You are on page 1of 14

SEK.MEN.

AGAMA DARUSSAADAH
TITI BESI, KEPALA BATAS
06200 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.
NO.TEL : 04-7143661

”LAPORAN SEMPENA PROGRAM BUDAYA BUKA SEKOLAH


(MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU 2010)”

DISEDIAKAN UNTUK :-

SEKTOR PRNDIDIKAN ISLAM


JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARULAMAN
KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM
05604 ALOR SETAR
KEDAH DARULAMAN

1
SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAH
TITI BESI, KEPALA BATAS 06200
ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.
No.Tel. / Fax : 04-714 3661
E-Mail : kft.2001.ppdkotasetar@gmail.com

“KEDAH GEMILANG”

REKOD PELAKSANAAN PROGRAM

NAMA PROGRAM

- Program Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010

TEMPOH PELAKSANAAN

- Berlangsung selama 8 hari

TARIKH PELAKSANAAN

- 31 Disember 2009 (Khamis) sehingga 7 Januari 2010 (Khamis)

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

- Program yang dilaksanakan sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa
transasi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah.
- Pelajar diberikan pendedahan daripada segenap aspek (jasmani, emosi, rohani,
intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara pengisian
program ialah program motivasi (emosi), senaman pagi (jasmani), qiyamullail,
tadarus al-Quran, tazkirah, muhasabah, solat berjemaah (rohani), dan slot taklimat
oleh Guru Kanan al-Azhari, Pusat Sumber, dan Unit Bimbingan & Kaunseling
(intelek) sebagai persediaan para pelajar.
- Program yang turut dilaksanakan sebagai memenuhi aktiviti pelajar tingkatan satu
ialah pembahagian rumah sukan dan badan beruniform .
- Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan program “Kenali Sekolah” yang
disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti yang turut dijalankan
ialah “Sayangi Guru-guru Kami” bagi memberikan rasa kejelikatan antara pelajar
dengan guru-guru di Sek. Men. Agama Darussaadah.
- Rata-rata pihak waris yang ditemui menyatakan rasa puas hati serta bersedia
memberikan segala kerjasama yang termampu demi kecemerlangan anak-anak mereka
setelah aktiviti slot motivasi dijalankan oleh pihak sekolah dengan melibatkan pihak
waris, pelajar dan juga pentadbir.
- Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010 sampai ke kemuncaknya
dengan majlis penutup pada 7 Januari 2010 (Khamis) yang di sempurnakan sendiri
oleh En. Pisal Abu Sepian, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,
merangkap mentor Sek. Men. Agama Darussaadah.
- Semua pihak memberikan kerjasama erat untuk menjayakan program orientasi ini.

2
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

- Aktiviti yang dijalankan kurang melibatkan aktiviti outdoor. Pada masa depan
dicadangkan aktiviti luar diperbanyakkan bagi mengelakkan pelajar berasa letih atau
jemu.
- Organisasi luar juga sewajarnya dilibatkan sebagai satu input yang cukup berguna
kepada pelajar. Sebagai contoh, dengan melibatkan Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk slot penerangan berkaitan perubahan
kitaran fizikal seseorang remaja.
- Kekurangan peruntukan kewangan wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk
dipertimbangkan pada masa hadapan. Ini menyebabkan peruntukan hadiah kepada
peserta terbaik dalam kategori masing-masing tidak dapat diwujudkan sebagai satu
galakan dan rangsangan kepada peserta program orientasi.
- Untuk masa hadapan, dicadangkan untuk menyeragamkan pakaian pelajar sepanjang
program, sekurang-kurangnya baju batik dan baju t-shirt agar menampakkan pelajar
dalam situasi program orientasi dan menampakkan satu keseragaman serta disiplin
mereka.
- Aktiviti berbentuk kerjasama kumpulan (teamwork) wajar diwujudkan bagi
membentuk diri peserta sebagai satu kumpulan yang cukup bersatu dan dalam masa
yang sama mengeratkan hubungan ukhwah sesama mereka.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

- Rujuk lampiran 1

CATATAN

- Bermula pada 31 Januari 2009 (Khamis) hingga 2 Januari 2010 (Sabtu), semua pelajar
diwajibkan untuk tinggal di asrama bagi mengikuti program orientasi khusus.
- Pada 3 Januari 2010 sehingga 7 Januari 2010, program orientasi pelajar tingkatan satu
hanya dijalankan pada sebelah petang sahaja (2.30 petang – 4.30 petang) setiap hari,
manakala disebelah pagi, semua pelajar telah memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (P & P) seperti biasa.

Tandatangan Pelapor :

Nama Penilai :
Jawatan Penilai :

3
LAMPIRAN 1

Kain rentang mengalukan kedatangan pelajar Selamat datang ke SMAD, sekolah yang
baru ke Sek. Men. Agama Darussaadah punya keunikan tersendiri

Program taklimat oleh PK HEM kepada para Taklimat oleh pengetua kepada waris dalam
pelajar dan waris tingkatan satu 2010 semua aspek termasuk komitmen waris

Peserta diberikan taklimat khusus semua Waris-waris serta pelajar tingkatan satu
aktiviti sepanjang program yang akan 2010 tekun mendengar taklimat serta
dijalankan oleh pihak sekolah penerangan oleh pentadbiran sekolah

4
Sambutan cukup menggalakkan.... terdapat Ada waris terpaksa berdiri memandangkan
pelajar serta waris terpaksa berpanas di luar ruangan disediakan tidak dapat menampung
dewan kerana kesempitan ruang di dalam kebanjiran para pelajar serta keluarga
dewan

Dalam masa yang sama...persiapan Penduduk serta kakitangan sekolah


jamuan/kenduri turut dijalankan secara bekerjasama menjayakan jamuan untuk para
gotong-royong oleh penduduk sekitar waris serta pelajar

Pelbagai makluman disampaikan kepada para Tekun mendengar segala nasihat yang turut
waris sebagai persediaan untuk memberikan diberikan...
komitmen yang terbaik kelak

5
Para waris terpaksa mencari tempat berteduh Para ibu yang mungkin agak keletihan,
memandangkan keadaan dewan yang sempit tetapi tetap bersemangat....

Slot motivasi oleh cikgu Zul untuk para waris Sebahagian waris yang tetap setia mengikuti
dan pelajar.. program diatur pihak sekolah..

Kaum ibu tersentuh dengan motivasi yang Tuan pengetua tetap setia bersama-sama
diberikan para waris bagi menunjukkan semangat
kerjasama

6
Beberapa pelajar terdiri dari AJK Aspura Ibu bapa terus terpaku mendengar motivasi
diberi kesempatan untuk memupuk semangat yang disampaikan..
keusahawanan

Penyampaian yang cukup berkesan... Menyentuh hati para waris serta pelajar...
demi kecemerlangan pelajar dan sekolah...

Pelajar terpaksa berada di luar dewan.. Para pelajar dan ibu bapa yang memenuhi
ruang dewan semasa slot motivasi..

7
Antara wajah-wajah guru yang menjayakan Majlis bersama waris, pelajar serta
program orientasi pelajar tingkatan satu 2010 pentadbiran sekolah disudahi dengan bacaan
doa’

Aktiviti seterusnya ialah pendaftaran para Para waris sabar menanti giliran untuk
pelajar tingkatan satu 2010 di kelas masing- mendaftarkan anak masing-masing dan
masing bersama guru kelas membayar yuran sekolah

8
Setelah mendaftar pelajar-pelajar dikehendaki Guru-guru bertungkus-lumus menjalankan
terus berada di dalam kelas untuk sesi taklimat amanah yang dipertanggungjawabkan bagi
oleh guru kelas serta pengambilan buku teks memastikan kelancaran program

Seorang guru menunjukkan kedudukan bilik Ibu bapa sabar menantikan giliran untuk
BOSS (buku teks) kepada pelajar baru mendaftar serta menjelaskan yuran sekolah
mengikut kemampuan dahulu

Guru-guru bersedia untuk turut menjelaskan Setelah mendaftar, waris-waris


apa jua persoalan yang mungkin ditimbulkan mendapatkan senarai buku yang diperlukan
waris dan boleh mendapatkannya di koperasi
sekolah

9
Setelah selesai segala urusan, waris-waris Bismillah….& Selamat menjamu selera..
serta pelajar dijamu dengan jamuan kenduri

Koperasi sekolah terus menjadi tumpuan… Sibuk melayani persoalan waris..

Semua pelajar tingkatan satu 2010 diwajibkan Ahlan wa sahlan ke asrama putera
tinggal di asrama bagi mengikuti program Sek. Men. Agama Darussaadah
orientasi khusus

10
Anatara pengisian emosi pelajar, slot Slot motivasi pelajar ini dikendalikan oleh
motivasi... Cikgu Zul....

Pelajar insaf serta faham harapan ibu bapa dan Pendekatan agama dan kaunseling cukup
agama yang dipikul oleh mereka kini... memberikan kesan mendalam kepada
pelajar....

Guru-guru terus memberikan komitmen bagi Slot taklimat yang diberikan kepada pelajar
menjayakan program orientasi ini.... walaupun baru bagi mempertajamkan minda serta
ketika cuti... persediaan untuk berada di bumi SMAD

11
Aktiviti kerohanian dititikberatkan bagi Solat berjamaah, tazkirah, qiyamullail....
membentuk jiwa yang putih bersih.. antara aktiviti kerohanian yang dijalankan...

Sesi taklimat Pusat Sumber, sukatan al-Azhari Pelajar tekun serta tertib ketika sesi taklimat
dan Unit Bimbingan & kaunseling turut dijalankan....
mengisi aktiviti program orientasi..

Sesekali tercuit dengan humor penceramah.. Memberikan sepenuh perhatian...

12
Sesi taklimat ”Kenali Sekolah” oleh Guru Pelajar memenuhi ruangan Bilik Media...
Bimbingan dan Kaunseling...

Majlis penutup Minggu Orientasi Pelajar Majlis penutup disempurnakan oleh tetamu
Tingkatan Satu 2010 – ucapan oleh Guru kehormat, En. Pisal Abu Sepian selaku
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selaku mentor SMAD dari Sektor Pendidikan
pengerusi program. Islam, JPN Kedah

Majlis dipengerusikan oleh Guru Bimbingan Barisan orang kenamaan (VIP) yang
dan Kaunseling SMAD bertungkus lumus membantu serta
menyokong program ini agar dapat
dijayakan dengan jayanya...

13
Tuan pengetua memberikan kata-kata En. Pisal Abu Sepian turut memberikan
semangat kepada pelajar tingkatan satu 2010 kata-kata perangsang serta ucapan tahniah
kepada pihak sekolah kerana berjaya
melaksanakan program dengan jayanya..

14

You might also like