You are on page 1of 6

http://www.interactive.jpa.gov.my/ujian/frmMukaUtamaCuba.

asp

Latar Belakang

Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan


pada 4 Januari 1992 dengan nama Unit Psikologi dan Kaunseling. Pada Oktober 1994, Unit ini
telah ditukarkan nama kepada Unit Perkhidmatan Psikologi (UPPs). Seterusnya, pada
September 1998, Unit ini telah dinaikkan taraf kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi
(BPPs). Bahagian ini merupakan Bahagian pertama yang memberikan perkhidmatan Psikologi
dan Kaunseling kepada anggota-anggota dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Fungsi utama Bahagian Perkhidmatan Psikologi ialah:


1. Penggubalan Dasar Perkhidmatan Psikologikal
2. Penyediaan Khidmat Pakar Rujuk Perkhidmatan Psikologikal
3. Perancangan Keperluan Perkhidmatan Psikologikal
4. Perlaksanaan Perkhidmatan Psikologikal
5. Perlaksanaan Dan Keberkesanan Perkhidmatan Psikologikal

Sistem Ujian Psikologi Online ini merupakan salah satu aktiviti di bawah fungsi Perancangan
Keperluan Perkhidmatan Psikologikal. Ia dibangunkan untuk mengukur ciri-ciri atau sifat-sifat
berkaitan psikologi yang merangkumi aspek-aspek sikap, pemikiran, emosi dan tingkahlaku
seseorang individu.

http://www.jpa.gov.my/maklumat-korporat/bahagian/bpps/

Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi

Perkhidmatan

o Pegawai Perancang Sosial, Urus setia Lembah Klang, Jabatan


Perdana Menteri - ( Jan 1983)
o Penolong Pengarah, Khidmat (7), Bahagian Perkhidmatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam - (Dis 1986)
o Penolong Pengarah, Unit Tenaga Nuklear, Bahagian Khidmat
Sokongan dan Penyelarasan, Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar -( Nov 1992)
o Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dasar dan Pembangunan
Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam - (Okt 2001)
o Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kompentensi, Bahagian
Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam - (Ogos 2004)
o Pengarah, INTAN Wilayah Tengah, Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam - ( Feb 2006)
o Pengarah Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA - (Dis 2007)
Visi

Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek


pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia selaras
dengan wawasan JPA.

Misi
o Menggubal dasar perkhidmatan psikologi.
o Menjadi pakar rujuk perkhidmatan psikologi.
o Merancang keperluan perkhidmatan psikologi.
o Melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber
manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan
pemulihan.
o Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan
psikologi dalam sektor awam.
Objektif

Menyediakan dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan


sumber manusia bagi membangunkan pegawai sektor awam yang
berintegriti dan berprestasi tinggi.

Fungsi
o Menggubal, menyemak, menyelaras dan memantau pelaksanaan
dasar, garis panduan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam
perkhidmatan awam.
o Membangun dan mengendalikan program peningkatan potensi
anggota perkhidmatan awam dan pengurusan sumber manusia
melalui pendekatan psikologi.
o Membangun, mentadbir, menganalisis, menyelaras dan memantau
penggunaan ujian psikologi dalam perkhidmatan awam.
o Mengenal pasti, membangun, melaksana dan menganalisis data
dan maklumat hasil daripada penyelidikan yang berkaitan dengan
isu-isu psikologi dalam perkhidmatan awam.
o Menyedia, menyelaras, memantau perkhidmatan kaunseling yang
diberikan dalam perkhidmatan awam.
o Mengenal pasti, membangun, melaksana dan memantau
pelaksanaan program kaunseling pencegahan dalam perkhidmatan
awam.
o Mengenal pasti, membangun dan mengendalikan program
kesejahteraan sosial bagi anggota perkhidmatan awam.
o Mengenal pasti, membangun dan mengendalikan program
pembangunan kerjaya dan keluarga dalam perkhidmatan awam.
Piagam Pelanggan
o Memastikan dasar psikologi sektor awam digubal dalam tempoh
satu(1) tahun daripada tarikh arahan diterima.
o Memastikan laporan ujian e-psikologi disediakan dalam tempoh
tiga(3) hari selepas sesuatu ujian diduduki tertakluk kepada
bilangan calon dan jenis ujian.
o Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh
lima(5) minit.
o Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi
dan kaunseling diproses dalam tempoh tujuh(7) hari daripada tarikh
permohonan diterima.
o Memastikan kualiti perkhidmatan psikologi dan kaunseling berada
pada tahap skor purata sekurang-kurangnya pada skala lima(5)
daripada tujuh(7).

JENIS UJIAN

1. Indikator Perwatakan Unggul (IPU)

• Indakator ini bertujuan menilai perwatakan individu dari tiga


aspek utama iaitu pemikiran, emosi dan tingkah laku.
• Indikator ini mempunyai sembilan tret perwatakan dan satu tret
kebolehpercayaan bagi menilai tahap konsistensi calon
menjawab soalan dalam indikator ini.

2. Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK)

• Indeks ini bertujuan melihat kecenderungan individu terhadap


pemilihan kerjaya atau bidang pengajian yang bersesuaian
dengan personaliti diri.
• Indeks ini mempunyai enam dimensi personaliti yang dikaitkan
secara umum dengan enam dimensi kerjaya atau bidang
pengajian.

3. Indeks Personaliti (IP)

• Indeks ini bertujuan melihat personaliti dari empat aspek


utama iaitu perhubungan sosial, pemprosesan data,
pemprosesan keputusan dan pengamalan gaya hidup.
• Indeks ini mempunyai 16 dimensi personaliti dengan
penekanan diberikan kepada enam kriteria iaitu jenis
perwatakan, jenis pekerjaan, cara gaya pengurusan
perubahan, cara gaya kepimpinan, persepsi dan reaksi
terhadap stres.
4. Inventori Stres Organisasi (ISO)

• Inventori ini bertujuan melihat tahap stres yang dialami oleh


individu berdasarkan kepada empat aspek iaitu punca stres,
tindak balas terhadap stres, orientasi terhadap stres dan
kemahiran menangani stres.
• Inventori ini mengukur punca stres berdasarkan kepada ukuran
dan reaksi. Orientasi terhadap stres pula diukur berdasarkan
kepada aspek pengurusan diri dan masa, manakala kemahiran
menangani stres berdasarkan kepada keupayaan
mengendalikan stres.

5. Indeks Pengurusan Konflik (IPK)

• Inventori ini bertujuan melihat pengurusan konflik individu


berdasarkan kepada cara gaya, ekspresi dan reaksi.
• Inventori ini mempunyai enam cara gaya individu menguruskan
konflik dan empat cara gaya individu membuat ekspresi dan
memberikan reaksi terhadap konflik.

6. Indeks Motivasi Diri (IMD)

• Indeks ini bertujuan melihat faktor, punca dan tahap motivasi


individu.
• Inventori ini mempunyai 15 faktor peribadi yang memotivasikan
diri, tiga punca motivasi, tiga aspek motivasi pekerjaan dan
tiga tahap motivasi dari aspek kepimpinan.

7. Indeks Organisasi Cemerlang (IOC)

• Indeks ini bertujuan mengenal pasti isu psikologi yang


mungkin perlu diberi perhatian oleh organisasi seperti stres,
motivasi dan sikap.
Indeks ini mempunyai enam konstruk yang melihat isu psikologi
dalam organisasi dari aspek personaliti, iklim organisasi,
keberkesanan organisasi, nilai organisasi, tingkah laku bermasalah
dan kepimpinan.

You might also like