P. 1
Bab 4 Kotak Bentuk

Bab 4 Kotak Bentuk

|Views: 18,313|Likes:
Published by Iman Annisaa
ini pula mengenai formwork atau kotak bentuk acuan untuk anggota struktur sesebuah bangunan sepeti tiang( column ), rasuk ( beam ), asas ( foundation ) dan banyak lagi.
ini pula mengenai formwork atau kotak bentuk acuan untuk anggota struktur sesebuah bangunan sepeti tiang( column ), rasuk ( beam ), asas ( foundation ) dan banyak lagi.

More info:

Published by: Iman Annisaa on Feb 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/16/2015

pdf

text

original

BAB 4 : PEMBINAAN KOTAK BENTUK

4.1

PENGENALAN Kotak bentuk atau ‘formwork’ merupakan binaan sementara yang biasa

digunakan dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapat berbagai-bagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentuk iaitu seperti kayu,keluli dan plastik. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakan dalam industri pembinaan adalah dari jenis kayu. Ini kerana ianya mudah di pasang dan dikendalikan.

Kayu yang hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari jenis kayu yang baik dan telah di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenis ini mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhannya semasa konkrit dituang, dipadat,digetarkan dan semasa konkrit diset. Manakala

50

jika kayu yang digunakan untuk membuat kotak bentuk terlalu kering maka kecacatan konkrit akan berlaku contohnya seperti kecacatan sarang labah-labah ( honey comb ). Manakala jika kayu terlalu basah pula digunakan ia akan merenggangkan penyambungan kotak bentuk dan akan menghasilkan permukaan konkrit yang tidak rata. Penggunaan kayu untuk kotakbentuk adalah lebih ekonomi jika penggunaannya tidak berulang-ulang,iaitu tidak melebihi 4 kali.

Disini saya ingin menerangkan mengenai kotak bentuk untuk tiang, rasuk bumbung dan rasuk lantai yang diperbuat daripada kayu. Penggunaan kotak bentuk menggunakan kayu di struktur binaan disini amat penting bagi memastikan sesuatu struktur bangunan itu lengkap sempurna. Tanpa adanya kotak bentuk, suatu binaan itu tidak dapat didirikan.

4.2 4.2.1

SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN Penukul

Rajah 4.2.1 penukul

51

4.2.2

Pita ukur

Rajah 4.2.2 pita ukur

4.2.3

Gergaji

Rajah 4.2.3 Gergaji bersama pita ukur

52

4.3.4

Kepala ‘stagging’

Rajah 4.3.4 Kepala ‘stagging’ 4.3.5 Peranca

Rajah 4.3.5 Contoh peranca yang digunakan

53

4.3

CARA PENGENDALIAN PERALATAN SEMASA LATIHAN

4.3.1

Penukul Tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk supaya

dapat membentuk satu kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga tukul kuku kambing. Ia digunakan bersama paku.

4.3.2

Pita ukur Ia digunakan untuk mengukur saiz saiz kotak bentuk yang diperlukan

mengikut saiz yang dikehendaki. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya mudah digunakan dan ekonomik.

4.3.3

Gergaji Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yang

diperlukan. Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Ia digergaji setelah diukur dengan tepat.

4.3.4

Kepala ‘stagging’ Kepala stagging ini digunakan untuk menyokong kotak bentuk bagi rasuk

bumbung. Berbentuk 4 segi dibahagian kepalanya. Ia diketatkan dengan bolt dan nat. Ia dipasang bersama peranca.

54

4.3.5

Peranca. Peranca diperbuat daripada keluli digunakan.. Ia mempunyai kelebihan

seperti tahan lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja pemasangan kotak bentuk dibahagian atas atau sebagainya.

4.4

PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

4.4.1

PEMBINAAN KOTAK BENTUK TIANG ‘ COLUMN ‘

Kotak bentuk untuk tiang mempunyai papan yang dipanggil sebagai pendinding. Pendinding diperbuat daripada papan lapis. Pendinding yang digunakan setebal 25mm. Pendinding digergaji dan dipasang tegak mengikut jenis dan tiang yang hendak dibina dan mengikut ukuran yang terdapat dalam lukisan pelan. Disini, tiang yang akan didirikan adalah tiang rumah banglo berukuran 12’’ tinggi, 4½’ lebar Selalunya kotak bentuk tiang akan dibuat lebih tinggi daripada ukuran tiang iaitu lebih kurang 1’ atau 2’. Kayu pengikat (cleats) akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarak yang tetentu dan dibina secara selari dengan pendinding dan dipaku . Selalunya saiz kayu pengikat adalah 1” X 2 ”.

55

Rajah 4.4.1 Papan lapis yang belum digergaji

Rajah 4.4.2 Kerja menggergaji membentuk pendinding sedang dilakukan

56

Rajah 4.4.3 Pendinding yang telah siap digergaji dan dipasang dengan pengikat Kotak bentuk dikukuhkan lagi dengan pemasangan perembat (yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung pada saiz dan tinggi. Dalam kerja ini, perembat dipasang pada jarak 8’ setiap satu. Ia menyerupai anak tangga dan dipaku pada kayu pengikat tadi. Perembat diperbuat daripada kayu saiz 1’ x 2’.

Rajah 4.4.4 Perembat

57

Rajah 4.4.5 kerja memasang perembat pada pendinding dilakukan

Rajah 4.4.6 Perembat yang telah siap dipasang.

.

Apabila semua kotak bentuk siap dipasang, pekerja-pekerja akan

membina tupang untuk menyangga tiang supaya ia menjadi tegak. Pekerja akan

58

menyusun ketiga-tiga sisi tiang pada ketinggian tiang sebenar.

Sisi tiang

dipasangkan dengan tupang dengan perembat serta pengapit-pengapitnya pada setiap ketinggian 0.6 m untuk mengelakkan kotak bentuk daripada terbuka semasa kerja konkrit dijalankan. Bahagian sisi yang tertinggal ditutupkan dengan cara memasang panel setinggi 1.2 m.

Rajah 4.4.7 kerja memasang kotak bentuk dijalankan

Rajah 4.4.8 kotak bentuk yang telah siap ditupang.

59

Kotak bentuk itu kemudiannya diperiksa menggunakan alat aras spirit atau batu ladung (batu pelambat). Melalui kaedah batu pelambat, bebenang ditarik dan diikat pada batu pelambat, tupang-tupang akan dipaku dikelilingnya. Tiang-tiang yang didapati tidak tegak dapat diperbetulkan dengan memaku pada tupang. Pastikan batu pelambat betul betul masuk ke dalam tempat yang distabilkan.

Rajah 4.4.9 kerja melaraskan kotak bentuk dijalankan

Rajah 4.4.10 kerja melaraskan pelambat

60

Rajah 4.4.11 kotak bentuk yang pugak dan stabil didirikan

Rajah 4.4.12 kotak bentuk tiang yang siap didirikan

61

4.4.2

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK TANAH Sebelum memulakan kerja membina kotak bentuk bagi rasuk tanah,

perkara penting yang perlu dipastikan adalah tapak asas dan ‘stump’ telah ditimbus dengan tanah dan permukaan untuk membina rasuk yang telah diratakan. Langkah ini adalah untuk mengelakkan lubang atau tidak rata yang boleh menjejaskan kerja pemasangan kotak bentuk. Selain itu, tetulang bagi rasuk tanah juga dipasang terlebih dahulu. Ini dilakukan untuk mendapatkan satu struktur binaan yang kukuh.

Rajah 4.4.13 Permukaan tapak asas yang telah diratakan

62

Rajah 4.4.14 kedudukan tetulang

Rajah 4.4.15 Tetulang rasuk tanah ditempatkan

Keluasan bagi rasuk tanah dapat dipastikan dengan menggunakan bebenang yang ditarik mengikut tanda yang dipakukan pada pancang tanda semasa kerja-kerja awalan atau ‘setting out’. Disini, keluasan rasuk tanah

63

dianggarkan 30500mm x 11590mm. Rujuk plan dilampiran. Luas keseluruhan ‘ground beam ‘ ialah 100 “. Manakala tetulang bagi ground beam adalah 225mm x 375mm. Kotak bentuk akan dikemaskan dengan memakunya dengan

menggunakan penukul supaya lebih kukuh. Di sebelah sisinya akan ditambah kayu tupai iaitu kayu 1’ x 2’ untuk mengelakkan kotak bentuk terbuka semasa konkrit dituang di dalamnya. Panjangnya mestilah sama dengan pendinding dan dipaku di sebelah kiri dan kanan pendinding yang telah siap digergaji. Tebal pendindng 25 mm.

Rajah 4.4.16 kerja kerja membuat kotak bentuk sedang dijalankan

64

Rajah 4.4.17 (a)

Rajah 4.4.17 ( b ) Kotak bentuk yang telah siap dibuat

65

Rangka kayu atau kotak bentuk ini akan disokong oleh penyokong. Penyokong ini merupakan perembat dan akan diketatkan dengan menggunakan tupang apabila dipasang ditapak bina nanti. Perembat ini diperbuat daripada kayu 1’ x 2’ dimana jarak perembat dipasang pada jarak 8’ setiap satu. Ia dipaku pada kayu tupai dan diketatkan dengan baji.

Apabila kotak bentuk siap dibina, kerja kerja pemasangan ditapak bina pula dilakukan. Sebelum memasangnya, permukaan pendinding kotak bentuk disapu dengan minyak hitam terlebih dahulu supaya selepas kotak bentuk dibuka, permukaann dinding konkrit tidak rosak dan kotak bentuk mudah ditanggalkan. tanpa menimbulkan kerosakan pada permukaan konkrit dan papan itu sendiri.

Rajah 4.4.18 Kerja menyapu minyak hitam sedang dilakukan

Kotak bentuk akan disokong dengan tupang dibahagian luarnya supaya dapat menahan berat dari beban konkrit yang dipadatkan dalam kotak bentuk

66

yang berada di bahagian dalamnya.Tupang yang hendak digunakan hendaklah daripada kayu yang berkualiti yang baik.

Rajah 4.4.19 pemasangan tupang pada kotak bentuk

Rajah 4.4.20 ( a )

67

Rajah 4.4.20 ( b )

Rajah 4.4.20 ( c ) kerja kerja pemasangan kotak bentuk dilakukan

68

Rajah 4.4.21 kedudukan tetulang dan kotak bentuk

4.4.3 PEMBINAAN KOTAK BENTUK BAGI RASUK BUMBUNG

Kotak bentuk yang digunakan sama saiz dengan kotak bentuk rasuk tanah tadi. Luas yang hendak dipasang kotak bentuk 16m x 4.5 m. Sebelum pemasangannya, tetulang bagi rasuk bumbung yang di sokong oleh tiang akan diletakkan terlebih dahulu. Panjang tetulang ialah 12 m. ia diikat mengguunakan dawai halus dan dikemaskan dengan playar. Kerja kerja memaku kayu pelapik saiz 2’ x 4’ juga dilakukan bagi menyokong kotak bentuk. Ini penting kerana ia akan menggelakkan daripada kotak bentuk daripada terbuka dan jatuh.

69

Rajah 4.4.22 kedudukan tetulang rasuk bumbung

Rajah 4.4.23 kedudukan tetulang rasuk bumbung disokong kepala peranca

70

Di bahagian bawah yang menyokong papan ini diletakkan kepala peranca bagi mengukuhkan peranca yang menyokong secara keseluruhannya. Ia diperbuat daripada besi keluli dan berat. Ia dikemaskan dengan bolt dan nat. Penggunaannya sangat ekonomik pada masa kini. Setiap unit peranca, ada 2 kepala yang diketatkan.

Rajah 4.4.24 peranca yang menyokong kotak bentuk rasuk bumbung

Pembinaan kotak bentuk bagi rasuk bumbung adalah agak berbeza dengan pembinaan rasuk tanah kerana peranca seperti kayu atau ‘stagging’ digunakan untuk menyokong kedudukan kotak bentuk semasa kerja-kerja pembinaan rasuk bumbung dijalankan. Pekerja-pekerja akan menjalankan kerjakerja di atas peranca dengan membina pampan bawah atau ‘toto’ terlebih dahulu dan seterusnya memasang sisi kotak bentuk bagi rasuk bumbung.

71

Rajah 4.4.25 kedudukan peranca sebelum pemasangan

Rajah 4.4.26 ( a )

72

Rajah 4.4.26 ( b ) kerja memaku kayu penyokong bagi menerima beban kotak bentuk

Rajah 4.4.27 ( a )

73

Rajah 4.4.27 ( b ) kedudukan kotak bentuk setelah siap dipasang

4.5

KOMEN DAN CADANGAN

4.5.1

KOMEN Antara beberapa perkara yang ingin saya komenkan ialah mengenai

penggunaan alatan. Alatan alatan yang digunakan untuk membuat kerja tidak disimpan dengan betul selepas digunakan. Selalunya, pekerja apabila selesai embuat erja contohnya memaku menggunakan penukul,penukul tersebut akan ditinggalkan di tempat dimana pekerja memaku tadi. Ia tidak disimpan ke dalam stor atau sekurang kurangnya simpan di tempat yang sesuai. Kalau ia dibiarkan

74

disitu, kemungkinan pekerja yang lain, tersepak dan mengakibatkan luka atau sebagainya. Selain itu, semasa pemasangan kotak bentuk bagi rasuk bumbung, pekerja binaan tidak berhati hati melakukannya. Posisi kedudukan untuk memaku kotak bentuk semasa berada di atas kayu yang dilapik peranca agak berbahaya. Jika berlaku kecuaian, boleh mengakibatkan maut. Selain itu, pengunaan sarung tangan getah juga tidak diaplikasikan sepenuhnya semasa bekerja. Pekerja sering tidak memakai sarung tangan ketika melakukan kerja.

4.5.2

CADANGAN Apa yang ingin saya cadangkan ialah para pekerja hendaklah

menyimpan alatan di tempat yang sepatutnya. Ini akan menggelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak disengajakan. Selepas selesai menggunakannya, hendaklah menyimpannya ke dalam stor. Apapun, ini memerlukan kesedaran yang tinggi pada pekerja itu sendiri. Selain itu, dinasihatkan kepada pekerja supaya melakukan kerja di tapak bina dengan berhati hati. Semasa mengendalikan peralatan juga, pekerja hendaklah menggunakannya mengikut kaedah yang betul yang telah ditetapkan. Bahan-bahan tidak boleh diletakkan di atas peranca kecuali memulakannya untuk melakukan kerja-kerja dalam masa yang sesuai dan tidak terlalu lama. Kesilapan menggunakannya mungkin membawa padah kepada diri sendiri. Seterusnya, pekerja hendaklah memakai sarung tangan semasa bekerja, apatah lagi ketika melakukan kerja menuang konkrit ke dalam kotak bentuk. Hal ini sangat penting kerana jika tidak ia akan menghakis kulit tangan.

75

Bukan penggunaan sarung tangan sahaja, penggunaan alatan keselamatan yang lain juga perlu dititik beratkan. Apapun, yang penting sekali aspek keselamatan dan peraturan semasa berada ditapak bina jangan diabaikan.

4.6

KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, apa yang boleh saya simpulkan disini ialah pekerja dapat melakukan kerja dan tidak mencuri tulang semasa bekerja. Pekerja rajin melakukan kerja dan ditanya kan soalan. Selain itu, penngunaan peranca perlu diberi perhatian yang lebih semasa mengendalikannya Bahan-bahan yang digunakan untuk membina peranca mestilah teguh dan sesuai bagi membina sesuatu peranca. Jika keluli digunakan, ia hendaklah dari jenis yang tidak mudah berkarat. Papan pelantar hendaklah disokong dan diikat dengan sempurna serta dibiarkan terjulur pada hujung peranca tidak melebihi 4 kaki tebal papan pelantar. mudah mesra apabila

Selain itu, kawasan persekitaran tempat kerja juga boleh dikatakan selesa dan terdapat tempat berehat. Para pekerja boleh berehat disini setelah selesai melakukan kerja. Para pekerja juga saling bekerja sama antara satu sama lain.

76

77

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->