuhan pada sarung dan bilah keris kelewang, parang dan lembing. Penenun songket pula menggunakan motif kaligrafi pada hiasan songket. Kaligrafi juga digunakan pada mata wang rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Melaka). Sultan Abdul Jalil Shah (Johor) juga menggunakan seni kaligrafi islam pada mata wang emas. Ayat-ayat Al-Quran yang bermotifkan kaligrafi telah diukir pada dindingdinding masjid sebagai hiasan. Contohnya di dinding Masjid Tengkera, Melaka.

SENI BINA Kedatangan islam ke alam melayu telah mengikis sisa-sisa Hindu-Buddha yang telah bertapak di Wilayah Langkasuka dan Srivijaya. Kuil-kuil mula ditinggalkan manakala satu demi satu bangunan masjid mula didirikan. Islam juga tidak ketinggalan dalam mempersembahkan tamadun yang menjelma sebagai satu cara hidup yang unggul. Fungsi masjid dahulu tidak terhad hanya kepada solat jemaah sahaja malahan ia turut menyatukan hubungan antara manusia dan manusia melalui kegiatan tarbiyah, dakwah dan mesyuarat
7

serta kegiatan-kegiatan yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung dengan pembinaanya, separuh pendapat menyatakan ia dibina oleh alim ulama dari Jawa. Dari segi bentuknya, ia mempunyai dinding tiga tangkup dan bertiang sama seperti Masjid Agung Demak. Kebanyakan masjid awal menggunakan bumbung berbentuk meru. Bumbung meru berhubung rapat dengan iklim dan persekitaran setempat. Ia bukan sahaja memudahkan curahan air tetapi juga membenarkan peredaran udara keluar masuk dengan bebas. Bahagian atas yang tirus melambangkan kemuncak perjuangan seseorang mencapai keredaan Allah S.W.T. Manakala, bahagian bawah yang luas melambangkan orang ramai menurut Othman Mohd Yatim. Bumbung meru ini juga menurut orientalis, membayangkan pengaruh sisa-sisa Hindu-Buddha berdasarkan sebuah candi yang terdapat di Jago, Sumatera dan model-model pagoda dari China. Reka bentuk bumbung tersebut dihubungkan dengan cuaca dan mutu ketahanan kayu Bentuk masjid awal di alam melayu mempunyai reka bentuk yang hampir sama. Antara unsur-unsur penting yang dikekalkan ialah mimbar, mihrab, ruang solat dan tempat wudhu’. Bumbung meru telah digantikan dengan kubah gaya moor dan menara. Kubah berbentuk moor dijadikan satu ikutan kebanyakan masjid di Malaysia. Kubah tersebut merupakan seakan-akan bentuk payung yang berkembang seolah-olah melambangkan perkembangan islam di tamadun melayu. Antara fungsi masjid pada tamadun melayu ialah tempat melangsungkan pernikahan, memberi dan menerima al-Din, umat islam berkumpul, dan penginapan percuma bagi musafir. Masjid juga melambangkan ungkapan ketaqwaan serta kebesaran islam. Menara yang dibina tinggi untuk memperdengarkan azan lima kali sehari semalam. Manakala, mihrab merupakan penunjuk arah kiblat yang menghadap Kaabah dan mimbar tempat di mana khatib memberikan khutbah. Kebanyakan arkitek di Malaysia telah mengaplikasikan bentuk kubah dan senibina islam dalam binaan bangunan pada masa kini. Antara contohnya ialah Pejabat Perdana Menteri (Putrajaya), Istana Negara dan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad Kuala Lumpur (Ibu Pejabat KTM). SENI SUARA Seni suara wujud di mana-mana dan bila-bila masa dalam pelbagai kegiatan kehidupan manusia. Sesuatu perbuatan dikatakan berseni jika memperlihatkan sesuatu istimewa dan mempunyai daya penarik. Percakapan dihiasi kata-kata indah dipanggil seni kata. Percakapan itu sedap didengar dan mempunyai daya penarik contohnya kata-kata sopan, bermadah, pantun, dan syair tergolong dalam kata-kata seni. Seni cakap yang sopan dan benar adalah tuntutan agama.
8

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:”sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik mahupun dia diam.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Azan yang menyeru melakukan solat adalah sebahagian seni suara. Perkataannya amat tinggi seninya yang mengandungi kalimah suci mengagungkan Allah s.w.t, menyeru melakukan perintah Allah s.w.t dan mengajak kebaikan untuk kejayaan semua. Azan dilaungkan di seluruh penempatan yang ada manusia untuk mentauhidkan Allah s.w.t. Justeru mudah untuk mengetahui mengenai adanya umat islam di sesuatu kawasan jika kedengaran azan. Seni suara pada masa kini turut diperdengarkan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis cukur jambul,berkhatan,marhaban dan berzanji. Selain itu,seni suara turut digunakan untuk melagukan ayat-ayat Al-Quran iaitu taranum. Malah perkembangan seni ini semakin berkembang apabila ia digunakan dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid .Oleh itu,perkembangan seni suara semakain berkembang dan seiring dengan perkembanganperkembangan yang lain.

KESIMPULAN Kesimpulan dari paparan di atas jelaslah bahawa kedatangan islam ke alam melayu telah memberi kesan yang besar dan luas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan islam dalam kalangan mereka secara berkesan, sekaligus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik dari segi individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat alam melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
9

LAMPIRAN

Batu bersurat Kuala Terengganu (1889M) Terpahat hukum syarak yang menerangkan tentang peraturan dan hukuman Allah S.W.T
10

Mimbar Masjid Tengkera Tempat khatib memberi khutbah kepada jemaah

Masjid Putra Kubah berbentuk moor

Masjid Tengkera Bumbung berbentuk meru dan menara bercirikan pagoda dari China

RUJUKAN

1) Manja Mohd Ludin, Ahmad Suhaimi Hj. Mohd Nor (1995) Aspek-aspek Kesenian Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 2) Dr. Muhammad Sharif Chaudry (2006) Social and Moral Code of Islam. Masterpiece Publication Sdn. Bhd. Selangor. 3) Dr Haji Abdullah Ishak (1992) Islam di Nusantara. Bahagian Hal Ehwal Islam,Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
11

4) Mahayudin Hj. Yahya (1998) Islam di Alam Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 5) Prof. Ahmad Ibrahim (1981) Perundangan Islam: Dasar, Matlamat dan Perlaksanaannya Di Malaysia. ABIM, Kuala Lumpur. 6) Abd. Rahman Haji Abdullah (2000) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara. Utusan Publication, Kuala Lumpur.

12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->