You are on page 1of 14

Metod Nahu dan Terjemah

Nuraini binti Ismail

1. TAJUK : METOD PENGAJARAN BAHASA ARAB


BINCANGKAN SERTA JELASKAN SECARA TERPERINCI
TUJUAN DAN MATLAMAT, LATAR BELAKANG SEJARAH DAN
CIRI-CIRI METOD NAHU DAN TERJEMAH.

1.1 PENGENALAN METODOLOGI PENGAJARAN BAHASA

Pengajaran merupakan satu istilah penting dalam pendidikan. Ia didefinisikan


dengan pelbagai definisi yang berbeza-beza menurut pentafsirnya. Ada yang mengatakan
bahawa pengajaran adalah suatu proses pengendalian bilik darjah. Ada juga yang
menyatakan bahawa pengajaran adalah aktiviti di dalam kelas yang menghubungkan guru
dengan murid. Kesimpilan daripada definisi yang diutarakan dapatlah disimpulkan
sebagai suatu organisasi aktiviti yang dirancang dan diolah oleh guru untuk
menyampaikan kefahaman dalam satu suasana yang dipanggil bilik darjah.

Pengajaran bahasa Arab turut sama menggunakan pelbagai metod pengajaran


bahasa di dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Sejarah pendidikan bahasa Arab di
Malaysia juga memperlihatkan pelbagai metod digunakan di dalam sistem pendidikan di
Malaysia untuk membolehkan pelajar bahasa Arab menguasai bahasa ini. Dr. Muhammad
Ali al-Khauli (1982) mengatakan terdapat pelbagai metod yang digunakan dalam
pengajaran bahasa Arab. Antara metod tersebut ialah metod nahu dan terjemah, metod
terus, kaedah bacaan, audio lingual, metod eklektik dan metod komunikasi.

1
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

1.2 DEFINISI METOD NAHU DAN TERJEMAH

Metod nahu dan terjemah dikenali dalam Bahasa Arab sebagai


Metod ini juga dikenali sebagai metod tradisional dan Metod klasik .
Nik Hassan Basri (2003) mengatakan bahawa metod ini yang mula-mula digunakan
dalam pengajaran bahasa sebelum metod pengajaran lain ditemui dan diamalkan dalam
pengajaran bahasa.

Bersesuaian dengan namanya, kaedah ini terdiri daripada dua kompenan.


Kompenan pertama merupakan kajian terperinci terhadap rumus-rumus nahu yang
hendak dipelajari dan kompenan kedua pula adalah penggunaan terjemahan dalam
pengajaran. Menurut Asmah Haji Omar (1984:50) kaedah ini merupakan kaedah yang
mula-mula sekali digunakan penduduk Malaysia untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Pelajar bahasa diberi ayat-ayat Bahasa Inggeris yang kemudiannya secara langsung
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Dalam kaedah ini, pada permulaan pengajaran, para pelajar akan didedahkan
kepada rmus-rumus nahu bahasa yang hendak dipelajari. Guru seterusnya memberikan
contoh tentang penggunaan rumus-rumus tersebut. Rumus-rumus nahu kemudiannya
akan dihafal oleh pelajar. Dalam pengajaran perbendaharaan kata pula guru akan
memadankan perkataan-perkataan bahasa sasaran dengan perkataan seperti bahasa yang
sudah diketahui.

Daripada nama metod ini sendiri kita dapat mengetahui bahawa metod ini
memberikan penekanan utama kepada beberapa perkara.
 Nahu atau tatabahasa sebagai fokus utama pengajaran dan pembelajaran. Nahu itu
merupakan garis kasar nahu formal.
 Perbendaharaan kata bergantung kepada teks yang dipilih.

2
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

 Pengajaran bemula dengan peraturan-peraturan bahasa, perbendaharaan kata


diajar secara terasing dan banyak menggunakan terjemahan.
 Terjemahan sebagai satu cara untuk melaksanakan pengajaran bahasa.
Oleh itu metod nahu dan terjemah ini menjadikan tatabahasa sebagai matlamat
pengajaran yang menggunakan terjemahan sebagai teknik utama dalam pengjaran
bahasa ini.

Di Malaysia, metod ini digunakan di awal peringkat perkembangan pendidikan


bahasa arab. Sebagai contohnya ia digunakan dalam sistem madrasah, pondok dan di
awal sistem pendidikan bahasa Arab di bawah Kementerian Pelajaran malaysia secara
rasmi. Walaupun kita telah mengalami perubahan dan perkembangan pendidikan bahasa
memerlukan kita menggunakan metod lain yang lebih terkini seperti metod komunikasi,
tetapi metod nahu dan terjemah masih popular digunakan guru dalam pengajaran bahasa
Arab di Malaysia.

1.3 TUJUAN DAN MATLAMAT METOD NAHU DAN TERJEMAH

Untuk mencapai tujuan dan matlamat seperti yang dirancangkan, perhatian perlu
diberikan kepada bahasa itu sendiriyang mempunyai cabang-cabangnya yang pelbagai
agar pelajar dapat menguasainya. Antara matlamat utama metod ini ialah :

 Pelajar dapat memahami dan menguasai tatabahasa sesuatu bahasa dan


berupaya untuk menulisnya dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan
tepat. Bahasa Arab ialah bahasa I’rab yang mana akhir setiap perkataan akan
bertukar barisnya berdasarkan kedudukannya dalam nahu sama ada ia

3
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

merupakan isim, fa’il atau maf’ul, sifat dan lain-lain lagi. Latih tubi
menggunakan lafaz-lafaz, ayat dan ibarat secara betul mengikut nahu yang tepat
akan membina kemahiran penguasaan bahasa di kalangan pelajar dan akan
mengurangkan kemungkinan mereka melakukan kesalahan dari segi
penggunaan bahasa. Pembelajaran Qawa’id sekiranya diberi nafas baru dengan
menghubungkan pembelajaran tersebut dengan pengalaman-pengalaman yang
dilalui oleh pelajar melalui penggunaan bahasa akan membina kesedaran
bahawa pembelajaran bahasa mempunyai matlamat yang tertentu yang perlu
diusahakan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut.
Pembelajaran Qawa’id perlu menekankan aspek latih tubi yang melibatkan
aspek penulisan dan aspek pertuturan. Guru bahasa Arab yang mengajar
Qawa’id harus mengelak daripada memaksa pelajar menghafal sabagai satu cara
menguasai bahasa Arab. Pembelajaran Qawa’id bahasa Arab dengan cara yang
dipermudahkan perlu difokuskan terhadap usaha membetulkan ayat-ayat yang
digunakan sama ada secara lisan atau tulisan bermula daripada penggunaan
ayat-ayat yang mudah dan ditingkatkan kepada ayat-ayat yang lebih panjang
dan kompleks. Pendekatan seperti ini akan merangsang pelajar untuk mengikuti
pembelajaran Qawa’id bahasa Arab secara lebih berkesan. Pembelajaran
Qawa’id bahasa Arab yang difokuskan terhadap aspek pembelaran nahu
mestilah dilakukan secara terpilih dengan memilih tajuk yang penting sahaja,
yang berfokus pada objektif membetulkan penggunaan ayat-ayat dalam bahasa
Arab yang biasa digunakan dalam komunikasi harian dan juga dalam penulisan
esei-esei yang pendek.

 Pelajar dapat menterjemah satu-satu teks dalam bahasa asing kepada bahasa
ibunda atau dari bahasa ibunda kepada bahasa asing yang betul. Apabila pelajar
menguasai perbendaharaan kata maka pelajar tersebut dapat menterjemah satu-
satu teks dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki. Oleh itu dalam
pembelajaran nahu dan terjemah pelajar perlu didedahkan dengan perkataan-
perkataan baru secara berperingkat-peringkat untuk menambah perbendaharan

4
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

kata dan penguasaan bahasa Arab sepenuhnya sama ada di peringkat rendah dan
menengah. Dengan ini pelajar tiada masalah untuk menterjemah satu-satu teks
dan dapat dilakukan dengan mudah.

 Pelajar memiliki dan menguasai kosa kata yang luas akan membolehkan pelajar
dapat menggunakannya di dalam penulisannya. Kebiasaannya pelajar tidak
mempunyai kosa kata yang banyak menrebabkan mereka mengalami masalah
dalam penulisan esei. Guru bahasa Arab perlu menyedarkan para pelajar bahawa
mata pelajaran Qawa’id mempunyai peranan sangat penting dalam membetulkan
penggunaan bahasa yang melibatkan aspek penulisan. Pembelajaran nahu akan
membantu pelajar dari aspek penulisan yang betul serta mempertingkatkan kualiti
penggunaan bahasa yang tepat serta bermutu tinggi. Pembelajaran nahu yang
mendedahkan perkataan-perkataan baru secara berperingkat-peringkat dapat
menambah perbendaharaan kata dan membantu pelajar menggunakannya dalam
penulisan. Oleh itu pelajar tidak lagi terkial-kial mencari perkatan apabila hendak
menulis sehingga berupaya menggunakan bahasa Arab yang tepat dalam
penulisan.

 Melatih para pelajar untuk mengesan ketepatan dan kesalahan dalam penggunaan
bahasa daripada bahan-bahan yang dibaca seperti majalah, buku-buku cerita, surat
khabar dan juga bahan-bahan yang didengar melalui siaran radio, kaset dan lain-
lain.

 Membantu pelajar untuk memahami ayat yang kompleks dari segi nahu dan
bagaimana ayat tersebut dapat dipecahkan menjadi ayat yang lebih mudah. Pelajar
juga diajar bagaimana untuk menyusun semula ayat tersebut sehingga maksudnya
menjadi lebih jelas dan mudah difahami.

 Pelajar mampu menikmati nilai estatika dalam membaca dan menterjemah bahan
dalam bahasa sasaran ke dalam bahasa ibunda. Para pelajar yang mempelajari

5
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

bahasa Arab di samping mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu
akan mendapati betapa pembelajaran nahu dalam bahasa Melayu banyak
membantu mereka dalam memahamimkeindahan bahasa Arab. Ini disebabkan
kedua-dua bahasa Arab dan bahasa Melayu memiliki beberapa ciri persamaan dari
segi nahu seperti yang melibatkan kata perbuatan (Af’al), Istifham dan Ta’ajjud.

1.4 SEJARAH METOD NAHU DAN TERJEMAH

Pembelajaran bahasa telah lama bermula. Satu tempoh yang panjang menyaksikan
pelbagai kesulitan dan kerumitan cuba diatasi untuk menjadikan pembelajaran bahasa
lebih berjaya dan berkesan. Pada akhir kurun ke-19, pembelajaran bahasa berupa
menghafal nahu dan penggunaan kamus dengan rapi. Pelajaran ditumpikan kepada
mentafsirkan golongan kata, menghafal konjugasi, tasrif dan rumus nahu dan
menteremahkan teks pilihan dengan menggunakan kamus dan perbendaharaan kata yang
dwibahasa.

Dengan bertambahnya kepentingan bahasa-bahasa moden dalam pehubungan,


kekurangan dalam kaedah nahu terjemah menjadi semakin jelas. Ramai pelajar tidak
dapat memakai bahasa yang dipelajarinya setelah beberapa tahun belajar. Mereka
memandang sepi sahaja terhadap bahasa itu dan juga merasa gagal dalam pembelajaran
bahasa secara amnya.

Kegagalan ini dapat difahami sekarang dengan mudah. Latihan menterjemah


dalam bilik darjah telah disalahfahamkan apabila ianya dianggap sama seperti
kefahaman, bertutur, membaca dan menulis iaitu kemahiran yang amat asing dan perlu
dipelajari pula dalam bentuknya sendiri. Kebolehan berbincang mengenai nahu sesuatu
bahasa, melafazkan rumus-rumusnya, adalah lain dari kebolehan bertutur dan
memahami sesuatu bahasa, atau kebolehan membaca membaca dan menulis dalam
bahasa itu. Biasanya mereka yang boleh menggunakan bahasa itu tidak dapat

6
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

melafazkan rumus nahunya, dan mereka yang boleh berbuat demikian mungkin tidak
dapat mengunakan bahasa tersebut. Memang kita boleh pertahankan bahawa
terjemahan itu adalah suatu kemahiran yang amat berguna tetapi ianya tidaklah boleh
menggantikan latihan bahasa tanpa bantuan terjemahan. Begitu juga deskripsi nahu
sesuatu bahasa itu ada gunanya pada ahli linguistik dan pelajar, tetapi ianya tidaklah
boleh menggantikan pemakaian bahasa.

Menurut Escher (1982) dan Kelly (1969) bahawa metod ini telah diguna
pakai dan diamalkan dalam pengajaran bahasa selama berabad-abad. Salah satu karya
yang paling terkenal mengenai metod pengajaran ini ialah Praktische Franzoishe
Grammati yang ditulis oleh Meidinger pada tahun1983.

Metod ini menjadikan kombinasi tatabahasa dan terjemahan digunakan


secara meluas sebagai satu strategi pengajaran yang diterapkan pada kursus-kursus
bahasa. Antaranya ialah kursus bahasa yang dikendalikan oleh Ollendorf yang
menjadi popular serta banyak digunakan sekitar tahun 1840. Pada akhir kursus ini,
terjemahan bahagian-bahagian prosa dan sastera turut diadakan. Kelly (1969)
mengatakan metod yang digunakan oleh Ollendorf mendapat pujian rakan-rakan
sezamannya sebagai satu metod yang aktif, sederhana dan afektif.

Pada pertengahan abad ke 19, Ploetz di Jerman mengadaptasikan buku teks


bahasa Perancis karya Seidenstucker untuk dipakai di sekolah-sekolah.
Walaubagaimanapun pada sepuluh tahun di akhir abad ke 19, metod nahu dan terjemah
mula mendapat kririkan. Para pengkritik mengatakan bahawa metod ini ialah metod
kaku dan mati serta dianggap sebagai punca kegagalan pengajaran bahasa asing.

Pada awal tahun 1960an, Dodson (1967) pula memperkenalkanteknik-teknik


pengajaran berdasarkan metod nahu dan terjemah dengan mengadakan pembaharuan
pada teknik pengajaran. Teknik- teknik ini dinamakan `metod dwibahasa’ atau
bilingual method.

7
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

Daripada perbincangan yang ringkas ini kita mengetahui bahawa metod nahu dan
terjemah ini dipelopori oleh para sarjana Jerman seperti Johan Seidenstucker, Karl
Plotz, H.S Ollendolf dan Johann Meinger. Manakala di Amerika Syarikat metod ini
pertama diperkenalkan sebagai metod Prussia yang disusun oleh B.Sears pada tahun
1845 dalam bukunya yang bertopik The ciceronian or the Prussian Method of
Taching the Elements of the Latin Language.

Metod Nahu dan terjemah ini mendominasi pengajaran bahasa asing dari tahun
1840an sehingga 1940an dan telahbmengalami pelbagai modifikasi dari bentuk
asalnya dan tetapdigunakan secara meluas di beberapa bahagian di dunia ini sampai
kini. Meskipun menghadapi pelbagai kritikan dari pihak yang tidak menyukainya
tetapi metod ini masih banyak digunakan sampai kini terutama dalam pengajaran
bahasa arab di malaysia.

1.5 CIRI-CIRI METOD NAHU DAN TERJEMAH

Sejarah penggunaan metod nahu dan terjemah adalah panjang. Kepentingan dan
keperluan sesebuah institusi kepada metod ini amat ketara sehingga metod ini dapat
bertahan sehingga ke hari ini. Bahkan dalam pengajaran bahasa metod ini sangat popular
di kalangan pelajar dan pengajar bahasa Arab di Malaysia.

Nahu bahasa Arab dan kaedah pengajaran bahasa Arab mempunyai ciri-ciri
keistimewaannya yang tersendiri, yang agak berbeza daripada bahasa-bahasa Eropah
yang digunakan oleh mayarakat barat, antaranya ialah :

8
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

 Penggunaan Fi’il, Fa’il, Maf’ul bih, adakalanya terhimpum dalam satu


perkataan sahaja.
Sebagai contoh, perkataan akhaztuhu yang membawa maksud `saya mengambil
benda tersebut’, walaupun ianya dalam satu perkataan sahaja. Perkataan tersebut
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dengan maksud `I took it’.

 Perkataan Fa’il atau Maf’ul bih ada kalanya pula digunakan secara berasingan.
Sedangkan dalam bahasa Eropah dan termasuk juga bahasa Melayu, ia
digunakan secara satu bentuk sahaja. Hal ini menjadikan penggunaan ayat-ayat
dalam bahasa Arab menjadi lebih rumit dibandingkan dengan bahasa Eropah dan
Melayu (Siti Saodah, 1984:11).

 Nahu bahasa Arab mambentuk ayat secara lebih terperinci yang mana hukum
nahu akan berubah dengan perubahan petunjuk – petunjuk ayat yang digunakan.
Sebagai contoh seorang yang menggunakan ayat Muhammad Qabala Aliyyan
membawa maksud Muhammad datang bertemu Ali. Muhammad dalam
kedudukan nahu dianggap sebagai Fa’il dan Ali pula dianggap sebagai Maf’ul.
Ayat yang tepat dari segi nahu hendaklah disebut dan ditulis seperti berikut.
Qabala Muhammadun Aliyyan.
Sebaliknya pula jika orang yang berucap dalam bahasa Arab atau menulis dalam
bahasa Arab dengan maksud ingin menyampaikan mesej bahawa

9
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

 Nahu bahasa Arab membentuk ayat secara lebih terperinci yang mana hukum
nahu akan berubah dengan perubahan petunjuk-petunjuk ayat yang digunakan.
Sebagai contoh, seorang yang menggunakan ayat Muhammad Qabala Aliyyan
membawa maksud ` Muhammad datang bertemu Ali ’

 Tatabahasa menjadi Fokus.


Pelajar mula diperkenalkan dengan tatabahasa. Tatabahasa menjadi fokus utama
metod ini sehinggakan ianya menjadi satu matlamat utama pengajaran
menggunakan metod ini. Penguasaan tatabahasa merupakan satu pra syarat
menguasai bahasa tersebut.

 Pengajaran tatabahasa secara deduktif.


Sistem tatabahasa dipelajari dan diajar kepada pelajar secara dedktif dengan
bantuan penjelasan-penjelasan yang panjang serta terperinci. Penjelasan tentang
tatabahasa dimulakan dengan huraian undang-undang bahasa yang kekadang
dikenali sebagai petua-petua yang disusuli dengan contoh-contohnya.
Umpamanya guru akan menjelaskan pada peringkat awalnya apakah yang

dimaksudkan dengan dan ciri-ciri yang perlu ada pada


. Selepas guru pasti pelajarnya telah dapat memahami
hukum berkaitan dengan maka guru mula memberikan contoh-
contoh untuk mengukuhkan apa yang difahami oleh pelajar pada peringkat
pertama tadi.

 Penguasaan kosa kata.


Penekanan kepada kosa kata ( ) amat ketara dalam metod ini.
Pemilihan kosa kata dilakukan berdasarkan teks yang dijadikan bahan
pengajaran berdasarkan topik yang dipelajari oleh pelajar. Satu perkara lain ialah
kosa kata yang diberi dan dikemukakan kepada pelajar dalam bentuk senarai
yang terasing dari konteks pemakaiannya.

10
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

 Terjemahan digunakan secara meluas.


Penekanan kepada kosa kata ini menyetopikkan terjemahan adalah pilihan utama
dalam memperolehi kosa kata bahasa yang ingin dipelajari kerana terjemahan
adalah cara yang paling mudah dan cepat dalam menemukakan kosa kata yang
diperlukan kepada pelajar bahasa. Bahasa ibunda dan bahasa sasaran
dibandingkan secara konstan. Ini kerana tujuan pengajaran untuk mengalihkan
bahasa ibunda ke bahasa Arab dan sebaliknya dengan mengunakan kamus
sekiranya diperlukan sebagai acuan dalam pemerolehan bahasa kedua.

 Pengujian Melalui Terjemahan.


Pemahaman terhadap tatabahasa dan bahan bacaan diuji melalui terjemahan dari
bahasa Arab ke bahasa ibunda dan sebaliknya. Pelajar dianggap dapat
mempelajari bahasa Arab apabila mereka dapat menterjemahkan bahagian-
bahagian prosa dengan baik dan tepat. Pengujian dijalankan dengan menguji
ketepatan dan kebolehan pelajar menterjemah teks semata-mata.

 Kemahiran Bertutur Tidak Dititikberatkan.


Hanya sedikit masa diberikan untuk praktik atau latihan bertutur dan berbicara.
Metod ini tidak memberikan penekanan kepada kemahiran bertutur dan
kekadang mengabaikannnya. Ini kerana tujuan metod ini bukan untuk
membolehkan pelajar bertutur dalam bahasa yang dipelajarinya tetapi
bermatlamatkan menterjemahkan apa yang ditulis dalam bahasa sasaran kepada
bahasa ibunda dan sebaliknya.

 Perkataan Adalah Unit Asas Bahasa.


Perkataan merupakan unit asas pengajaran dan praktik atau latihan bahasa.
Kebanyakan masa pelajaran diperuntukkan bagi penterjemahan kalimah-kalimah

11
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

ke bahasa sasaran. Fokus terhadap kalimah inilah merupakan ciri khusus metod
ini yang mampu membuatkan pembelajaran bahasa ini lebih mudah.

 Ketelitian dan Ketetapan dalam Terjemahan.


Ketelitian dan ketetapan sangat diutamakan. Semua pelajar diharapkan dapat
mencapai norma-norma atau standard yang tinggi dalam perterjemahan kerana
keutamaan diberikan pada norma-norma ketepatan dan kecermatan yang tinggi.

 Bahasa Ibunda Sebagai Media Pengajaran.


Bahasa ibunda pelajar merupakan media pengajaran. Bahasa tersebut digunakan
untuk menjelaskan hal-hal baru serta untuk memudahkan membuat
perbandingan antara bahasa asing dan bahasa ibunda pelajar. Sebagai contohnya
guru menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda untuk mengajar
bahasa Arab sebagai bahasa sasarannya.

12
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

13
Metod Nahu dan Terjemah
Nuraini binti Ismail

14

You might also like