You are on page 1of 18

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

JALAN JASIN, 77300 MERLIMAU


MELAKA, MALAYSIA

LATIHAN INDUSTRI
KESAN TERHADAP
POLITEKNIK DAN PELAJAR

DIHASILKAN OLEH

ARIFFUDDIN BIN IBRAHIM

Kelayakan Akademik / Academic Qualifications:

 Sarjana Pendidikan (Teknikal, UTM), 2002


 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi, UTM ), 2001
 Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan (UTM),1998
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perhubungan ,POLISAS),
1995

JULIYANNA BINTI ALIMAN

Kelayakan Akademik / Academic Qualifications:

 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (UTHM), 2008


 Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan (KUiTHHO), 2003

PMM - 2008
2

1.0 PENGENALAN

1.1 Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, latihan didefinasikan sebagai


sesuatu yang dibuat untuk memahirkan diri atau untuk mendapatkan
pengalaman. Manakala Industri ialah perusahaan untuk membuat,
menghasilkan, mengeluarkan barang. Daripada definasi tersebut dapatlah
disimpulkan bahawa latihan industri ialah sesuatu yang dibuat untuk
memahirkan diri dalam proses berkaitan membuat, menghasilkan atau
mengeluarkan barang Dalam skop pendidikan berorientasikan teknikal dan
vokasional seperti politeknik, latihan industri merupakan komponen penting
dalam program pengajian tinggi yang perlu dilaksanakan sebagai pengenalan
kepada bakal graduan tentang realiti alam pekerjaan .

1.2 Objektif latihan industri diwajibkan kepada bakal graduan adalah untuk
membolehkan mereka:
i. Membina personaliti individu
ii. Berkomunikasi dengan berkesan
iii. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
iv. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
v. Menghasilkan laporan industri.

1.3 Pendidikan Teknik dan Vokasional pada dasarnya bertujuan untuk


menyediakan pelajar bagi menceburi bidang pekerjaan. Ia juga adalah
merupakan satu langkah untuk menyokong dan mempergiatkan lagi usaha
kerajaan bagi memajukan bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan
pengetahuan teknik dan vokasional (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1991). Pendidikan dan latihan yang mencukupi perlu diberikan kepada
golongan muda untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang
berpengetahuan dan mahir dalam bidang kejuruteraan.

1.4 Di politeknik, program pengajian yang digubal mempunyai beberapa


keistimewaan. Pertama, kurikulum programnya digubal bagi memenuhi tiga
3

(3) bidang kemahiran iaitu hard skills, soft skills dan kemahiran kompetitif.
Kedua, kerjasama erat yang dijalinkan antara politeknik dan industri telah
menghasilkan relevansi pembelajaran dengan pekerjaan yang kukuh. Ketiga,
pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 sejak tahun
2007 telah memastikan penambahbaikan pengoperasian yang berterusan.
Berikutan daripada perkembangan itu, semua program pengajian di politeknik
telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
serta akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

2.0 KAEDAH PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI


SECARA SISTEMATIK DAN EFEKTIF

2.1 Bagi memastikan program Latihan Industri mencapai objektifnya,


pelaksanaan latihan industri perlu dipantau secara sistematik dan efektif.
Justeru itu satu unit khas diwujudkan dan dipertanggungjawabkan iaitu Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI). Unit ini berperanan untuk mengurus
selia penempatan, penyeliaan dan penilaian program latihan industri.

2.2 Kaedah penilaian dan peraturan latihan industri telah diguna pakai oleh
Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk dijadikan satu rujukan dan
panduan (The Industrial Training Handbook). Dokumen rujukan ini
digunapakai dan dijadikan panduan oleh seluruh politeknik di Malaysia kerana
latihan industri merupakan salah satu komponen utama dalam Dokumen
Kurikulum dan Struktur Program Pengajian Tinggi dan tertakluk kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

2.3 Bagi menjamin mutu pelaksanaan latihan industri, hanya pelajar yang
telah memenuhi syarat tertentu dapat meneruskan latihan. Langkah ini adalah
untuk memastikan bahawa pelajar yang bakal menghadapi latihan industri
adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar bersedia dan mempunyai
pengetahuan asas yang secukupnya bagi memperkembangkan lagi
pengetahuan yang benar-benar menjurus kepada realiti dunia industri. Syarat-
syarat tersebut adalah:
i. Mendaftar kursus Latihan Industri
4

ii. Mengikuti kursus “Soft Skills” dengan jayanya


iii. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan
Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.
iv. Memperolehi jumlah Jam Kredit Terkumpul sebanyak:
a. Dua puluh enam (26) bagi program sijil, dan
b. Empat puluh dua (42) bagi program Diploma
v. Mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Peperiksaan
Politeknik

2.4 Sememangnya pemantauan dan penilaian secara berterusan adalah


wajar dijalankan bagi menentukan tahap pencapaian pelajar sentiasa berada
pada aras kecemerlangan. Pencapaian pelajar sepanjang latihan industri
secara keseluruhannya dinilai berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i. Penilaian ”Soft Skills”
ii. Penilaian prestasi oleh organisasi tempat latihan
iii. Laporan Harian
iv. Laporan Latihan Industri (kecuali Pelajar Pendidikan Khas)
v. Temuduga / Pembentangan laboran

2.5 Sebagai persediaan awal sebelum pelajar melangkah masuk ke dunia


industri, pihak pengurusan latihan industri menganjurkan pelbagai program
yang menuntut komitmen semua pensyarah dan pelajar dalam memastikan
kejayaan latihan industri mencapai objektifnya. Tujuan utama program
dilaksanakan adalah untuk memastikan keseluruhan proses pelaksanaan dan
pemantauan latihan industri dapat dipermudahkan dan difahami semua pihak
khususnya pelajar. Antara program tersebut ialah:
i. Taklimat Latihan Industri
Pelajar dimestikan menghadiri taklimat dan aktiviti yang berkaitan
dengan Latihan Industri. Semasa program ini berlangsung, input-input
berkaitan Latihan Industri seperti kaedah penilaian, kaedah
pemantauan, peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi serta tujuan
5

sebenar latihan diadakan adalah diperjelas dan diperingat kepada


pelajar-pelajar.

ii. Kursus ”Soft Skills” Latihan Industri


Pelajar hendaklah menghadiri sepenuhnya dan lulus aktiviti kursus
”Soft Skills” (T3410) sepanjang semester sebelum menjalani Latihan
Industri. Terdapat lima kompetensi yang digariskan dalam kursus ini
bagi melegkapkan pelajar dengan kemahiran pelbagai. Kompetensi-
kompetensi tersebut adalah:
Kompetensi 1: Membina personaliti individu yang positif
Kompetensi 2: Kemahiran berkomunikasi
Kompetensi 3: Mengamalkan etika dan peraturan yang baik
Kompetensi 4: Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
Kompetensi 5: Menghasilkan laporan harian latihan industri

Dengan penghayatan berterusan melalui kursus ini, objektif latihan industri


dapat dicapai dan mempermudahkan proses latihan pelajar dalam dunia
industri. Kursus ini juga membantu dalam pembinaan keyakinan pelajar
menjalani latihan industri. Keyakinan ialah yakin pada kebolehan diri iaitu
kehebatan diri sendiri merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam
menyiapkan diri untuk memasuki sektor perindustrian (Sulaiman, 1996).

2.6 Pemantauan berterusan juga dilakukan dengan perlantikan penyelia


dari institusi dan penyelia industri. Hubungan baik yang terjalin antara pelajar
dan penyelia dapat memastikan bahawa pelajar sentiasa mematuhi peraturan
politeknik dan institusi latihan indsustri tersebut.

3.0 HUBUNGAN LATIHAN INDUSTRI DENGAN PENINGKATAN


KEMAHIRAN PELAJAR

3.1 Kemahiran merupakan satu bidang yang menyumbang kepada


pembangunan sesebuah negara. Kemajuan yang diperolehi oleh negara hasil
sumbangan masyarakat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang saling
berkait rapat. Kepesatan pembangunan negara asing sering dikaitkan dengan
6

keperluan tenaga mahir sekaligus menyumbang kepada peluang-peluang


pekerjaan. Oleh itu, proses ini akan berterusan bagi menjadikan sesebuah
negara itu maju (Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia, 1997).

3.2 Daripada laporan tersebut, jelas tertunjuk bahawa bidang kemahiran


amat penting dalam pembangunan negara. Namun, kemahiran berprestasi
tinggi dan berpotensi serta terkini menjadi cabaran kepada politeknik.
Terdapat kekangan dan had yang membataskan keupayaan institusi dalam
menyediakan tenaga kerja separa mahir yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan tentang teknologi terkini dan lebih canggih. Selain daripada
infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang hanya memberikan
pengetahuan dan kemahiran asas , teknologi dan instrumen yang digunakan
adalah terkebelakang berbanding teknologi yang sentiasa diperkemas oleh
kebanyakan pihak industri.

3.3 Kursus Latihan Industri menjadi pentas kepada pelajar untuk


mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang lebih maju seiring
perubahan teknologi. Disamping menggunakan pengetahuan asas yang sedia
ada, secara tidak langsung tahap pengetahuan dan pengaplikasian
pengetahuan sedia ada pelajar juga akan meningkat. Peluang untuk
mengenali dan menggunakan dengan lebih dekat lagi tentang teknologi terkini
menjadi lebih terbuka dan seterusnya menjadi pengalaman berharga yang
boleh digunakan pada masa hadapan serta menjadi nilai tambah kepada
pelajar itu sendiri. Ini adalah sejajar dengan matlamat Dasar Perindustrian
Negara yang matlamat utamanya adalah untuk mempergiatkan lagi proses
industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
pertumbuhan ekonomi negara. Sektor perindustrian diharapkan akan dapat
memainkan peranan yang lebih dinamik melalui sumbangan-sumbangan yang
lebih besar daripada segi menambahkan eksport, mengadakan lebih banyak
peluang pekerjaan serta latihan teknikal dan kemahiran. Dasar Perindustrian
Negara ini membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar yang ingin
menimba ilmu dan mencari pengalaman baru dalam sektor industri terkini.
Melalui dasar inilah kerajaan telah meminta pihak peindustrian atau swasta
7

bagi melatih pekerja-pekerja mahir atau separa mahir menjalani latihan yang
berteraskan teknologi terkini

3.4 Selain daripada peningkatan kemahiran dan pengetahuan, pihak


industri juga dapat menyumbang dalam peningkatan kemahiran insaniah para
pelajar seperti kemahiran komunikasi. Suasana persekitaran kerja yang
sebenar dapat dialami sendiri oleh pelajar sepanjang masa latihan dijalankan.
Pada ketika ini pelajar akan belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan
pelbagai peringkat jawatan di industri demi mempelajari dan menjayakan
latihan dan tugasan yang diberikan penyelia industri. Pelajar akan belajar cara
berkomunikasi dengan pihak atasan dan cara berkomunikasi hingga ke
peringkat bawah. Komunikasi yang baik akan banyak membantu pelajar
hakikat bahawa dalam bidang pekerjaan, semua peringkat jawatan adalah
saling berkaitan dan saling memerlukan.

3.5 Latihan industri juga dapat membantu pembentukan karektor dan


ketrampilan diri pelajar ataupun dalam kata lain ialah kemahiran intrapersonal.
Menurut Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Mind yang dipetik dari
Mok Soon Sang (2006) menyatakan bahawa kemahiran intrapersonal ialah
kebolehan membentuk diri sebagai model yang sesuai, dan dapat
menggunakan model beroperasi secara efektif dalam kehidupannya.
Sepanjang latihan, pelajar juga belajar bagaimana untuk mengetengahkan
dan menyesuaikan diri secara fizikal dengan keadaan sekeliling, keperluan
serta kehendak latihan yang perlu dipenuhi dan dipatuhi. Contohnya cara
berpakaian yang mengikut keperluan tugas dan bercirikan keselamatan, cara
bercakap dan berinteraksi serta sifat kepimpinan dan bakat yang diserlahkan.

3.6 Kemahiran lain yang dapat ditingkatkan sepanjang latihan industri


adalah kemahiran berbahasa Inggeris. Kemahiran berbahasa Inggeris sama
ada dalam bentuk lisan atau penulisan dapat dipertingkatkan lagi kerana
faktor pergaulan yang lebih luas dengan pelbagai bangsa terutamanya
bangsa asing jika latihan industri tersebut berlaku dalam syarikat
multinasional atau asing. Di sini pelajar terpaksa membiasakan diri untuk
8

menggunakan bahasa Inggeris secara optimum dalam berkomunikasi dengan


pihak lain.

3.7 Kerjasama daripada pihak industri untuk menyediakan jadual kerja


setiap pelajar dibawah seliaannya juga memudahkan lagi pihak pengurusan
politeknik mahupun pelajar merancang aktiviti yang akan dilaksanakan. Bagi
pihak politeknik ianya akan memberi kemudahan semasa ingin membuat
pemantauan terhadap pelajar tersebut manakala bagi pelajar menyediakan
persediaan minda bagi melaksanakan latihan. Dengan adanya jadual
rancangan kerja ini sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran awal
pengetahuan dan pengalaman yang bakal diperolehi pelajar sepanjang latihan
yang akan dijalankan.

3.8 Kemahiran mencatat nota merupakan kemahiran yang penting bagi


merakamkan peristiwa dan ativiti-aktiviti yang telah dijalankan. Segala aktiviti
perlu ditulis dalam buku log yang akan digunakan bagi menghasilkan laporan
akhir pelajar. Menurut Mohd. Nashuha (1996), mencatat nota penting dalam
proses pembelajaran kerana ianya dapat membantu pelajar mengingat
semula item sebanyak enam kali lebih daripada item yang tidak dicatat.
Mencatat nota membolehkan pelajar menyimpan maklumat yang diperolehi.

3.9 Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang terpenting dalam


latihan industri. Arahan-arahan penting perlu benar-benar difahami sebelum
tindakan susulan dilakukan. Kesalahan mentafsir sesuatu arahan boleh
menyebabkan kerugian atau kemalangan di mana keadaan ini amat tidak di
sukai oleh pihak industri. Pihak industri pada dasarnya hanya mementingkan
keuntungan. Menurut Ab. Rahim (1989), perkara utama dalam kemahiran
mendengar adalah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penceramah.
Bagitu juga tidak menghiraukan segala ganguan terutamanya perangai guru
atau keadaan sekeliling. Perkara utama dalam kemahiran mendengar adalah
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penceramah. Diantara kajian yang
telah dijalankan oleh Laurilland (1971: dalam Abd.Ghani 1996), proses
9

mendengar merupakan proses paling utama dalam pembelajaran dan


pengajaran.

3.10 Kesemua kemahiran yang dapat ditingkatkan melalui latihan industri ini
adalah sejajar dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menyatakan bahawa pendidikan merupakan usaha yang berterusan.

untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanmpaggungjawab,
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap kerohanian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.(Akta Pendidikan,1996)

Matlamat yang penting dalam pendidikan Malaysia ialah pembangunan modal


insan dalam menyediakan tenaga kerja yang berketrampilan dan berupaya
menghadapi cabaran masa depan.

3.11 Sistem pengajian di politeknik dirangka agar para graduan berupaya


menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan
inovatif serta mampu menangani persekitaran global yang semakin mencabar.
Sehingga kini, graduat politeknik laris di pasaran pekerjaan khususnya di
sektor industri berkaitan kejuruteraan, perniagaan dan perkhidmatan. Untuk
rekod, 90 % daripada graduan politeknik memperolehi pekerjaan dalam
tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian. Daripada jumlah itu, lebih
daripada 70 % memperolehi pekerjaan dalam tempoh 3 bulan. Sektor swasta
dan multinasional merupakan pilihan utama para graduan, berbanding sektor
awam.
10

Rajah 1 : Peratusan sektor pekerjaan yang diceburi oleh graduan


Politeknik Merlimau Melaka.

Kenyataan ini disokong oleh dapatan yang dipetik daripada Laporan


Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau Melaka bagi tahun 2007.
Berdasarkan Rajah 1, permintaan yang tinggi terhadap lulusan Politeknik
Merlimau Melaka dicatatkan oleh sektor swasta tempatan iaitu sebanyak
62.1%. Manakala sektor swasta multinasional atau asing mencatatkan
pembabitan graduan sebanyak 13.6%. Baki responden terlibat dalam sektor
kerajaan, badan berkanun dan perusahaan sendiri. Daripada data ini, jelas
menunjukkan kebolehpasaran dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap
produk politeknik dalam pasaran pekerjaan.

4.0 LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN


LATIHAN INDUSTRI DI POLITEKNIK

4.1 Sememangnya latihan industri banyak membantu meningkatkan


kemahiran pelajar dalam pelbagai sudut. Namun, terdapat maklum balas
daripada pihak industri yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar politeknik
tidak mampu mencapai tahap kompetensi yang baik bagi sesetengah
kemahiran. Antara rungutan tersebut ialah pelajar tidak mampu menguasai
atau melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
11

ketika latihan, pelajar kurang ketrampilan diri, masalah komunikasi,


penampilan diri yang lemah dan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang.

4.2 Terdapat sebahagian besar pihak industri yang terlibat dalam latihan
industri salah faham terhadap konsep latihan industri dengan menugaskan
pelajar dengan kerja-kerja yang bukan dalam aras pengetahuan pelajar .
Selain itu terdapat penyalahgunaan tenaga pelajar oleh pihak industri dengan
mengarahkan mereka melakukan tugasan di luar kemampuan dan skop
pengetahuan tanpa memikirkan tujuan sebenar latihan industri dijalankan.
Pemantauan dengan lebih berkesan perlu dilakukan oleh pihak politeknik
dengan mengadakan soal-selidik kepada pelajar berkenaan institusi latihan.
Pihak pengurusan latihan industri politeknik iaitu UPLI perlu mewujudkan satu
pangkalan data yang boleh diakses oleh individu yang berkenaan dengan
latihan industri. Melalui pangkalan data yang dibina, mana-mana syarikat atau
institusi yang didapati menyalahgunakan pelajar atau menyediakan latihan
yang tidak sesuai untuk pelajar boleh dirujuk sebagai syarikat yang disenarai
hitamkan untuk pelajar menjalani latihan di syarikat tersebut. Manakala
syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam menyediakan peluang
latihan boleh disyorkan melalui pangkalan data ini.

4.3 Anggapan yang mengatakan bahawa pelajar tidak mencapai


kemahiran dan pengetahuan yang tinggi antaranya telah disumbangkan oleh
faktor kegagalan pihak industri memahami objektif sebenar latihan industri
diadakan di syarikat mereka. Sehubungan itu, buku panduan latihan industri
perlu dimantapkan lagi dengan menyatakan kemahiran dan pengetahuan
sedia ada pelajar yang menjurus kepada silibus dan memberi pemahaman
yang lebih jelas tentang objektif sebenar latihan industri. Antara kaedah lain
untuk mengatasinya adalah penyelia jabatan perlu turun padang dan
memberikan penerangan kepada pihak latihan industri tentang tujuan sebenar
latihan dan pengharapan daripada keberkesanan latihan industri.

4.4 Disamping itu, terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai


kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai peringkat jawatan sama ada
12

komunikasi ke atas mahupun ke bawah, teknik menyoal, teknik menyampai,


teknik mengolah hasil dapatan dan sebagainya. Ini kerana pendedahan dalam
pergaulan yang terhad di institusi dan kurangnya penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum yang dapat memberi pendedahan kepada pergaulan yang
lebih luas dengan pelbagai peringkat organisasi. Di institusi, kebanyakan
pelajar hanya berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah sahaja. Kesannya,
pelajar gagal mengadaptasi cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan
organisasi yang ada di persekitaran latihan mereka. Ahmad, Jailani dan
Noraini (2005) menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum di seluruh politeknik
di Malaysia dapat membina kemahiran komunikasi di kalangan pelajar yang
mengikutinya dan kemahiran tersebut berpotensi membantu mereka apabila
mereka bekerja kelak. Bagi mengatasi masalah komunikasi, pelajar
seharusnya diwajibkan untuk menyertai kegiatan kokurikulum di politeknik dan
bergiat secara aktif. Kegiatan ini dapat membantu pelajar berlatih untuk
berkomunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat. Sekurang-kurangnya
pelajar dapat membiasakan diri dengan suasana bermasyarakat yang terdiri
daripada pelbagai lapisan dan tidak mengalami kejutan budaya apabila
melangkah masuk ke dunia industri.

4.5 Selain itu, terdapat juga komen daripada pihak industri yang
menyatakan bahawa pelajar tidak dapat menggunakan bahasa Inggeris
dengan baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yahya Buntat (2004), dari
aspek penguasaan kemahiran dalam komunikasi responden menunjukkan
ada kelemahan dari segi berbahasa Inggeris dimana nilai min yang di capai
hanya pada tahap sederhana. Penggunaan bahasa Inggeris seharusnya
diperkasakan dengan penggunaan yang kerap dalam urusan pengajaran dan
pembelajaran serta komunikasi antara pelajar dan pensyarah. Contohnya,
pengajaran Soft Skill boleh dilaksanakan menggunakan medium Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pensyarah yang berkemahiran dalam dwi
bahasa seharusnya diberi peluang untuk mengajar subjek Soft Skill. Langkah
ini dapat menggalakkan komunikasi dalam dua bahasa sepanjang pengajaran
dan pembelajaran.
13

4.6 Selain itu, latihan dan kursus Soft Skills kepada pensyarah mesti di
adakan semula kerana pertukaran pensyarah dalam pengajaran kursus
tersebut sering berlaku. Kemahiran pensyarah dalam menyampaikan dan
merangka aktiviti Soft Skills amat penting kerana pengalaman yang diraih
melalui pembacaan tidak dapat dinilai dengan pengalaman sebenar. Selain
itu, pensyarah yang mengajar subjek Soft Skill boleh diimport daripada sektor
industri berkaitan. Dengan diberikan insentif tambahan, penilaian dan
pengajaran yang dilaksanakan akan sentiasa dapat memenuhi kehendak
terkini dan piawaian yang digariskan oleh sektor industri. Pensyarah ini juga
dapat menentuaras pencapaian pelajar mengikut standard industri.

4.7 Faktor keyakinan pihak industri terhadap kemahiran pelajar itu sendiri
menjadi punca pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
pembaikan, penyenggaraan dan pelaksanaan sesuatu kerja dan sekadar
menjadi pemerhati. Kesannya, keyakinan pelajar terhadap kebolehan diri
semakin merosot dan membawa kepada rasa bosan sepanjang menjalani
latihan industri. Sebenarnya keyakinan pihak syarikat akan bertambah
terhadap seseorang pelajar sekiranya pelajar tersebut menunjukkan
keyakinan diri dan sering bertanya soalan-soalan berkaitan. Pada dasarnya
pihak syarikat akan merasa ragu terhadap kebolehan pelajar tersebut, namun
dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan pelajar, sudah pasti pihak
latihan industri akan memberikan tugas yang terkesan untuk di laksanakannya
sebagai percubaan. Sehubungan dengan itu kemahiran soft skills perlu
dipertingkatkan lagi dengan memberi kursus kepada pensyarah dan
memperbanyakkan lagi latihan kepada pelajar agar lebih aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang diadakan di dalam kelas.

4.8 Berdasarkan laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau


Melaka bagi tahun 2007, didapati pelajar memerlukan kemahiran tambahan
bagi memasuki sektor industri bagi tujuan latihan mahupun pekerjaan.
14

Rajah 2: Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar mengikut


peratus.

Antara kemahiran tambahan yang diperlukan ialah kemahiran berbahasa


Inggeris,kemahiran ICT, kemahiran interpersonal, latihan keusahawanan dan
pembangunan kerjaya. Dapatan ini menunjukkan konsistensi dengan kajian
yang telah dijalankan oleh Yahya Buntat (2008). Rajah 2 menunjukkan
pecahan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar mengikut peratus.

4.9 Ketidakpatuhan pihak industri dalam jadual kerja yang telah dijanjikan
juga menyumbang kepada masalah yang sukar untuk diatasi. Sebagai
keperluan, UPLI biasanya memohon kepada pihak industri untuk
menyediakan jadual kerja pelajar yang akan menjalani latihan, namun begitu
pihak industri kurang memberi kerjasama dengan memberikan alasan-alasan
untuk tidak membawa atau meletakkan pelajar di tempat yang telah dijanjikan.
Masalah ini boleh diatasi sekiranya penyelia latihan industri jabatan dapat
berjumpa dengan pelajar dan penyelia industri duduk berbincang tentang
perkembangan pelajar berkaitan dengan latihannya. Sebarang masalah yang
timbul berkaitan prestasi pelajar perlu diselesaikan dan pelajar dipastikan
mendapat pendedahan latihan seperti yang telah dijanjikan oleh pihak
industri.
15

5.0 KESIMPULAN

5.1 Kepentingan ilmu pengetahuan adalah penting dalam melahirkan


tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti seperti mana kajian yang telah
dibuat oleh dua pengkaji berikut yang menyatakan, pengetahuan merupakan
industri utama dan ia melahirkan pekerja yang berpengetahuan (Knowledge
worker), masyarakat berpengetahuan (Knowledge society) dan ekonomi
berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi (Druker,1999) dalam Yahya Buntat
(2004). Pekerja yang berpengetahuan mengaplikasikan dan
mengabungjalinkan idea, konsep, maklumat dan teknologi kepada kerja yang
produktif dan berkualiti (Albrecht,2001).

5.2 Kekurangan peralatan dan kelengkapan untuk kerja kerja amali perlu
diberikan perhatian supaya peralatan sedia ada diselenggara dengan baik
atau dinaik taraf dengan peralatan baru yang berteknologi tinggi. Menurut
Chek Mat (1996) kemasukan teknologi baru perlu dikuasai dengan cepat dan
pantas. Perubahan teknologi canggih secara langsung membunuh “Sunset
Technology”. Ini adalah sejajar dengan kehendak industri. Perkara ini
haruslah dikekalkan atau perlu dipertingkatkan lagi agar pelajar lebih celik
teknologi dan dapat mengendalikan semua jenis alatan atau mesin.
Penguasaan kemahiran asas adalah titik mula untuk menguasai kemahiran-
kemahiran yang lebih kompleks termasuklah kemahiran mengendalikan mesin
(O’Neil, 1992). Peter Drucker (1999), mengatakan bahawa pada abad yang
akan datang, sesebuah organisasi memerlukan para pekerja yang berilmu.
Menurut beliau lagi, negara industri yang dapat meningkatkan produktiviti
pekerja berilmu yang sepenuhnya akan dapat mendominasikan abad ke-21,
khususnya dari segi ekonomi.

5.3 Akhir sekali, sistem pengajian politeknik sebenarnya telah memberi


sumbangan besar terhadap pembangunan tenaga kerja teknikal,
perdagangan dan perkhidmatan di negara ini. Di samping mempunyai sistem
penyampaian yang efisien, sistem pengajian politeknik juga telah
16

menghasilkan pulangan ekonomi yang tinggi kepada graduan serta negara


dalam jangka masa panjang.
17

Rujukan:
1. Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Keadeh Penilaian (2009), Bahagian
Peperiksaan dan Penilaian Sektor Pengurusan Politeknik.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (Akta Pendidikan,1996) Kuala Lumpur:


DewanBahasa Dan Pustaka

3. Wawasan 2020 (1991), Jabatan Perdana Menteri, Biro Tatanegara

4. Abu Hassan Adam. (1992). Menghala Wawasan 2020. (Edisi Kedua).


Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


http://www.scribd.com/doc/2944319/FALSAFAH-PENDIDIKAN-
KEBANGSAAN

6. Dasar Perindustrian Negara (1983),


http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20PERINDUSTRIAN
%20NEGARA%201.pdf

7. Laporan Penilaian Latihan Industri Sesi Januari 2008, Politeknik Merlimau


Melaka.

8. Laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau Melaka (2007)


http://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/

9. Laporan Pengesahan Graduan Politeknik Merlimau Melaka (2008)


http://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/.

10. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). “Persidangan Pusat


Bertauliah MLVK.” MLVK Kementerian Sumber Manusia. Kuala Lumpur.

11. Nor Aishah Buang (2001). “Technology And Vocational Technical


Education”.

12. Albrecht, K. (2001). “ The True Information Survival Skill.” Training and
Development. Feb. 24-30.

13. Sharifah Noor Putih (2001). Pelaksanaan Program Sekolah Ke Kerjaya.


Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional. Kuala
Lumpur

14. Yahya Buntat (2004). Integrasi Kemahiran “Employability” Dalam Program


Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri di Malaysia. Tesis Phd.
Universiti Teknologi Malaysia.

15. Ahmad, Jailani, Noraini (2005) “Persepsi Pensyarah Terhadap Penerapan


Kemahiran Komunikasi Menerusi Kokurikulum di Politeknik” Jurnal
18

Penyelidikan Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

16. Che
Mat (1996). “Masalah Pendidikan Teknik dan Vokasional.” Dewan
Masyarakat,Februari. Halaman 15-16.

17. Sulaiman Masri (1996). Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan


Publications and Distributors Sdn Bhd.

18. GhaniAwang (1996). Kemahiran Belajar di Institusi Pengajian Tinggi.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19. MohdNashuha Jamidin (1989) Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah


Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

You might also like