You are on page 1of 8

Menurut Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana:

Kepentingan dan Faedah Bermain


Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal,
perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa.
1. Perkembangan Fizikal
Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran
motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat,
memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini memberi
kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah
tujuan.
Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat mengembangkan
kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran manipulatif dapat dibina melalui
aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik, jigsaw puzzles, mengikat reben, kraft tangan
dan membentuk menggunakan doh.
2. Perkembangan Sosioemosi
Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif,
mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan,
menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk
menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka
panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang
positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi.
Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olokolok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran
serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini
memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama
untuk mencapai matlamat kumpulan.
3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa
Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti,
mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan
membuat perbandingan.
Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian
dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta
berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan
bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.

Walaupun pengaruh permainan moden seperti video game dan monopoli memberi
ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti
Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi
hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang
dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas
kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan antarabangsa. Skil melompat dalam permainan
ketingting yang memberikan pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan
yang lebih tinggi kemahirannya.
Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah
dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor
kreatif.
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini
kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.

Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi perkembagan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan
serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran
untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy
(1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui
permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam
permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan
Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
Tatabahasa serta membantu kecerdasan pemikiran dan minda. Main adalah motivasi dalaman.
Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri
yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta . ( Fergus 1995,2).
Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak
akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan
ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam
menghadapi dunia sebenar.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di
petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan
permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke
petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak,
seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat,
pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.
Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan
seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus
ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada
kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan

Ketingting biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15 tahun.


Jumlah pemain pula tidak terhad dan sekurang-kurangnya dua orang pemain. Kanak-kanak
perempuan dan

lelaki amat menggemari permainan ini kerana permainannya

menyeronokkan dan menguji stamina dan kecekapan seseorang pemain.


Walaupun tahap umur ataupun saiz badan tidak menjadi penentu kemenangan dalam
permainan ketingting, biasanya kanak-kanak gemar memilih pemain-pemain yang seusia
dengan mereka.

Di kampung, gelanggang Ting ting kapal terbang di buat dengan mengoreskan garisan di
atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan
taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan
menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar atau
lantai bersimen.
Sesungguhpun kita dapat diperhatikan permainan Ting ting kapal terbang lebih digemari
oleh golongan kanak-kanak perempuan. Namun begitu, tidak jangal sekiranya kanak kanak lelaki
turut bermain bersama.

1.1 Permainan Ting Ting Kapal Terbang


Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak kurang daripada memberi
kegirangan dan kesenorokan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk
mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk
menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan
permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di
kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan
nama "Ting ting Kapal Terbang".

Permainan ting ting kapal terbang juga dikenali dengan nama Ketingting. Ia merupakan
suatu daripada permainan tradisional di Malaysia. Nama Ting ting kapal terbang diperolehi
daripada gelangang atau petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang
menampakkan imej sebuah "kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan
sebaris. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang
menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada petak
pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga"
yang kelihatan seperti ekor kapal terbang.

Permainan ting ting kapal terbang tidak perlu menyediakan kawasan yang luas. Memadai
jika kawasan itu dapat menampung 8 buah petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap
menunjukkan kewibawaan mereka. Sedar dan tahu pentingnya keselamatan, mereka memberikan
perhatian yang sewajarnya ke atas tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau kayu, maka
dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindahpindahkan. Sekurang-kurangnya, permainan ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih ramai yang
terlibat, tentu lebih seronok.
Kepala
*Ting

5
*Brak 1

*Ting

Sayap Kanan
*Ting

*Ting

3
*Ting

2
*Ting

Tangga

Sayap Kiri

Permulaan
*Brak 2
Rajah 1.1 : Gelanggang Ting ting kapal terbang

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang
dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan
yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di
petak-petak gelangang.

Rajah 1.1 : Gelanggang Ting ting kapal terbang

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana
harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi
menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama
dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan
pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk
ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain
mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak
sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan
dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga,
tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain
terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat,
pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.
Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan
seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus
ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada
kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.

You might also like