You are on page 1of 12

1.0 BIOGRAFI TOKOH : DR.

EDWARD DE BONO

1.1 Dr. Edward de Bono

Edward de Bono dilahirkan pada 19 mei 1933 di negara Malta. Beliau merupakan seorang ahli

psikologi, penulis, pencipta dan konsultan. Beliaulah yang mempelopori kaedah pemikiran ‘lateral thinking’

dan ‘parallel thinking’. Buku karangan beliau bertajuk Six Thinking Hats merupakan antara buku terlaris di

pasaran sewaktu itu dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa di dunia. Beliau seringkali

menerima undangan untuk memberi penerangan mengenai cara berfikir yang diasaskan oleh beliau. Beliau

telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

1.1 PENDIDIKAN

Edward de Bono memulakan sesi persekolahannya di St. Edward’s College di Malta. Selepas itu

beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malta dalam bidang perubatan.

Selepas itu, beliau menerima biasiswa Rhodes dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat MA

dalam bidang psikologi dan fisiologi di Universiti Oxford. Beliau turut memperolehi PhD dan D. Phil dalam

bidang perubatan dari Universiti Cambridge.

Di samping itu, beliau turut menerima anugerah lain seperti anugerah D. Des Degree (Doctor of

Design) dari Royal Melbourne Institute of Technology dan LL. D degree dari Universiti Dundee.
1.2 KERJAYA

Beliau merupakan pensyarah bagi Universiti Malta, Universiti Dublin dan University of Central

England. Pada julai 1969, Edward de Bono telah mengasaskan Cognitive Research Trust (CoRT). [1] Beliau

telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mengajar kaedah pemikiran sistematik meliputi semua

sektor seperti sektor kerajaan, swasta, korporat, organisasi dan sebagainya. Beliau telah menulis 82 buah

buku yang telah diterjemahkan ke dalam 41 buah bahasa di dunia.

Pada 1995, beliau telah menerbitkan sebuah dokumentari futuristik bertajuk 2040 : possibilities by

Edward de Bono yang mengisahkan tentang kebudayaan kontemporari pada tahun 2040. Beliau juga telah

mengasaskan World Centre of New Thinking yang berpusat di Malta.

1.3 SENARAI BUKU TERBITAN EDWARD DE BONO

BIL JUDUL TAHUN TERBITAN


1 The Use of Lateral Thinking 1967
2 New Think 1967, 1968
3 The Five-Day Course in Thinking 1968
4 The Mechanism of the Mind 1969
5 Lateral Thinking: Creativity Step by Step 1970
6 The Dog-Exercising Machine 1970
7 Technology Today 1971
8 Practical Thinking 1971
9 The Happiness Purpose 1977
10 Opportunities : A handbook for business opportunity search 1978
11 Future Positive 1979
12 Atlas of Management Thinking 1981
13 De Bono's Course in Thinking 1982
14 Simplicity 1999
15 New Thinking for the New Millennium 1999
16 Why I Want To Be King of Australia 1999
17 How to Have A Beautiful Mind 2004
18 Six Value Medals 2005
19 H+ (Plus): A New Religion 2006
20 How to Have Creative Ideas 2007
1.2 Buku tulisan Dr. Edward de Bono
[1]
Sebuah institut yang berpusat di Malta dan mengembangkan pemikiran 6 kategori iaitu kelebaran (breadth), organisasi
(organization), interaksi (interaction), kreativiti (creativity), informasi dan perasaan (information and feeling),
perbuatan (action).
2.0 PEMIKIRAN LATERAL (LATERAL THINKING)

Pemikiran lateral (lateral thinking) telah diperkenalkan oleh Edward de Bono dan merupakan

penyelesaian masalah melalui pendekatan kreativiti dan tindak langsung. Pemikiran lateral ialah tentang

pemikiran yang tidak jelas dan idea-idea yang tidak mungkin diperolehi dengan menggunakan langkah

logik secara tradisional. Teori ini telah diperkenalkan dalam buku beliau yang bertajuk New Think : The

Use of Lateral Thinking pada 1967. Pemikiran lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir

yang lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru.

Seandainya seseorang itu ingin berpindah kepada idea yang baru yang lebih kreatif, maka individu

itu harus menggunakan pemikiran secara kritikal. Terdapat 4 jenis alat berfikir yang telah diterangkan oleh

Edward de Bono dalam bukunya bertajuk Lateral Thinking : The Power of Provocation Manual :

 Idea akan menghasilkan alat yang digunakan untuk memecahkan pemikiran terkini.

 Fokus alat yang direka untuk memperluaskan idea.

 Penjagaan alat yang direka untuk mempertimbangkan batasan dunia nyata, sumber daya dan

sokongan.

 Alat yang direka untuk memastikan lebih banyak nilai yang diterima dan idea output.

2.1 PEMIKIRAN LATERAL DAN JALAN PENYELESAIAN

2.1.1 Penyelesaian Masalah

Apabila sesuatu hal mencetuskan masalah, prestasi situasi itu akan menurun. Penyelesaian

masalah bermaksud mencari bagaimana masalah boleh berlaku dan cara untuk membaiki masalah

tersebut. Tujuannya adalah untuk memastikan situasi kembali kepada situasi asal.

Sebagai contohnya : Pusat pengeluaran telah mengeluarkan sehingga 1000 naskah buku setiap

jam. Tiba-tiba kadar pengeluaran menurun kepada 839 buah buku untuk setiap jam. Idea bagaimana

penyelesaian masalah harus dicari dengan segera.


2.1.2 Penyelesaian Masalah Secara Kreatif

Kaedah penyelesaian menggunakan kreativiti. Seseorang itu harus menyelesaikan masalah

dengan menggunakan cara lain secara tidak langsung dan tidak konvensional. Sebagai contoh : Jika pusat

pengeluaran menghasilkan 1000 buah buku setiap jam, penyelesaian masalah secara kreatif dapat

menemui cara untuk menghasilkan lebih banyak buku untuk setiap jam. Menggunakan sepenuhnya

kaedah pengeluaran atau mengurangkan kos pengeluaran dapat meningkatkan kadar pengeluaran buku

untuk setiap jam.

2.1.3 Pengenalan Masalah Secara Kreatif

Banyak penciptaan bukan teknologi yang terbesar dikenalpasti sewaktu memerhati dari setiap

objek di sekeliling dalam tugas harian. Secara kebetulan ataupun dengan mengkaji dan

mendokumentasikan dari kehidupan realiti kita.

2.2 IDEA GENERATING TOOLS

2.2.1 Random Entry Idea Generating Tools

Pilih sebarang objek secara rawak,atau kata nama dari kamus dan digambarkan melalui idea yang

anda fikirkan. Sebagai contoh : Bayangkan anda berfikir untuk menaiktaraf laman web. Sebagai contohnya

anda melihat ke sekeliling pejabat dan terlihat mesin faks. Tugas mesin faks ialah menghantar gambar dari

telefon ke dalam bentuk hardcopy. Mungkin ini menjadi cara baru kepada anda untuk meningkatkan fungsi

web anda.

2.2.2 Provocation Idea Generating Tools

Pilihlah untuk menggunakan pelbagai teknik provokasi seperti teknik berangan-angan, pembalikan

fikiran, kaedah melarikan diri ataupun sebagainya. Buatkan satu senarai semua kaedah terbabit dan

gunakan kaedah yang paling pelik yang dapat digunakan untuk mengembangkan idea.
2.2.3 Challenge Idea Generating Tools

Alat fikiran yang digunakan untuk mengajukan soalan ‘WHY’ (kenapa). Pertanyaan menggunakan

WHY adakan menghasilkan idea-idea baru yang segar. Tujuannya untuk menyelesaikan segala perkara

termasuklah masalah yang timbul. Sebagai contohnya : Sebagai mendapat cabaran, kita boleh mencabar

diri sendiri untuk memegang secawan kopi yang panas. Tetapi cawan tersebut terlalu panas untuk

dipegang secara langsung dengan kulit. Maka kita boleh memegangnya menggunakan pemegang yang

berlainan agar kepanasan tidak terasa.

2.2.4 Concept Fan Idea Generating Tools

Idea akan mengeluarkan konsep. Cara ini secara automatiknya akan mengembangkan cara atau

jumlah konsep untuk mengakhiri jangkauan idea yang amat luas.


3.0 PEMIKIRAN SELARI (PARALLEL THINKING)

Didefinisikan sebagai proses tumpuan pemikiran yang dibahagikan kepada beberapa arah yang

tertentu. Dilakukan di dalam kumpulan secara berkesan dan menghindari kesan-kesan pendekatan

permusuhan seperti yang digunakan sewaktu perbicaraan di kamar mahkamah. Debat ini diadakan

bertujuan untuk membuktikan kebenaran atau kesalahan penyataan yang diajukan oleh satu pihak yang

lain. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah dialektik.

Sebuah kenyataan akan diajukan dan para pendengar akan mengkaji subjek penyataan tersebut

dan mengutarakan pendapat mereka sendiri menggunakan fakta, perasaan dan sebagainya. Kaedah ini

merupakan kaedah yang melalui proses disiplin dan kesemua peserta terlibat bersama dan memberi

pendapat menggunakan kaedah yang ditetapkan.

3.1 ENAM TOPI PEMIKIRAN (SIX THINKING HAT)

Juga dikenali sebagai Six Hats ialah kaedah pemikiran untuk perbincangan kumpulan dan

perbincangan individu. Idea ini digandingkan dengan idea pemikiran selari (Parallel Thinking) yang

membawa maksud sebuah kumpulan yang berfikir secara bersama dan lebih efektif. Kaedah ini

diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono dalam bukunya yang bertajuk Six Thinking Hats (1985).

3.2 PRINSIP TEORI ENAM TOPI PEMIKIRAN

Kaedah ini menerangkan otak berfikir dengan beberapa cara dan dengan cara yang berbeza yang

boleh dikenalpasti dan diakses kerana kaedah ini telah dirancang agar memudahkan seseorang itu

mengembangkan strategi berfikir tentang isu-isu tertentu. Dr. Edward de Bono telah mengenalpasti 5

daerah berbeza yang boleh menyebabkan otak menjadi peka iaitu :

 Putih (soalan-soalan) – Mempertimbangkan maklumat yang sedia ada dan apa faktanya.

 Merah (emosi) – Reaksi naluri atau penyataan dari perasaan emosi (tetapi tidak pada kebenaran)
 Hitam (penghakiman buruk) – Kemahiran secara logik diterapkan untuk mengenalpasti kebenaran

dan mencari ketidaksamaan.

 Kuning (mata kebenaran) – Kemahiran secara logik diterapkan untuk mengenalpasti kebenaran dan

mencari keharmonian.

 Hijau (kreativiti) – Kenyataan dari provokasi dan penyiasatan, melihat kepada jauhnya pemikiran.

 Biru (berfikir) – Memikirkan tentang pemikiran.

3.3 JENIS-JENIS TOPI (TYPE OF HATS)

Di bawah ini merupakan diskripsi pendek bagi setiap jenis topi (hat) dan pemikiran yang diwakili.

Penggunaan digambarkan dari contoh-contoh persekitaran yang khas melalui analisis dalam darjah –

“Mengapa pelajar bercakap sewaktu guru mengajar?”

3.3.1 Topi Putih (White Hat)

Peserta membuat penyataan termasuk mengenalpasti maklumat yang tiada dan memberikan

pandangan orang-orang yang terdahulu secara berfakta. Dalam kesemua sesi pemikiran, ianya berlaku

secara tiba-tiba selepas fasa pemulaan topi biru (blue hat). Kadang-kadang dipanjangkan dengan peserta

memaparkan butiran tentang organisasi mereka dan latarbelakang pemikiran mereka. Kunci ketiadaan

maklumat (maklumat diperlukan) juga boleh dikenalpasti.

Contoh rujukan dari artikel

 Pelajar bercakap sesama sendiri sewaktu guru sedang mengajar.

 Suaranya telah menggangu pelajar lain dan menyebabkan pelajar lain tidak dapat mendengar

pembelajaran oleh guru.

 Pelajar tidak tahu arahan yang diberikan.

 Ramai pelajar terganggu dan tidak dapat menyiapkan tugasan denga sempurna.

 Pelajar tidak memahami pengajaran kerana kekurangan fokus sewaktu sesi pembelajaran.
3.3.2 Topi Merah (Red Hat)

Peserta menyatakan perasaan mereka dan melatih gerak hati mereka. Kaedah ini merupakan

kaedah yang menuai idea – ini bukanlah proses merakam penyataan tetapi untuk membolehkan peserta

mengenalpasti 2 atau 3 idea dari idea yang dikenalpasti di bawah topi yang berlainan. Kaedah ini boleh

menggunakan kaedah post-it notes untuk mempercepatkan sistem pengundian dan menghasilkan

gambaran yang jelas.

Mungkin kaedah ini boleh digunakan untuk menyatakan satu reaksi atau perasaan tentang isu

yang dibincangkan – ianya sering digunakan apabila menggunakan topi untuk meninjau kemajuan peribadi

atau menangani isu tersebut di mana emosi berkait dengan topic yang sedang dibincangkan.

Contoh rujukan dari artikel

 Guru itu merasa tersinggung.

 Pelajar menjadi kecewa kerana tidak dapat mendengar arahan.

 Ini mewakili pemikiran emosional seseorang.

3.3.3 Topi Hitam (Black Hat)

Peserta mengenalpasti kekurangan, bahaya dan risiko negatif yang lain. Ini merupakan pemikiran

yang kritikal, pencarian masalah dan ketidaksamaan. Topi ini biasanya digunakan secara individu. Orang

cenderung menggunakannya walaupun tidak diperlukan dan tidak diminta. Kesusahan yang dialami akan

menyebabkan orang mula mencari penyelesaian dan mereka mula berlatih menggunakan topi hijau atau

hitam ini.

Contoh rujukan dari artikel

 Waktu adalah sia-sia.

 Belajar boleh dikompromikan.


 Penutur merasa pendengar (topi hitam) tidak menghormati mereka dan tidak berhasrat untuk

mendengar apa yang mereka sampaikan.

 Aliran perbincangan itu tidak jelas.

3.3.4 Topi Kuning (Yellow Hat)

Peserta mengenalpasti manfaat berkaitan dengan idea baru atau isu terbabit. Pemikiran ini adalah

pemikiran pembalikan dari pemikiran topi hitam dan mencari alasan demi sesuatu. Ia merupakan suatu

sifat ragu-ragu yang positif dan berlainan dengan topi hitam yang bersifat ragu-ragu yang negatif.

Contoh rujukan dari artikel

 Setiap orang bebas menyuarakan pendapat mereka.

 Ini boleh menyenangkan.

 Bukan hanya kanak-kanak pintar boleh berbicara.

 Seseorang itu tidak perlu menunggu untuk berkongsi maklumat kerana berisiko untuk kehilangan

maklumat tersebut.

3.3.5 Topi Hijau (Green Hat)

Merupakan topi/kaedah memikirkan buah fikiran yang baru. Ia berasaskan idea provokasi dan

berfikir untuk mengenalpasti kebarangkalian yang baru. Hal ini bermaksud, mereka melihat apa yang boleh

difahami dan bukan untuk membentuk satu penilaian. Berfikir mengikut topi hijau ini merangkumi spectrum

yang penuh kreativiti dan boleh terbentuk dalam pelbagai bentuk.

Contoh rujukan dari artikel

 Guru akan sedar amaun masa yang mereka gunakan untuk bercakap.

 Guru akan mengaplikasikan pelbagai kaedah interaksi dengan pelbagai jenis pelajar dan bukan hanya

untuk pelajar pintar sahaja.


 Pelajar akan menahan diri daripada mengeluarkan idea-idea yang tidak relevan dengan topic

pembelajaran.

 Pelajar akan berfikir kaedah komunikasi yang lain selain dalam kelas seperti pembelajaran dan

perbincangan di Yahoo Messenger.

3.3.6 Topi Biru (Blue Hat)

Di fasa topi ini, kesemua pelajar membincangkan proses pemikiran. Fasilitator akan menggunakan

kaedah ini sepanjang proses dan peserta menggunakan kaedah ini di sepanjang perbincangan. Topi

pemikiran ini haruslah digunakan di awal dan di akhir sesi berfikir. Ini bertujuan untuk menetapkan tujuan,

untuk menentukan haluan untuk sampai kepada objektif, menilai di mana perlunya kumpulan ini dan di

mana proses berfikir berlaku.

Fasilitator harus mengekalkan kaedah ini untuk memastikan peserta fokus pada tugas dan

meningkatkan peluang mereka menggapai objektif. Topi biru juga merupakan organisasi pemikiran. Apa

yang mereka lakukan ? Apa yang boleh kita lakukan selanjutnya ?

Sumber rujukan dari artikel

 Guru harus mengetahui amaun waktu yang mereka gunakan untuk bercakap.

 Guru perlu melibatkan kesemua pelajar dalam perbincangan.

 Pelajar harus merasai jika mereka bercakap akan menyebabkan guru berasa kecewa dan tidak

dihormati.

 Pelajar harus menyedari tentang tindakbalas mereka yang boleh menyebabkan orang lain terganggu

untuk belajar.
3.4 KAEDAH APLIKASI

Walaupun jenis-jenis topi ini digunakan untuk memantapkan kaedah pemikiran, masih terdapat

banyak lagi jenis-jenis topi yang digunakan oleh Edward de Bono dalam kaedah pemikiran yang dipelopori

oleh beliau. Namun keenam-enam jenis topi ini merupakan kaedah paling relevan untuk digunakan.

Kebiasaannya sesuatu tindakan dengan menggunakan kaedah topi putih dan dipanjangkan. Selepas itu

setiap topi digunakan selama beberapa minit kecuali topi merah yang terhad yang digunakan hanya untuk

30 saat. Langkah ini diyakini mempunyai kesan positif pada proses berfikir, sesuai dengan teori Malcolm

Gladwell tentang Blink Thinking. [2][3]

Kaedah ini akan memastikan kumpulan berfikir secara berkumpulan untuk menfokuskan mereka

kepada tindakan, kekal di dalam tugasan, dan ini juga akan memastikan mereka menfokuskan segala

kudrat kepada sesuatu yang lebih penting yang telah dibincangkan. Namun akan tercetus konflik

seandainya tidak diselia dengan baik. Kerana individu dalam kumpulan akan merasa seperti lembu dicucuk

hidungnya. Jesteru, penting kepada seorang fasilitator mengawal perbezaan pendapat yang wujud dalam

perbincangan.

[2]
Malcolm T. Gladwell dilahirkan pada 3 september 1963 merupakan seorang wartawan dari Kanada, penulis dan ahli
sosiologi yang berpengkalan di New York. Bekerja sebagai penulis tetap di The New Yorker sejak 1996. Beliau telah
memperkenalkan teori Blink Thinking.
[3]
Blink Thinking cetusan oleh Malcolm T. Gladwell mengisahkan pemikiran thin-slicing atau pemikiran yang sekejap ataupun
tipis namun mampu menilai apa yang sebenarnya dari pemerhatian.
BIBLIOGRAFI

1. Lateral Thinking dilayari pada 10 Februari 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Lateral_thinking

2. Parallel Thinking dilayari pada 10 Februari 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Parallel_thinkin

3. Edward de Bono dilayari pada 11 Februari 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_de_Bono

4. Six Thinking Hat dilayari pada 12 Februari 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Six_Thinking_Hats

5. Goggle Translater dilayari pada 12 Februari 2010 di URL http://translate.google.com/#

6. Mindmap Consept dilayari pada 12 Februari 2010 di URL http://www.nlpgrup.com/egitimler/mind-map-

2.html

7. Graphic Organizer dilayari pada 12 Februari 2010 di URL http://www.successlink.org/gti/lesson_unit-

viewer.asp?lid=4008

8. Alat-Alat Berfikir dilayari pada 13 Februari 2010 di URL http://www.scribd.com/doc/16273559/AlatAlat-

Berfikir

9. System Thinking dilayari pada 13 Februari 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Systems_thinking

10. Education Physchology dilayari pada 14 Februari di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Educational_

psychology

11. Multiple Intelligence dilayari pada 15 Februari 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Multiple_

Intelligence

You might also like