P. 1
Tugasan Pj Sem Mei 2009

Tugasan Pj Sem Mei 2009

|Views: 2,627|Likes:
Published by abuharis

More info:

Published by: abuharis on Feb 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2013

pdf

text

original

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL Isi kandungan 1.

Latar belakang program 2

OUM

M/ surat | 1

2. Sasaran program 3. Fasa-fasa latihan 4. Fasa persediaan umum 5. Fasa persediaan spesifik 6. Fasa pra- pertandingan 7. Fasa pertandingan 8. Fasa transisi 9. Faktor-faktor perlaksanaan latihan 10. Pemboleh ubah latihan 11. Rujukan 12. Lampiran

4 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL PERIODISASI LATIHAN

OUM

Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan M/ surat | 2 dengan faktor latihan untuk mencapai prestasi puncak pada waktu yang dikehendaki serta mengelakkan latihan berlebihan. Ianya juga bertujuan untuk :a) Memudahkan penyediaan program latihan b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. d) Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan kepada; i.Fasa-fasa latihan ii.Latihan mingguan iii.Latihan harian iv.Sesi latihan Fasa-fasa latihan A. Latarbelakang Program Latihan Sepak Takraw. Melahirkan atlit-atlit yang berpotensi memerlukan satu program yang dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan terperinci dalam jangka masa yang panjang.Di atas kesedaran inilah, program Tunas Cemerlang diwujudkan dan dijalankan untuk mencungkil atlit-atlit berbakat dan menempatkan mereka di sekolah atau pusat latihan yang dipilih. Pusat-pusat latihan ini diperlengkapkan dengan kemudahan peralatan dan kepakaran bagi membolehkan atlit-atlit berkenaan menjalankan latihan sepanjang tahun. Latihan yang dijalankan pastinya mempunyai kualiti yang terbaik. Disamping itu , atlit-atlit akan diserapkan dengan nilai-nilai kewarganegaraan, semangat, disiplin, dan tahap kemahiran yang tinggi. Pendekatan ini dengan sendirinya akan dapat menambahkan bilangan penyertaan dan mempertingkatkan mutu pencapaian, serta yang pentingnya dapat membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bersih, cekap, amanah dan bertanggungjawab. Sukatan program latihan ini, diolah dan disusun dengan teliti oleh panel jurulatih yang berpengalaman se;laras dengan matlamat kerajaan kini untuk menghasilkan pemain-pemain yang

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

berkaliber, mantap, berwibawa, berpengetahuan, dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Sukatan program ini merangkumi ;  Penguasaan kemahiran M/ surat | 3  Pengembangan pengetahuan  Pembentukan moral Objektif Program Program TUNAS CEMERLANG ini bertujuan :  Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pelbagai aktiviti sukan yang ada bagi kanak-kanak dan remaja.  Memberi peluang kepada semua kanak-kanak dan remaja menceburkan diri dalam semua aktiviti sukan yang betul, bersistematik dan berkesinambungan.  Menggalakkan mereka melibatkan diri, memperbaiki kemahiran, dan mempertingkatkan kecergasan di dalam perbagai jenis sukan.  Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam permainan-permainan tertentu di samping mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.  Menerapkan nilai-nilai kesukanan yang tulen ke arah melahirkan atlit yang berdisiplin, bersemangat dan berperibadian tinggi.  Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan.

Sasaran Program

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

Program ini menyasarkan sekurang-kurangnya empat regu dapat mewakili negeri ke Sukan Malaysia ( SUKMA) dan sekurang-kurangnya dua regu terpilih mwakili negara ke pertandinganpertandingan di peringkat antarabangsa. Contoh Sukan SEA dan Sukan Asia apabila tiba M/ surat | 4 masanya kelak.Secara tidak langsung program ini akan membantu merealisasikan cita-cita negara untuk menubuhkan dan mewujudkan serta membentuk satu skuad atau pasukan amnya yang mantap dan berwibawa bagi menghadapi cabaran dalam bidang sukan. Bagaimanapun, program ini secara amnya, bermatlamat untuk melahirkan atlit-atlit muda yang berbakat dan berpotensi dijadikan pelapis dan seterusnya mewakili negara. Fasa-fasa Latihan Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan kepada sub fasa.

A) Fasa Persediaan Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan program latihan yang dijalankan. Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu

a)

Persediaan Umum i. Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlit

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

menjalani latihan pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan oleh sesuatu jenis sukan yang diceburi. ii. Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensity latihan adalah M/ surat | 5 sederhana antara 40% hingga 70%. iii. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara enam hingga 14 minggu. iv. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek, latihan jeda jarak jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi anatornical dan hipertropi otot dicadangkan. v. Ujian pra-kecergasan diperlukan

b) Persediaan Khusus/Spesifik i. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizik, yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan seperti acara 5000 meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan renang jarak jauh, sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. iii. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang sistem tenaga anaerobik adalah lebih dominan seperti bola sepak, hoki, bola baling serta acara-acara pecut dalam olahraga sementara intensiti latihan boleh ditingkaikan sehingga 95%. iv. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga 10 minggu. v. Bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan LSD, latihan fartlek, latihan jeda jarak jauh diteruskan disamping latihan bebanan yang memberi tumpuan kepada daya tahan otot perlu diaplikasikan. Bagi sukan-sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan jeda jarak

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

sederhana, latihan jeda jarak dekat, latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan bebanan bagi meningkatkan kekuatan dicadangkan.

M/ surat | 6

B) Fasa Prapertandingan i. Fasa ini memberikan penekanan khusus kepada komponen fizikal yang terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Latihan bagi meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan dilakukan dalam situasi permainan kecil atau melalui simulasi permainan. ii.Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan, sementara intensiti bergantung kcpada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah sederhana antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga 100%. iii.Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan, kaedah-kaedah seperti latihan pecutan berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan latihan pliometrik masih boleh diteruskan bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan. iv.Bergantung kepada masa yang diperuntukkan jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga lapan minggu v.Ujian pasca-kecergasan diperlukan.

C. Fasa Pertandingan i. Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan sukan yang diceburi. 'Tapering off” ubahsuai isipadu dan intensiti lazimnya penurunan isipadu dan intensiti amat diperlukan pada fasa ini bagi memastikan atlit berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa/jarak/ketinggian. ii.Bagi semua sukan isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut.

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL iii.Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan daya tahan dan latihan bebanan untuk pengekalan kuasa bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan.Namun demikian, kekerapan M/ surat | 7 latihan perlu dikurangkan. Kaedah – kaedah lain yang terdapat dalam fasa pra pertandingan boleh diaplikasikan tetapi dengan kekerapan yang berkurangan.. iv.Jangkamasa fasa ini bergantung kepada format pertandingan.

OUM

D. Fasa Transisi i. Mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan da mengatasi kebosanan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung kepada format pertandingan. ii. Rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan pcnurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60° kemampuan maksimum. iii.Bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang.

FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN LATIHAN

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

Perancangan yang sistematik dan saintifik dapat membantu atlit bersedia dari aspek kecergasan, mental, teknikal dan taktikal. Secara umum, program latihan disediakan oleh jurulatih untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi atlit ke tahap optimum. KomponenM/ surat | 8 komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan kerana komponen ini saling berkait antara satu sama lain. i.Persediaan Kecergasan Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk meningkatkan potensi atlit serta memperkembangkan keupayaan biomotor atlit ke tahap optimum. ii.Persediaan Teknikal Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran iii.Persediaan Taktikal Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan. Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan kejayaan sesuatu perancangan atau strategi (taktikal). iv.Persediaan Psikologi Persediaan atlit dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi. Persediaan mental atlit untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan sistematik yang membolehkan atlit membawa bersamanya persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan.

PEMBOLEHUBAH LATIHAN a) Isipadu

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

Isipadu adalah prasyarat kuantitatif bagi meningkatkan faktor-faktor teknikal, taktikal dan fizikal dalam sesuatu latihan sukan. Isipadu merujuk kepada keseluruhan kuantiti aktiviti yang dilakukan semasa latihan atau sebagai jumlah kerja yang dilakukan dalam satu sesi atau satu fasa M/ surat | 9 latihan. Isipadu adalah gabungan: • Jangka masa latihan. • Jarak yang diliputi atau beban yang diangkat. • Kekerapan sesuatu latihan. b) Intensiti Intensiti adalah komponen kualitatif kerja yang dilakukan oleh atlit bagi satu jangka masa yang diberi dalam sesuatu latihan sukan. Lebih banyak kerja yang dilakukan atlit dalam satu jangka masa yang diberikan, maka lebih tinggilah intensiti. Intensiti juga boleh dirujuk sebagai kelasakan sesuatu latihan yang diberikan. Intensiti boleh diukur melalui kadar kelajuan (meter per saat) bagi pencapaian jarak atau berat dalam kilogram bagi aktiviti melawan rintangan. Dalam sesuatu pertandingan sukan individu atau berpasukan pula, intensiti dilihat dari aspek rentak permainan. Maksimum Sub maksimum Tinggi Medium Light/ringan Rendah 95 – 100 85 – 94 75 – 84 65 – 74 50 – 64 30 – 49

c) Prestasi Prestasi adalah tahap pencapaian perlakuan atau persembahan atlit dalam sesuatu pertandingan sukan. Prestasi atlit dikatakan mempunyai hubungan yang positif dengan intensiti yang dikenakan. Pembolehubah utama yang mempengaruhi prestasi atlit adalah intensiti. Intensiti IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

ditingkatkan untuk meningkatkan prestasi. Walau bagaimanapun, peningkatan ini perlulah dilakukan secara beransur-ansur berlandaskan kepada prinsip-prinsip latihan sukan.

M/ surat | 10

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

Rujukan M/ surat | 11 B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur. Fauzee H.A. 1989. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala Lumpur. Terbit Sri Maju Sdn. Bhd. Vasudevan T. Arasoo (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan Tinggi. Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Mohd Taib Harun, Dr. Norlena Salamuddin.(2009).HBPE 1203 Kecergasan Fizikal.Open University Malaysia (OUM).Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Dzulkifli Ismail,Rosnam Ali,Md. Yazid Othman.(2000).Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

IPGM (IPPP)

HBPE 1203: KECERGASAN FIZIKAL

OUM

M/ surat | 12

IPGM (IPPP)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->