You are on page 1of 7

Sinopsis novel

“Azfa Hanani”
TAKUT
 Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga Sekolah Menengah Sri Dian.
 Ketika belajar dalam tingkatan 3, dia bersekolah di sebuah kampung yang jauhnya 15 km
dari sekolah barunya.
 Dia berpindah ke sekolah itu kerana terpilih untuk belajar dalam aliran sains tulen.
 Azfa Hanani dipelihara oleh pak longnya kerana ibu bapanya telah meninggal dunia
dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia masih bayi lagi.
 Ketika membuat uji kaji di dalam makmal sains, Falina, Aini dan Kamilah tidak terhenti-
henti berbicara tentang kehilangan buku-buku rujukan sains di perpustakaan.
 Azfa Hanani berasa tersindir kerana dia ada mengambil buku rujukan Fizik Moden dan
beberapa buah buku rujukan lain.
 Dia berbuat demikian kerana dia tidak mampu membeli buku-buku rujukan lantaran
kemiskinan pak long ditambah lagi bebanan merawat anak sulungnya yang lumpuh.
 Dia ingin memperbaiki kelemahannya dalam subjek tersebut. Disebabkan juga dia lemah
dalam sujek Bahasa Inggeris, dia mendapat perhatian guru kaunseling iaitu cikgu Zamin
sehingga dicemburui oleh Kamilah.
 Azfa Hanani berasa takut jika perbuatannya dapat dikesan oleh pihak perpustakaan. Dia
tidak dapat menumpukan perhatian kepada uji kaji yang dilakukan pada hari itu. Dalam
kebimbangan itu, dia dipanggil oleh pengetua.

SIAPA MEREKA?
 Azfa Hanani diiring oleh Rozlan dan Nordin ke bilik pengetua. Nordin ialah rakan
sekampungnya iaitu Kampung Merpati. Bapanya, Pak Haji Arshad merupakan ketua
kampung yang banyak menghulurkan bantuan kepada pak longnya sejak Zuraini lumpuh.
 Apabila sampai di bilik pengetua, kebimbangan Azfa Hanani reda sedikit kerana Cikgu
Yazid, guru perpustakaan dan Cikgu Habib guru disiplin tidak ada di situ.
 Di situ ada Kak Rozan iaitu kakak ipar Nordin dan sepasang suami isteri kenalan kak
Rozan ketika belajar di Amerika Syarikat iaitu Encik Mazran dan Puan Syafinaz.
 Mazran Syafinaz mengajak Azfa Hanani (Nani) berpindah ke Kuala Lumpur dan
menyamar sebagai Murni, anak Datin Maziah.
 Sebenarnya Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan tetapi Datin Maziah tidak
dapat menerima hakikat dan menganggap Murni masih hidup.
 Nani disuruh menyamar menjadi Murni untuk mengubat penyakit Datin Maziah.
 Nani bersetuju kerana memberi peluang kepadanya melepaskan diri daripada ditangkap
atas kesalahan mencuri buku dan dapat meneruskan pelajarannya.

KERANA TERDESAK
 Pagi itu, Nani menunggu abang Mazran dan kak Finaz. Kak Rozan dan abang Norman
telah pun menyampaikan hasrat abang Mazran untuk membawa Nani ke Kuala Lumpur
kepada pak long dan mak long. Pak long dan mak long bersetuju.
1
 Jika tidak, mereka berhasrat untuk menamatkan persekolahan Nani disebabkan
kemiskinan. Nani sedar bahawa dia bukan anak saudara Datin Maziah atau kembar Murni
kerana mak longlah yang menyambut kelahirsnnya dulu.
 Menurut cerita, ibu bapa Nani lulusan universiti sepatutnya menjadi doctor dan peguam
tetapi mereka telah terlibat dalam kemalangan. Hanya Nani terselamat.
 Nani mengetahui bahawa nama sebenar abang Mazran ialah Tengku Mazran. Abang
Mazran menceritakan tentang kemalangan yang meragut nyawa Murni dan Datin Maziah
pula disahkan koma. Untuk mengubat hati Datin, mereka merahsiakan kematian Murni
dengan mengatakan bahawa Murni (Nini) ke Jepun untuk program pertukaran pelajar.
 Setelah sebulan, datin mulai sgak akan helah mereka. Oleh sebab itu, apabila melihat
gambar Nani yang sebaya dan seiras dengan Nini, mereka bercadang supaya Nani
menyamar sebagai Nini. Sebagai balasan, mereka akan membiayai kos perubatan Zuraini
yang lumpuh itu dan membiayai pelajaran Nani.

SEAWAL KEHADIRAN
 Di dalam bilik sebuah Hotel Univer, Nani dilatih untuk menjadi Nini iaitu cara makan,
cara bercakap, cara berpakaian dan mencium Datin Maziah sebelum ke mana-mana.
 Kak Finaz menyediakan dialog yang berkaitan dengan soalan-soalan yang mungkin
ditanya oleh Datin Maziah antaranya ialah pengalaman di Jepun .
 Apabila sampai di banglo Datin Maziah, pembantu rumah iaitu Mak Leha amat terkejut
kerana paras rupa Nani amat serupa dengan Nini. Tengku Muzaffar, abang Nini pula
kelihatan tidak selesa dengan kehadiran Nani dan menyindirnya dengan kata-kata yang
menyakitkan hati Nani.
 Nani ingin mengethui sikap Datuk Makmur terhadap kehadirannya. Datuk Makmur
jarang pulang ke rumah sejak dia berkahwin dengan wanbita muda dua tahun lalu.
 Nani teringatkan rakan-rakan sekolahnya. Melalui Nordin, yang sempat ditemui sebelum
ke Kuala Lumpur, dia mendapat tahu bahawa pencuri buku perpustakaan telah ditemui
tetapi nama Nani tidak tersenarai.
 Nani bercadang ingin memulangkan buku-buku yang dipinjam itu melalui cikgu Zamin.
 Apabila Nani menemui Datin Maziah untuk kali pertama, Nani berjaya melakonkan
watak Nini, Cuma Datin hairan suara Nani tidak serupa dengan Nini.

SEBAGAI MURID BARU


 Nani mula belajar di Sekolah Menengah Taman Sari dalam tingkatan 5 Sains 1. Dia
berkenalan dengan Nina atau Tengku Ellina, saudara dua pupu Tengku Murni.
 Dia keliru sama ada untuk memakai tanda nama Azfa Hanani atau Tengku Murni. Cikgu
menyuruh dia memakai nama sebenar tetapi abang Mazran menyuruhnya memakai nama
Nini kerana takut terlupa apabila berhadapan dengan Datin Maziah.
 Cikgu Ramzan yang mengajar Bahasa Inggeris mengemukakan soalan bertubi-tubi lalu
memberikan komen yang wajahnya seiras dengan Murni tetapi tidak fasih berbhasa
Inggeris seperti Nini.

2
 Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji akan membantu mengatasi kelemahan penguasaan
bahasa Inggeris Nani.
 Dia menjadi ahli persatuan Pelajar Tingkatan Lima dan berkenalana dengan Muhammad
Ekran Bin Muhammad, pengerusi persatuan.
 Di dalam makmal Sains Fizik, dia dapat menjawab soalan Cikgu Sani dengan lancar
kerana uji kaji itu telah dibuat di sekolah lama. Laili menyindir Nani.
 Ellina memberitahu Nani bahawa Laili, Ika dan Fuzi dikenali sebagai Budak Glamor di
sekolah itu. Laili tidak menyukai Nini kerana tidak sehaluan. Nini tidak suka akan
peragai Laili yang terlalu menunjuk-nunjuk bahawa dia anak orang kaya.
 Ellina masih meragui kematian Nini kerana kad pengenalannya tidak ditemui dalam
kemalangan itu.

IMBALAN BUDI
 Apabila pulang dari sekolah, Datin Maziah sudah menanti di anjung rumah. Nani
melakonkan watak Nini, mencium dahi Datin, bermanja dan makan menggunakan sudu
dan garpu.
 Ketika makan tengah harimdengan hidangan yang sangat enak, dia teringat sepupunya
Zahidin yang terliur apabila melihat ayam goring yang jarang sekali dapat dirasainya.
Sambil makan, mereka berbicara tentang masakan dan makanan Jepun.
 Kak Finaz memberitahu Nani, mungkin kad pengenalan Nini diambil orang ketika
kemalangan. Kak Finaz telah membelikan buku-buku rujukan, barang hiasan dan kusyen
baru untuk keperluan Nani.
 Kak Finaz menyerahkan diari dan album Nini. Sepanjang ketiadaan Nini, kak Finaz
mengambil peranan Nini dan berhenti kerja sebagai arkitek untuk menjaga Datin, namun
sukar diterima Datin.
 Berdasarkan catatan diari Nini, Nani mendapati ada perkara yang dirahsiakan oleh Nini.
 Datuk Tengku Makmur menemui Nani pada petang itu dan mengingatkan bahawa dia
bukan papanya apabila Nani memanggilnya papa. Dengan angkuh dia berjanji
memberikan upah lima ratus sebulan kepada Nani untuk menyamar sebagai Murni.

KERENAH LAILI
 Nani menghadiri perjumpaan untuk membincangkan Hari Sumbangsih.
 Laili menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang pengagihan slot dan kejujuran
jawatankuasa yang terlibat. Ekran tidak bersetuju terhadap dakwaan Laili.

TERTANYA-TANYA
 Nani tertanya-tanya tentang punca:
 Dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran?
 Lidahnya kelu?
 Dia berkeinginan untuk dengan pemuda itu
 Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak
membayangkan kesusahan hidupnya

3
 Fuziana dan Syafikah datang bertemu dengan Nani di perpustakaan dan menawarkan
menjadi pengacara Malam Bakat Sumbangsih.

EKRAN
 Nani ke Institusi Lingua Franca untuk meminjam beberapa buah buku.
 Sebenarnya hasrat Nani ingin bertemu dengan Ekran.
 Dia terserempak dengan Iskandar yang menawarkan diri untuk menghantarnya pulang.
 Nani menolak kerana dia tidak mengenali pemuda itu.
 Ekran memberitahu Nani tentang cita-citanya untuk menjadi akauntan.

MELUAH RASA
 Azfa Hanani menyatakan kepada Ekran bahawa dia menyamar sebagai Tengku Murni
untuk memenuhi janjinya kepada abang Mazran dan kak Finaz.
 Dia menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran.
 Dia juga ingin membalas jasa pak long dan mak long.
 Abang Mazran dan kak Finaz berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini yang
lumpuh.

BUKAN DIRANCANG
 Ellins mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman
Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan.
 Nani dihambar rasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Sebenarnya Datin
Maziah mahu Nani ke “kelsa tuisyen” seperti kebiasaan yang dilakukannya.
 Pada mulanya Ellina meminta Nani mengambil tugasnya sebagai pengerusi forum kerana
masa yang sama Ellina terpaksa mengendalikan mesyuarat secretariat pameran Hari
Sumbangsih.
 Kehadirannya ke rumah Ellina akhirnya membuatkannya dilantik menjadi pengerusi
forum.

MELULU
 Ellina yang berasa kasian melihat Nani terkial-kial mengenakan tali leher segera
mengajarnya cara-cara mengenakan tali leher yang betul.
 Ellina memberitahu Nani tentang gerai burger Ekran yang dibakar orang.
 Nani ingin mehulurkan simpati kepada Ekran
 Laili membuat tuduhan melulu terhadapnya
 Laili sebenarnya berasa marah kepada Nani kerana Nani sudi menjadi pengerusi forum
tetapi tidak mahu pula menjadi pengerusi Malam Bakat Sumbangsih.

HADIAH BERERTI
 Datin Maziah mengadakan majlis ulang tahun ke-17 untuk Nani.
 Nani manjadi pengerusi terbaik semasa pertandingan Forum Remaja.
 Pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari diisytiharkan sebagai pemenang.

4
 Ekran yang datang agak lewat hanya berdiri di depan pintu pagar sahaja dan
menyerahkan hadiah kepada Nani.
 Nani memberitahu kerinduannya terhadap pak long dan mak long serta sepupunya di
kampung.
 Abang berjanji akan membawa Nani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung.
 Abang Mazran meminjamkan telefon bimbitnya kepada Nani supaya Nani dapat
menghubungi kawan-kawannya di kampung.

MISTERI YANG TERSIMPAN


 Nani menelefon rakan-rakan sekolah lama dahulu.
 Nani terkenangkan dirinya yang menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki dahulu di
Sekolah Seri Dian dan kini di Sekolah Taman Sari.
 Kak Finaz memberitahu bahawa abang Mazran bersetuju untuk memasang telefon di
rumah pak long.
 Ababg Mazran juga akan membelikan Nani telefon bimbit yang baru.
 Nani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran dan dia terkejut kerana hadiah tersebut
berupa dompet Nini yang mempunyai wang, beberapa keping kad dan sehelai kertas
catatan.

KUNJUNGAN MENGEJUT
 Nani berkata kepada kak Finaz bahawa dia ingin menyambut kepulangan pak long dan
Zuraini daripada menerima rawatan di Indonesia.
 Kak Finaz berjanji untuk membawa Nani balik ke kampung semasa cuti semester
pertama nanti.
 Nani terkejut melihat pak long dan Zuraini barada di rumah Datin Maziah sekembalinya
dari mengikuti kelas bahasa.
 Kerinduan Nani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini.
 Menurut Zuraini, Datuk Tengku Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka
sebelum ini.
HARI SUMBANGSIH
 Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari.
 Ekran yang menjadi pengerusi Persatuan Palajar Tingkatan Lima SMTS telah
mengendalikan Hari Sumbangsih.
 Ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih itu akan
dipulaukan oleh para pelajar yang tidak berpuas hati.
 Nani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan.
 Nani mendesak Ekran untuk berterus terang tentang punca dia menjauhkan diri
daripadanya.
 Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang memeranjatkan.
 Ekran mendedahkan kedudukan sebenar perhubungannya dengan Nini.

TERUSIR
 Nani masih tidak lagi pasti hubungan antara Ekran dan Murni.
 Nani membuat tekaan bahawa Datin Maziah punca hubungan Murni dengan Ekran
terputus.
5
 Dengan guna teknik tertentu, Nani berjaya membaca rahsia yang terkandung dalam diari
Murni.
 Nani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian.
 Daripada pengakuan Tengku Muzaffar, rupa-rupanya dialah yang yang menjdai punca
dalam merosakkan hubungan yang terjalin antara Murni dengan Ekran.
 Nani tidak berpuas hati kerana sekarang ini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan
dengan Ekran.
 Akhirnya berlaku pertengkaran antara mereka dan didengari oleh Datin Maziah.
 Terbongkar rahsia penyambaran Nni sebagai Murni.
 Datin Maziah yang terlalu marah menghina dan menampar Nani.
 Nani dihalau dari rumah malam itu juga.

HAKIKAT
 Nani kini sudah kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati.
 Pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Nani telah diusir dari rumah
Datin Mazaih.
 Sebelum dihantar pulang ke kampung, abang Mazran dan kak Finaz berjanji untuk
memujuk Datin Maziah agar menerima Nani kembali.
 Walau bagaimanapun, Nani sudah membuat keputusan untuk tinggal di kampung.
 Nani terkejut apabila keluarga Datuk Makmur datang mencarinya di kampung.
 Setelah Datuk Makmur mencaritakan segala-galanya, terbongkatlah rahsia yang lama
tersimpan. Sebenarnya Datuk Makmur, yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh
Nani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu bapa Nani.
 Apabila melihat Nani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan, Datin Maziah tidak
sampai hati lalu menyusukannya.
 Selama 16 tahun, Datuk Makmur berusaha menjejaki mencari Nani. Pencariannya
berhasil setelah kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembali daripada menemani
Zuraini untuk mendapatkan rawatan di Indonesia.

SEGALA-GALANYA BERAKHIR
 Nani kembali tinggal di banglo Datuk Makmur dan Datin Maziah
 Dia berasa lega kerana tidak perlu menjadi orang lain lagi.
 Datin Maziah melayannya sama seperti dahulu.
 Tengku Muzaffar semakin mendekatkan diri dengan agama.
 Sebelum di kampung selama ini, Nani mendpat tahu daripada Falina bahawa Cikgu
Zamin akan menjadi abang ipar Kamilah.
 Nani berpesan kepada Falina supaya memberitahu Nordin dan Rozlan bahawa mereka
dianggap sebagai kawan-kawannya sahaja.
 Kutipan wang sempena Hari Sumbangsih juga melebihi matlamat.
 Malam Bakat Sumbangsih berjaya dikendalikan dengan jayanya oleh pelajar tingkatan
Lima Sastera II
 Pasukan Forum Remaja Menengah Taman Sari telah menjadi johan negeri.
 Hubungan Muzaffar dengan Ekran pulih.
 Nani juga mengetahui siapa sebenarnya Ekran.

6
 Nani mendapat kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka.

…………………………………………………………………norliza
………………………………………………………………………………

You might also like