You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


SEMESTER JANUARI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)
________________________________________________________________________

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum/ pada Tutorial ke-4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

1. Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya dapat


bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang
terakam dalam bahan tulis.

(a) Rancangkan SATU sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan


teknik-teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan kekurangan
teknik pilihan anda.
(12 markah)

(b) Sediakan SATU aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme


untuk membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah
membaca.
(8 markah)

2.. Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak mengandungi


unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses
penerapan kemahiran bahasa.

Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti dalam


pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa secara terancang.
(10 markah)

[Jumlah: 30 markah]

2
PANDUAN PELAJAR

1. Anda boleh merujuk kepada tajuk tentang teknik-teknik bacaan dan pemahaman
iaitu SQ3R, KWLH, dan DR-TA daripada modul kursus.

2. Pilih salah satu teknik tersebut dan bina Rancangan Pengajaran Harian iaitu satu
sesi pengajaran selama 60 minit untuk murid Tahap 2. Pada ruang ulasan iaitu
pada bahagian akhir RPH anda, bincangkan kekuatan dan kelemahan teknik
pilihan anda.

3. Rujuk Teori Pemerolehan Bahasa dan Teori Behaviourisme. Pilih kad bacaan/
petikan/ cerita pendek yang mudah dan ringkas. Seterusnya rancangkan proses
pelaksanaan aktiviti bacaan mekanis bagi murid yang lemah berdasarkan Teori
Behaviourisme.

4. Anda boleh memilih, merancang dan mengelolakan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran kemahiran bahasa menggunakan bahan sastera secara terancang
berdasar objektif-objektif proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
bahan sastera (cerpen).

3
PANDUAN TUTOR / PENSYARAH

1. Tutor diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian dengan merujuk Sukatan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Pilih satu teknik sahaja dan aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bacaan dan kefahaman.

2. Membimbing pelajar memilih bahan bantu mengajar (kad bacaan/ petikan/ cerita
pendek) yang mudah dan ringkas seterusnya merancang proses pelaksanaan
aktiviti bacaan mekanis bagi murid yang lemah berdasarkan Teori Behaviourisme.

3. Huraian objektif pengajaran dan pembelajaran bahan sastera secara ringkas.


Pelajar tidak perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, cukup sekadar
merancang mengelolakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa
menggunakan bahan sastera secara terancang.

4. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk dan membimbing pelajar
menyiapkan tugasan secara berkala.

RUJUKAN

Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5 (2005). Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et al., (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa (1994) . Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like