You are on page 1of 5

“Keris Mas merupakan sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasterawan

melayu moden”.Huraikan:
a)Latar kehidupan
b)keistimewaan ketokohan dan karya-karyanya
c)sumbangan beliau dalam memperjuangkan gagasan “Sastera Untuk Masyarakat”

a)Latar belakang Tokoh Keris Mas

-Nama sebenar Keris Mas ialah Kamaludin bin Muhammad atau nama samarannya ialah
Haji,Pejuang Sastera,, Sasterawan Negara, Aku, KM, Kamal Kamaludin M, Mister X.
Lahir pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Beliau meninggal pada 9 Mac 1992

PENDIDIKAN

- Keris Mas mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu hingga darjah V.Beliau layak untuk
melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak
yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke
Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar
bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

- Keris melanjutkan pelajarannya di Kolej Kuliahtul Muallimin Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam)
untuk mengambil diploma perguruan bagi melayakkan dirinya menjadi guru agama.

-Pada tahun 1940, Keris Mas kembali ke Tanah Melayu dan kemudian ke Singapura, mendaftarkan
diri dengan Pitman College untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London.
Pelajarannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.

- KerisMas menggabungkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang
sebagai pegawai penerangan parti.Beliau turut hadir dalam kongres tergempar PKMM di Singapura
pada tahun 1947.

-Tidak lama kemudian, Keris Mas mengundurkan diri daripada PKMM, lantas bertugas sebagai
Pengarang di Utusan Melayu Singapura. Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah
memesatkan pengeluaran majalah Mastika.

- Pada tahun 1953, Keris Mas berpindah kerja ke Melayu Raya. Akan tetapi perkhidmatannya
dengan Melayu Raya tidak lama kerana pada bulan September 1953, Keris Mas berangkat pula ke
Pulau Pinang dan bekerja dengan Warta Negara hingga tahun 1955.

- Pada akhir tahun 1955, Keris Mas kembali bertugas di Utusan Melayu sebagai anggota sidang
pengarang.Kemudian,berpindah ke Dewan Bahasa Pustaka tahun 1956,(waktu itu DBP berpejabat di
Johor Bharu).Di DBP,Keris Mas mula memegang jawatan sebagai;

1.Pengarang Umum(1.12.1956-31.10.1962)

2.Ketua Pengarang

3.Ketua Bahagian Pengarang(1.7.1966-30.6.1971)


4.Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera(1.7.1971 hingga bersara pada tahun
1977)

-Sebagai ketua di Bahagian ini,Keris Mas bertanggungjawab sebagai ketua pengarang majalah Dewan
Bahasa dan Dewan Sastera.

- Keris Mas adalah antara tokoh penting, malah tokoh yang memimpin Angkatan Sasterawan 50 atau
ASAS 50 yang mendukung kuat faham “Seni untuk Masyarakat” dan turut memberi isi dan arah
seperti terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan
pertubuhan itu.

-Keris Mas menulis dalam berbagai genre kesusasteraan termasuk dalam genre
novel,cerpen,memoir,wawancara dan esei/ kritik

-Contohnya,novel:Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya


Cerpen:Patah Tumbuh dan Angin Pulau
Memoir:Memoir Keris Mas;30 Tahun Sekitar Sastera.1979
Wawancara:Wawancara Sastera,1984
Esei/Kritikan:Panduan Cerpen dan Memoranda

- Setelah Keris Mas bersara, beliau terus diberikan penghormatan sebagai Penulis Tamu Dewan
Bahasa dan Pustaka selama setahun dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Sejak awal 1979,
Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya dan membantu dalam kursus penulisan
kreatif.

- Anugerah Pejuang Sastera yang membawa ganjaran wang tunai RM10 000.00 dan berserta watikah
telah dianugerahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau pada 29 Mei 1976. Kerana kebolehan dan
rasa tanggungjawabnya, Keris Mas telah dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Setiausaha Panel
Hadiah Karya Sastera (1971-1976), dan pada tahun 1979 pula dipilih sebagai salah seorang anggota
Panel Anugerah Sastera Negara. Panel Anugerah Sastera telah bersetuju memilih Keris Mas sebagai
penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Penyampaian Anugerah ini
telah berlangsung di Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong.

b)keistimewaan ketokohan dan karya-karyanya

- Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mengemukakan berbagai-bagai
persoalan, daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat
hinggalah kepada persoalan-persoalannya sosial-politik sesudah merdeka.

- Beberapa buah cerpen Keris Mas telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Cina,
Korea, Inggeris, dan Rusia. Sehingga kini 11 buah cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Cina melalui penerbitan Mingguan Petir, Nanyang Evening, Nanyang Evening Post, Nanyang Siang
Pau, Pemuda Pemudi Universiti, dan Nanyang Siang Wen Che.
- Tiga buah cerpennya telah juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seperti “They Do Not
Understand” (Mereka Tidak Mengerti) dalam Tenggara (1968) dan “The Approach of Independence”
(Menjelang Merdeka dalam Tenggara (1967).

-Cerpen Keris Mas memang mampu menghidupkan imaginasi dan ini menjadi kunci kejayaannya.
Selain itu adalah kerana kepintarannya menguasai teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap
masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas.

-Kekuatan Keris Mas melalui cerpen-cerpennya.Melalui cerpen,Keris Mas menyalurkan cita-cita dan
amanat yang diingininya kepada masyarakat.Ternyata Keris Mas lebih memberi perhatian kepada
golongan masyarakat yang tertindas,hidup dalam kemiskinan dan penderitaan-iaitu golongan
petani,nelayan dan buruh-buruh kasar.Tema cerpen Keris Mas meliputi persoalan cint,kepincangan
masyrakat,nasionalisme,kisah-kisah darurat,soal sosio-politik,kemiskinan dan sebagainya.Contoh
cerpen :”Menjual Tanah Air” dan “keinsafan Malam sunyi”membawa persoalan mengenai
kekurangan dan ketidakadilan serta kepincangan masyarakat.Cerpen pertama yang membawa kisah
seorang peminta sedekah yang terpaksa melakukan pembunuhansebagai akibat perbuatan si
pemeras.

-Berhubung dengan hal ini, beliau berpendapat bahawa bayangan pertama daripada bakat
seseorang penulis mudah terlihat dalam tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat itu
bergantung pada kesanggupannya menuangkan buah fikiran dan pengalamannya ke dalam kata-
kata, ayat-ayat, dan keseluruhan pengolahan karangannya.

- Sungguhpun Keris Mas lebih terkenal sebagai penulis cerpen, beliau juga telah memperlihatkan
bakatnya dalam penulisan novel. Novel awal keris mas ialah Pahlawan rimba Malaya dan korban
Kesuciannya.Novel seterusnya ialah Anak Titiwangsa Yang mendedahkan tentang kepincangan
dalam masyarakat Melayu dalam menghadapi fenomina moden.Novel saudagar Besar dari Kuala
Lumpur disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman.Keris Mas
mengungkpkan persoalan yang menyentuh di sekitar perubahan yang berlaku di kalangan orang-
orang Melayu dalam pembangunan ekonominya sejak zaman merdeka.

-Novel Rimba Harapan pula memaparkan permasalahan di kalangan orang-orang Melayu di Ketari
Betong yang terpaksa berpindah dan membuka kampung baharu.Akibat ketiadaan tanah di tempat
sendiri orang Melayu menghadapi konflik nilai kesan daripada perubahan dan perkembangan pesat
dalam sistem ekonomi moden.Berbagai konflik dan perubahan nilai antara tradisi dengan moden
menimbulkan berbagai-bagai permasalahan kepada orang-orang melayu.

- Pembacaan Keris Mas adalah luas dan dapat melontarkan kembali idea-idea daripada
pembacaannya menerusi perbuatan mahupun tulisan. Selain itu, beliau dikenal sebagai seorang
yang tegas, petah berhujah, dan ramah. Boleh dikatakan sejak tahun 1947 hingga ke akhir hayatnya,
hidup Keris Mas tidak pernah terpisah daripada kegiatan sastera. Malah, seluruh hidupnya
merupakan penglibatan dalam pembangunan dan pengembangan sastera Melayu – sebagai
wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik.

- Setelah Keris Mas bersara, beliau terus diberikan penghormatan sebagai Penulis Tamu Dewan
Bahasa dan Pustaka selama setahun dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Sejak awal 1979,
Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya dan membantu dalam kursus penulisan
kreatif.

- Anugerah Pejuang Sastera yang membawa ganjaran wang tunai RM10 000.00 dan berserta watikah
telah dianugerahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau pada 29 Mei 1976. Kerana kebolehan dan
rasa tanggungjawabnya, Keris Mas telah dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Setiausaha Panel
Hadiah Karya Sastera (1971-1976), dan pada tahun 1979 pula dipilih sebagai salah seorang anggota
Panel Anugerah Sastera Negara. Panel Anugerah Sastera telah bersetuju memilih Keris Mas sebagai
penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Penyampaian Anugerah ini
telah berlangsung di Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong.

c)sumbangan dalam memperjuangkan gagasan”Seni Untuk Masyarakat”

-Keris Mas adalah pendukung kuat faham”Seni untuk Masyarakat” dan turut memberi isi dan arah
kepada perjuangan angkatan ini.

-Keris Mas memberi penekanan yang utama kepada mesej yang hendak disampaikan kepada
pembaca.Misalnya dalam cerpen “Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan” dan “Kejadian Dalam Estet”
membawa persoalan nasionalisme-perjuangan menuntut kemerdekaan Hassan seorang pemimpin
kecil lari ke kota Singapura apabila darurat bermula untuk melepaskan diri dari di tangkap oleh
Inggeris.Di Singapura Hassan tidak lagi meneruskan kegiatan politiknya.

-Dengan ini, kita dapat melihat Keris Mas bersungguh-sungguh memberi sumbangan dalam
memperjuangkan gagasan “seni untuk masyarakat” kerana beliau adalah seorang ahli dan tokoh
terpenting Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 yang mengetuai gagasan ini.

Sekian,wassalam...

Disediakan oleh;

......................................
(NURHALIMA BINTI ARIFIN),
6 RENDAH SASTERA,
SMK SULTAN ALAUDDIN.

You might also like