You are on page 1of 7

Wanita

Penjaga
Pantang

MENJAGA wanita yang baru bersalin bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak pantang larang
yang harus dipatuhi. Segalanya demi kebaikan dan kesihatan wanita tersebut di kemudian hari.

Bagaimanapun, banyak wanita hari ini yang mengambil remeh akan penjagaan semasa di dalam
pantang. Perubahan masa menyebabkan mereka tidak mempercayai akan pantang larang yang
telah diamalkan oleh orang-orang tua dahulu.

Ada yang menganggap pantang larang itu tahyul semata-mata dan tidak perlu diikuti lagi kerana
tidak sesuai pada zaman sekarang.

Bagi wanita yang pernah melalui masa berpantang dan enggan mematuhi pantang larang
mungkin menyedari kesannya setelah beberapa tahun kemudian di mana banyak penyakit mula
dirasai.

Di antaranya ialah kerap sakit kepala, perut buncit dan sering kembung, sakit-sakit sendi, kaki
tangan kerap kebas dan sebagainya.
Justeru, wanita yang baru melahirkan anak memerlukan penjagaan yang sempurna ketika dalam
jangka masa pantang bersalin. Inilah sahaja waktu yang sebenar dan sesuai bagi merehatkan
badan yang penat bertungkus – lumus selama ini.

Penjagaan kesihatan serta pemakanan seimbang adalah penting ketika berpantang agar ibu
kembali cergas seperti sediakala

Menyedari peri pentingnya


penjagaan selepas bersalin,
Hazeera Banu Ramjan Din, 38,
membuka Shadira Post Natal &
Beauty House yang menyediakan
pelbagai rawatan khusus bagi
wanita yang baru melahirkan
anak.

Hazeera berkata, beliau


mempunyai ramai petugas wanita
yang berkebolehan menjaga
wanita semasa di dalam pantang.

Selain memberikan rawatan di spanya, pelanggan boleh menempah terlebih dahulu bagi rawatan
yang diberikan di rumah di mana petugas spa akan tinggal di rumah pelanggan bagi tempoh yang
dikehendaki.

LAYANAN SEPERTI IBU

Benarkah amalan-amalan ketika berpantang semakin sukar diterapkan memandangkan


faktor mendapatkan seorang penjaga yang berpengalaman?

DULU, sebut sahaja tempoh berpantang bagi wanita bersalin, ramai yang sudah memikirkan
amalan-amalan tradisonal termasuk pantang larang yang perlu dipatuhi.

Bertangas, bertungku, berurut, bertuam dan berbengkung antara amalan yang perlu diterapkan
sepanjang tempoh 44 hari atau hingga ke-100 hari dari mula bersalin.

Malah, wanita berpantang juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat, mengambil
makanan yang sejuk dan keluar rumah sepanjang tempoh berkenaan.

Namun, amalan-amalan tersebut semakin dilupakan. Selain alasan diri sendiri yang tidak
berminat, ada juga alasan tidak mahu membebankan ahli keluarga atau ibu yang sudah berusia
untuk mengawasi pantang.
PANDANG REMEH

Tidak dinafikan katanya, amalan-amalan berpantang semakin sukar untuk diterapkan


memandangkan faktor mendapatkan seorang penjaga yang berpengalaman.

"Berbanding dahulu, mereka begitu mengharapkan bantuan penjagaan daripada si ibu sepanjang
tempoh berpantang. Ini kerana si ibu lebih mendalami selok-belok amalan dan budaya
berpantang mengikut tradisi turun-temurun.

"Kini, faktor perubahan masa, kesihatan dan usia si ibu mempengaruhi urusan penjagaan si anak.
Hakikatnya hari ini mereka terpaksa melupakan amalan tradisi turun-temurun, sebaliknya
melakukan perkara-perkara yang dianggap penting sahaja," katanya.

Menyedari masalah itu, timbul ilham kepada Hazeera Banu untuk membuka sebuah pusat
rawatan bagi ibu bersalin dan penjagaan dalam pantang bagi ibu dan bayi sejak tahun 2007.

Sekiranya penjagaan diri semasa berpantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-
merta. Hakikatnya ia akan berlaku apabila melalui kelahiran yang seterusnya dan usia mula
meningkat.

DENGAN menggunakan khidmat penjaga, pelanggan berpeluang merehatkan diri sepanjang tempoh berpantang.

SHADIRA Post Natal & Beauty House turut menawarkan rawatan penjagaan ibu selepas bersalin dan anak di rumah
pelanggan.
Selain memberikan rawatan di spanya, bertempat di No. 4A Jalan Scott, Brickfields, Kuala
Lumpur, pelanggan boleh menempah untuk rawatan yang diberikan di rumah. Petugas spa akan
tinggal di rumah pelanggan bagi tempoh yang dikehendaki.

Setiap pakej meliputi urutan tradisional, bertungku, mandi herba hinggalah kepada memasak
masakan pantang, mengemas bilik, menukar lampin, memandikan dan mengurut badan bayi serta
mencuci pakaian ibu serta anak pada harga antara RM900 hingga RM3,600 bergantung pada
pakej.

MENGETENGAHKAN rawatan secara tradisonal, si ibu dapat mencapai tahap


kesihatan yang baik selepas 44 hari berpantang.

MENYEDIAKAN makanan berpantang antara rutin harian yang dilakukan oleh


penjaga pantang pusat rawatan tersebut.

"Sekiranya penjagaan diri semasa berpantang diabaikan,


kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Hakikatnya ia
akan berlaku apabila melalui kelahiran yang seterusnya dan
usia mula meningkat.
Sementara itu, Anis Salwati Hamidun, 29, yang merupakan pelanggan pusat rawatan tersebut
memberitahu, ketiadaan pembantu untuk menjaganya semasa berpantang memaksanya
mengambil seorang penjaga.

"Disebabkan ibu saya masih bekerja, saya mengambil keputusan untuk berpantang bersama
seorang penjaga dari pusat rawatan tersebut.

"Bagi saya, wanita yang baru melahirkan anak memerlukan penjagaan yang sempurna ketika
dalam jangka masa pantang bersalin. Inilah sahaja waktu yang sebenar dan sesuai bagi
merehatkan badan yang penat bertungkus-lumus selama ini.

"Dengan bantuan penjaga pantang, sedikit sebanyak mengurangkan bebanan saya selama tempoh
berpantang," katanya pakej seminggu yang ditawarkan di situ cukup membuatkan dirinya berasa
begitu selesa.

AMALAN PENUTUP PANTANG

Pengamal herba dan rawatan tradisional Shadira Post Natal & Beauty House (Shadira), Hazeera
Banu Ramjan Din, berkata wanita lazimnya hanya mengamalkan proses berpantang saja tanpa
mengetahui ‘penutup pantang’ juga termasuk dalam rawatan yang perlu dilakukan.

“Berpantang memang perkara yang sudah sekian lama dilakukan, tetapi rawatan penutup pantang
yang saya maksudkan ini agak berbeza kerana ia perlu dilakukan dengan berhati-hati, terutama
membabitkan langkah dan peraturan yang hendak dilakukan.
“Bahkan, bahan yang digunakan juga adalah yang terpilih kerana bukan semua herba boleh
digunakan untuk dijadikan bahan penutup rawatan pantang,” katanya ketika ditemui di premis
berkenaan, baru-baru ini.

Beliau berkata, rawatan penutup pantang adalah amalan tradisional yang sudah pupus dalam
masyarakat walaupun rawatan berkenaan perlu dan membawa kebaikan kepada mereka yang
melakukannya.

“Pada zaman dulu, bidan kampung akan memandikan ibu bersalin dengan menggunakan air
kolah masjid yang direbus dengan herba seperti daun semambu, serai wangi, daun sirih, daun
inai dicampur dengan ibu kunyit bertujuan memenuhi syarat menutup pantang selepas bersalin
sekali gus mandi nifas.

“Tindakan itu juga dilakukan bertujuan menyucikan diri daripada darah kotor seperti darah
bentan dan perkara lain yang mungkin memudaratkan diri wanita selepas bersalin,” katanya.

Hazeera berkata, setiap wanita perlu mengambil berat mengenai kebersihan diri baik secara lahir
atau batin kerana apabila badan berada dalam keadaan bersih, fikiran menjadi tenang dan
seterusnya memudahkan ibu menjaga anak atau menjalani kehidupan bersama bayi yang baru
dilahirkan dalam keadaan yang lebih selesa.

“Wanita yang mengabaikan penjagaan diri yang rapi akan menjejaskan kesihatan diri pada masa
akan datang. Kemungkinan akan berlaku kebas kaki dan tangan, urat kembang, urat timbul, sakit
otot dan sendi, sakit pinggang serta tekanan.

Katanya, selain gejala berkenaan, ada banyak lagi penyakit lain yang boleh menyerang wanita
sekiranya tidak berpantang dengan betul atau melakukan rawatan penutup pantang yang
sepatutnya. Keputihan yang ketara, pendarahan atau ketumbuhan fibroid antara yang mungkin
terjadi.

”Sehubungan itu, Shadira sebagai pengamal rawatan tradisional memperkenalkan tiga jenis
rawatan penutup pantang yang boleh dipilih oleh ibu yang ingin mendapatkan rawatan
berkenaan, iaitu penutup pantang Diraja, penutup pantang Impiana dan Penutup Pantang Ibunda.

Impiana mempunyai tujuh langkah iaitu wap herba, lulur badan, mandi biasa, rendaman, mandi
bunga sintok, urut tradisional sengkak peranakan dan tungku perut yang mana setiap langkah
diiringi doa ketika proses rawatan dilakukan.
Sekiranya memilih Ibunda, rawatan yang akan dilakukan ialah tangas wap herba, lulur kampung,
mandi biasa, mandi bunga dan urut tradisional sengkak peranakan, manakala Diraja pula
mengandungi tujuh langkah, wap herba, lulur badan, mandi kerangka, rendaman, urut selasih
ulung, tungku dan tangas.

Selain menyediakan rawatan penutup pantang, Shadira juga menawarkan perkhidmatan


penjagaan ibu bersalin di rumah dengan penjaga pantang akan menetap bersama ibu bersalin
mengikut tempoh keperluan ibu berkenaan.

“Ada banyak lagi rawatan dan perkhidmatan berkaitan kesihatan wanita yang boleh diperoleh di
Shadira. Rawatan ini juga tidak terhad kepada pengunjung Melayu kerana kami mengalukan-
alukan bangsa lain yang berminat mendapatkan rawatan di pusat kecantikan ini,” katanya.

Shadira Post Natal & Beauty House


Lokasi: No. 4A Jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur

Rawatan: Spa – Urut, Tuam, Lulur, Tangas, Bersalai, Bertungku, Mandi Bunga, Mandi Susu,
Mandi Herba, Naik Seri Wajah dan lain-lain

Telefon: 012-2141780, 017-4760197, 012 2878212


Laman web: www.shadirabeauty.com.

You might also like