You are on page 1of 31

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 1

TEORI MORAL/ETIKA BARAT YANG BERKAITAN DENGAN


PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

PENDAHULUAN

Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah
wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada
falsafah-falsafah umum. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah idealisme, realisme,
pragmatisme dan eksistensialisme (Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa 1987).
Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah
pemikiran yang rasional.

MORAL/ETIKA BARAT

Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralitas’ yang membawa pengertian
ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan merangkumi
kelakuan, kewajipan, sikap dan cara berkelakuan yang berasaskan baik buruk sesuatu
akhlak.

Etika yang berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ membawa maksud ilmu
berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbangan-
pertimbangan yang menentukan baik, buruk atau benar dan salah sesuatu tindakan moral
atau etika ialah pemikiran rasional (rational thinking) yang berlandaskan akal fikiran
manusia semata-mata.

Bagi memahami makna moral dan etika dengan lebih mudah, dapat dianalogikan
dalam dua contoh kes. Kes pertama, perbuatan Robin Hood yang merompak golongan
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 2

kaya untuk membantu golongan miskin manakala kes kedua melibatkan seorang peguam
membela penjenayah yang dibicarakan atas tuduhan membunuh. Merujuk kes pertama,
dari segi moralnya, tindakan Robin Hood mencuri adalah salah tetapi dari segi etika,
perbuatannya adalah betul untuk membantu golongan miskin. Dalam kes kedua,
perbuatan membunuh adalah salah dari segi moral, namun tindakan peguam tersebut
membela penjenayah adalah betul kerana memenuhi tanggungjawab dan etika guaman.

Domain moral atau etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan
baik, benar, betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang
individu dan hubungannya dengan individu lain (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md.
Aroff, 1999). Domain moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk
pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk
kepada penilaian berdasarkan fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif
melibatkan soal moral atau etika. Ada juga pernyataan normatif yang melibatkan domain
nilai yang lain seperti estetika, agama, adat tradisi dan undang-undang.

Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal manusia adalah


terbatas kerana manusia sememangnya diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan. Ini
kerana, manusia hanya mampu menggunakan pancaindera yang ada untuk melihat
sesuatu perkara itu secara zahir dan terhad. Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapat
dicapai oleh akal (metafizik) adalah lebih luas skopnya. Metafizik yang berada di bawah
lembayung ontologi merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah atau ilmu
pengetahuan mengenai segala yang di luar alam tabii yang tidak diketahui rahsia isi
keseluruhannya.

Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam sekalipun adalah semata-mata
berdasarkan pemikiran yang rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang berlandaskan
pemikiran rasional manusia semata-mata sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 3

pemikiran akal manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik. Perkara ini
bertepatan dengan idea Darwin yang mengatakan setiap yang digelar ‘makhluk’ akan
berubah dan perubahan adalah perlu dalam mengecapi kemajuan. Teori moral juga
menyatakan bermoral atau tidak bermoralnya seseorang individu ditentukan oleh
keadaan, masa, tempat dan pendapat majoriti.

Moral dan etika merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang diyakini individu dan
masyarakat malah dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik. Menurut Chang Lee
Hoon (2005), terdapat dua prinsip moral atau etika yang asas iaitu adil dan penyayang.
Prinsip adil menekankan hak manakala prinsip penyayang menekankan hormat dalam
kalangan manusia.

TEORI MORAL TELEOLOGIKAL

Utilitarianisme

Utilitarianisme ialah idea atau fahaman dalam falsafah moral yang menekankan prinsip
manfaat atau kegunaan dalam menilai sesuatu tindakan sebagai prinsip moral yang paling
dasar. Fahaman ini didasarkan kepada Teori Moral Teleologikal atau konsekuenlis yang
menilai sesuatu tindakan moral itu berdasarkan motif atau tujuan (judge actions in terms
of their motives). Prinsip kegunaan dalam fahaman Utilitarianisme dimaksudkan sebagai
prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai kayu ukur untuk menilai dan mengambil
keputusan apakah suatu tindakan itu dapat dibenarkan atau tidak secara moral. Tindakan
yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna. Suatu tindakan dinilai berguna
jika akibat tindakan tersebut, secara keseluruhan, dapat memperhitungkan semua pihak
yang terlibat dan tanpa membeza-bezakan, membawa akibat baik berbentuk kegembiraan
atau kebahagiaan yang besar kepada ramai orang (Betham 1970).
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 4

Utilitarianisme dirumuskan oleh Jeremy Bentham dan dikembangkan secara lebih


meluas oleh John Stuart Mill. Utilitarianisme juga dikenali sebagai Teori Kebahagiaan
Terbesar yang menganjurkan setiap manusia untuk meraih kebahagiaan (kenikmatan)
terbesar kepada orang ramai. Semakin ramai manusia mendapat kebahagiaan, semakin
bermoral tindakan tersebut. Menurut fahaman ini kenikmatan adalah satu-satunya
kebaikan intrinsik dan penderitaan adalah satu-satunya kejahatan intrinsik. Bagi Bentham,
isu kemoralan bukanlah persoalan untuk menyenangkan Tuhan atau masalah berkaitan
dengan aturan-aturan abstrak, melainkan hanya untuk mewujudkan sebanyak mungkin
kebahagiaan di dunia ini.

Oleh sebab itu, Bentham memperkenalkan prinsip moral tertinggi iaitu Asas
Kegunaan atau Manfaat (the principle of utility). Maksud Asas Kegunaan atau Manfaat
menurut Bentham, ialah asas yang menyuruh setiap orang untuk melakukan apa yang
dapat menghasilkan kebahagiaan atau kenikmatan terbesar yang diinginkan oleh semua
orang untuk sebanyak mungkin orang atau untuk masyarakat seluruhnya. Aliran ini
bagaimanapun tidak bertepatan dengan pendapat yang mengatakan ‘ends always justify
the means yang menjadi asas pegangan Teori Marchiavelli, kerana aliran ini menekankan
akibat daripada sesuatu tindakan yang diambil sedangkan matlamat adalah berbeza
dengan akibat. Matlamat ialah apa yang cuba dicapai manakala akibat adalah apa yang
terjadi atau berlaku hasil daripada mewujudkan kebahagiaan untuk majoriti.

Sesuatu tindakan pada dirinya dianggap sebagai sesuatu yang semula jadi sahaja.
Sebaliknya, yang memberi nilai moral kepada tindakan-tindakan itu adalah akibat-akibat
daripada tindakan itu. Perbuatan yang benar secara moral ialah yang paling banyak
memberikan jumlah kenikmatan dan kebahagiaan pada manusia. Namun, timbul
persoalan yang sering dipertikaikan terhadap aliran ini. Antaranya, Asas Kegunaan atau
Manfaat yang dianjurkan oleh aliran ini sering bertentangan dengan aturan-aturan moral
yang sudah mapan seperti jangan berbohong, jangan mencuri dan jangan membunuh.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 5

Selain itu, Utilitarianisme cenderung mengunggulkan Asas Kegunaan atau Manfaat


mengatasi asas keadilan atau hak-hak seseorang. Misalnya, bila ada dua pihak yang
bertikaian, salah satunya lebih kuat dan berkuasa daripada yang lain. Kekalahan pihak
yang lebih berkuasa akan mengakibatkan kesengsaraan atau penderitaan yang lebih besar
pada pihak lawan dan orang-orang di sekitarnya maka mereka yang berpegang dengan
fahaman ini akan memenangkan pihak yang lebih kuat demi untuk meminimakan
penderitaan, meskipun asas keadilan atau hak seseorang harus dikorbankan.

Di sini berlakunya kekaburan dan percanggahan dalam aliran ini yang telah
menyebabkan munculnya dua pecahan pendapat dalam aliran ini iaitu Utilitarianisme
Tindakan dan Utilitarianisme Peraturan. Utilitarianisme Tindakan berpegang kepada
setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk
setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk
tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. Setiap orang mentafsirkan
situasi dirinya dan menentukan tindakan yang manakah akan membawa sebanyak
mungkin akibat yang baik bagi setiap orang yang terlibat dalam situasi itu. Utilitarianisme
Peraturan menyatakan bahawa setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu
peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua
orang terlibat. Mereka percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa
untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang
dalam apa jua situasi. Setelah ditentukan bahawa membunuh akan membawa lebih
banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak teramai dan dalam situasi terbanyak
maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti
mempertahankan diri.

Utilitarianisme Peraturan berpegang pada pandangan bahawa semua aturan tindakan


umum yang cenderung memberikan kebahagiaan terbesar bagi orang terbanyak harus
dikukuhkan. Jadi, bagi aturan moral jangan berbohong, Utilitarianisme Peraturan
menyatakan bahawa tindakan yang berdasarkan aturan moral ini lebih sering
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 6

menghasilkan kabahagiaan berbanding tindakan untuk berbohong. Oleh itu, aturan moral
jangan berbohong sesuai dengan Utilitarianisme Peraturan.

Dalam hal ini didapati Utilitarianisme Peraturan terbalik dalam menilai banyak hal.
Misalnya, persahabatan adalah sesuatu yang baik dan benar, sekalipun seringkali tidak
menyenangkan atau membuatkan kita menderita. Kita memiliki sahabat dan menghargai
persahabatan kerana memang itulah tindakan yang baik dan benar, sekalipun kita tidak
tahu akibat dari persahabatan kita. Berbeza dengan gagasan Utilitarianisme yang
mengajarkan kita untuk mencari kebahagiaan, dalam situasi ini kita menilai bahawa
persahabatan itu baik dan kita bahagia kerana mengerjakan hal yang baik, dan bukan kita
mencari sahabat kerana dengan persahabatan itu kita dapat mencapai kebahagiaan. Wujud
pertanyaan paling sulit untuk dijawab oleh para utilitarian berkenaan hakikat kebahagiaan
dan apakah kebahagiaan itu hasil dari suatu tindakan, atau semasa tindakan dilakukan,
apakah kebahagiaan ini bersifat kekal atau sementara sedangkan Utilitarianisme
berpegang pada sesuatu yang akan terjadi atau sesuatu yang belum tentu terjadi untuk
memutuskan tindakan yang seharusnya segera dibuat.

Hedonisme dan Epicurisme

Hedonisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang mementingkan
kesenangan dan kemewahan fizikal, berasal dari perkataan Latin hedone yang bererti
kesenangan. Hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan
dan kenikmatan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila adalah tujuan utama
hidup. Bagi para penganut fahaman ini, bersenang-senang, berpesta, dan berpeleseran
merupakan tujuan utama hidup kerana mereka beranggapan hidup ini hanya sekali,
sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. Dalam lingkungan
penganut fahaman ini, hidup dijalani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa
nafsu yang tanpa batas.

Menurut sejarah falsafah yunani kuno, tokoh pertama yang memperkenalkan aliran
hedonisme ialah Democritus (400-370 SM) yang menyatakan kesenangan sebagai tujuan
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 7

utama dalam kehidupan. Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan oleh beliau bukanlah
kesenangan berbentuk fizikal semata-mata tetapi menjadikan kesenangan itu sebagai
pemangkin atau perangsang kepada perkembangan intelek manusia. Salah seorang
pengikut Socrates, Aristippus (395 SM), mengatakan bahawa kesenangan merupakan
keinginan hidup setiap manusia. Orang yang bijaksana akan berusaha untuk mendapatkan
kesenangan kerana kesakitan adalah suatu pengalaman yang tidak menyenangkan
(Achmad Charris Zubair).

Tokoh lain iaitu Epicurus (341-270 SM) mempunyai hujah yang lebih terperinci
berkenaan hedonisme. Baginya, kesenangan tetap menjadi perkara utama, tetapi bukan
sekadar kesenangan jasmaniah semata-mata kerana kesenangan seperti ini secara
berlebihan akan menimbulkan kesakitan. Kesenangan yang dimaksudkan oleh beliau
ialah kesenangan yang dapat menghilangkan segala kerisauan jiwa tetapi tidak akan
menyebabkan kesakitan tubuh badan dan menimbulkan kesulitan jiwa. Sikap terlampau
mengejar nilai-nilai kesenangan seperti wang, kehormatan dan kekuasaan tidak dapat
memberikan kepuasan jiwa. Puncak kesenangan menurut Epicurus ialah ketenangan jiwa.
Jiwa yang tenang dapat menilai peristiwa-peristiwa yang menyenangkan dan mengatasi
keterbatasan jasmani manusia.

Bagi Epicurus, kesenangan yang paling tinggi adalah tranquility iaitu kesejahteraan
dan bebas dari rasa takut yang hanya dapat diperolehi dari ilmu pengetahuan (knowledge),
persahabatan (friendship) dan hidup sederhana (virtuous and temperate life). Beliau juga
mengakui adanya perasaan-perasaan akan kesenangan sederhana (enjoyment of simple
pleasures), namun Epicurus menegaskan kesenangan sebagai sesuatu yang harus jauh
dari hasrat-hasrat jasmaniah (bodily desires), seperti seks dan hawa nafsu. Ini dapat
dijelaskan seperti ketika kita makan, jangan sampai terlalu kenyang dan berlebihan,
kerana boleh menyebabkan seseorang tidak layak untuk menghasilkan makanan-makanan
yang lazat di masa akan datang. Demikian juga, seks dapat mendorong untuk
meningkatkan berahi atau nafsu. Namun Epicurus beranggapan, kesan terlalu sering
melakukan hubungan seks akan mengurangkan keinginan seksual, yang akan
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 8

mengakibatkan ketidakpuasan kepada pasangan dan menyebabkan ketidakbahagiaan


(unhappiness).

Epicurisme merupakan bentuk hedonisme yang bercorak eudaimonistik dan dianggap


sebagai bentuk hedonisme kuno. Epicurus mengidentifikasikan kesenangan dengan
tranquility dan penekanan kepada pengurangan keinginan berlebihan terhadap perolehan
spontan kesenangan (the immediate acquisition of pleasure). Jadi menurut Epicurus,
kesenangan bukanlah sesuatu yang pada dasarnya menyenangkan namun kesenangan
adalah keadaan sejahtera yang berbentuk relatif. Bagaimanapun, idea oleh Epicurus ini
telah dimanipulasi dan menterbalikkannya dengan makna hedonisme yang menjadikan
kesenangan sebagai pusat tindakan merupakan satu-satunya tujuan pencapaian hidup yang
dapat memberikan manfaat atau kebaikan kepada seseorang.

Jelasnya, konsep hedonisme hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya


sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Gejala ini timbul
berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan
keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Budaya sebegini
begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan
aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan. Di sinilah, peranan pendidikan
bersepadu dan seimbang diperlukan terutamanya pendidikan agama. Pendidikan agama
yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi
muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Esensialisme

Esensialisme adalah fahaman yang didasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah
ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme lahir dari dua falsafah iaitu
idealisme dan realisme. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 9

utama yang berbeza dengan progresivisme. Perbezaannya yang utama ialah dalam
memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibel serta terbuka untuk
perubahan, toleransi dan tidak ada hubungkait dengan doktrin tertentu. Esensialisme
memandang bahawa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan
dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai
peraturan yang jelas.

Falsafah esensialisme tidak menekankan pendidikan jasmani, rohani dan emosi


sedangkan ketiga-tiga aspek ini amatlah penting bagi melahirkan insan yang sempurna.
Teori falsafah esensialisme pada asasnya tidak menyeluruh terutama dalam pendidikan
kerana lebih mementingkan penguasaan kemahiran semata-mata. Teori ini hanya berjaya
melahirkan mereka-mereka yang cerdik semata-mata tapi tidak menitikberatkan tentang
akhlak yang luhur dan murni. Teori ini membelakangkan aspek nilai akhlak serta
keimanan. Falsafah esensialisme menegaskan autoriti guru dan nilai kurikulum yang
berdasarkan mata pelajaran. Pendidikan melibatkan kemahiran asas,seni dan sains yang
telah dimajukan.Mereka menyarankan agar kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira harus diajar dalam semua kurikulum sekolah rendah. Manakala di peringkat
menengah pula aspek sejarah, matematik, sains, bahasa dan sastera perlu diutamakan agar
dapat mewujudkan manusia yang bertamadun.

Idealisme, sebagai filsafat hidup, memulakan tinjauannya mengenai peribadi individu


dengan menitik beratkan pada ‘aku’. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada
taraf permulaan adalah memahami dirinya sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami
dunia objektif. Dari mikro kosmos menuju ke makro kosmos. Bila manusia berhadapan
dengan sesuatu benda, tidak bermakna bahawa mereka itu sudah mempunyai bentuk,
ruang dan ikatan waktu. Bentuk, ruang dan waktu sudah ada pada budi manusia sebelum
adanya pengalaman atau pengamatan. Dengan mengambil jalan berfikir tersebut, belajar
dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai sebahagian
dari spiritual. Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 10

Seorang ahli falsafah dan ahli sosiologi yang bernama Roose L. Finney
menerangkan tentang hakikat sosial daripada hidup mental. Dikatakan bahawa mental
adalah keadaan rohani yang pasif, yang bererti bahawa manusia pada umumnya
menerima apa saja yang telah tertentu yang diatur oleh alam. Hal ini bermaksud,
pendidikan itu adalah satu unit sosial dan belajar adalah menerima dan mengenal secara
bersungguh-sungguh tentang nilai-nilai sosial angkatan baru yang timbul untuk ditambah
dan dikurangi atau diteruskan kepada angkatan berikutnya.

Pandangan Esensialisme Secara Ontologi

Esensialisme bersifat menonjolkan suatu konsep bahawa dunia ini dikuasai oleh peraturan
yang tiada cela. Pendapat ini bererti bahawa bagaimana bentuk, sifat, kehendak dan cita-
cita manusia haruslah disesuaikan dengan peraturan alam yang ada.

Pandangan Esensialisme Secara Epistemologi

Teori keperibadian manusia sebagai refleksi Tuhan adalah jalan untuk mengerti
epistemologi esensialisme. Sebab jika manusia mampu menyedari realiti sebagai mikro
kosmos dan alam sebagai makro kosmos, maka manusia pasti mengetahui dalam nisbah
tingkat atau kualiti yang mampu difikirkannya. Berdasarkan kualiti inilah ia
menghasilkan dapatan secara tepat tentang pengetahuannya dalam benda-benda, ilmu
alam, biologi, sosial dan agama.

Egoisme Moral

Egoisme Psikologi adalah teori tentang fitrah manusia manakala egoisme moral adalah
teori mengenai moral yang membincangkan perkara yang bertentangan dengan moral
naluri yang biasa. Menurut teori ini, sesuatu perkara sentiasa dianggap bermoral apabila
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 11

seseorang individu melakukan perkara yang dipercayai bagi mencapai kepentingan diri
(Barcalow 2003). Seseorang yang berego moral mendakwa bahawa moral tidak pernah
memerlukan seseorang untuk mengorbankan kepentingan mereka bagi membantu atau
mengelak daripada membahayakan orang lain. Dalam erti kata lain, moral membenarkan
manusia melakukan apa sahaja yang yang mereka inginkan.

Hal ini dapat dilihat apabila wujud individu dalam sekelompok masyarakat yang
berusaha memenuhi keinginan diri dengan pelbagai cara sehinggakan kesejahteraan
individu lain diabaikan. Oleh sebab itu, individu yang baik dianggap lemah, sering
ditindas dan terkebelakang manakala individu yang kuat akan mengatasi individu yang
lemah. Implikasinya, individu yang lemah akan sentiasa berada di bawah. Mereka yang
lemah ini tidak mampu menggapai tangan orang lain untuk meminta pertolongan
disebabkan oleh sikap individualistik manusia. Berdasarkan fahaman ini, hanya ada satu
pegangan iaitu setiap individu berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Salah seorang tokoh teori egoism moral ini iaitu Max Stirner dalam bukunya The
Ego and its Own lebih menonjolkan peranan individu yang bergabung dalam satu
kesatuan ego dan bertindak sesuai dengan keinginannya. Menurut beliau tindakan yang
dilakukan untuk kepentingan diri itu seharusnya tidak dikekang oleh batasan moral. Salah
satu pendapat Stirner yang terkenal ialah:

“Whoever knows how to take, to defend, the thing, to him belongs properly.”

Terdapat banyak situasi yang menerangkan keadaan egoisme moral ini iaitu
seorang jurujual kereta terpakai memberi maklumat yang tidak tepat tentang keadaan
kereta tersebut dengan menyembunyikan kecacatan pada kereta-kereta yang dijualnya.
Jurujual itu tidak merasakan perbuatannya adalah salah. Ini kerana jurujual yang
mempunyai ego moral itu menganggap perbuatan tersebut adalah betul untuk kebaikan
dan kepentingan dirinya bagi mendapat keuntungan dengan mengabaikan hak orang lain.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 12

Dalam keadaan tertentu adalah tidak salah sekiranya kepentingan diri diutamakan.
Misalnya, pemakanan yang seimbang dan amalan bersenam adalah digalakkan kerana
dapat mendatangkan faedah kepada tubuh badan. Namun perkara tersebut akan
mendatangkan kemudaratan apabila tidak diamalkan dengan baik. Oleh itu, individu
boleh mengambil langkah terbaik untuk menjamin kebaikan dan kesihatan dirinya. Bagi
individu golongan ini, mereka tidak melakukan semua perkara yang mereka suka kerana
terdapat banyak kes yang menunjukkan perkara tersebut tidak mendatangkan faedah
kepada mereka. Sebagaimana contoh, pesakit diabetes tidak digalakkan mengambil
makanan manis yang menjadi kesukaannya. Dia terpaksa mengorbankan kesukaannya
demi kepentingan kesihatan. Ada juga individu yang sanggup memudaratkan kesihatan
diri semata-mata untuk keseronokan. Contohnya, penagih dadah mengambil dadah untuk
keseronokan semata-mata walaupun mendatangkan mudarat kepada sistem badan.

Walaupun begitu, situasi menjadi kurang jelas apabila berlaku pertembungan


kepentingan seseorang individu dengan kepentingan orang lain. Ada pendapat
mengatakan bahawa apabila kepentingan bertembung, kebanyakannya secara moral,
adalah diterima untuk seseorang melakukan sesuatu berdasarkan kepada kepentingan diri
mereka.

Aliran Egoisme Moral

Menurut Mohd. Janib (1994), egoisme moral boleh berlaku dalam tiga bentuk:

1. Egoisme moral yang universal: setiap orang sepatutnya selalu bertindak demi
kepentingan diri masing-masing tanpa menghiraukan kepentingan orang lain
kecuali kepentingan-kepentingan orang lain itu juga dapat memenuhi
kepentingannya.
2. Egoisme moral individu: Setiap orang sepatutnya bertindak demi kepentingan
dirinya sendiri.
3. Egoisme moral yang professional: Saya sepatutnya bertindak demi kepentingan
diri saya sendiri tetapi saya tidak berhak tentang apa yang dibuat oleh orang lain.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 13

Jika diteliti secara mendalam bentuk yang kedua dan ketiga, persoalan kemanusiaan
dan moral tidak dapat dibincangkan dalam kehidupan manusia kerana bentuk tersebut
lebih menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri. Sedangkan manusia memerlukan
antara satu sama lain untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian,
menurut konteks yang disebut di atas hanya bentuk egoisme pertama yang menjadi asas
utama aliran egoisme ini.

Perkara ini dapat diringkaskan iaitu manusia sepatutnya bertindak mengikut


kepentingan diri sendiri untuk mencapai hasil yang paling baik bagi dirinya. Persoalannya
sekarang, bagaimana sikap egoisme dapat dinilai dari segi baik atau buruknya? Seseorang
yang benar-benar hidup untuk kepentingan dirinya sendiri dianggap sebagai seorang yang
matang dan bertanggungjawab. Dengan erti kata lain, seseorang yang matang dan
bertanggungjawab itu dapat membuat penilaian yang sesuai sebelum melakukan sesuatu
perbuatan. Oleh itu, individu tersebut tidak akan bertindak sewenang-wenangnya semata-
mata mengikut keinginan diri, dorongan hawa nafsu seperti iri hati, perasaan membalas
dendam dan lan-lain. Egoisme moral seperti ini dianggap sebagai sikap bermoral yang
begitu tinggi bagi seseorang itu. Sesuatu tindakan itu dianggap bermoral apabila individu
itu menjaga kepentingan sendiri walaupun dalam masa yang sama mencabul hak orang
lain.

Dalam situasi tertentu, kepentingan diri sendiri terpaksa diketepikan atau


dikorbankan. Misalnya, seorang ibu yang miskin sanggup tidak makan semata-mata
untuk membolehkan anak-anaknya mengisi perut atau sukarelawan-sukarelawan yang
sanggup menggadai nyawa membantu pelarian Palestin sedangkan mereka boleh hidup
mewah sekiranya mereka tinggal dan berkhidmat sebagai doktor di Kuala Lumpur. Selain
itu juga, terdapat individu yang menolak keuntungan dan kepentingan diri dengan tidak
menerima rasuah demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Berdasarkan situasi yang
diberi, sikap individu yang hanya mementingkan kehendak diri dan tidak sanggup
melakukan kebaikan pada orang lain dianggap tidak bermoral.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 14

Sebagaimana teori-teori moral yang lain, teori egoisme moral juga tidak dapat lari
daripada kelemahan. Pertamanya, teori ini tidak dapat memberikan satu kaedah yang
konsisten dalam menyelesaikan masalah konflik kepentingan diri sendiri. Kedua, teori ini
tidak relevan dalam senario kehidupan masyarakat yang saling memerlukan dan
bukannya hidup terasing. Masyarakat hari ini semakin berkembang dan bertambah
kompleks yang menyebabkan mereka saling bergantung dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial. Kesannya, individu terpaksa mengabaikan kepentingan diri demi menjaga
kepentingan orang lain.

TEORI MORAL DEONTOLOGIKAL

Teori Moral Kant

Teori Moral Kant berada dalam mazhab idealisme iaitu di bawah kategori aliran teori
moral deontologikal atau nonkonsekuenlis yang menilai sesuatu tindakan moral itu
berdasarkan perlakuan sesuatu tindakan itu sendiri (judge actions in terms of the
character of the act itself). Teori moral aliran deontologikal ini berpendapat bahawa
setiap tingkah laku itu sama ada betul atau salah masih dianggap sebagai tingkah laku
moral.

Teori Moral Kant diasaskan oleh ahli falsafah moden berbangsa Jerman iaitu Immanuel
Kant (1724-1804) yang muncul pada kemuncak zaman enlightenment di Eropah. Kant
merupakan seorang ahli falsafah yang sealiran dengan Plato, Descartes, Spinoza,
Berkeley, Hagel dan Coleridge (Abd. Rahman dan Zakaria 1987). Walaupun terdapat
pertentangan pendapat dalam banyak perkara, namun ahli-ahli falsafah ini setuju bahawa
jiwa atau rohani insan adalah penting dalam kehidupan dan alam sejagat pada hakikatnya
bukanlah diisi dengan objek fizikal atau material semata-mata. Kant merupakan salah
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 15

seorang tokoh ulung yang menatang falsafah kemoralan individu. Namun dalam masa
yang sama juga Kant turut dikatakan sebagai pendokong aliran kemoralan sosial dengan
menyarankan pertimbangan prinsip kategorikal imperatif yang menjadi asas matlamat
kepada semua tanggungjawab moral (Johnson 2004).

Pandangan yang dikemukakan oleh Kant dalam teori moral/etika beliau adalah
bertentangan dengan pandangan dalam fahaman Utilitarianisme. Namun begitu, terdapat
selintas persamaan di antara kedua-dua fahaman ini, iaitu tanpa ragu cuba mencari
kebenaran tentang moraliti dan menolak untuk menerima pandangan yang bersifat relatif
atau subjektif (Barrow 1975). Menurut Kant, apa yang penting dalam kehidupan dan
menjadikan kehidupan begitu berharga bukanlah kegembiraan atau kesenangan semata-
mata tetapi tindakan yang lahir daripada ‘good will’ atau tekad yang baik (Kerner 1990).
Perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Paton (1948) dengan mengatakan,

“The only thing that is good without qualification or restriction is a good will. That is
to say, a good will alone is good in all circumstances…”

Kegembiraan atau kesenangan yang lahir daripada tekad yang baik adalah tindakan
yang betul mengikut pandangan Kant namun kegembiraan yang datang daripada tekad
yang jahat adalah satu tindakan yang salah. Timbul persoalan di sini, apakah yang
dimaksudkan dengan tekad yang baik? Sedangkan tekad itu sesuatu yang konotasi dan
implisit sifatnya serta sukar untuk diterjemahkan. Menurut Kant, tekad yang baik adalah
bersifat mutlak dan bukannya baik dari segi hasil sahaja tetapi juga mencakupi proses
atau tindakan serta rasa tanggungjawab moral yang tertanam dalam nurani individu.

Segala kualiti yang baik dalam hidup ini seperti kebijaksanaan, bakat, keadilan, kasih
sayang, kegembiraan, kesenangan dan sebagainya bukanlah bersifat baik secara mutlak
(Paton 1948). Walaupun secara luarannya kelihatan baik namun sebenarnya boleh
mendatangkan bencana sekiranya kualiti-kualiti ini tidak seharmonis dengan tekad
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 16

dalaman yang baik. Hal ini menunjukkan bahawa Kant begitu mementingkan moral dari
segi kerohanian melalui penekanan terhadap tekad hati yang baik dalam individu.

Matlamat hidup yang diutarakan oleh Kant bukanlah untuk menghasilkan


kegembiraan atau kesenangan semata-mata tetapi untuk menanam dan menyemai tekad
yang baik dalam mencapai matlamat kegembiraan dan kesenangan yang hakiki (Kant
1785). Contohnya, membantu orang tua melintas jalan tidak dikatakan sebagai satu
tindakan yang baik jika individu melakukannya dengan harapan mendapat bayaran
daripada orang tua itu, mendapat pujian daripada masyarakat waima membantu tanpa
apa-apa matlamat. Sewajarnya tindakan membantu orang tua melintas jalan harus datang
daripada tekad asli yang baik demi melunasi tanggungjawab moral individu sebagai
matlamat utama (Barrow 1975) dengan saling membantu sesama manusia yang
memerlukan.

Walaubagaimanapun, teori ini secara konkrit menolak dan tidak menganggap


sebarang tindakan yang dibuat berdasarkan matlamat semata-mata sebagai satu tindakan
yang bermoral kalau tidak diimamkan dengan tekad yang ikhlas dan rasa tanggungjawab
untuk melakukan tindakan tersebut. Memandangkan teori-teori moral yang rencam sejak
zaman yunani kuno sehingga sekarang wujud berkiblatkan pemikiran yang rasional, maka
dapat disimpulkan bahawa manusia adalah bersifat rasional dalam bertindak mengikut
pelbagai prinsip dan peraturan am yang berkaitan tanggungjawab moral mereka.

Pendapat Kant tentang tindakan yang dibuat atas rasa tanggungjawab difahami
sebagai melakukan sesuatu benda dengan betul hanya kerana benda itu betul (Stratten-
Lake 2000). Namun, tidak semua tindakan yang datang daripada rasa tanggungjawab
semata-mata merupakan satu tindakan yang bermoral kerana proses sesuatu tindakan itu
perlu disertakan dengan motif atau niat yang bermoral. Ini bermaksud tindakan yang
dibuat atas dasar tanggungjawab semata-mata dan memberikan impak moral yang baik
bukanlah satu tindakan yang bermoral kerana proses atau tindakan itu sendiri perlu
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 17

mempunyai motif atau tekad yang bermoral. Contohnya, Ali membakar rumah jirannya
yang merupakan seorang pencuri atas rasa tanggungjawab. Melihat dari sudut moral,
tindakan Ali menghasilkan impak yang bermoral kerana tidak akan ada lagi kes kecurian
di kampungnya. Namun tindakan Ali yang melaksanakan tanggungjawab dengan
membakar rumah jirannya itu bukanlah satu proses yang mempunyai tekad atau motif
yang bermoral.

Oleh kerana tekad yang baik itu lahir daripada alam kerohanian yang mutlak, maka
dalam hal ini institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan
yang lebih akrab lagi antara insan yang bergelar pelajar dengan unsur-unsur kerohanian
tabii serta mewujudkan keharmonian antara manusia dan alam sejagat (Abd. Rahman et.
al. 1987). Penerapan nilai-nilai moral dalam masyarakat perlulah diadakan dalam
kurikulum persekolahan. Hal ini kerana institusi pendidikan merupakan wahana penting
untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan membentuk jati diri insan di dunia baik secara
formal atau tidak formal. Contohnya, melalui mata pelajaran-mata pelajaran yang dapat
mendekatkan lagi pelajar dengan alam semula jadi, maka akan terbersit hati nurani
mereka perasaan cintakan alam semulajadi. Mereka akan memahami tujuan dan makna
alam ini wujud dan tugas manusia dalam memelihara serta memakmurkan alam.

Tekad yang jahat bukanlah sesuatu yang positif dalam proses pembentukan sahsiah
pelajar khususnya dan insan amnya. Apabila terdetik tekad yang tidak baik, maka
kerosakan akan berlaku bukan kepada individu itu dan komunitinya sahaja bahkan turut
memusnahkan seantero manusia dan alam sejagat. Justeru itu, pendidikan moral adalah
penting untuk diterapkan di sekolah. Menurut Kant, sekiranya pelajar menunjukkan
tingkah laku yang tidak baik, guru boleh menyoal pelajar berkenaan akibat yang mungkin
berlaku sekiranya setiap insan di dunia ini menunjukkan tingkah laku yang sama. Hal ini
secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran dalaman kepada pelajar tersebut
untuk menunjukkan tingkah laku yang baik.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 18

Menurut Kant, manusia adalah makhluk yang bersifat rasional dalam tindakan yang
dilakukannya. Kant menolak segala entiti yang bersifat tidak rasional dan tidak dapat
diterima oleh akal yang waras. Prinsip-prinsip ini dikenali sebagai maxims. Maxims
merujuk kepada prinsip-prinsip yang bersifat subjektif (kerohanian) dalam diri individu
ketika membuat keputusan moral sesuatu tindakan itu sama ada betul atau salah
berdasarkan sesuatu hukum moral (Barrow 1975). Hukum moral adalah bersifat formal
yakni dipecahkan daripada semua hasrat atau tekad yang telah ditetapkan. Hukum ini
menyarankan agar individu tidak membuat penegasan sesuatu usul serentak dengan
penafiannya, tidak kira apapun isi kandungan usul tersebut (Kerner 1990). Ringkasnya
menurut Kant, hukum moral memberitahu kita agar jangan bertekad melakukan sesuatu
tindakan itu jika pada masa yang sama kita menafikan atau rasa ragu-ragu dengan
kesahihan tekad tersebut.

Terdapat maxim yang bermoral dan ada yang tidak bermoral. Maxim yang bersifat
universal iaitu yang boleh diadaptasikan kepada semua orang dikatakan sebagai bermoral
manakala maxim yang tidak boleh diadaptasikan kepada semua orang dikatakan sebagai
maxim yang tidak bermoral. Sebagai contoh,

“Saya membantu orang tua melintas jalan kerana saya membantu semua orang tua
yang ingin melintas jalan.”

Tindakan membantu orang tua melintas jalan ini dikatakan sebagai maxim kerana
turut diaplikasikan kepada orang tua lain yang ingin melintas jalan. Maxim ini ialah
maxim yang bermoral kerana bersifat universal. Contoh berikutnya,

“Saya akan berhutang dengan kawan apabila tiada wang dan berjanji untuk
membayar walaupun tidak bertekad untuk membayar hutang tersebut.”
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 19

Maxim seperti contoh di atas merupakan maxim yang tidak bermoral kerana tidak
bersifat universal. Menurut Kant, apabila semua orang berjanji tetapi tidak menepatinya,
janji itu akan dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Maka tiada siapa yang
sanggup untuk memberi hutang kerana takut tidak akan dilunaskan. Tambahan pula,
sudah menjadi tanggungjawab moral individu yang berhutang untuk mempunyai tekad
melunaskan hutangnya dengan cara yang betul.

Sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, Kant yang terkenal dengan falsafah
moral individu tidak mengenepikan faksafah moral sosial. Menurut Kant, semua entiti
dalam alam semulajadi ini wujud berdasarkan hukum tetapi manusia boleh memulakan
usaha dalam setiap tindakan mereka mengikut hukum. Usaha yang ditunjukkan oleh
manusia ini dikatakan sebagai memiliki tekad daripada prinsip yang praktikal dan
imperatif. Prinsip imperatif dipecahkan kepada dua cabang iaitu praktikal/hipotetikal
imperatif dan kategorikal imperatif.

Kant terkenal dengan teori kategorikal imperatif yang menyentuh tentang


tanggungjawab moral sosial. Teori kategorikal imperatif menyatakan bahawa sesuatu
tindakan itu dianggap sebagai bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan tindakan
itu dapat diadaptasikan secara umum sebagai satu peraturan yang bersifat universal
kepada semua manusia untuk mematuhinya. Lawan kepada prinsip ini ialah prinsip
hipotetikal imperatif yang bergantung kepada matlamat yang dicapai berdasarkan
keperluan fizikal semata-mata sedangkan dalam kategorikal imperatif, matlamat
ditentukan dan matlamat itu adalah sah bagi semua manusia yang berfikiran rasional.

Kant menyatakan pendidikan penting sebagai wahana dalam mencapai kebenaran.


Kurikulum pendidikan mestilah mengandungi mata pelajaran-mata pelajaran bersifat
kognitif untuk melatih ciri-ciri rasional, berkaitan dengan moral, estetika dan prinsip-
prinsip agama dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Kaedah-
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 20

kaedah pengajaran yang sesuai ialah membaca, menulis, latih tubi, menghafal dan
membuat ulangkaji.

EKSISTENSIALISME

Eksistensialisme merupakan salah satu fahaman falsafah yang muncul di barat selepas
Perang Dunia Pertama. Sartre, yang merupakan salah seorang pengikut fahaman falsafah
eksistensialisme yang terkenal pada abad ke-20. Beliau menyatakan eksistensialisme
sebagai ‘precedes essence’ yang menggambarkan asas kebenaran tentang kewujudan
manusia (Kerner 1990). Fahaman ini sangat mementingkan kewujudan seseorang
individu dengan menyatakan individu adalah diri individu itu sendiri. Falsafah
eksistensialisme ini mula mendapat perhatian umum selepas Perang Dunia Kedua.
Fahaman ini berada di bawah teori moral deontologikal atau nonkonsekualis dan
mempunyai sedikit persamaan dengan fahaman Kant iaitu moral dinilai daripada tindakan
individu dan bukannya daripada motif dan akibat tindakan mereka semata-mata. Namun
begitu, ahli-ahli falsafah yang memegang fahaman eksistensialisme menolak falsafah
tradisional dan falsafah semasa serta tidak menganggap fahaman mereka ini sebagai satu
sistem falsafah kerana mereka lebih bersifat individualisme dan kebebasan individu.

Falsafah eksistensialisme yang bersifat individualistik ini terlalu bergantung kepada


faktor-faktor subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan
perasaan keseorangan (Abdul Rahman et. al. 1987; Kerner 1990). Fahaman ini bermula
dengan premis yang mengatakan individu dilahirkan ke alam tanpa tujuan dan diluar
sedar diri sendiri. Kewujudan individu di muka bumi ini mendahului kepentingan
kewujudan mereka. Persoalan seperti ‘kenapa manusia wujud di dunia?’ dan ‘apakah
peranan manusia wujud di dunia?’ bukanlah persoalan yang relevan sekiranya manusia
itu sendiri tidak wujud. Hal ini kerana manusia itu memang wujud tetapi kewujudan
manusia tidak membentuk dirinya. Ini bermaksud manusia mestilah wujud dahulu
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 21

sebelum membentuk dirinya (Abdul Rahman et. al. 1987). Analoginya, Ali seorang guru.
Ali wujud dan menjadi seorang guru. Ali bukanlah seorang guru sekiranya Ali tidak
wujud. Oleh sebab itu Ali perlu wujud dahulu sebelum menjadi sebagai seorang guru.

Persoalan kepada diri sendiri seperti ‘kenapa manusia wujud di dunia’ adalah relevan
sekiranya manusia itu sememangnya wujud. Apabila manusia itu wujud, maka barulah
mereka boleh mencorakkan hidup dan memilih peranan yang akan dimainkan sebagai
individu secara bebas. Manusia atau individu itu akan mengenalpasti tujuan-tujuan
kehidupan dan mengakui kehidupan setiap insan mempunyai nilai tersendiri dan setiap
kehidupan dalam dunia ini hanyalah sesuatu yang tidak memberikan makna.
Tanggungjawab memberikan makna tersebut adalah peranan individu sendiri dan
bukannya tertakluk pada mana-mana prinsip.

Kiergaard iaitu seorang ahli falsafah Denmark yang juga dikenali sebagai bapa
eksistensialisme moden telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis
mengenai kebebasan dalaman manusia dalam mengarahkan penghidupannya. Beliau
begitu mementingkan keseimbangan di antara kebebasan dan tanggungjawab. Manusia
bebas untuk memilih cara hidupnya sendiri tetapi mereka harus bertanggungjawab dengan
setiap pilihan atau tindakan yang dibuat. Konotasi fahaman eksistensialisme yang
diperkenalkan oleh Kiergaard ini menyokong proses dehumanisasi. Proses dehumanisasi
bermaksud proses menjadikan manusia sebagai bukan manusia yang menjadi pegangan
falsafah pendidikan barat kini.

Sartre pula menyatakan manusia wujud, membesar dan tahu bahawa diri mereka
wujud serta bebas memilih tindakan dan perkara yang ingin dilakukan. Jalan hidup yang
bebas dipilih oleh setiap individu adalah tanggungjawab diri sendiri. Individu boleh
memilih jalan hidup mengikut kata diri sendiri atau membenarkan orang lain untuk
membentuk dirinya. Individu yang membenarkan orang lain membentuk dirinya masih
memilih jalan hidup sendiri iaitu jalan hidup yang membenarkan orang lain membentuk
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 22

jalan hidupnya. Tiada norma atau garis panduan yang perlu dipatuhi melainkan kebenaran
dan kekonsistenan apa yang difikirkan signifikan oleh individu dalam membentuk diri
sendiri.

Menurut ahli-ahli eksistensialisme, manusia belajar daripada pengalaman sendiri.


Individu yang berada pada tahap pengalaman tertinggi dikatakan sedar mengenai
kewujudan manusia dan objek disekelilingnya. Kesedaran ini seterusnya akan diberi
makna berdasarkan pemahaman sendiri yang boleh menjadi betul atau salah. Tidak ada
kriteria dan objektif tertentu bagi menentukan betul atau salah dalam pemahaman ini.
Oleh sebab itu, betul atau salah sesuatu pemahaman individu bergantung pada diri sendiri
dan tiada garis panduan yang akan mendasarinya. Atas alasan ini, kebenaran dikatakan
bersifat relatif atau sentiasa berubah-ubah mengikut pertimbangan-pertimbangan
individu tersebut. Hasilnya, tiada kebenaran mutlak yang wujud.

Manusia tidak digalakkan mengikuti dan mematuhi norma-norma hidup masyarakat


kerana jika mengikutinya, manusia dikatakan sebagai hilang sifat ketulenan dan
kemanusiaan dalam diri. Manusia adalah bertanggungjawab dan menjadi prioriti terhadap
sistem nilainya sendiri yang bersifat bebas dan relatif. Hal ini menunjukkan betapa setiap
individu mempunyai kepentingan terhadap diri sendiri dan bukannya terikat dengan
norma atau hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Namun begitu,
individu bebas memilih norma-norma atau nilai yang disukai dan menolak yang dibenci.
Kebebasan yang dikurniakan kepada setiap individu merupakan punca tanggungjawab
moral dan sosial yang dipegang (Abdul Rahman et. al 1987). Secara tidak langsung, dapat
dikatakan bahawa nilai-nilai dalam fahaman eksistensialisme adalah perkara yang bersifat
peribadi, individu dan egosentrik dalam memahami erti kewujudan dan membentuk
kehidupan sendiri dalam mencapai kejayaan hidup.

Individu diberi kebebasan memilih apa yang diyakini baik kepada dirinya. Saat-saat
memilih merupakan tempoh yang penting kerana pilihan yang silap akan merugikan
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 23

dirinya. Saat ini juga individu cuba memilih perkara yang terbaik untuk diri sendiri.
Memandangkan individu bebas memilih jalan hidup dan bertanggungjawab terhadap
pilihan yang dibuat, maka mereka tidak boleh menyalahkan pilihan yang dibuat kepada
orang lain. Contohnya, Ali ingin membeli sepasang kasut sukan Nike dalam jualan murah
di sebuah kedai kasut Bata. Amir melarangnya dan mencadangkan agar melihat ke kedai
lain dahulu. Ali memilih untuk mengikut cadangan Amir. Namun kedai lain menawarkan
harga yang lebih mahal. Mereka kembali ke kedai kasut Bata tetapi kasut itu sudah dibeli
orang lain. Berdasarkan contoh cerita di atas, Ali tidak boleh menyalahkan Amir yang
mempengaruhinya supaya tidak membeli kasut sukan Nike pada mulanya. Ini kerana Ali
bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat dan dia telah memilih untuk mengikuti
cadangan Amir.

Jika dikaitkan dengan sistem persekolahan, fahaman ini sukar untuk dijadikan dasar
dalam falsafah pendidikan. Hal ini kerana sistem persekolahan memerlukan peraturan
yang bersifat generalisasi yang perlu dipatuhi bagi menjamin kualiti pendidikan. Jika
berpegang kepada fahaman eksistensialisme ini, sistem persekolahan tidak akan
mempunyai matlamat yang tetap memandangkan fahaman ini yang relatif sifatnya.
Pelajar adalah bebas untuk memilih mata pelajaran-mata pelajaran yang disukai dan tidak
terikat dengan sistem kurikulum persekolahan. Guru pula bukan berperanan sebagai
penyebar ilmu pengetahuan atau mendidik pelajar, tetapi lebih kepada membantu pelajar
berjaya dalam proses mencari kesedaran kendiri (self actualization). Bagi fahaman ini,
perkara pokok dalam pendidikan bukanlah matlamat pendidikan tetapi proses yang dilalui
pelajar dalam memilih dan memberikan komitmen jitu dalam mencapai kejayaan
peribadi.

Dari segi kurikulum pendidikan pula, pendidikan bukan sekadar meningkatkan


keintelektualan pelajar tetapi dalam masa yang sama menekankan dari segi afektif
meliputi sikap, perasaan, nilai dan juga komponen-komponen subjektif yang lain ke arah
perkembangan kendiri pelajar. Pelajar bertanggungjawab dalam pembelajarannya
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 24

manakala guru pula berperanan untuk menjadi model penting kepada pelajar dalam
bertindak dan membuat pilihan yang betul dalam hidup mereka.

PEMBANGUNAN INSAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Sesuatu pembangunan memerlukan modal. Dalam konteks pembangunan insan, modal


yang paling utama adalah insan itu sendiri. Komponen-komponen pembangunan insan
merangkumi kesaksamaan, produktiviti, pemerkasaan, kelestarian dan estetika. Fokus
utama pembangunan insan ialah pemerkasaan insan sebagai individu dan anggota
masyarakat. Pembangunan modal insan pula merupakan sebahagian daripada teras
pembangunan insan.

Pembangunan Insan mestilah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi


tonggak kepada pembangunan diri, keluarga, material, rohani, masyarakat, ilmu, akhlak
dan negara (Amini Amir 2004). Menurut perspektif Islam, matlamat utama pembangunan
insan adalah untuk mencapai al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Kejayaan ini
dimanifestasikan dalam pendidikan, pembentukan diri, keluarga dan masyarakat bertaqwa
yang menjurus ke arah keredhaan Allah s.w.t. (mardhatillah). Islam telah mengingatkan
kepada umatnya mengenai kepentingan memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai
mulia dalam kehidupan seharian. Sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t.,
kita ditegah sama sekali daripada melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan,
kekejian dan seumpamanya. Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai
pentingnya memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan
seharian kita dan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t., kita sama sekali
tidak dibenarkan melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan
seumpamanya kerana ia merupakan satu tegahan yang nyata.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 25

Pembangunan insan yang bersifat holistik adalah pembangunan yang


menyeimbangkan aspek material, spiritual dan mental. Ini akan melahirkan insan yang
sedar akan tanggunjawab di dunia dan di akhirat. Agenda utama pembangunan insan
mestilah meletakkan pembangunan akhlak dan peribadi muslim. Peranan pembangunan
akhlak dan peribadi muslim menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya ibu bapa
dan guru-guru. Justeru itu, sistem hidup berpandukan Islam sebagai Addin yang sebenar,
wajib difahami, disebarluaskan dan dipraktikkan sepenuhnya. Umat Islam diingatkan
supaya lebih berhati-hati terhadap elemen-elemen negatif yang berkaitan dengan al-
Ghazw al-Fikri (penjajahan pemikiran) oleh pandangan-pandangan moral barat yang
berdasarkan pemikiran akal yang rasional semata-mata dengan mengenepikan aspek
ketauhidan.

Jika di barat, nilai-nilai moral menjadi perbahasan dikalangan ahli falsafah barat. Ini
kerana idea-idea yang didokong mereka bersifat dikotomi iaitu terpisah-pisah, saling
bercanggah sehingga pada satu tahap wujud pertelingkahan untuk mempertahankan
fahaman masing-masing. Berbeza dengan nilai-nilai akhlak Islam yang menyeluruh dan
bersepadu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini bertepatan dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya aku diutuskan (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.”


(Riwayat Ahmad Hanbal)

Sistem pendidikan bersepadu yang diamalkan oleh Malaysia merupakan gabungan


antara ilmu wahyu dan ilmu akal dalam melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
Berbeza dengan sistem pendidikan barat yang menganggap ilmu yang bersifat empirikal
sebagai ilmu yang benar dan menafikan ilmu wahyu sehingga ilmu itu menemui kematian
yang nyata.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 26

Ringkasnya dalam teori nilai Islam, nilai-nilai akhlak adalah nilai-nilai murni yang
universal selaras dengan hakikat kejadian manusia iaitu satu makhluk yang ada roh, yang
ada akal dan ada jiwanya. Justeru itu, konsep akhlak dalam Islam bukanlah memandang
insan itu hanya sebagai suatu entiti psiko-semantik dengan hanya mempunyai badan dan
intelek sahaja, tetapi adalah satu entiti yang mempunyai roh, akal, jasad dan yang paling
tinggi adalah dari segi kerohaniannya.

PENUTUP

Setiap falsafah moral barat yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri. Oleh sebab itu, tiada kata putus dalam menentukan fahaman moral mana yang
sesuai untuk diamalkan terutamanya dari aspek pembangunan modal insan yang menjadi
teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP). Fahaman-fahaman barat
ini bersifat dikotomi iaitu terpecah-pecah dan saling bertentangan antara satu sama lain.
Dari segi kekuatan, fahaman-fahaman ini memberi satu dimensi baru dalam
perkembangan pemikiran manusia disamping menjadi garis panduan moral atau etika
dalam menentukan betul salah sesuatu tekad, perbuatan dan akibat perbuatan tersebut.

Di bawah Teori Teleologis, Utilitarianisme dilihat mengutamakan akibat-akibat yang


akan berlaku hasil sesuatu perbuatan atau tindakan yang diambil untuk dinilai sama ada
bermoral ataupun tidak. Akibat-akibat yang dilihat dalam fahaman ini berbentuk
kebahagiaan sebagai positif manakala penderitaan sebagai akibat negative. Tindakan yang
dilakukan itu dikatakan bermoral apabila mendatangkan kebahagiaan dan meminimakan
akibat berbentuk penderitaan kepada manusia sejagat. Semakin banyak kebahagiaan dan
semakin ramai mendapat kebahagiaan daripadanya, maka tindakan itu dikatakan semakin
bermoral dan berada diperingkat yang tinggi. Bagaimanapun, kebahagiaan itu itu tidak
dijadikan sebagai matlamat dalam melakukan sesuatu tindakan tetapi akibat yang
berbentuk kebahagiaan yang dijadikan penilaian moral.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 27

Fahaman hedonisme dan epicurisme pula menjadikan kesenangan dan kemewahan


hidup yang berbentuk fizikal semata-mata sebagai matlamat dalam kehidupan. Pada
asalnya, fahaman yang diutarakan oleh Epicurus meletakkan ketenangan jiwa sebagai
puncak bagi segala kesenangan dengan menyeimbangkan keperluan jasmani dan rohani.
Namun, ramai pihak yang berkepentingan telah menyalahertikan konsep ini dengan
mengutarakan prinsip kesenangan tanpa keseimbangan jasmani dan rohani. Bersesuaian
dengan itu ramai yang telah terpesong dan terus membudayakan kesenangan sebagai
matlamat hidup. Lantaran itu, keinginan yang kuat untuk mendapatkan kesenangan
duniawi telah menyebabkan mereka meletakkan agama sebagai penghalang kepada
kehidupan yang menyeronokkan. Untuk itu, agama perlu dibuang jauh dari bayangan
hidup mereka.

Teori egoisme yang dikatakan oleh ahli falsafah barat adalah bertentangan dengan
nilai akhlak Islam yang sebenar. Sekiranya sikap mementingkan diri lebih diutamakan
dalam teori ini, Islam pula menganjurkan sikap tolong menolong dan persaudaraan
sesama insan. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quranul Karim:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat
rahmat.”
( Surah al-Hujurat ayat:10)

Ayat ini menegaskan bahawa setiap muslim adalah bersaudara dan hal ini
diperkuatkan lagi dengan larangan Rasulullah s.a.w terhadap permusuhan sesama muslim.
Ini kerana sikap egois dalam masyarakat hanya akan mengundang persengketaan apabila
individu sering mengutamakan kepentingan diri tanpa memikirkan keadaan orang lain.
Rasulullah s.a.w menekankan betapa pentingnya membangunkan persaudaraan dalam
Islam supaya sikap mementingkan diri diketepikan. Baginda juga menyebut dalam
sabdanya yang bermaksud, Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 28

saudaranya. Ini bermakna individu yang lebih mementingkan diri sendiri dan
mengabaikan kepentingan orang lain tidak akan mendapat belas kasih daripada Allah.

Dalam teori egoisme ini seseorang individu akan melakukan apa sahaja yang akan
mendatangkan keuntungan dan kekayaan kepada mereka. Mereka menganggap harta
kekayaan dan kelebihan pada diri mereka adalah hak mutlak dan menjadi milik
persendirian. Mereka tidak sesekali mempertimbangkan keadaan orang lain yang
memerlukan pertolongan dan ihsan daripada mereka. Berbeza dengan ajaran Islam yang
menetapkan zakat untuk membantu dan memberi kebajikan kepada orang memerlukan.
Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada orang tertentu dengan
syarat tertentu. Zakat juga berperanan untuk menjalankan tanggungjawab sosial ekonomi
untuk membantu golongan yang memerlukan bagi menjamin kelangsungan hidup yang
lebih baik. Kesannya, persaudaraan itu wujud dan sikap egois dapat disingkirkan.
Masyarakat akan hidup tolong menolong dan bersatu padu bagi melahirkan suasana yang
aman dan berkasih sayang.

Teori Kant yang lebih memberikan fokus kepada falsafah moral individu dan juga
menyentuh sedikit falsafah moral sosial, lebih mementingkan jiwa dan rohani yang bersih
dalam kehidupan. Teori moral Kant menegaskan kepentingan tekad atau niat yang baik
dalam melakukan sesuatu tindakan. Kesenangan dan kegembiraan akan menjadi lebih
bermoral sekiranya didahului dengan tekad yang baik. Sudah menjadi tugas setiap insan
di dunia untuk menjalankan tanggungjawab moral mengikut maxim yang betul bagi
mencapai matlamat yang telah ditentukan dalam hukum moral. Kant menolak pendekatan
empirikal yang berasaskan kajian saintifik semata-mata dalam mencapai matlamat.
Justeru itu, bagi usaha membangunkan jati diri insan ke arah yang lebih bermoral dan
beretika, pendidikan moral haruslah diterapkan dalam sistem persekolahan baik secara
langsung mahupun secara tidak langsung.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 29

Berbeza pula dengan fahaman eksistensialisme yang lebih bersifat individu dan
mementingkan kewujudan manusia daripada pembentukan manusia itu sendiri. Manusia
sebagai seorang individu diberikan kebebasan dalam menentukan kehidupan sendiri tanpa
terikat dengan sebarang peraturan dan etika. Namun begitu, kebebasan yang diberi tidak
semestikan menjadi tiket kepada individu untuk bertindak jahat atau kejam. Ini kerana
individu itu akan bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang dibuat dan tidak boleh
menyalahkan orang lain atau alam sejagat sekiranya mereka memilih jalan hidup yang
salah yang membawa kepada keburukan.

Pembangunan insan yang berteraskan ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah dapat
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan nilai-nilai akhlak
tidak sewajarnya diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja waima perlu
merentasi kurikulum. Usaha murni ini tidak boleh disandarkan kepada guru semata-mata
sebaliknya semua pihak wajar berkolaborasi dan menggembeleng tenaga ke arah
pembentukan nilai modal insan kelas pertama.
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 30

RUJUKAN

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. 1987. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Achmad Charris Zubair. Tinjauan Moral dan Kultural Terhadap Hedonisme di Kalangan
Generasi Muda (pautan atas talian pada 3 Mac 2009)

http://filsafat.ugm.ac.id/downloads/artikel/hedonisme.pdf

Al Syaibaniy, Umar. 1979. Falsafah Pendidikan Islam (terj). Selangor: Hizbi.

Barrow, R. 1975. Moral Philosophy for Education. London: George Allen & Unwin Ltd.

Existentialism is humanism (pautan atas talian pada 11 Mac 2009)

http://www.marxists.org/reference/archive/sartre/works/exist/sartre.htm

Dr. Amini Amir Abdullah. Pembangunan Insan Menurut Perspektif Islam Hadhari.
Seminar Peningkatan Kepimpinan Amal Islami, Anjuran Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia pada 18 September 2004.
http://www.pic.upm.edu.my/artk/pimpih.pdf (pautan atas talian pada 12 Mac
2009).
Johnson, R. 2004. Kant’s Moral Philosophy. Stanford Encyclopedia of Philosophy.

http://plato.stanford.edu/entries/kant-moral/ (pautan atas talian pada 20 Februari


2009).

Kant, I. 1785. Fundemental Principles of the Metaphysic of Morals. (translated by


Thomas Kingsmill Abbott). http://philosophy.eserver.org/kant/metaphys-of-
morals.txt (pautan atas talian pada 20 Februari 2009).
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 31

Kerner, G.C. 1990. Three Philosophical Moralists: Mill, Kant and Sartre: An
Introduction to Ethics. Oxford University Press.

Paton, H.J. 1948. The Moral Law. London: Hutchinson & Co. Ltd.

Prof Dato. Dr. Abdul Rahman Embong. Pembangunan Insan dalam Agenda
Pembangunan Negara. Pembentangan di Seminar Kebangsaan “Psikologi
Pembangunan Komuniti ISM-UKM” 20-21 Disember 2006, di Hotel Renaissance,
Kuala Lumpur.

http://pkukmweb.ukm.my/~psiko/BM/Abdul%20Rahman%20Embong.pdf

Straton-Lake, P. 2000. Kant, Duty and Moral Worth. London: Routledge.

Syarifah Alwiah Al Sagof.1985. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

You might also like