You are on page 1of 19

DEFINISI SENI DAN

KONSEP KESENIAN
MELAYU
PENGERTIAN SENI
• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni
membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis
dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara,
comel bentuk badan.
• Manakala seni, II: membawa maksud karya
termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain
lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan,
dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
• Seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawa
maksud atau pengertian kebolehan mencipta
sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya
yang indah-indah belaka.
• Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),
ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu
yang indah-indah pada pandangan pancaindera
manusia sama ada melalui penglihatan atau
pendengaran.
• Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic
Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir
Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa,
“seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan
keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk
yang lain.
• Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan
dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa
penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni
Islam.
• Art : ‘The production of something
beautiful: skill or ability in such work.
Works such as paintings or sculptures
produced by skills.’
(The Oxford Paperback Dictionary, 1989 :40)
• Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalah
kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di
dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan
logika.”
• Kesenian bermaksud perihal seni, yang
berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).
• George Kubler :
“Marilah kita anggap bahawa gagasan seni itu
boleh diperbesarkan batasnya demi merangkumi
semua dan segala benda yang dibuat oleh
manusia, termasuk alat-alat dan tulisan, di
samping benda-benda yang indah, puitis dan
juga benda-benda
KONSEP KESENIAN MELAYU

• Kesenian ini menjadi tunjang kepada


kebudayaan masyarakat Melayu sejak
turun temurun lagi.
• Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat Melayu lebih terserlah
dan dikenali ramai.
• Kementerian Kebudanyaan dan
Kesenian telah mengambil pebagai
inisiatif bagi memantapkan dan
memperkembangkan lagi kebudayaan
masyarakat Melayu.
• Kesenian bangsa Melayu telah diakui
dunia sebagai unik dan menarik.
• Seni mulai diterima oleh masyarakat
kita sebagai satu budaya hidup.
• Kesenian atau seni boleh dibahagikan
kepada 4 bahagian iaitu :
– Seni Suara
– Seni Gerak
– Seni Rupa
– Permainan Tradisional
• Seni itu diamati sebagai alat dan alat semata adalah
merupakan konsep yang mulia, selagi tujuannya
juga adalah sama mulianya.

• Seni berkait rapat dengan idea-idea dan idea-idea


pula berkait rapat dengan seni.

• Menikmati karya, mencari isi kandungan impian


malah idea seniman, pemerhati akan bertemu
dengan impian dan ideanya sendiri : inilah yang
dikatakan seseorang itu kaya apabila berseronok
dengan seni.
• Tercetusnya perbincangan tentang soal keindahan.

• Berfikir sebelum, sewaktu dan sesudah berkarya.

• Pemikirannya termasuknya idea-idea tentang


bagaimana hendak menyelesaikan karya yang
dihasilkan dengan sempurna dan berkesan.

• Cara dan kaedah kita menghasilkan sesuatu yang


berkaitan dengan seni turut tertakluk kepada bahan
dan teknik yang kita warisi.
• Halus :
- paling mustahak dalam daya kreatif orang
Melayu. Sejarah seni Melayu telah berkurun
kurun mengaskan tanpa kemahiran tidak mungkin
terciptanya kesenian yang halus.

• Berguna :
- sesuatu itu dibuat berguna untuk tujuan lain.

• Bersatu :
- ada mula dan akhirnya. Untuk mendapatkan
keselesaan, suatu integrasi antara alam dalaman
dan alam luaran dicipta.
• Berlawan :
- adanya pertentangan yang terkawal antara dua atau
lebih jenis seni yang dibuat. Sengaja dibuat sebegitu.
Tujuannya bukan untuk mendapatkan kesan yang janggal
tetapi semata-mata untuk mewujudkan suasana yang
tegang.

• Berlambang :
- contoh : keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan
yang membawa segala unsur perlambangan yang
diperlukan demi mengukuhkan maruah bangsa Melayu.
Kalaupun nilainya sebagai senjata sudah agak
berkurangan namun nilainya sebagai lambang tidak
terhargakan. Kerana matanya yang dua itu, keris boleh
sekaligus kawan dan lawan; ia indah tetapi merbahaya.
• Bermakna :
- sesuatu makna akan pupus kalau tidak dihafali dan
diajari oleh satu keturunan ke keturunan yang
selanjutnya.
• menjelaskan panduan elemen yang
dinyatakan dengan prinsip seni yang
direncanakan dengan baik ini kan
melahirkan simbol-simbol yang
seterusnya mendukung makna.

• Tiga peringkat :
i) peringkat makna asas
ii) peringkat makna sekunder
iii) peringkat makan mujarab
• Contohnya kesenian dalam tradisi
Melayu melihat pucuk rebung itu
mempunyai pelbagai maksud.
• Antaranya makna – peringkat asas
• Peringkat makna sekunder – pucuk
rebung adalah khusus kepada tumbuh
yang merujuk kepada dunia imejan.
• Peringkat mujarat – di tahap makna
awam.
RUJUKAN
• Mohd Johari AB. Hamid,2004. Falsafah dan
Kritikan Seni; Universiti Pendidikan Sultan Idris.

• www.seni/org/wikipedia.com

• Zakaria Ali,1989.
Seni dan Seniman Esei-Esei Seni Halus; Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like