P. 1
Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu

|Views: 1,296|Likes:
Published by syiedafadzlina

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: syiedafadzlina on Feb 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/16/2012

pdf

text

original

Kenali Pantun dan Kebijaksanaan Bangsa Melayu

• Pantun ialah hak asli orang Melayu. Ia bukan saduran atau pinjaman dari mana-mana bangsa lain.Pantun berkembang bersama-sama berkembangnya bangsa Melayu iaitu ia berkembang bersama-sama agama, adat istiadat,ekonomi, peraturan dan undang-undang, unsur-unsur budaya saperti lagu dan tarian,dan sedikit tentang politik dan sebagainya.Walaupun ada pengkaji mengatakan bahawa pantun tidak dapat diketahui waktu munculnya tetapi yang jelasnya pantun lahir selepas kedatangan Islam berdasarkan bentuknya yang mempunyai rima.Ia seolah-olah ingin meniru rima-rima yang wujud dalam al-quran dan syair-syair Arab yang lain. •Namun ia berbeza dengan syair kerana bentuknya yang melebihkan rima dengan perimbangan rima tengah dan mempunyai pembayang maksud. Syair jelasnya berasal dari perkataan Arab ‘syi’r’ yang dimulai oleh Hamzah Fansuri di Nusantara ini dan amat jelas juga syair meniru secara rapat dengan bentukbentuk al-quran dan seterusnya syair-syair Arab yang lain.

. • Pantun memperlihatkan pemerian latar hidup, filsafat dan penghayatan seni masyarakat Melayu.Karya-karya Melayu tradisional saperti Hikayat Malim Deman,Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu tersulam dengan pantun. Chau Pandan anak Bubunnya Pandan terletak dilangkahi Darahnya titik di Singapura Badannya terlantar diLangkawi Sebahagian besar pantun juga digunakan oleh tukang cerita saperti Tok Selampit dan Pawang Ana. • Pantun sudah teruji berabad-abad lamanya,ternyata ia terus lestari,gagah dan kental kerana sifat-sifat komunikatif dan keindahannya tanpa tercemar dengan gelombang pertembungan masyarakat dunia atau ‘gelombang globalisasi’.Benarkah pernyataan ini?Lihat pantun ini… Pen merah pen biru You marah I love You

Apakah yang kita kesan daripada pantun dua kerat ini? • • • • Kehidupan yang cepat Hilang nilai keindahan Tidak ada jiwa Setiap rangkap pantun mesti mempunyai jiwanya sendiri.bandingkan pantun kasih di bawah: Kalau tuan mudek ke hulu belikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu nantikan saya di pintu syurga. Arak-arak kelapa puan Tidak puan kelapa bali Harap hati kepada tuan Tidak tuan siapa lagi

Apakah yang boleh dikesan daripada pantun di atas. •Pemerian latar kehidupan •Budi bahasa dan sopan santun •Sifat merendah diri •Nilai-nilai agama •Nilai-nilai keindahan •Unsur-unsur kebijaksanaan mengawal emosi. Manusia Melayu,menerusi pantun-pantunnya mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi dalam mengeksploitasi dan memanipulasi emosi pendengar. Masyarakat Melayu asalnya memang dikatakan bukan sebuah masyarakat yang terbuka.Oleh itu pantun merupakan satu proses kreativiti orang Melayu untuk mengungkap sesuatu maksud. Hilir derap mudek derap Singgah pangkalan gaharu Bini kurap laki pun kurap Boleh lawan bergaru-garu (pantun sindiran/jenaka)

Manusia Melayu juga dapat menyembunyikan perasaan dan dapat memanipulasi perasaan orang lain ke peringkat yang paling maksimum Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan (pantun kasih) Bunga tanjung kembang tak jadi Jatuh berserak di rumpun buluh Hancur hati kerana budi Dalam air badan berpeluh.

(pantun budi)

Lihat pula perbandingan yang melampau dalam pantun di bawah: Anak merpati disambar helang Terbang ketitir ke dalam huma Harimau mati meninggalkan belang Manusia mati meninggalkan nama

Burung jeladan singgah di huma Anak balam turun ke paya Budi laksana sinar purnama Manusia alam menumpang cahaya. Burung pipit burung kedidi Hinggap di pokok di tepi sawah Jika hidup tidak berbudi Ibarat pokok tidak berbuah. Kebijaksanaan bangsa Melayu dalam membina hubungan dan menjadikan pantun sebagai alat komunikasi penting dalam upacara-upacara membina silaturahim saperti merisik, meminang, adat istiadat perkahwinan, pembuka bicara dalam adat istiadat raja dan pembesar, pembuka bicara majlis dan sebagainya, dapat menggambarkan Melayu sebagai satu bangsa yang unik, yang mempunyai satu sistem komunikasi yang di dalamnya terungkap budaya dan seluruh makna dan peraturan masyarakat mereka supaya dapat dikenali dan difahami oleh masyarakat atau bangsa lain.

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh. Burung jentayu terbang seiring Mati dipanah jatuh ke lumpur Sirihnya layu pinangnya kering Sudilah dijamah barang sekapur. Mengapa pantun menjadi alat komunikasi yang amat penting dalam masyarakat Melayu? Bentuk-bentuk pantun tersusun dengan rima dan penuh berirama.Ia dituturkan dengan penuh berdiplomasi, mengikut maksud yang hendak disampaikan. Bangsa Melayu dikatakan satu bangsa yang amat sensitif,tinggi budayanya,penuh dengan protokol dan adat istiadat dan ada peraturan yang sudah menjadi ‘kontrak sosial’ dan difahami bersama.Ia meliputi budi bahasa yang sentiasa menghormati tetamu dan mendahulukan orang lain.Namun sensitiviti yang tinggi ini,ada segolongan bangsa Melayu yang menpunyai konsep ‘amuk’ dalam masyarakatnya. Sifat-sifat ini yang membentuk corak/pola komunikasi bangsa Melayu kepada berkias ibarat atau cakap beralas.

Ambil golok di atas puan Hendak berakit ke Kuala Kedah Usah dijolok sarang tebuan Badan sakit sesal tak sudah. Ada satu putera alam Duduk berkira siang malam Sungguh jenih air di kolam Tunggul buruk ada di dalam. Tang-tang buku Kerakap daun puding Pak Itam tak malu Ditampar dek kucing.

•Satu hal yang dapat dilihat dalam pantun-pantun Melayu ialah sikap orang Melayu yang suka bergurau.Lihat pantun-pantun berikut: Ketam padi jerami tinggi Ketam pula balik pulau Kalau tiada kami di sini Siapa pula teman bergurau. Musim ribut pergi ke pulau Terendak Cina jatuh ke ruang Lagi hidup kita bergurau Sudah mati tergolek seorang Kucoba-coba melempar manggis Manggis kulempar mangga kudapat Kucuba-cuba melamar gadis Gadis kulamar janda kudapat.

Bukit Cuping gualah berangin Tempat orang dok ambik baja Putih kuning tok sah dok ingin Ramai orang dok balik saja. Dalam pantun juga ada konsep nilai. Ini jelas dilihat dalam pantun-pantun yang memanipulasi wanita yang bertaraf janda. Dalam masyarakat Melayu,taraf janda sangat ditakuti oleh kebanyakan wanita. Janda seolah-olah dilabelkan kelasnya dalam pantun-pantun Melayu. Lihat pantun-pantun berikut. Emak! Emak! Anyam raga Nak mengisi si raga inai, Emak! Emak! Hantar ke paya Saya nak tengok janda menuai. Daripada cempedak baiklah nangka Kerana nangka si panjang tangkai, Pada budak baiklah janda Kerana janda si panjang akal.

Encik Mamat memetik lada Tetak daun di rumah tinggal, Kalau terkena hikmatnya janda Tujuh tahun sembahyang tinggal. Hujan renyai-renyai Pacat naik kaki, Orang bujang ramai-ramai Pakat cari laki. R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (1961) mengatakan bahawa ‘satu daripada perkara penting yang boleh membawa seseorang itu berjaya menyelidiki hal ehwal orang Melayu ialah kebolehannya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, dan aliran fikiran orang-orang Melayu melalui pantun.Seseorang itu tidak akan dapat menduga aliran fikiran orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya’.

•Dalam pantun dapat dilihat bagaiman orang Melayu mengurus emosinya baik emosi yang melonjak-lonjak dalam cinta,kasih sayang, mahupun emosi yang meruap-ruap dengan kemarahan, dendam dan sebagainya. Kebijaksanaan mengawal emosi ini dengan melemparkannya menerusi pantun merupakan satu bentuk intelektualisme yang perlu diperhalusi dan ditonjolkan untuk memperkenalkan ‘genius Melayu’ di mata dunia. Dalam semak ada kebun Dalam kebun ada bunga, Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada makna.

Bentuk Pantun

Aspek luaran pantun (struktur dan ciri-ciri visual): 1) Mempunyai rangkap yang berpasangan iaitu 2 rangkap / 4 rangkap / 6 rangkap / 8 rangkap 2) Setiap baris mempunyai 4 kata dasar – dengan jumlah suku kata 8 – 12 3) Setiap stanza/rangkap terbahagi kepada 2 unit (Dua baris pembayang dan dua baris maksud bagi pantun 4 kerat). 4)Mempunyai skema rima hujung yang tetap a-b-a-b.Ada juga variasi a-a-a-a. 5)Setiap unit pantun adalah satu cerita/wacana.

Aspek lain bagi pantun yang baik: 6) Mempunyai rima tengah yang seimbang. 8) Mempunyai nada yang seimbang antara pembayang dan maksud.

Aspek dalaman 1) (unsur-unsur yang dapat dirasakan secara subjektif mengikut pengalaman dan pemahaman pendengar dan penggunaan lambanglambang yang difahami bersama dalam masyarakat.) 2) Adanya hubungan makna antara pembayang dengan maksud. (sama ada secara pelambangan atau kiasan) 3) Adanya susunan kata dan pemilihan kata yang padat. 4) Terungkap siratan makna dan falsafah kehidupan 5) Merasakan seni keindahannya

Kalau memandang ke muka laut Sampan kolek mudek ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung. Tenang-tenang air di laut Sampan kolek belayar malam Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak genggam. Pulau pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah budi yang baik dikenang juga. Kusangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Kusangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengah hari.

• Pantun mempunyai pelbagai fungsi dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Francois – Rene Daillie mengatakan dalam bukunya Alam Pantun Melayu : Studies on the Malay Pantun, ‘The encaunter with the malay pantun has been until now,one of the most striking episodes as well as one of the main elements of the advanture of life, not simply of literature as distinct from life, but of life and literature closely mixed together.’ Sastera dan kehidupan dalam masyarakat Melayu berjalan seiring pada suatu masa dahulu.Ia berlaku dalam segala macam majlis dan adat istiadat,dalam aktiviti ekonomi yang berasaskan pertanian,dalam rumahtangga antara suami dan isteri , pembentukan sahsiah anak-anak dan sebagainya. Namun keseiringan itu kini hanya tinggal dalam majlis-majlis rasmi sahaja.Ia tidak lagi jadi amalan dan ingatan terutama generasi muda masa kini.Dodoian terhadap anak-anak tidak lagi kedengaran. Pantun usik mengusik anak muda sudah lama sepi.Malah orang-orang tua pun sudah gilakan permainan komputer (computer game/video game). Daun sup hendak dicari Skuter ‘orange’ ditunggang ke pekan Kalau hidup seorang diri Komputer ‘game’ menjadi rakan.

Klasifikasi Pantun 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) Pantun kanak –kanak Pantun orang muda (cinta dan kasih sayang) Pantun Nasihat Pantun agama Pantun adat Pantun jenaka Pantun kiasan / peribahasa Pantun budi Pantun puji-pujian dan sambutan Pantun naratif atau cerita Pantau anak dagang / perantauan Pantun Kepahlawanan Pantun Perniagaan Pantun Teka-teki Pantun politik

Pantun kanak-kanak Tuku takak balik bukit Budak nakal beroleh penyakit Buai laju-laju sampai pokok sena Apa dalam baju Sekuntum bunga Cina Pantun orang muda (kasih sayang) Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, mahu menumpang biduk lalu Pucuk pauh rantingnya jatuh Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuan jauh saya pun jauh, burung terbang berkirim surat. Pokok beringin di tepi huma, Pucuk menjalar ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga di lingkar ular besar.

Pantun Nasihat
Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. Orang daik bergelar tabib, Mengubat jari terkena parang; Baik-baik menyerahkan nasib, Jangan menjadi hamba orang. Orang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku. Baik-baik memilih ikan, Jangan terpilih ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima.

Pantun Agama
Burung belatu jambulnya merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi. Belah buluh bersigai-sigai, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan. Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga. Halia ini tanam-tanaman, Di darat juga akan tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sunguhnya.

Pantun Adat
Buah rumbia buah salak, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tiada berjual beli. Anak udang udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri. Ada sirih ada pinang, nantikan gambir dengan kapor; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul. Anak itik di bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari.

Pantun Jenaka
Apa guna bertanam lada, lada banyak di atas bukit; Apa guna mabukkan janda, anak dara bukan sedikit. Anak ikan anak angsa, Anak kala maka api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati. Kepiting di negeri Jawa, Buluh bersigai di atas atap; Ikan kering habis tertawa, Melihat tupai membaca kitab. Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang.

Pantun Kiasan
Seri Panji gelaran paman Menjadi ratu raja di kedah; Bulan tinggi jauh pandangan, Hamba di bawah menumpang cerah. Pulau Bentan Pulau Daik, Mercu bertaut nampak berkilau; Kalau asal benih yang baik, Terbuang ke laut menjadi pulau. Rumah kecil tiangnya empat, Bangkit pagi merebus ketupat; Pecah tempurung katak melompat, Barulah tahu timur dan barat. Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri.

Pantun Budi
Kalau memandang ke muka laut, Sampan kolek mudek ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Kalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa. Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, jadi kenangan bertahun-tahun

Pantun Puji-pujian dan Sambutan
Kalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang. Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di rumpun buluh; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah menyusun jari sepuluh. Burung jentayu terbang tinggi, Mati di panah jatuh ke lumpur; Sirihnya layu pinangnya kering, Sudilah dijamah barang sekapur. Arak-arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap hati kepada tuan, Tidak tuan siapa lagi.

Pantun Naratif / Cerita
Ku cuba-cuba melempar manggis, Manggis ku lempar mangga ku dapat; Ku cuba-cuba melamar gadis, Gadis ku lamar janda ku dapat. Bukan dedak sebarang dedak , Dedak seberang laut jati; Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati.

Pantun Anak Dagang / Perantauan
Baik-baik mengail tenggiri, Takut terkena ikan parang; Baik-baik merendah diri, Jangan menjadi hamba orang. Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang saya terbuang lalu. Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai Biar mati di rantau orang. Malam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu.

Pantun Kepahlawanan
Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. Buah salak lambung-lambungan, Jatuh sebiji di sawah padi; Saya jalak ayam sabungan, Di sini tempat ku tempa mati. Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau pula di hujung rambut. Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala, Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.

Pantun Perniagaan
Ayam ini ayam Melaka Mari dijual di tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar. Batang kepaya dibuat tongkat, Salah pegang jatuh terlipat; Kalau berniaga tak tengok tempat Modal habis untung tak dapat. Anak lipan di tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi? Anak Cina menggali cacing Letak mari dalam tempurung Kalau tak kenal mata dacing, pada ditimbang baik diborong.

Pantun politik

Di hulu jalan di hilir pun jalan Sama tengah jalan parlimen Malu jangan segan pun jangan Silakan mak ngah berikan komen.

• Contoh pantun tidak baik Anak itik anak angsa Bunga kemboja dahannya patah Hendak balik kepada janda Hati luka terus berdarah. Akar angsana melilit cemara Burung kedidi jatuh digerbang Tuan laksana emas suasa hendak di beli ongkosnya kurang. Buah bidara buah lokan bunga melor dalam taman Anak dara jadi intaian anak teruna inginkan teman.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->